Monday, July 29, 2013

Menu bulan puasa 2013 by yours truly..

Honestly tengah malas-malas nak update blog, tapi kene update jugak sebab i rasa rugi tak update especially bila i masuk contest bergambar which requires me to post a picture..  i definitely know i somewhere somehowed i experienced that picture theme contest, tetapi malangnya, i didnt blog about it or i did blog but without a picture.. sayang.. nak cari dalam hard drive.. kirim salam la kan :)

and so, gambar-gambar dalam ni pun adalah outdated sebab semuanya i letak dalam Instagram.. (my id: ibuemir), tapi untuk diabadikan dalam blog ini.. mesti kene letak juga..

so mari kite lihat menu-menu yang i sempat masak dan ambik gambar dalam bulan puasa ni.. :)



Menu: Nasi putih, ayam masak kicap & kari ikan tenggiri


Menu: nasi tomato, ayam masak merah, grilled dory fillet & agar-agar.. ni masa ni pakai ambik je..


Menu: Nasi minyak, jelatah and so called ayam percik


Menu: Nasi dagang, ikan tenggiri, jelatah and nutella pudding

Menu: Ikan siakap sweet and sour -- yang lain beli


ni dekat rumah mak i, i masak dessert je dari baking class which i attended: Kek Kurma, Turkish baklava, Egg frittata, biskut badam


Menu: Ayam BBQ, fishball chicken ball soup..


Ni menu semalam: ikan siakap bakar, cendawan goreng and telur masak lemak..

you see: im very bad in presentation.. :p itu patut tugas laki i , dia pandai ambik gambar, tapi katanya -- lighting tak cukup (gambar tak cantik), bla bla bla .. :)

so menu ape hari ni?

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan for a mother..

Alhamdulillah, rasa nya hari ni kite dah masuk Ramadhan yang ke 16. Me, alhamdulillah.. dari segi amalan sunat, rasanya memang banyak lopong-lopong lagi. InsyaAllah dalam meniti Ramadhan yang ke 15 terakhir ni akan cuba meningkatkan lagi apa yang terkurang.

Suasana di office agak "meriah". Kesian kawan-kawan Corporate Tax saya yang tengah bertungkus-lumus menyiapkan bangunan 88 tingkat company taxes yang mana due datenya adalah 31 July. Memang pulun habis, maklumlah berapa banyak Company yang kene diambil tahu.. Lagipun semua orang pun nak tahu kan, so it was not an easy job for them.. they are talking about million and billion and what not.

Tapi, satu yang saya suke di sini yang belum pernah i alami sebelum ni di Company yang pernah saya mencurahkan keringat, ramai kawan-kawan saya di sini walaupun sesibuk mana, ramai juga yang sentiasa singgah mini surau kami untuk Solat Dhuha dan bacaan Quran.. Alhamdulillah saya bangga ada kawan-kawan macam ni..

dan, tak kurang juga yang lupa terus amalan-amalan kita kepadaNya.. berdoa semoga mereka diberi hidayah olehNya. Kerja kerja juga, kepadaNya adalah yang paling utama.

Dalam bulan Ramadhan i believe, mothers are the busiest person. yerp, i definitely agree. Masa rehat yang pendek dan masa tidur juga pendek. Kalau bagi ibu yang bekerja, memang rasa habis kederat tenaga kite digunakan..

Rutin harian saya adalah bangun pukul 4.30 pagi, masak sahur / panaskan lauk apa yang patut. It is a must for me to makan lauk panas-panas and mesti ada satu lauk baru masak. of cos, it is a simple lauk, be it telur goreng, ikan goreng, ayam goreng (yes, semua goreng-goreng) tapi yang penting wajib lah lauk baru bukan lauk semalam..

Lepas habis sahur, sempatlah i tidur sekejap. dapat lah 30 minit pun jadi. I  have tried few times kalau tak tidur lepas sahur, alamatnya, i akan jadi ngantuk aka zombie dekat office..

Dekat office, there is no chance for me to do something else.. its about work related. of cos sekejap2 saya akan ke social media kejap untuk legekan fikiran, tapi tidor adalah tak ada dalam jadual. setakat ni baru sekali je i tidor dalam 20 minit sebab sakit kepala sangat.

Balik pukul 6, kelam kabut masak.. and my day ended around pukul 10.30 (paling awal ni) .. dan esoknya rutin seperti biasa..

so, memang tak ada masa untuk buat bende lain... rasa pack sangat.. itupun baru anak sorang, and anak dah besar. macam manalah mereka-mereka yang ada anak kecik yer.. lagi penat rasanya.. Alhamdulillah, encik husband pun ringan tangan jugak menolong bulan puasa ni..

Apa pun, it was a blessed, dalam kesibukan i masih boleh lagi masak untuk family kecil i. masak lagi best, sedap tak sedap belakang kira.. we know what we put in the ingredients. walaupun encik husband ni tak dak bunyi pun dia suke ke or tak suke .. but hoping that he is ok.. :) puji melambung belum pernah terima lagi ni.. puji tak lambung pun tak dapat lagi :p sesekali ada juga kami beli makanan luar kalau i tak sempat masak.

dan Alhamdulillah, Emir setakat hari ni masih lagi berpuasa penuh.. Emir adalah seorang anak yang sangat determined bab-bab agama ni.. Mungkin berkat i baca surah Al Luqman hari-hari masa mengandung dulu kot.. ? paling seronok bila kami sama-sama dapat buat tarawikh..

till then..
daa
Amira

Wednesday, July 17, 2013

Wall makeover by Na + nadiafarahida.com = Free makeover :)

Assalammualaikum dan salam Ramadhan.. 

Alhamdulillah ini adalah entry pertama saya di bulan Ramadhan, bukan tak nak  update, tapi rasa bulan Ramadhan jadual saya macam penuh sungguh, but worried not, kalau lah teringin nak ikut perkembangan I (duhh.. macam artis pulak) bolehlah ikut I punya Instagram - ibuEmir.. 

By the way, tujuan saya update di sini sebab teringin untuk join this contest. Honestly whatever contest that involves MAKEOVER haruslah dicuba meskipun jujur saya katakan,  "ada peluang lagi ke nak menang sebab pernah menang dulu". Walaupun dulu penganjurnya adalah Nadia - blogger yang tengah famous ni, tapi yang merealisasikan impian saya adalah Wall MakeOver by Na 

dan kali ini Wall MakeOver by Na pula akan jadi penganjur utama sambil dibantu oleh Nadia

Dan memang hasil kerja tangan Wall MakeOver by Na memang best... dari dinding putih kosong, inilah hasilnya.. :) memang tempat pujaan anak teruna saya.. its not a wallpaper, its wallpaint!! Alhamdulillah sebab adanya "keceriaan", Emir sekarang ni tahu itu bilik dia ... dan bermula dari situlah Emir sekarang dah tidur di bilik dia.. 


Full entry kemenangan saya boleh baca di sini 


atau boleh baca juga di link Nadia 


***************************

Sorry, itu baru mukaddimah.. 

ok lets get straight to the point.. 

ok this is my living room. kalau duduk rumah atas angin ni, living room ni lah tempat tengok TV, tempat santai-santai dan tempat sambut tetamu. 


as you can see, my living room is plain dull..

dan selalunya orang yang suka cantikkan rumah ni adalah  orang perempuan. kalau laki i, i berani cakap, sampai bila-bila pun he would satisfy apa yang ada :p janji kerusi tu boleh duduk lagi, janji TV tu boleh tukar-tukar channel, janji carpet tu tak kotor lagi.. barang-barang sekalian akan berada selamanya di tempat dan position yang sama :)

Kalau ikut nak cantikkan rumah, sebenarnyer dah lama dah teringin nak color-colorkan dinding. 

Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana

I believe in home sweet home. Rumahku Syurgaku.  Rumahlah tempat permulaan untuk kite mulakan kehidupan seharian, dan kite juga akhirkan seharian kite di rumah. tak kirelah kite hanya duduk rumah sekejap ke  tapi dari permulaan dan pengakhiran semuanya bermula di rumah.

Kite letak tepi dulu tentang budget issue.. yes, I mengaku i have budget issue.. nak buat, tapi bila ada duit di tangan, selalunya saya akan simpan sikit dan yang lain tu i would rather gembirakan kaum kerabat.. you can ask my siblings how pemurahnya i :) (baik ngaku ok :)) .. dan selalu jugak lah duit lebih yang ada mulalah buat sesuatu yang sebelum ni teringin nak buat.. antaranya makan tempat yang best (ok- makan will always be in my list) and jalan-jalan..

Jeles jugak kengkadang tu tengok rumah-rumah orang yang cantik. Teringin juga nak buat rumah macam showhouse.. 

Some may want to give this as a gift to someone special. But i would rather this special prize to be rewarded to myself. Honestly speaking, MAKEOVER rumah adalah yang paling i suka selain daripada Tupperware.. (i'm serious)..  ok fine.. hadiah cash pun best..but if you talk about item, inilah yang boleh naikkan hormon "nafsu" i :)

Ok lets berangan..

Kalaulah saya menang contest ni.. saya akan pilih cat dinding ini..


to remain the same color pun i tak kisah, sebab color-color ini di antara modern color sekarang ni .. and this can suit banyak sofa colors. .. cuma rasanya kene mintak pendapat mereka-mereka yang terror dalam color scheme sebab i tak nak ruang tamu rumah i nampak kusam..

In case you are wondering why i chose this... 

1. rasa tersusun

2. tak semak pandangan mata

3. looks very modern kan..

so, i pun buatlah simulation sikit.. bayangkan kalau i dapat yang ini.. so, my living room akan jadi macam ini..


yeah i know, kalau yang i buat ni nampak sepah2 kan, inilah hasil super impose dari orang yang tak berapa pandai..

i like the design above because less is more :)

one thing with this design, at least in future, in case i nak buat TV Cabinet... bunga-bungaan masih segar memainkan peranan sebab terletak di hujung.. :)


ok i swear my future TV cabinet would be better than this.. and our Piano  will remain there.. rumah atas angin, tempat limited nak letak ..

itu saja.. kasi i cerita.. esok pun tak habis.. :)

Kalau siapa nak join contest ini, boleh ke sini..


mana tahu anda akan jadi 3 yang bertuah untuk dimakeoverkan rumah anda.. 

Semoga berjaya semua..

Oh ya.. tarikh tutup adalah 18 Julai 2013..

Salam
Amira

Thursday, July 04, 2013

The search to become a homebaker (note: untuk makan sendiri) begins..

I always love baking, baking is part of me for quite sometimes. But due to certain constraints, I stopped baking for a while mainly because the word L.A.Z.Y kicks in especially thinking that I have to be the one who cleaned up all the mess after few hours baking process..

Let's see what I have updated in this blog on my baking journey..

It was all started with this :p



gelak laa.. gelak laa hahaha -- ni orang nak makan pun tak lalu



i really bad with the presentation :) takpe ni untuk makan sendiri jer.. :D, sebenarnyer during this period, boleh katekan selalu sangatttt buat cupcakes..

http://www.emmira.com/2009/08/contest.html



lame-lame i developed my specialty :p -Blueberry cupcakes - .. walaupun rupe buruk tapi rasa sedap :p





Ini untuk makan2 dekat tadika Emir.. I baked the cupcakes, and bawak isi2 decoration untuk didecorate by the kids..

http://www.emmira.com/2012/11/i-just-make-my-life-little-bit.html

I juga ada masuk kelas.. just to learn at least the basic thing about baking..



kek ni dijadikan mother's day cake tahun 2008 and i baked together with these cupcakes




Walaupun tak cantik and tak berapa pandai, i cuba beranikan diri buat birthday cake untuk Emir..

Birthday Emir yang pertama pun i sibuk nak beranikan diri buat cake, padahal masa tu bukan pandai pun.. I think it is more satisfying and more meaningful..


Ini buat masa Emir's first birthday party lagi.. tak tau la menarik ke tak, harap-harap Emir besar nanti Emir akan appreciate..


http://www.emmira.com/2007/11/taste-of-being-mother-towards-end-of.html


walaupun tak cantik , tapi i tak serik haha



Masa ni i buat untuk birthday Emir yang ketiga di sekolah Emir..

http://www.emmira.com/2009/07/emirs-belated-birthday-party.html

Untuk cake.. i masuk juga fondant class.. and this is my first fondant



Lepas tu dengan beraninya i buatlah my first Fondant cake all on my own, termasuk Fondant tu pun buat sendiri.. and this was how it turned out to be..



http://www.emmira.com/2009/06/fathers-day-cake-intoducing-my-first.html

then , lepas tu i decided nak buat birthday cake lagi, tapi tak tau kenape fondant tak jadi.. sedih sungguh masa tu..


  

sebab frust sangat i terus kepamkan my fondant.. until lah recently memberanikan diri balik..



Ini buat masa Emir's first birthday party lagi.. tak tau la menarik ke tak, harap-harap Emir besar nanti Emir akan appreciate..

http://www.emmira.com/2007/11/taste-of-being-mother-towards-end-of.html

Baru-baru ni, baking tu datang la menyinggah kejap.. so dapatlah dua cake ini

Ini i cuma nak test whether i punye fondant skill ade lagi ke tak.. ok lah.. at least covering the cake was smooth.. I buat cake ni sebab anak sedara I masuk hospital.. and this cake beratnyer adalah dalam kurang 2.5 kg..


and this was my latest project for Emir's 7th birthday. A swimming pool cake huhu.. walaupun Emir tak berapa berkenan because he thought i baked Iron man cake.. tapi oklahh.. rasa lagi puas hati bila buat sendiri.. kalau order mahu nyer RM180 kot? Rm180 pun 1kg kan.. ni 2.5kg.. berat sungguh..


InsyaAllah more to come sementara tengah rajin ni.. :p

Wednesday, July 03, 2013

Winning entry: Avon's products

once in a blue moon when result is on my side. Recently dah terlalu banyak compers, dan dah terlalu stiff competition, banyak kawan-kawan i memang take a contest seriously yang mana kalau i tak kenal derang, i tak akan sangka begitu komited sekali mereka cuba menang..

apapun rezeki di tangan Allah.. i always trust in that. kalau rezeki berpihak kepada kita, insyaAllah akan adalah rezeki untuk kita.. ke-komited-an i dengan contest adalah sangat kurang.. i consider myself biasa-biasa. if i think i would love to try, i try, in fact if i participate pun, i always make sure the proof of purchase that i buy is something that im gonna use it in future. cuma sekali dua je i beli, lepas tu i tak gune.. huhu, itu memang salah i lah, n i perasan bila i buat macam tu, memang i tak menang sebabnya i rasa, i macam pertaruhkan nasib.. so i myself disagreed with that point.. and now memang tak adalah i buat macam tu.

So, ini adalah contest yang i menang dari Avon, tutup pukul 8 malam, i sent my entry pukul 7.30 pm kot, dalam kerete, on the way balik rumah.. Slogan based contest. buat pun masa tu jugak.. so contest ni i fikir dia punya slogan in less than 10 minutes huhu..

apa pun, suka sangat hadiah yang diberikan especially the handbag. im so need a handbag yang boleh i lenjan.. yang boleh masukkan segala macam barang-barang hero-hero. adatlah kan, bag kite ni macam poket untuk mereka-mereka.

Patutnya hadiah nyer adalah RM50 barang-barang Avon, tapi bile i tengok balik, barang yang i dapat nearly RM100.

Dapat satu lipstick dan satu handbag..

Alhamdulillah



Saturday, June 22, 2013

What keeps you alive?

i percaya dalam hidup ni kite tak boleh concentrate kepada bende-bende hakiki dalam hidup maksudnya makan, tidor, kerja rumah, jaga anak, pergi kerja. Kalau rutin hidup kite macam tu, i rasa boleh tension jugak dari sehari ke sehari.

I pernah lalui jadi housewife in 2011. Walaupun 7 bulan tapi rasanya masa tu semua orang tanya bende yang sama - tak boringke duduk rumah? jawapan i dengan jujur - tak!! i love to stay at home, doing the things that i want even though masa tu financial was an issue.

mungkin juga, jawapan i tak boleh pakai memandangkan i pernah rasa bekerja, duduk office, balik dah penat, sekali bila dapat duduk rumah, tak perlu fikir perkara macam tu, i rasa lege.

tapi, yang menarik, antara perkara yang dapat menggembirakan i masa tu adalah i dapat buat bende yang i suke tanpa ada batasan - main contest, baking, cooking

dulu masa i baru graduate, i kurang nampak kawan-kawan i cenderung melakukan sesuatu aktiviti, semua kalau update dekat Facebook bende yang sama, update pasal tempat kerje, dapat phone baru, jumpe kawan-kawan, tengok wayang, makan tempat ni, tempat tu..

mungkin masa tu kite semua tengah cuba untuk stabilkan hidup, masih mencari-cari apa yang kite nak.. kan ??

tapi bila umur dah 30 tahun ni, mungkin kebanyakan kite dah nak hampir stabil, sikit demi sikit i dah nampak, ramai kawan-kawan i dengan aktiviti masing-masing.. 

which i think

THAT KEEPS YOU ALIVE

giving colors to your life, which i find its a good thing!! it keeps you busy, you know what you have to do , you know what you are looking forward to..

kan..

tak kisahlah you suka 

1. main contest


obviously atas ni, yours truly la kan.. :)

2. baking  





Kak Loly, duduk dekat Doha.. terror betul baking

4. menanam



kawan i Shima duduk dekat UK.. cantik and kemas laman rumah dia

3. menjahit 


Kak didik - cousin i - love her creations!!


4. photography


Kawasan savanna edelweiss sebelum puncak raung, jawa timur, indonesia

Husband I ambik

5. artwork (buat khat ke :))

dari husband ku sayang lagi.. 

6. marathon 



kawan i Nita.. :) hi nita, aku tau ko bace blog ni hehe


7. cycling


my BIL 

8. panjat gunung 


Cousin i, Ani, bertemu jodoh pun dengan orang suke panjat gunung :)

9. errr main game? boleh laa  :p


10. dan sebagainya

i know it keeps you alive kan :)

Happy weekend!!

Minggu ni i nak buat no 1. n no 2.

you all?


Wednesday, June 19, 2013

Lagi dan lagi write up mengenai CocoDamia

Thank you Nadia...

Entry diambil dari rakan blog saya 


sorry tak minta izin dulu terus share je :)

Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan Coco Damia boleh tinggalkan komen di sini yer

Coklat IQ - CocoDamia | Bukan Sekadar Coklat

Pernah dengar pasal coklat ni?
Coklat yang bukan sekadar coklat
Sebab coklat ni mengandungi makanan sunnah Nabi & Imam Shafie
Membantu memberi kecergasan badan dan minda
Sesuai dimakan dari semua peringkat usia
Dari kanak-kanak hingga la yang dewasa

MamaZN dah beli dah, hihihi
Dan ofkos la dah rasa jugak
Alhamdulillah, memang sedap :)


Nak tau kelebihan coklat ni?
Sila klik LINK INI ^_^



Harga berpatutan, rasa sedap
Memang sesuai untuk siapa-siapa yang kureeeennnggg sket nak makan coklat
Mula-mula ingat nak belikan untuk ZakwanNayli
Rupa-rupanya PapaZN pun makan buat sarapan pagi2 sebelum p keje, hihi
MamaZN pun makan jugak :)
Senang cerita memang untuk kami seisi keluarga :) 
Zakwan, MamaZN perasan dia kureng sket nak makan coklat ni
Tapi dia still makan
Takpela, janji dia nak kan?
Walau tak dihabiskan sederap, dia makan sikit-sikit sampai habes

Jangankan Nayli, dia ni memang suka!
Masa Nayli sakit ulser tu, memang coklat ni jek la yang mampu beri tenaga pada Nayli
Sebab Nayli tak boleh nak makan benda lain
Bila dah kena ulser mana larat nak makan & minum kan?
Tapi Alhamdulillah, coklat ni Nayli bleh makan 



Apa-apapun kita usaha
Bila istiqomah baru la nampak hasilnya kan? In shaa Allah


Kawan-kawan yang nak tau lebih lanjut pasal coklat ni
Boleh la berhubung terus dengan mereka-mereka yang gojes ini ^_^

 - Kak Ayu Zamzarina
 - Zety Zainal
 - Mira IbuEmir 
 - Kak Amy MamaTisya






p/s:
MamaZN tak jual
Sekadar tolong kawan-kawan :)

Tuesday, June 18, 2013

Online income: Shutterstock is still there.. and now -- AsianRF

The last time i posted on Shutterstock was in November 2012, which is almost 8 months back. But anyway, as I mentioned earlier, Shutterstock would always be your passive income.. passive as in, put your hardwork upfront and let the online does the work :)

I personally haven't "spy" on mr. husband's Shutterstock for few months.. kalau tak hari-hari i dok godek itu ini.. and i have no reason for that. but what i know is, at the end of the month, mr. husband would withdraw his monthly income from Shutterstock.. itu i tau lah :)

so, earlier this morning, i macam "oklah, nak tengoklah berape" because as far i remember, a month before Ramadhan, especially during Ramadhan last year, the sales are $$$ :).. orang kata rezeki bulan Ramadhan kan..

and below is the highest purchase of a single picture this month..

gambar bawah ni jual dengan harga USD16.80, FYI, highest purchase for a single picture is USD28 per picture.


and I thought Mr. Husband dah tak upload dah gambar memandangkan dah lama tak nampak dia pegang kamera.. Rupenye diam tak diam.. adalah jugak dalam 40 keping gambar dihantar dalam tahun ni..

dan ini adalah gambar / khat terakhir yang laki i hantar.. which has been approved on 8 April 2013..



in case you are wondering, that is Surah Al Ikhlas.. yes, all the calligraphies are created by my one and only husband.. yes, he is talented.. :)

meh tengok lagi his collection





Surah Al-Kufi ayat 1-7



Ayat Kursi


dan banyak lagi...

The highest sales to date, masih lagi belongs to 99 Nama Allah dengan 366 Total Purchases which generates USD182.29


if you would like to register for Shutterstock, you can follow this link:- http://submit.shutterstock.com/?ref=252589


and Mr. Husband dengan rakan seperjuangan juga have recently launched their own website which has similar function as shutterstock.com few months back.. baru jugaklah

I.N.T.R.O.D.U.C.I.N.G




walaupun i jeles dia tak nak buat lagi website untuk I (takpe u, i redha :p).. but i support their initiative to start their own product.. perhaps this is the first Asian stockphotos..

since hubby does not share his password.. so tak dapek la nak pergi detailss..

but anyway, kalau ada photographers yang nak tambah pendapatan melalu ini juga, boleh ke website




what i can guarantee, the criteria to upload tidoklaa seketat shutterstock kan hehe..

the last time i've heard from hubby, he said, ramai orang Myanmar yang upload gambar dalam ni..

sales?

seriously, i know nothing :D

p/s Alhamdulillah.. i pun tumpang gembira juga..

Monday, June 17, 2013

Kurma Badam untuk bulan puasa...

Dari Coklat IQ CocoDamia.. saya menambahkan lagi hasil variasi jualan saya..

Adalah sunat untuk kita berbuka puasa dimulakan dengan kurma. Dan makan kurma setiap hari juga baik untuk kesihatan.

Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan Kurma Badam ..



amat sesuai untuk diberikan kepada keluarga, sahabat handai mahupun teman sepejabat.. Memang didatangkan dengan packaging yang kemas dan presentable..


Harga Kurma badam adalah RM20 sekotak..

Kalau ada yang tak mahu kurma badam.. Kurma biasa pun ada juga..


Harga kurma Khidry tanpa badam adalah RM18 sekotak.

Boleh tinggalkan komen di ruangan di bawah ini jika berminat.. (saya tak publish :))

Terima kasih.

p/s kalau ada yang berminat untuk share jualan boleh juga :) dropship i mean :)
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez