Thursday, January 08, 2015

Kuala Selangor || What to do?

Ramai mesti tertanya-tanya, cuti Kuala Selangor nak buat apa. Obviously i masa datang pun tak tau nak buat apa. yang i tau, i just want to sleep in a hotel room.. boleh?

Mula-mula we plan to go to KK, tapi dua tiga hari baru nak book tiket, tengok tiket untuk tiga orang RM2K lebih, so cancel, mahai sangat, lepas tu Langkawi, 3 orang tiket RM1.7K, pun cancel.. nak ke Penang, macam malas nak travel jauh sebab cuti sekolah kan.. 

so at last i lah yang decide pergi Kuala Selangor. anyway bab-bab cuti ni i je lah yang selalu jadi final say.. :) one of the reason, i selalu reject my husband's suggestion :p sebab my husband lebih kepada outdoor activities, i jenis suke relax-relax, bermalas-malasan, feeling feeling tourist.. :) 

Anyway, back to the story, yes, what i can conclude, you can do a lot of activities in Kuala Selangor (apart from eating :p)..

Bukit Melawati - Bila kita ingat Kuala Selangor, automatic kita akan tahu Bukit Melawati. Bukit Melawati sangat popular dengan peninggalan sejarah.. Husband sebelum dia bawak kami berdua, dia dah explore the whole Bukit Melawati (in terms of historical place-lah), macam-macam gambar dia ambik Perigi beracun, dll... 

Tapi bila dia bawak kami, kami ni more to sightseeing :)



Ini dekat atas Bukit Melawati. Untuk info, kereta boleh naik sampai atas hanya pada hari bekerja sahaja. Kalau Public Holidays and weekend, kereta tak dibenarkan untuk naik. Nanti i cakap macam mana kita boleh naik ke atas ni kalau Public Holidays and weekend.



Masa ni kami naik hari Jumaat, sebab tu you all boleh tengok kereta. Emir masa ni belum mandi, we immediately came here after we had our breakfast. Sebab i nak pergi Post Office untuk pos barang, Papa kata jom jalan terus jer.. sebab tu Emir muka macam tak mandi, sebab memang tak mandi lagi pun bahaha



Anda juga boleh habiskan masa di Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Masuk di sini free saja. 



Emir cukup happy dapat naik atas ni



Ini dia rumah api di Kuala Selangor. Unfortunately it was not open to public. Boleh ambik gambar je lah..


Ini dalam muzium. Masa kami datang Jumaat pagi tu, jangan tak tau, ramai je orang datang muzium ni.. 





but Emir was more attracted to the cats :p



The Rinjani team :) FYI, walaupun husband i comel dan lote, jangan tak tau, dia berjaya naik Rinjani sampai ke puncak.. sebab tu dia selalu kata, kalau dia boleh buat, orang kurus and fit lagii boleh buat..



Sesungguhnya orang datang Bukit Melawati ni sebab nak bawak anak-anak tengok monyet. Dekat kawasan ni monyet dia memang banyakkkk. Masa mula datang tu confuse jugak, kenapa ada motor-motor jual pisang, jual kacang panjang.. rupenye memang banyak monyet..



Monyet dekat sini jinak-jinak dan biasa dengan orang. But one thing for sure, please do not bring any other food. Monyet-monyet ni very attracted to junk food or even any baby food including feeding bottle. Kalau you takut (i takut gile) just dun hold anything, the monkeys will not come to you.



Emir seronok betul bagi monyet makan. Masa hari pertama, kami beli pisang dekat situ, sesikat kecik harga RM5, mahal jugaklah. The next day, husand beli lah pisang dekat Giant, murah je, tapi dekat Giant hanya ada pisang kuning (pisang emas). FYI, monyet hitam ni ikut kata seller dekat situ adalah lutong, lutong tak makan pisang emas, dia cuma nak pisang hijau je dan kalau compare dengan monyet-monyet lain, lutong ni bijak sikit dan tak takut dengan orang.



Kalau tak makan pisang, lutong ni suka makan kacang panjang. Yang best tu setengah monyet ni vegetarian kot, sebab ada yang tak suka pisang pun, suke makan kacang panjang. Untung monyet-monyet dekat sini sebab makanan datang dekat depa, bukan depa yang mencari makanan. Sampai boleh pilih-pilih lah nak ke tak nak.. ada yang sampai tak heran pun bila kita bagi makanan.


By the way, sebab lama jugak kami habis masa dekat sini, selain lutong ada jugak kera. Kera takut dengan manusia. kalau kita sua makanan dia akan lari, kira takut dengan manusia. Jadi kera-kera ni pisang pisang emas yang di buang oleh lutong tadi, kera lah yang akan kutip dan makan..



Hubby beli kacang panjang dan kacan buncis. Yang kacang buncis pulak, lutong ni kopek dan ambik kacang saja.. yang lain dia buang huhu



Ada kawan saya cerita anak dia kene attack dengan monyet-monyet ni.. Jadi berhati-hatilah. Tapi dari pemerhatian saya, okey jer, jangan kita kacau sudah. By the way, sebab i jenis yang penakut i cuma duduk tepi dan perhati gelagat manusia. Dalam perhati tu i geram sangat dengan dua golongan manusia dekat sini

ok meh i highlight sikit

(1) buang sampah merata - rata
(2) mak bapak yang tak jaga anak, biar je anak buat apa-apa dekat monyet.

ada satu incident, yang mana ada dua budak cuba tendang monyet, walaupun sekadar gurauan, tapi cukup untuk buatkan monyet tu terkejut and bertempiaran lari. I dengan tindakan refleks menjerit dekat budak-budak tu, mak dia of cos menjeling.. (Alhamdulillah nasib dia tak bising).

by the way, the same parents yang buang sampah merata-rata.. nasib i nampak pade jauh, kalau dekat sure i dah sound (oh yes, at times i memang laser sikit)

so please, our country dont have to be as clean as japan, but at least,  biarlah sejuk mata memandang..



Ini anak lutong masa kecik, bila besar dia akan jadi hitam..



Ini kami pergi pada hari Sabtu. Tengoklah, monyet ni selesa betul kan dekat abang kawasan sorang ni.. landing baik punya


Another tips: masa nak bagi makanan, kene bagi satu-satu, kalau u pegang segugus makanan, monyet akan rampas makanan you.. so bagi lah satu-satu dan nyorok-nyorok lah sikit. Hubby siap beli beg tu dekat Giant, dalam tu tak de bende lain, ada makanan je :p



Tengok lah.. betapa mereka ni mengalukan kedatangan abang kawasan :p Emir kate second day dia tak berapa suka sangat sebab monyet tak nak datang dekat dia.. sebabnya, hari Sabtu ramai pengunjung, bila ramai pengunjung, banyak makanan, sampai tak terluak lah monyet ni makan. sebab tu ada yang monyet-monyet ni bo layan je..


Alright, menarik kan.. Seperti saya cakap tadi, kalau hari cuti, kereta tak boleh naik kan.. jadinya, anda hanya boleh naik sama ada dengan berjalan kaki (tak sanggup wei, berbukit tu and kalau jalan adalah 10-20 minit kot) atau beli tiket naik tram. Satu tiket berharga RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak..


Keretapi / tram akan turunkan anda di sini, dan suka hati you all lah nak spend berapa lama. Lepas habis di kawasan ini , keretapi akan bawa ke Taman Kolam Air Tawar. 

Sayang sangat, sebab tempat ni tak berjaga, terbiar.. Nothing much to see, tapi oklah untuk tengok kawasan kan..




Inilah cerita kami.. Sebenarnya paling popular adalah firefly di Kampung Kuantan, tapi sebab musim hujan dan waktu malam, agak keberatan sikit nak pergi...


Alhamdulillah..

************************

Entry berkaitan dengan Kuala Selangor



1 comment:

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez