Tuesday, January 06, 2015

Kuala Selangor: Hotel kami || De Palma Kuala Selangor


Cuti sekolah sekali lagi kami habiskan cuti-cuti di Malaysia sahaja. Dan saya sendiri memilih Kuala Selangor sebagai destinasi percutian saya pada kali ini. 

Browse punya browse, memang hotel pilihan saya mesti dan wajib ada swimming pool sebab nak kasi Emir syiok sikit. Setahu saya dekat Kuala Selangor hotel yang ada swimming pool hanyalah De Palma, bile round-round dekat Kuala Selangor, rupanya ada satu lagi hotel yang ada swimming pool dekat Kuala Selangor, iaitu The Kabin yang baru dibuka.. Kalau tau, memang i dah book dah.. tapi sebab tak tau, so i proceed book De Palma Hotel ini. Alhamdulillah ada kosong, last school holiday bile i cuba nak book last minute, hotel De Palma ni penuh.

I browse dari satu Travel website ke travel website, yang masih available cuma Agoda.com saja, Masa saya check, rate yang dikenakan adalah RM200 per night, dah nak bayar dah, tapi masa tu tergerak hati nak bukak sendiri website http://www.depalmahotelonline.com/wbe/index.action?fromMenu=1&cid=DEPALMA

and lucky me, i dapat RM125 per night :D Managed to save for RM75 okey, banyak tu!

Ini keadaan bilik ni masa kami sampai before i transform bilik ni dengan katil rapat dan apa bagai.. This hotel is only 3 stars hotel, so do not expect too much. I bacelah orang review pasal hotel ni, and banyak juga pakar mengkomplen kan :) To me, masa vacation, free your mind unless memang tahap yang tak boleh terima - toilet kotor, aircon rosak dll.



Hotel ni banyak family buat Family day, and i also find this is a perfect venue to organize a family day for a small group of family. InsyaAllah one fine day i teringin nak ajak Family i buat family day dekat sini..


Setiap rumah dalam bentuk chalet. rumah kecik-kecik, satu rumah tu terbahagi kepada dua bilik (connecting room).


Inilah swimming pool nya, agak besar jugak kan dan sangat selesa untuk Emir main. Cuma masa Emir main tu ada satu group family yang buat family day yang conquer the whole pool. Jadi bile Emir mencelah-celah tu, i pulak rasa tak selesa. Anyway, i pun masuk jugak dalam pool ni tapi tidaklah swimming sangat sebab pool penuh.



yang melompat buih tu Emir.. 


Ini masa nak checkout, baru ambik gambar depan bilik kami. By the way, for your information, katanya ada Internet, tapi takde pun, I pun tak kisah sebab Maxis line laju jer. Bilik inclusive breakfast for 2. Simple breakfast saje, cukup untuk kenyangkan perut kami waktu pagi. Tapi kalau kite terlebih bawak ahli keluarga, tak payah risau sebab bayaran tambahan yang dikenakan sangat berpatutuan Dewasa RM12, kanak-kanak RM6. Jadi i cuma tambah RM6 je untuk Emir. 


dan inilah dewan Hotel. Minta juga nak checkout lambat sikit, tapi staff tak bagi sebab i checkout hari Sabtu, ada dua group family yang datang untuk buat family day yang akan checkin Hari Sabtu. The latest bagi pun pukul 12.15 :(( else kene charge RM100. 

All in all, the staff are very friendly.




2 comments:

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez