Showing posts with label Leibniz. Show all posts
Showing posts with label Leibniz. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Emir's Day - his toys day

Setiap kali saya menang sama ada voucher ataupun wang tunai, memang insyaAllah saya akan kongsikan kegembiraan saya dengan orang-orang terdekat. Seronok juga tengok orang lain seronok. Seperti yang dijanjikan, memang saya akan allocate voucher yang saya menang dari contest Leibniz untuk Emir dan saya dah peruntukkan RM200 untuk dia,. Nilai yang sangatt banyak tu untuk budak Darjah 1.

I asked him what he likes, of cos at first he said - "nak upgrade minecrarft boleh"

in case ada yang tak tau, minecraft ni antara games yang dia dok main dalam ipad. Of coslah tidak kan.. i told him he can only get this RM200 from Isetan..

dan of coslah budak yang tak biasa dengar Isetan

"what..?? SETAN"

:p

So saya bawa Emir ke Isetan KLCC dari Mid Valley. Sebab Papa jumpa kawan, jadi saya dan Emir naik bas dari Mid Valley ke LRT Bangsar.. Naik Rapid bus lagi.. lama sungguh tak naik bas.. Not bad.. RM1.. selessaaaa (mungkin hari Sabtu tak ramai orang, dan jalan tak jam)

Lama jugak Emir dok pilih hadiah.. Sekejap nak Playdoh lah, sekejap nak Hotwheels lah, sekejap nak games lah, sekejap nak Helicopter lah.. kalau boleh semua bende dia nak.. 

I told him, he could choose anything he wants but it must within RM200... punyalah tanya bende yang sama

"do I have more slots"

Pilih punya pilih... inilah yang dia ambik...



Mainan budak laki.. i pulak dok geram Barbie stuff kat situ hehe..


Alhamdulillah, Emir seronok betul. balik terus bukak semua mainan... 

and he promised me to corporate whenever i ask him to pose for a contest :D

will see :)

Saya? saya guna voucher sikit beli groceries untuk raya Haji.. masak ala-ala Western untuk Raya Haji ni. Tahun ni saya Raya Haji dekat Kemensah.. Semua adik beradik insyaAllah ada.. tak sabar... 

yang lain saya akan guna mostly masa Emir nak masuk sekolah nanti.. :)

Friday, October 04, 2013

Leibniz - the Prize

Alhamdulillah, hadiah dari contest Leibniz telah selamat diambil di pejabat Sangla Foods Sdn Bhd di Glenmarie pada hari Selasa lepas. Kalau ikutkan, hadiah dah boleh diambil pada minggu lepas, tapi dek kerana saya ni susah sangat nak pergi pada hari bekerja, jadi saya tangguhkan sehingga 1 Oktober lepas memandangkan saya ambil cuti untuk Hari Sukan Sekolah Emir.

Hari Sukan Sekolah Emir tamat dalam pukul 12.30 tengah hari macam tu, lepas tu kami makan tengah hari, tup tap tup tap, sampai rumah nak dekat pukul 2. Kalau tak kerana Emir yang berpeluh sakan, ikutkan senang lagi kalau pergi terus ke pejabat Sangla Foods, tapi kami balik untuk mandi dulu. Saya pun badan dah melekit-lekit.

Tapi biasalah, seperti yang dijangka, bila balik, semua orang badan dah letih, mulalah dari pukul 2 cadangnya nak ke Glenmarie dah jadi pukul 3 lebih. dan Emir masa tu dah penat longlai dah sebab saya tak bagi dia tidur dulu. Kalau tidor alamat memang susah la nak bangun.


Satu-satunya gambar Emir di situ. lepas tu terus dia baring dekat situ. PIC yang layan kami sangat baik, sayangnya PIC yang handle kes kami baru berhenti kerja sehari sebelumnya. Saya rasa memang derang terkejut tengok muka Emir, ye lah kan, gambar yang saya hantar tu dalam 3 tahun lepas, masa tu Emir ada chubby sikit mukanya dan still cute cute baby face.. Ni dengan gigi takde, rambut botak :p

Hadiah yang diterima sangat best. Pakej family photoshoot worth RM380 di The Strand, Kota Damansara. Saya memang looking forward for this photoshoot sebab tak pernah lagi kami anak beranak ambil gambar studio :)


dan paling best, adalah ini!! RM1,000 vouchers Isetan. saya dapat 100 keping RM10, senang nak redeem nanti. Saya akan allocate equally among my boys, ye lah Emir tukang modelnya, Papa tukang cameraman-nya dan of cos lah saya akan dapat share terbesar hahaha, sebab saya lah tukang beli biskut, tukang print gambar, tukang isi borang contest, tukang tampal setem, tukang jalan kaki pergi post office dan tukang pos surat . Banyakkan kerja saya hahah..


Alhamdulillah, syukur kepada kurniaaNya. 

Friday, September 27, 2013

BIG Winning: Leibniz Biscuits Zoo Contest

Alhamdulillah, nampak gayanya rezeki besar tahun ni banyak dengan Biskut. Rasa terharu pun ada juga, maklumlah tahun ni amat kurang ya Ampun  nak masuk contest. 

PIC called semalam (agaknya berkat orang tak sihat, saya MC semalam), Alhamdulillah. Memang seronok betul, sebab lepas saya hantar contest ini di akhir July 2013, I no longer sending any offline contest form. Therefore, when Emir's name has been announced as the sole winner (hadiah satu je rasanya), sungguh seronok, sebab tak letak harapan yang tinggi pun. Print gambar pun masa tu cuma guna printer dekat rumah yang dah semput-semput habis color.

Percayalah, the only time you like your name to be called is when you win a contest :p


Inilah biskutnya. Butter biscuits


kalau ikutkan dekat atas tu, Emir akan menang RM1,000 shopping voucher and he should be featured in any Leibniz printed materials. But the person who called me informed that recently our Ministry is no longer allowed kids to work (i pun tak berapa sure, tapi lebih kurang gitulah).. and they decided to replace this prize with one family photoshoot worth RM380.

I ok je, lagi suke photoshoot kot, sebab kalau jadi, inilah first time family kecik kami akan ada photoshoot dengan orang lain. Selalunya posing sendiri je


gambar atas inilah satu-satunya gambar yang i pertaruhkan untuk contest ini. Alhamdulillah mengene juga. Gambar yang diambil masa cuti dekat Jepun dulu. 


Tapi ini pulak gambar sekarang. Photoshoot tu i nak tunggu rambut Emir tumbuh dulu hehehe.. Takde gambar Emir makan, dia tak bagi sebab sekarang ni gigi dia kat depan tu semua patah.. :p Tahu pulak nak hensem dalam gambar kan 


just sharing, actually sometimes i can go crazy when it comes to cute stuff. i bought this biscuit much earlier because of its shape.. konon-konon masa tu tengah fikir nak buat animal theme party masa birthday Emir.. 

tengok lah, in one pack, you can have a lot of different shapes


so perhaps, if any of you wanna do an animal theme birthday party, you can consider this biscuits as one of candy buffet menu / party pack perhaps 



 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez