Showing posts with label Winning 2013. Show all posts
Showing posts with label Winning 2013. Show all posts

Monday, January 06, 2014

Winning entry: Small Hadiah Big Smile

Hadiah kecil-kecilan tapi dah cukup buat i gembira. Ini adalah hasil di penghujung-hujung tahun 2013. I ni ikutkan akan sentiasa update satu-satu entry, ye lah sekali sekala saja dapat. BFF i especially Ayu akan update everything in bulk, kekadang tu seminggu sekali tu.. 

Not in random order, inilah hadiah yang i dapat.. 

Samsung Raya Facebook Contest - 4 GSC movie tickets. I dah tukar 2 tickets tengok Walking with the Dinosours dan 2 tiket lagi tengok Frozen.


Palmer's Cocoa Butter Contest - offline contest. Alhamdulillah, sangkut juga consolation prize. Contest ini based on picture's contest, dan paling tak sangka saya menang hanya setakat ambik gambar gune handphone i jer.. kira balik modal sebab POP i beli RM30, adik I Ika happy betul sebab dia memang pengguna Palmer's ni, jadi POP tu i bagi dekat dia.

Alhamdulillah i dapat RM100 cash, Palmer's hamper dan Octo Gintell Handheld massager worth RM128. Ada prize giving ceremony, tapi i tak dapat hadir sebab kerja. Ayu yang tolong ambikkan hadiah untuk I. Menang berjamaah bersama Suzi dan Ayu juga.


Sold

Sold
source: Google

Ini bukan contest, tapi dapat 4 keping tickets tengok The Hobbit sebab belanja lebih RM1,000 guna CIMB MasterCard.. huhu.. sebab beli handphone yang hilang punya pasal. Oh yes, I lost my mobile phone somewhere in early November dekat Hilton PJ masa attended Phillips blogging event. 


Best Dress - During Tioman trip which i won from Berjaya Youth contest. Hadiah yang tak disangka. Happy bukan main :) Pakai baju witch saja. Anyway, this mask worth RM300+ (i tengok sumber Google saja), and i'm intend to sell this mask since i'm not a diver. Harga i nak jual RM130.


San Francisco Coffee Facebook Contest - hanya slogan dan i berjaya dapat sebuah diary dan empat voucher by 1 free 1 any San Fran's coffee. I just received this on 30 December. kira inilah yang paling baru i dapat.


8TV's Quickie - OneFC Contest. Banyak betul hamper yang diberi hanya melalui satu Facebook Contest.

Liese Hair Color - intend to sell at RM16 (SOLD)

Biore sets
(sold)

Biore Men set
(sold)

Asience set - intend to sell at RM40 inclusive postage. 

Kose Black is new White Facebook Contest - tak sangka juga menang yang ini sebab i ni tak pernah lagi menang berdasarkan rupa paras i yg tembam ni walaupun Conso prize saja.. :) tapi mungkin yang ambik gambar was my husband.. agaknya sebab tu kot :p. Grand prize contest ni adalah tiket pergi balik ke Japan, kawan Facebook i yang menang. Best kan..

Hadiah i dapat adalah Kose products worth RM300

Sold

ni i gune

dan ini adalah contest klasik yang i menang. sangat kelakar. Biarlah ia menjadi rahsia i :p apa pun Alhamdulillah i memang 2nd prize melalui Movie Tom Yam Gong 2. Hadiah nya adalah movie merchandise dan paling best, traveling bag yang besar tu.. best best


Alhamdulillah.. looking forward for 2014 contest pula..

Tuesday, October 08, 2013

Winning entry: Marina Sutera Harbour Beach Resort Sabah

Baiklah, this event happened in August 2013 :) I was one of the winners for Merdeka Photo Contest organized by Marina Sutera Harbor Beach Resort. Alhamdulillah dapat tempat ketiga. Contest was first based on judges choice, then to choose the top 3, jadi voting contest pulak. I was not aware during the voting period, kalau aware pun, I kurang berminat. So, Alhamdulillah, dalam tak tahu tu dapat jugak lah tempat no 3 :)

dan first time juga prize giving ceremony was held outside KL. iaitu di Sabah. manalah saya ada sedara mara di Sabah kan, jenuh jugalah saya berFB tanya ada sapa yang boleh tolong saya ambilkan hadiah. Akhirnya, nasib housemate kepada adik saya, Julie yang memang berasal dari KK, dan juga masa tu ada di KK, boleh tolong saya ambilkan hadiah bersama ibunya. :) Terima kasih ya Julie dan Auntie.

Julie kata, mula-mula of coslah makan dulu!


Lepas tu baru ada upacara penyampaian hadiah.. :) 


Dan ini gambar beramai-ramai.. :) 


Hadiah yang saya terima adalah

1. Voucher makan bernilai RM150 di Spice Island Restaurant untuk dua orang
2. Voucher bowling untuk dua game di The Striker's Bowl


Memandangkan saya tidak ada plan untuk ke Sabah, jadi saya ingin jual voucher ni..was thinking about RM70-RM80. Kalau ada yang berminat boleh tinggalkan comment di bawah ini. jangan risau sebab saya tak publish.

*Alhamdulillah

Thursday, September 26, 2013

Winning entry: Jom Raya bersama Wardina bersama Electrolux

Alhamdulillah, nama terpilih untuk menang. 

Yes, memang i happy... 

But something went wrong after that.

so i have no mood to talk about the details.. i  mean like SERIOUSLY!! :) Zety, u  know lah kan what happen,  but anyway like my mum said 

"bila kite bagi something dekat orang kite kene bagi dengan ikhlas" dan 

"bila kite terima pemberian orang, kite kene respect hati orang tu walaupun kite tak berapa berkenan dengan apa yang dia bagi"

dan kita pun bukannya manusia yang sempurna..

:)

whatever it is, Rumah Wardina memang sangat amat cantik .. harap satu hari nanti dapat ada rumah macam Wardina.. the interior is perfectly done.


Above picture: together with other winners at Wardina's living area


Above picture: Emir was having "serious" conversation with Wardina


Above picture: Emir and I with Wardina and her cute son, Imran


Above picture: Master bedroom. again i love this


Above picture: one of her daughter's room


Above picture: bilik anak perempuan kedua


above picture: dan lagi bilik anak perempuan, bilik anak laki terlupa ambil gambar rasanya


Above picture: Her second daughter


Above picture: This area used to be a balcony.


Above picture: TV area


Above picture: my dream Electrolux's fridge


Above picture: Makanan yang disediakan


Above picture: EZNAAA!! peminat no 1 Wardina ni, habis semua cerite Wardina dia tahu.. 

nak tahu cerite lagi detail, boleh ke link ini. Wardina pun siap retweet lagi



and yours truly..


dapat membawa peluang sebuah steam iron dari Electrolux..

Apa pun bersyukur dengan kurniaan dariNya.

Amin....

Tuesday, September 17, 2013

Winning entry: Bella contest

Menang contest dah lama, update pun ambik masa. Itulah saya.

Alhamdulillah, sekarang ni focus saya adalah masuk contest online. Orang kate kembali kepada asal. Saya memang dari dulu hanya masuk contest online sampailah tahun 2011, baru berjinak-jinak masuk contest offline. Contest online ni pun ada kepuasan tersendiri, paling saya suke sebab bile kite tekan button submit, memang insyaAllah 99% akan terus sampai ke organizer. Kalau contest offline, kite kene ambil kire posmen punye masa. Lagi satu majority contest online tak payah keluarkan satu sen pun.

Tapi satu je lah, contest online ni hadiah dia tak de lah segah contest offline. Biasa-biasa gitu. :) Apapun, jangan lupe, dari contest online jugak lah saya berpeluang ke Hollywood :D

Ramai tanye kenapa tak bercontest offline? Jawapan saya, “tiada jawapan”. Malas pun ada, tak de mood pun ada. Pendek kata malas lah, tapi bila tengok kawan-kawan menang macam-macam, semangat kobar-kobar pulak. Tapi kobar-kobar pun tak tersampai nak pegang contest form dan pen untuk isi (macam mana tu?) .. Kadang-kadang dah siap beli POP (proof of purchase) tapi last-last tak hantar ..

So ini adalah contest yang saya menang dari Instagram – Bella contest. Masa ni memang target nak dapat Tefal ni, I kan penggemar Tefal, Kuali pun nak Tefal jugak haha.. sampai dah buruk Tefal tu still tenyeh nak  gune lagi. Jadi bila menang dapat Tefal syiokk u..

Cuma bab nak redeem hadiah kat Sri Pentas penuh seksaan dan dugaan huhu.. tak pelah , janji dah dapat.

Apa pun, saya dapat 2 Tefal, satu pan Tefal yang besar, satu lagi yang comel.. Yang besar tu memang saya gune, tapi yang kecik tu kemungkinan besar saya tak gune. Jadi macam nak letgo.. detail nanti saya letak ye. Nanti saya check harga pasaran berapa lepas tu saya letak berapa nak jual ok. Dalam kepala nak jual RM30 je tak termasuk postage. Let me check first. Kang takut murah bebenor pulak :p

Alhamdulillah.



Thursday, August 22, 2013

Winning entry: The Apartment Style Edition Contest

Sungguh, this is an old story, happened in April, but i think for the purpose of documents my winnings, I think i should do something about it. After all, bukan banyak pun i menang tahun ni.

Teringat lagi masa dulu (sampai lah tahun 2010), saya memang concentrate untuk online contest saja. masa tu saya in the opinion - buat ape lah nak keluarkan duit beli Proof of Purchase.. so memang banyak lah online contest yang saya join. And alhamdulillah banyak juga hasil dari online contest yang saya menangi. Menarik tentang online contest adalah, kite tak payah nak keluarkan duit sesen pun untuk beli apa-apa barang. Hanya hantar sahaja penyertaan anda. Jangan tak tau, hasil dari online contest juga lah yang membawa saya pergi merasai Hollywood!!

Lama kelamaan, bila dah dapat geng yang sebulu suka masuk contest, baru saya perasan yang offline contest selalunya menawarkan hadiah yang lagi lumayan dan menarik. Sedari itulah saya mula berjinak-jinak sikit untuk masuk offline contest.

Tapi untuk tahun 2013, tak tahulah apa puncanya, saya agak slow betul untuk join contest. Susah betul diri ni nak committed untuk duduk menghadap borang-borang contest. Padahal inilah hobi saya. Saya suka menghadap hobi saya ni sebenarneyer. tapi lately, i just dont have time for it or i did not make time for it. 


Back to the story, ini adalah satu kemenangan online contest. Asalnya memang saya ikut cerite The Apartment . Lepas tu ada online contest, saya pun join lah. Bestnye kite perlu decorate our living room and each week, they had few new items for us to decorate. Setiap hari saya mengadap bende ni. bukannya nak masuk contest tapi dah lebih kepada addicted (alaa macam korang suka main Candy Crush tu). 

Cuma bile dah sampai last two final weeks tu, masa tu saya dah terlalu sibuk, jadi tak sempat nak tengok living room virtual saya. Alhamdulillah , dah namanya rezeki, sangkut jugak dapat Consolation prize :D walaupun hati ni betul-betul aim nak Grand Prize :D


inilah hasil decoration saya... 


seronok babe main bende alah ni haha.. :)

Cuma bila time nak redeem prize tu, masyaAllah, yours truly having a nightmare. Imagine, I received the vouchers on Saturday and the vouchers expired on Monday and we can only redeem at Viva Shopping Mall. 

Then, nasiblah Encik Husband boleh bawak pergi Viva..

and it did not end there..

Masuk je outlet kat situ, all refused to entertain ok. kate they did not get any info from the Management. Orang ni tolak sini, Orang ni tolak sana. Memang bengang jugak lah masa tu.. lagi bengang, orang kedai macam nak tak nak layan kita. asyik cakap - Apartment dah lama habis!!

but thank God, masa tu, nasiblah one of the person in charge datang office sebab kene buat stock taking. Itupun dia confused, kene call bosslah, this and that..

All in all, since i memang berhajat nak beli kipas siling kat rumah i, (kipas lama dah rosak), akhirnya lepas 2 jam dapatlah i claim.. Lepas 2 jam ok.. being a manusia, memang masa tu dah agak hilang sabar sikit lah.. 




itupun i top up RM50 - RM100 kot, dah tak ingat..

inilah kipas i.., sekarang dah selamat gantung dalam bilik tido i.. Encik Emran yang pasangkan sendiri..


bezanya lampu tu instead warna hitam, i tukar warna putih. Yang tak best - lampu nyer ada lampu merah je. and tak boleh tukar ke lampu putih, memang dah fixed tu.. yang best pulak, kipas ni "turbo" dia memang kuat, tak yah pakai aircond pun tak pe :D

Apa pun. Alhamdulillah...


Wednesday, July 03, 2013

Winning entry: Avon's products

once in a blue moon when result is on my side. Recently dah terlalu banyak compers, dan dah terlalu stiff competition, banyak kawan-kawan i memang take a contest seriously yang mana kalau i tak kenal derang, i tak akan sangka begitu komited sekali mereka cuba menang..

apapun rezeki di tangan Allah.. i always trust in that. kalau rezeki berpihak kepada kita, insyaAllah akan adalah rezeki untuk kita.. ke-komited-an i dengan contest adalah sangat kurang.. i consider myself biasa-biasa. if i think i would love to try, i try, in fact if i participate pun, i always make sure the proof of purchase that i buy is something that im gonna use it in future. cuma sekali dua je i beli, lepas tu i tak gune.. huhu, itu memang salah i lah, n i perasan bila i buat macam tu, memang i tak menang sebabnya i rasa, i macam pertaruhkan nasib.. so i myself disagreed with that point.. and now memang tak adalah i buat macam tu.

So, ini adalah contest yang i menang dari Avon, tutup pukul 8 malam, i sent my entry pukul 7.30 pm kot, dalam kerete, on the way balik rumah.. Slogan based contest. buat pun masa tu jugak.. so contest ni i fikir dia punya slogan in less than 10 minutes huhu..

apa pun, suka sangat hadiah yang diberikan especially the handbag. im so need a handbag yang boleh i lenjan.. yang boleh masukkan segala macam barang-barang hero-hero. adatlah kan, bag kite ni macam poket untuk mereka-mereka.

Patutnya hadiah nyer adalah RM50 barang-barang Avon, tapi bile i tengok balik, barang yang i dapat nearly RM100.

Dapat satu lipstick dan satu handbag..

Alhamdulillah



Monday, June 03, 2013

The Women's Weekly Mother's Day Cooking Workshop

first of all, this was an outdated story.. and starting from today.. insyaAllah, I am trying my very best to upload one story per day.. because i do think that i miss other part of me if im not blogging.. well, blogging has been part of me since 2003.. so you know, a decade of blogging... dari zaman anak dara sampai la mak dara.. :)

and so.. upon invitation from my neighbour, i registered myself at this cooking workshop. Femy was the one who very semangat and anything that involved memasak, i wont think twice.. !! Femy lah arranged for the payment, fill in all the details.. if it was me.. definitely it wont happen :p

We just paid RM50 for this session, of cos at first i was like.. "alaa mahainye nak belajar masak" ok, me being ke.de.kut :p but it was a short while.. especially the event was held at Prince Hotel KL. 

Early that morning, Mr. husband drove the two of us (my neighbor and I) to the hotel. and we thought, we were quite early, but hell no, the q for registration boleh tahannn jugak..  



when i was quietly eating my breakfast, this kind lady, Laila, surprised me.. 

"ingat saya lagi tak"

ok, yours truly has a very very short memory.. huhu..maafkan saya.. she has a blog too, i just remembered i met her once during one of Nuffnang's event at Sunway Lagoon... but unfortunately, i couldnt catch her blog's address.. any of you can share with me?



Femy said she actually arranged for 4 persons to join her on that day but only three of us turned up. Met my new friend - Shireen.. (femy's friend (she is in the middle))... 

  
Should i introduced you to F&B section? but i betoi betoi lupa nak jadi part of pesakit mental mengambil gambar-gambar makanan yang indah lagi lazat.. the fruit tart was marvelous.. 



and we could just refill our Nescafe Dolce Gusto's coffee.. again and again. Ladies, you should scrolled down and see what happened to me at the end of this event :p (alaa i dah letak dalam Instagram Facebook dah pun).. 

but at this point of time.. we were like.. sedap nyer Chocolate coffee ni, sedapnya Caramel Latte ni.. i lah yang tamak dan haloba.. telan lah jugak dua cawan in total ;)



The workshop was delayed nearly to one hour.. the Chef in action was Chef Andri (kalau tengok Dugro Chef Cilik, dialah Chef nyer).. Ok, i thought it was a cooking workshop where we had our own small kitchen to cook, but.. after seeing the participants list in WW's Facebook -- 80 participants, i knew it would only be a cooking demo. 

One drawback from this workshop was, those participants at the back couldnt see clearly. and of cos we lost our concentration.. Even though  the organizer did placed a projector at the right corner, it didn't help at all, pening kepalak jugak because the video was shaking.. orang yang ambik video tu tak pakai tripod, pakai tangan, sebab tu lah goyang-goyang gerudi kan.. 


but Thank God Chef Andri was very entertaining.. so sangat tak boring.. Ade 6 cooking, and the picture below was the first cooking.. seabass something something (lupaaa).. i didn't taste -- tak sanggup (geli tekak hahaha) sebab semua orang gune sudu yang sama.. in fact, i could see the fish also :p tapi sebab nak ambik gambar.. boleh lah action sikit..



and Chef Andri invited few participants to assist him in cooking.. and one of the cooking preparation, i raised my hand and said ... "this pregnant woman nak tolong" hahaha she was the only participant yang sarat.. 



We didn't know that they provided us with lunch.. lunch ke-enam-enam cooking yang di masak.. Again.. i memang tak teringat sikit pun nak ambik gambar.. perhaps I didn't go with my blogger circle.. so terlupe pulak, plus dah lama tak update blog kan.. itulahh.. 



the above apron was part of the goodie bag.. and Im kinda love the apron.. :) nampak catchy pun iyer.. 


Picture above: The participants with 2 chefs.. (oh yes, ada dua chef)...

Do you want to see the Goodie Bag..

1. Saya sangat suka
2. Senyum sampai ke telinga
3. Barang-barang i suke and i akan guna..
4. Ada Tupperware.. walaupun comel Tupperware nyer.. But i loveee Tupperware.. Spot on OK!! *Note, i always bought Tupperware but none of it for myself.. the Tupperware collection that I have -- ALL adalah pemberian orang lain.. Menang contest, goodie bag, or mak mertua bagi.. mak bagi :D 


this was the highlight of the event, Lucky draw.. if i'm not mistaken, they had 6 prizes.. 3 buffet dinners from Prince Hotel, 2 stay vouchers also from  Prince Hotel..

and so called Grand Prize was.. Nescafe Dolce Gusto Coffee Maker.. 

memandangkan luck untuk nombor saya tak pernah kot kene dalam lucky draw macam ni.. tapi harapan tu tetap ada.. (ye tak...)

untuk dijadikan cerita.. Masa organizer tu nak ambil number.. one of the number terjatuh.. and dalam hati i

"alaaa.. entah-entah nombor i"..

Rupe-rupenyer.. number tu terjatuh untuk bagi rezeki dekat i...

Yes.. it was my number being called -- the lucky number 78..


*Happy Happy happy.. suke okeh.. suke suke suke...should i say more especially when this prize worth RM799

i never think to sell this off.. i will keep this definitely.. balik terus bukak dan rasmikan..


 and.. straight away bought this 4 flavours!! and my favorite is Chocochino..



so my investment of RM50 is truly worth it kan kan kan.. :)

p/s Alhamdulillah, dalam kemarau tak menang contest.. hadiah ini pulak menjelmaa.. 
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez