Showing posts with label TGV. Show all posts
Showing posts with label TGV. Show all posts

Saturday, January 24, 2015

Emir is 8 - Foodie food di Chill*X

Perkara pertama saya belajar, kalau nak hidang orang makan mesti tip top. :) I will make sure that my guests are full once they leave my house / event. Mak saya lah tu ajar.. mak saya tak pernah biarkan tetamu keluar dengan makan ringan-ringan.. so not her.. kalau 10 orang datang, kalau 10 kali dia kene masak, dia masaklah..

Tapi i idok ler masak :p

Chill*X di TGV ni adalah satu-satunya cafe dalam TGV. Saya dapat hall je, food kene bayau sendiri.. 



Ini antara menu-menu yang saya pilih. Saya pilih Chicken Meatball Spaghetti with Tomato Sauce, pilih chicken sebab ada kawan Emir non-Muslim yang tak boleh makan beef. 


Mini sausages


Deep fried fish fingers



Lemongrass Samosa

Fruit tartlets


Mesti ada yang perasan mak ayah saya tak datang. Yes, mereka tak datang. Baba malas nak tengok wayang :) which i understood la kan, kat rumah pun baba n mama tak tengok TV.. Tapi Mama pagi-pagi dah masakkan nasi goreng dan suruh saya hidang untuk tetamu.. 


Ini adalah staff staff di situ.


dan ini adalah Chef yang baik hati dan sangat supportive. Makanan semua sedap dan i sangat puas hati.. Alhamdulillah.. 


Untuk rujukan, harga per pax RM30, minimum kene 40 orang.. exclusive tax

Friday, January 16, 2015

Emir is 8 || Emir's Dragon Party || Part 3 - The cake cutting

Selepas saja keluar dari cinema, semua terus menuju ke Chill x. Strategi saya salah sebab saya biarkan derang melepak dulu -- yang menyebabkan the boys refused to stop playing. Lepas dah panggil memanggil, cuma dapat banyak ni je yang berkumpul untuk cake cutting session. Yang lain dah kurang heran dah.. nanti i update apa yang derang dok main..


Majoriti budak-budak tahu sebahagian props atas kek tu adalah dari Plants vs Zombie character. So, in a way, they kind of appreciate jugaklah kan.. 


Bermulalah upacara menyanyi dan menyanyi... Mak pak pun sibuk jugak dekat belakang tu.. sebab kiterang tahu, kalau tak duduk belakang tu, alamat tak de lah gambar kami :p


Sebab tak de cameraman, kene lah sibuk suruh orang ambikkan gambar kan 


Nampak tak ada dua botol dekat tepi.. yang sticker i letak Dragon's toothpaste laku je jelinya, tapi botol yang i letak Dragon's brain cell, derang tak pandang pun grrr


Satu-satunya gambar kami bertiga.. still not a perfect family picture. sorang pandang utara, timur dan barat.. 



Alhamdulillah dapat buatkan Emir happy.

Monday, January 12, 2015

Emir is 8 || Emir's Dragon Party || Part 1 - The props

Hari ini nampaknya anak-anak kita dah mula bersekolah. I pun ambil cuti walaupun Emir dh umur 9 tahun. To me age doesnt matter, selagi hayat dikandung badan, dan selagi saya berkesempatan, i kalau boleh tak nak miss hari-hari penting..

insyaAllah...

Baiklah ini adalah really long overdue posting. Kalau ikutkan jarang betul saya upkan cerita Emir punya birthday party. Ada yang tak up terus sebab gambar dah tak tau letak kat mana haha.. (talking about SD card and mr Husband was once upon a time crazy about photographing).. :)

Alhamdulillah dalam tahun 2014, we managed to throw Emir's 8th birthday party at TGV, One Utama. Sebenarnya, nama Hubby naik sebagai salah seorang pemenang TGV Ultimate Giveaway



Terfikir jugak lah nak buat apa dengan hall sebesar tu, jadi bile fikir balik, there you go, baiklah i buat birthday party untuk Emir. Lucky me, ada juga cerite untuk budak-budak yang sangat popular How to Train The Dragon 2 yang masa tu ditayangkan di cinema.

Minta maaf tak dapat jemput ramai. Majoriti yang datang kengkawan kelas Emir.  Stress sungguh masa nak set kan date untuk birthday Emir. Dah elok-elok set kan dgn orang TGV sekali i tak tau ada sekolah ganti hari Sabtu and TGV didnt allow me to change the date. Sedih sungguh sebab takut kawan-kawan kelas Emir (dia suruh ajak boys saje) tak boleh nak datang sebab nak ke sekolah.. 

Jadi, i teruskan je party Emir dan Alhamdulillah semua boys datang party Emir dan bermakne semua boys ponteng sekolah hari Sabtu tu :p


Dan nak dijadikan cerite, i was so busy, ok keje i ni bile pulak tak busy kan.. Tapi masa tu konon nak tetap pendirian nak setup the Birthday Party Sendiri. 

Talking about the theme.. Mulanya Emir minta Tema Plants vs Zombie sebab masa tu dia tengah kemaruk Main Plants vs Zombie 2.. I ikut je, dah siap fikir dah apa nak buat dan dah beli apa yang patut as per the theme.. But bila i minta Papa Emir buat the signage untuk Emir, only i did informed him about the theme and he rejected.. huhu. Dia kata ape ni nak buat Zombie Zombie untuk party theme which i agreed. 

Ambik ko, dua hari nak birthday party, theme bertukar...  But i managed to do a simple decoration lah for my son..

Bawah ni is the candy buffet table, patutnya adalah belon apa bagai sikit, tapi serious tak sempat sebab party start at 10 am :D Kelam kabut lah nak siapkan.. Malam tu i tido sejam je kot. 


Ini banner, courtesy of Chill X, TGV One UTama


Its a Dragon Garden signage. I terlupe nak ambik gambar yang proper.. actually i letak some chocs. The choc (garden theme - sebenarnyer dari tema Plants Vs Zombie) i ordered from a friend of mine dekat office. I suke coklat dia tak manis.. Kalau berminat nak tengok design Coklat dia boleh order dekat sini : https://www.facebook.com/pages/Coklat-Gula-Gula-Hati/834825009862063



Ini i lah buat kan.. Ok fine, setakat print gambar saja dan masukkan ke dalam Ikea punya frame ni.. 



Balang ni, i stick with "Dragon's Toothpaste" lah kononnya, satu lagi i letak "Dragon's braincell". Dalam balang ni dua dua jelly, Toothpaste je laku lagi satu tak laku sebab bebudak ni kate Geliiiii.. sabar je lah kan.. 



Just some add on decoration on the candy buffet table inclusive the one with Emir's picture at the top which i did that for photo session.  



Can you see the choc? It's a KitKat but i just did some simple design. Guess what, Im just using Paint saje and online editing software tools - www.ribbet.com Tak pandai lagi nak gune Adobe Photoshop dan sewaktu dengannya. Therefore, you can just see my simple design.



Satu i letak color hijau, satu lagi i letak color biru.. :)



Again, some decoration... 


Satu lagi i bernasib baik sebab cookie yang i nak order masih belum dibuat oleh none other than famous blogger, kids party event planner - Shilashower.. phew lege gile. at first she was hesitate to work on this theme sebab katenye susah.. but i know she can do it.. 

and u see laa the final result.. terror kan.. very kemass and macam printed jee.

To order, you can go to her instagram @shilashower or @shilashowercreativeevents You will amaze to see her creations!


The highlight of the event of cos lah the cake. Once again i thanked the baker when he could accommodate my request even though he already did the Zombie's fondant. pheww. dia kata tak pe dia boleh simpan... I pulak cakap, Mr. Husband tak mau apa-apa Zombie during the party .. i just cakap, you can just do one dragon cukup, bende-bende lain dalam Plants vs Zombie he can remain as it is..

Alhamdulillah ramai yang puji cake Emir sedap. Bukan saja kemas cantik di luar tapi sedap di dalam. and yes, did you realize i sebut HE.. yes, the baker is a guy.. Kerjanya sangat kemas.. Masa adik i tunang pun adik i buat cake tunang dengan dia, cuma lokasinya jauh sikit dari tempat saya iaitu di Puncak  Jalil.. Terima kasih Ezna sebab sudi bersusah payah ambikkan cake Emir untuk I.

Kalau ada yang berminat untuk order cake boleh check his instagram account - @dwenujang



But of cos.. paling i rasa bermakna and money cant buy is this.. THIS!!

Papa yang susah payah melukis ini untuk birthday Emir.. Sama kan :D am so proud of you Papa! walaupun canvas tu buat hal, air tak sempat betul2 kering, tapi sangat sentimental value.. :) Ini pun Papa buat sehari sebelum .. 

I pulun malam lepas balik keje.. kire less than 12 hours lah untuk decoration.



On the day itself, ibu Emir and Papa Emir sangat berterima kasih to my sisters, Ainun and Ainaa and my sister in law yang memang bersusah payah untuk siapkan props, sebab i kene tinggalkan Chill X untuk uruskan bebudak dekat dalam TGV hall.. 

Kalau tak de mereka.. hmm agaknya table kosong je kot..

Terima kasih semua.. Seriously, kind of love this kind of job!

Wednesday, February 05, 2014

Winning 2014: TGV Ultimate Giveaway


Tahun 2014 - tahun yang tak berapa ONG kot untuk saya dalam contest. Husband kata "hek eleh baru January dah kata tak ONG" lol.. masalahnya, banyak betul contest yang i masuk from October to December 2013 tapi tak de pulak yang melekat.. Ok fine.. ada, tapi yang i nak tak dapat .. 

Itulah asam garam as a comper. Kalau kata itu rezeki kita, tolak timbang tara macam mana pun, itulah rezeki kita. kalau bukan rezeki kita.. begitulah.. 

Dan ini yang pertama.. i repeat yang PERTAMA, the FIRST in 2014! walaupun bukan nama I..  imagine.. kengkawan lain semua dah beranak-ranak dah hadiah nyer..

Apa pun Alhamdulillah. tak keluar cost pun, adik I, Ainaa yang bagi tiket, i tukang masuk je.. I hantar pun 2 saje.



Husband i dapat hadiah yang ke 6 iaitu Private Screening.. will see which hall TGV is going to provide to us. Kalau diberi pilihan, i nak TGV Wangsa Maju dekat dengan rumah mak I, senang nak heret adik-adik jugak.. :) nak tahu jugak berapa banyak orang boleh bawak masuk.. boleh bawak satu kampung mai jugak haha..



Apa pun, Alhamdulillah.. Untuk 2014, jujur.. satu offline contest pun i tak pernah hantar lagi sebab frust banyak kalah hahaha.. 

Till then.. have a nice day

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez