Tuesday, December 27, 2016

Thursday, October 27, 2016

Langkawi 2016 - Day 3

Sebenarnya kalau ikutkan, Day 3 adalah hari terakhir kami di Langkawi walaupun pada hakikatnya kami balik pada Day 4 sebab nya pada Day 4, flight kami pada pukul 10.15 am, jadinya dalam pukul 8 lebih dah kene ada di airport. 

Cerita balik pada hari ketiga, Emir pagi tu agak mengantuk, sudah lah kene berada di Hotel Angkasa pada pukul 8, sebab game start pukul 8, Papa hampir-hampir mencadangkan supaya Emir dropped ajer game ni memandangkan lawan Emir sangat kuat... 

Tapi, biasalah anak saya ni competitive sikit, biar kalah jangan menyerah.. Seperti dijangka Emir memang kalah pun game tu tapi Emir did really gave a good fight until the end.. 


Hasilnya, Emir berjaya mendapat tempat kedua bawah 12 tahun. Katekanlah Emir dapat lagi 1 point, kemungkinan besar Emir akan berada di top 20. Bila berada di top 20, maksudnya adalah campur sekali dengan kategori dewasa. Apa pun he was so happy since this is his first Open tournament.


Paling manis, salah satu Coach Emir, Coach Nik telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kejohanan ini dan  memenangi RM3,000..


Gambar kenang-kenangan di hadapan Hotel MyAngkasa


Habis event dalam pukul 1, terus saya zasss pergi ke Haji Ismail Group nak beli chocolate. Kawan-kawan pun ada pesan.. Semalam tu dah pergi ke Coco Valley, walaupun orang local kate harga Coco Valley jauh lagi murah daripada Haji Ismail, tapi saya sebagai orang luar prefer lagi Haji Ismail sebab lagi banyak pilihan.. Tapi, itulah, sesak sikit kawasan chocolate ni. Honestly, harga tak banyak beza pun, kalau tak harga Haji Ismail murah, Coco Valley murah..


Ayah saya cuma pesan minyak gamat, jadi on the way dari Angkasa nak ke Cenang, ternampak kedai Nusantara Maju yang penuh dengan bas.. terus saya berhenti sini dan beli minyak gamat dan barangan lain..


Sebenarnya malam sebelum nya tu saya dah "merengek" minta papa tukar hotel, masa Emir tournament kami tinggal di Anis motel (i.e. Hotel Angkasa tu penuh). Sebab dah sepuluh kali cakap, Papa pun carilah hotel di Cenang.. i suke sebab sebelah pantai, nyaman gitu..

Tapi sebab walk in dan kebetulan cuti, jadi punyalah hotel penuh... At last dapatlah satu bilik dekat Grand Beach Motel di Pantai Cenang. Maaf tiada gambar, terlupe nak ambik lagi pun sehari je kami kat sana.

Apa pun, walaupun motel, tapi i selesa, since it is only a motel, dont expect much, otherwise you will be disappointed.

Petang tu, dua beranak ni main pantai..i seperti biasa, feeling feeling sorang main tepi pantai..


Nampak tak bapak and anak, sama sama naik syeh... Ramai juga orang di Pantai Cenang ni dan banyak aktiviti boleh dilakukan. Im having fun jalan jalan di gigi pantai sambil makan aiskrim :p


Anak i ni seronok punya seronok.... dan saya pun terlupe nak pesan dia bukak spek, sekali dalam elok punya lompat sana sini, spek tertelan di air laut.. jenuh la jugak cari, sampai ada tourist lain tolong.. Tapi lautkan besar, mustahil nak jumpe kalau tertelan.. Emir masa tu dia dah risau dah, takut i marah.. tapi nak marah pun tak gune.. sebab bende yang tak sengaja kan..


Lepas spek dah hilang, terus dah tak nak main dalam air, depa setakat main pasir pulak dan kutip shells.



Satu-satunya gambar kami bertiga.. Maaplah, angin kuat, serabai betul tudung i tu hehe



Disekelilin pantai, nun hujung belah sana ada orang set-up wedding by the beach. Punyalah bising, sekali bile belek IG rupanya Scha & Awal dekat wedding tu rupanya..


Petang tu, Emir nak makan seafood lagi, kami cuba jugaklah nak cari medan ikan bakar seperti yang disuggest oleh local, tapi bila kami sampai tempat tu (1) orang tak berapa nak ramai (2) harga mahai betul.. Ikan siakap bakar RM60? ok kirim salam.. So, kami decide pergi balik dekat Selera Lubok Buaya.. lagipun memang dah tahu sedap.. Menu lebih kurang sama je macam first day :p


Cuma bezanya kali ni saya order kerabu perut..


Lepas balik makan, masa tu pukul 10, tapi disebabkan kawasan ini sangat best untuk pemain-pemain pokemon go, gile banyak rare items dekat sini, so sampai je hotel, i dengan bapak emir takes turn ronda-ronda kawasan sekitar tangkap pokemon lol.. first time kot i buat, tapi sebab dah malam and i penakut, so, i tanyalah Emir whether he was ok if i leave him alone in the room for 15 min... and he said OK since dia memang tak nak ikut..

Ok first of all, best sangat berjalan dua-dua tepi pantai tengah malam. Dengan orang ramai, dengan dapat rasa angin sepoi bahasa.. Of cos ada jugaklah perasaan risau tinggalkan Emir sengsorang, tapi i know dia pun dah besar..

Berjalan lah kami berdua dari A ke B, patah balik ke A memburu pokemon pokemon tersebut.. tidaklah romantik mana pun :p tak sedar kiterang dah 30 minit berjalan bila patah balik bilik. Of cos, Emir bising kan.. dia pun tak call kite... so kami mak bapaknya ingat ok je lah.. Anyway, he is doing fineeee bertemankan internet


Me at night, i memang selekeh serabai semua cukup lah..angin pulak tiup kuat.. but honestly it was a fun short walk with mr hubby by the beach... :D

till then, insyaAllah kami akan ke sini lagi tahun depan...

Hari ke 4 - pukul 8 pagi dah gerak ke airport, flight pukul 10 lebih, kami datang awal takut tiket problem lagi.. so memang day 4 tu sekadar day 4 je lah..

Saturday, October 01, 2016

Langkawi 2016 - day 2

Hari kedua di Langkawi. Yang i tahu, Papa dah hilang pagi2 sebab gigih pergi Pantai Cenang tangkap Pokemon. Bila balik dah siap belikan nasi lemak. Hari ni mission nye nak ke kenduri kawin kawan office di Kangar, Perlis. Sebab dah dekat di Langkawi, rasa kegigihan tu bolehlah..

Sampai di Jeti Kuah pukul 11, nasib tak baik tiket habis, jadi terpaksalah tunggu pukul 1.

Tiket harganya RM18 sehala. Ramai betul orang keluar masuk Langkawi.



Emir punya tournament start pukul 2, jadi Papa bawak Emir lunch. Seperti biasa dia cuma nak nasi putih dan telur dadar je padahal ni makan kat hotel ni hehe


Sampai juga dekat Kuala Perlis. Tiba dalam 2.15 mcm tu. Mula-mula tanya adik yang pernah belajar di Perlis dekat mana Dewan Warisan. Tapi rupanya dia siap plan minta kawan dia ambilkan saya di jeti. Dipendekkan cerita, kawan cik yah couldnt make it, so mak paknya lah yang ambikkan saya. Dan dipendekkan cerita lagi, kebetulan mak paknya dijemput di kenduri yang sama, dan kebetulan sedara.. Jadinya, saya jadi anak angkat mereka lah hari tu.. Baik sungguh Pakcik Makcik layan saya.


With kawan office, Shalina yang datang dari KL.. 

Lepas ke kenduri, pakcik Makcik bawak saya mai makan di Restoren Anjung Keli. Segan nak ambik gambar depan pakcik makcik. Ni pun main snap..

Kata mereka, ini antara restoren yang sangat popular dekat Kangar. Memang pun, sebab lauk untuk dipilih sepanjang panjang. I pilih ikan keli and sebagai peminat ikan keli, i tau ikan kelinya fresh, rangup pula tu..


Sekejap saja saya di Perlis, pukul 430ptg saya dah beli tiket pulang ke Langkawi. Memang ramai betul orang yang nak masuk Langkawi..


Sambil tu, Papa whatsapp pencapaian Emir. Masa saya di Perlis ada tiga game sedang berlangsung dan alhamdulillah Emir menang kesemuanya. Kejohanan catur diadakan di Hotel MyAngkasa Padang Matsirat



Dalam feri, tak tau ape nak buat (thats explain awat rajin benor update blog)

************
Alhamdulillah, saya dah sampai balik ke Pulau Langkawi. Dari Jeti Kuah, papa minta saya untuk naik teksi. Yelah, jalan pun jem, lagipun boleh tahan jauh juga pergi dan balik dari Pekan Kuah ke Padang Matsirat. 

I naik teksi, lady driver yang bawa. harga rm24. Banyak jugalah cerita sepanjang perjalanan tu.

Sampai je masa tu pukul 6, dan Emir baru habis game yang ketiga, jadi next round pukul 8.30  pm dan dia minta nak je Pantai Cenang main tepi pantai. I on je.. 

Sampai Pantai Cenang, mintaklah Papa ambikkan gambar


Ish gelap pulak.. Terus i panggil anak i haha





Ok puas hati, berpuluh jugaklah kliknya. Atas gambar tu tak edit pun..


Emir saya..  He is always Mommy's boy. Pernah jugak tanya dia, takpe ke orang panggil Mommy's boy, he said tak kisah pun.

Sementara saya berjalan-jalan di keliling pantai, papa tolong jagakan Emir hehe.. 



Kami dinner dekat Cenang. Memang mahal sikit tapi tak sempat ambik gambar sebab masa suntuk, nak balik motel, emir nak mandi n nak kejarkan game Emir pukul 8.30pm.


Dan gambar atas ni adalah lawan Emir yang ke 5, game start pukul 10.15 pm dan sekarang pukul 11.03pm Emir belum habis main lagi...

Ok, Emir dah habis main pukul 11.45pm, paling lambat dalam sejarah. Sebab excited, dia hanya boleh tidur pukul 1.30 pm and memang good luck lah untuk tournament dia hari ni. Kene lawan dengan orang yang lagi tinggi rating dari  coach dia sendiri 😂

Apa-apa result pun im already really proud of him.

Langkawi 2016 - day 1

I Ke Langkawi tanpa dirancang. Pada mulanya, kami memang tahu yang ada chess competition di Langkawi, jadinya awal awal lagi Papa dah daftar. Tapi bila difikirkan balik, kami cancel disebabkan rasa macam tak bersedia nak melabur duit huhu. 

So, plan cancel.

Lepas tu, pada tarikh yang sama, ade dua lagi kejohanan chess yang besar, satu di Nilai dan satu lagi di "Rompin".

Atas nasihat coach Emir, kami memang plan nak ke "Rompin". I pun biasalah, tahu je nak berjalan, memang akan survey segala Agoda Trip Advisor bagai, jadi bila minta Papa checkkan tempat kejohanan, rupanya kejohanan diadakan di Muadzam Shah, tapi guna nama Rompin.

Ok, sesak kepala mak Emir hehe. Yelah nak duduk 4 hari tapi dekat Muadzam Shah hehe.

Coach Emir kata, Langkawi pun ok, zupzass teruslah i memujuk supaya kite pergi ke Langkawi instead of Muadzam. Emir pun look forward nak ke Langkawi.

As a note, kenapa tak Nilai? Sebab Nilai, short time control. Emir prefer main long time control. 

So, ape lagi.. Teruslah book ticket hahaha. Nasib kami baik, ade 3 jer lagi ticket murah dari MAS. Kami beli tiket MAS dari Traveloka.com First time guna.

Tapi.... Hari departure tu, flight pukul 1.10, kami sampai airport dalam pukul 12 mcm tu. Nak self check in tak boleh, sistem suruh pergi kaunter. Pergi ke kaunter lah kami... 

Sekali mak aiii, tiket problem. Mak aii mau tak panik. Mana taknya, dah pukul 1230 kami tak settle lagi, bag tak boleh nak check in dulu.. Alhamdulillah atas kecekapan staff MAS dapatlah kami check in pukul 1240pm. Mau tak berlari nak ke gate. Tapi kami memang dah set mind ade possibility beg tak sampai sebab dah pukul 1240pm huhu


Alhamdulillah yang penting kami dapat masuk flight dengan selamat. Anak saya seperti biasalah. He more enjoyed reading the book dari utilising the flight facilities.. Adalah jugak dia buat geng dengan budak depan. Borak2 pasal kapal terbang. Nak tergelak pun ade..


Sampailah kami ke Langkawi dengan selamat.. Pheww...


Kami check in di Motel. Kami pilih Motel - Anies Motel sebab tempatnya dekat dengan pertandingan chess Emir. 

Lepas check-in solat dan refresh kan diri, kami tanya Emir nak makan apa, dia kate nak makan Ikan Bakar. Tapi sebab ikan bakar bukak malam, jadinya kami berjalan lah sekejap dekat Pantai Cenang. Kebetulan ade kawan office berkahwin di Perlis dan saya decide nak pergi memandangkan saya baik dengan kedua-dua mempelai.. So, saya ditugaskan oleh department saya belikan hadiah pengantin. Alang-alang dah ke Langkawi, pinggan mangkuklah jawabnya..


Saya beritahu dekat Papa, saya nak masuk contest yang tarikh tutupnya 30 Sept, tapi konsep semua tak tahu.

Papa cakap, jom kite ke sini. Kami pun ke kawasan Tubotel. Kecik betul tempatnya. Dengar kate kene share toilet.. Ok tak penting, yang penting i nak ambik gambar.. 


Beginah kami ambik gambar, ambik bukan main banyak. Bila difilter, i upload satu je hehe.. Kalau ade rezeki insyaAllah, saya ni contest bergambar tak pandai, sebab ramai sangat kawan-kawan yang hebat ambik gambar. Kite ni asal ade je. Gambar yang saya hantar pun Emir ambikkan.





Lepas semua dah setel, google lah kami tempat makan yang best di Cenang ni. Orang motel suggest kami makan di D Muara Cenang, katenya murah. Tapi bile ke sana, ikan siakap sekilo RM60, so kami cancel haha sebab yelah dekat rumah pi pasar ikan siakap berapa je. 

Google punya Google orang suggest makan di sini.. Selera Lubok Buaya .


Memang saya boleh recommend, ikan Bakar Siakap tu RM35 saje. Total makan, campur dengan 4 gelas air buah, dua set sotong goreng topeng semuanya RM64.. Memang saya recommend. Yang sayur tu somtam namanya. Sedapp. Cubalah.


Lepas makan, kami jalan2 sekitar Cenang sebab nak tangkap Pokemon. Gila ok kat sini. Punya banyak rare Pokemon yang susah nak dapat dekat KL, dekat sini berlambak lambak haha. Siap dah book hotel last day dekat sini sebab tak tahan godaan nak tangkap Pokemon..

Ok, end of Day 1

p/s beg kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah


 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez