Showing posts with label Prince Hotel. Show all posts
Showing posts with label Prince Hotel. Show all posts

Sunday, September 08, 2013

24 jam di Prince Hotel

Sebab kami dapat bilik apartment . Jadinya kami punye breakfast terletak di Resident Lounge rather than normal cafe. Ikutkan teringin juga nak rase dekat cafe dia kan..



Tapi takpelah. Walaupun breakfast menu mungkin agak limited berbanding dengan cafe. Tapi suasana agak privacy. Tak ramai yang ada di sini.
Ade staff approach kami tanye kenape ade di sini. Maklumlah yang lain semua foreigner. Saya jawab saya datang bercuti . Staff macam pelik ye la kan duduk Kl lepas tu bercuti pun dekat KL. Tidaklah saya bagi tau datang sini pun dapat tiket free :p

Lepas makan, Emir main dekat Kids Club.  Memang agak cozy di sini.  Sesuai dari budak kecik sampailah yang besar. Mata Emir terkebil2 bila pandang playstation. Lepas tu pulak game adalah sangat banyak!!




Untuk saya, kira Kids Club dekat sini memang agak friendly dan best. Walaupun kecik tapi saya rasa cukup. Lepas tu ada macam2 aktiviti. Ade sesetengah aktiviti tu berbayar. Cuma Kids Club ni tutup awal benor. Pukul 5 dah tutup dan hari ahad dan public holidays pun tutup.

Sambil Emir main game, saya habiskan masa saya buat Puzzle. ;)



Actually buat dua puzzles, tapi satu tak tau kenapa tak boleh transfer gambar pulak..

Kemudian Emir kata dia nak swimming, turun lah saya sekali lagi teman Emir, kali ni dia mandi lama betul, dalam sejam lebih ada kot. masa tu waktu dah masuk pukul satu, tapi sebab angin sepoi-sepoi bahasa jadi tak rasa panas pun. Emir pulak dapat kawan baru, dengan seorang anak Pak Arab ni, lama betul dua anak bersembang.. Emir cakap kat saya kawan baru dia tu bukan orang Malaysia tapi Emir tak ingat dari negara mana. Siap budak tu ajar Emir cara berenang dengan betul. Rasanya budak tu dalam lingkungan umur 11-13 tahun.


Masa saya duduk dekat situ, adalah satu air dari fountain terosak, anak Arab ni yang pergi report dekat Lifeguard, and once again, kudos tu Prince Hotel team. memang cepat betul ambil tindakan. Serious cepat! banyak kali dan banyak orang pulak tu.


Lepas sejam lebih diakhiri dengan Emir merajuk (anak I ni cepat benor merajuk) sebab adik kepada budak Arab ni pergi tolak Emir dalam pool masa keadaan dia tak bersedia. Kelam kabut si abang tu tolak Emir ke tepi sambil swimming pandang I. dan Emir sebab memang dah sedia penat, terus terkelempek dekat tepi ni.


Tapi tak lama pun, terus ajak pergi Kids Club dan duduklah di Kids Club sampai pukul 3.40pm.. 

dalam pukul 5 tu barulah kami sibuk gerak pergi area Bukit Bintang untuk lunch :) dan berjalan dan berjalan dan berjalan sampailah di hotel pukul 8 malam. gile penat ok.. itupun balik masa tu kami dekat Bukit Nenas, saya cakap dekat Papa untuk naik teksi, sebab dah penat sangat nak jalan. Emir lagilah. 

Plan nak ke Petrosains tak jadi sebab Emir banyak sangat aktiviti nak buat dekat sini. I tak kisah janji semua orang relax kan.. 

Saturday, September 07, 2013

A gift of love from contest - Prince Hotel KL

Alhamdulillh, akhirnya saya berjaya redeem free stay yang telah saya menangi pada bulan April lalu melalui Facebook contest. Ikutkan expiry voucher adalah pada bulan Oktober, tapi risau pulak kalau buat last minute takut nanti ada je bende tak kene. So better save than sorry :) lagipun kami ni macam kepingin nak duduk hotel especially anak I tu, berapa kali ntah mintak tido hotel.

Jadi kami check in lepas saya balik keje, dekat je sebenarnya dari KLCC, tapi Papa ambik saya so tak payah lah nak jalan kaki walaupun dekat sangat. Pertama kali saya datang Prince Hotel ni sebab saya nak ambil voucher yang mana saya masa tu jalan kaki dari KLCC dan sesat macam nak rak selama satu jam berjalan kaki!!  Lepas tu ada attend Baking Workshop dari Women's Weekly.

So inilah lobi hotel. Betul Tripadvisor kata, despite check in yang agak lambat, tapi one thing yang saya agree dengan guest yang lain adalah staff Prince Hotel ni memang peramah dan sangat mesra pelanggan!! I mean like seriously!! Itu adalah sangat plus point untuk Prince Hotel berbanding hotel-hotel yang telah saya kunjungi sebelum ni.



Emir siap dengan baju sekolah lagi. Patutnya ada first badminton class, lepas tu cancel pulak sebab dewan sekolah dah digunakan untuk UPSR


Saya entitled untuk one room apartment. Jadi bila masuk je.. macam -- ALHAMDULILLAH!! Bestnyer, tengoklah bilik ni luas betul!! Terasa macam tourist masuk Malaysia pulak excitement dia. Bukan I sorang OK tengoklah hero-hero kesayangan saya ni. Ni betul-betul gambar baru masuk bilik, i terus pegang kamera, laki i terus tengok view (sebab nak ambik gambar) and Emir akan bukak segala pintu untuk check :p



lengkap dengan dining table dan pantry yang comel. Peti ais pun besar!! Tapi of coslah i tak masak kan.. Pavilion depan mata je :)




dan ini adalah biliknya, sangat luas untuk kami bertiga.. 


paling saya suka adalah built in cabinet ini, macam bagi idea untuk manfaatkan ruang dalam rumah kite kan.. 



sebab checked in dah pukul 5 lebih, Emir sampai je terus buat first activity dia, mandi dalam bathtub. Dalam pukul 6 macam tu, saya ajak Emir untuk swimming. Papanya tak turun sebab ambik gambar, i pun tak kisah dia tak turun, biar dia duduk sorang-sorang.. Mana tahu ada ilham nak pergi Singapore kan :p -- (note: proses memujuk adalah hari-hari)

Ok, berbalik pada swimming pool, pool dia adalah acceptable, tak delah kecik sangat dan tak delah besar sangat, cuma untuk orang besar gedabak macam I ni mungkin tak thrill la sebab tinggi kolam cuma 1.2 meter je. sebab 1.2 meter saya berani lepaskan Emir sorang diri dalam adult pool, and dia pun seronok jadi macam orang besar. Pool budak kecik, dia tak pandang langsung.




Husband pulak sibuk menikmati pemandangan  petang. Inilah view kami, sorry-lah, phone i tak cantik :D


Malam tu pulak apa lagi, kami pergi ke Pavilion untuk dinner, memang pergi semata untuk dinner. Tak shopping apa pun. Datang untuk makan, jalan-jalan sikit dan terus balik. Kami memang niat tak nak pergi Bukit Bintang pun. Malas nak berasak :) lagiun saya rasa im not belong to pure KL people. :)



Esok saya cadang nak bawak Emir pergi Petrosains!! InsyaAllah

*ini adalah antara yang manis dalam bercontest.  Kalau kita menang, satu family boleh enjoy sekali. Lagipun kalau saya nak bayar tido hotel kat KL ni memang tak denyer ler kan :)

Tuesday, April 23, 2013

Big Winning 2013 - Prince Hotel and Residence

Bulan empat, barulah ada Big Winning.. :)

Apapun Alhamdulillah di atas rahmatNya. memang setiap tahun one of my MUST to do list is to win something that relates to free stay / free vacation.. :) I believe everyone needs a holiday and so do I .. but vacation akan jadi lebih sweeter kalau its FREE :)

and I love free stay dekat KL.. nak belanja dengan duit sendiri duduk dekat hotel kat KL is a big No No for my husband lah - membazir katanya.. (memang pun), tapi bercuti dekat KL feeling feeling ala tourist seriously best ok :).. kecuali bahagian ibu-ibu yang kene pek barang-barang keperluan sekeluarga.. 

and so YEAY!!

i achieve my target this year :)

sebenarnyer itulah satu-satunya contest yang i masuk last month kot.. masa tengah stress-stress buat keje, i ternampak Suzi (thanks a lot Suzi) tag / upload contest ni di Facebook. bila tengok hadiah.. FREE STAY.. haruslah baca dengan lebih lanjut.. bila baca detail - winner is based on most creative slogan.. 



SUKE!!

sumpah i terlupa apa i punya slogan, selalunya slogan yang i reka-reka, i akan simpan baik2 dalam satu folder.. tapi ni sebab buat slogan sambil tengah buat keje, i terlupa nak save.. check dekat Prince Hotel Facebook, mereka sudah delete ..

Alhamdulillah, ada dua pemenang yang dipilih and I one of them.. :) 


bila dapat notification, organizer suruh ambik sendiri hadiah.. pikir punya pikir, sebab husband I pun tak offer and tak nak menyusahkan dia, I sendiri dengan rela hati ambik lah hadiah di Prince Hotel sendiri.. dengan harapan konon tak jauhlah..

tapi.. tapi.. 

dengan tak tau the exact location.. i cuma tahu Jalan Conlay dekat dengan Pavilion tapi tak tau  kat mana.. so i tekad dengan harapan senang kot nak cari kalau naik jejantas dari KLCC tu..

dan sesi berjalan kaki tamat selama satu jam dengan berbaju pejabat.. masa tu nak nangis dah sebab tak tau nak pergi mana :D drama ok.. dua kali jugak kot i telefon Prince Hotel dan tak tau berapa kali i tanya information counter dekat Pavilion.. ;p yes, i memang buta arah tapi confident banyak lebih hahaha :)

bila sampai sana, one of the Prince's staff, silap i lupa ambik nama dia, he was so friendly and very helpful, walaupun masa tu dia tengah busy nak uruskan ada Sultanah Johor nak datang, tapi dia masih lagi layan i dengan baik.. bila i cakap dekat dia i jalan kaki dari KLCC dan tengah berpeluh-peluh dan sesat.. nak nak masa tu i kene tunggu PIC untuk balik dari lunch, terus dia offer i free complimentary drink..


tak lama lepas tu, met the PIC.. dan akhirnya the voucher adalah  hak milik mutlak I :)


What i received?



3 days 2 nights stay at one bedroom Apartment at Prince Hotel. Voucher validity is up until October 2013. Tak ada plan lagi bila nak utilise.. 

Apa pun

THIS IS MY FIRST BIG WINNING THIS YEAR..

harus happy :D

sampai jalan balik to KLCC tak rasa jauh pun sebab asyik senyum sampai ke telinga :D
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez