Wednesday, January 09, 2013

busy busy busy

busy busy busy week.. rasa nak pengsan kejap..

with the trip yang kejap jadi kejap tak..

and now.. telan air liuq kejap.. business trip in Bangkok balik hari saja.. lepas tu esok keje..

*gulp.. im talking about tomorrow..

takpe .. imagine i pergi perak balik hari..

p/s inilah nasib orang makan gaji.. saya yang menurut perintah..

Sunday, January 06, 2013

Back to School Photo Contest


Ingin join contest ini di saat-saat akhir dan saya mempertaruhkan gambar ini..



Ya saya tahu memang gambar ni nampak biasa sangat, kalau nak jual memang tak laku, tapi gambar ni sangat istimewa sebab 

1. ini adalah gambar anak saya (anak saya yang paling hujung tunjuk peace) semasa hari pertama persekolahan dan ini adalah pengalaman pertama anak saya makan di kantin

2. Masa makan di kantin, anak saya makan bersama dua lagi rakannya di tadika.

3. Anak saya bersama Irfan (duduk di tengah-tengah) berada di dalam satu kelas, tetapi Ian (rakan yang berbotol air biru) berada di berlainan kelas.

4. Anak saya dan Irfan masa tu mencari ke hulu ke hilir mencari kelibat Ian, dan mereka tak makan langsung sampailah Ian keluar dari kelas. and when they saw Ian, both of them shouted -- jerit kegembiraan .. macam kita yang dah lama tak jumpa kawan baik kita. yes, kami ibu bapa yang memang dah berkawan sejak zaman mereka tadika memang sangat touched dengan "peristiwa" itu.

5. FYI, both of them berada di tadika yang sama semenjak umur mereka 2 setengah tahun.. jadi memang persahabatan tu dah lama..

6. Harap mereka menjadi rakan baik sehingga mereka besar kelak

Quote dari penganjur contest...


"This contest is open to all bloggers who have children under 12 years of the date of entry. During the contest period, share a unique photo of your child dressed in an outfit for school, and you could win total prizes RM100! Briefly tell me what your photo is (such as a paragraph about the photo) in your entry.

Terms and Conditions: 
1. Be a follower of www.eqbalzack.com
2. To enter, participants have to register and provide relevant particulars needed. CLICK HERE!
3. Come back here and leave your permalink (URL) entry in the comment box.
4. Opening date: 25 December 2012
    Closing date and time: 6 January 2013 (11:59 pm)
    Results: 11 January 2013 (10:00 am)"



Berkongsi pendapat

i rasa dah berzaman jugak lah i tak share isi hati i.. so anyway, i have just finished reading Biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,  tajuk buku ni cuma "Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhari", but for this one particular person, he really deserved the title Tan Sri..


first time i dengar tentang Tan Sri masa tu dekat zaman U, which was way back in 2002.. Masa tu lecturer saya untuk subjek ekonomi pesan kate, if you want to learn about business, study this businessman's profile, his name is Syed Mokhtar AlBukhary. 

Dan masa tu memang i berminat nak tau tentang Tan Sri, i kan suka bisnes, jadi i suka kaji macam mana orang tu boleh berjaya.. tapi masa tu Internet bukanlah di hujung jari sangat. nak nak untuk dapatkan Internet adalah satu perkara yang menyusahkan.. 

Tak lama lepas tu,  makin banyak cerite Tan Sri di dada-dada akhbar tapi jujurnya i tak berapa peduli. Perkara biasalah kan untuk orang yang baru graduate mase tu, nak cari keje, lepas tu pulak, i ni lepas graduate terus nak kawin.. dahhh sibuk hal-hal kawin.. 

Dan baru baru ini, papa Emir beli buku ini di Big Bad Wolf, Papa Emir baca dulu baru I bace.

Bila baca, anda akan rasa kagum dengan Tan Sri dan macam mana bijak Tan Sri kendalikan bisnes. Tan Sri bukan orang kaya dan Tan Sri juga tak sempat untuk menghabiskan persekolahan, tapi dengan semangat bisnes yang Tan Sri ada, dan tahu apa yang patut beliau buat, Tan Sri telah mengukir kejayaan yang membanggakan.

He was already a millionaire in his early 30 but he was only exposed to media in year 2000 (after more than 20 years in the industry), only after he took over MMC. 

I suka dengan ayat yang diquote daripada beliau "Pendekatan saya mudah . Jika saya hendak buat sesuatu , saya buat dulu dan bercakap kemudian".

dan seperti yang kita tahu, Tan Sri sangat pemurah, rezeki yang Allah beri kepadaNya, beliau takkan lupa untuk berkongsi rezeki bersama yang lain. Bila baca buku ini sungguh I tak tau yang di Alor Setar ada Universiti Antarabangsa Albukhary yang merupakan universiti persendirian dan tidak mengambil keuntungan dan dibina untuk menaja golongan miskin serta kurang bernasib baik di seluruh dunia. 

bukan saya nak agung-agungkan Tan Sri, tapi kejayaan Tan Sri patut dicontohi oleh orang Melayu kita. Untuk berjaya tiada jalan yang mudah, Tan Sri juga pernah beberapa kali jatuh bangun dalam dunia perniagaan, tapi beliau bangkit semula. Bisnes tiada yang mudah, penuh onak dan duri. Kalau orang kata, bisnes itu manis belaka, maka orang itu mungkin ada udang di sebalik batu.

Sebab saya kadang-kadang sedih dengan nasib orang Melayu kita, mudah terpengaruh, maklumlah zaman sekarang ni blog, facebook, twitter dan instagram ada di depan mata, jadi ramai yang cuba mempengaruhi pemikiran orang lain dengan cuba menonjolkan kehidupan yang serba mewah sebelum menarik seseorang itu untuk terlanjur dalam business mencari orang (im ok if the business sebenarnye jual products). Yelah, kalau makin hari makin banyak gambar yang disharekan menceritakan kesenangan yang ada, tak ke kite terliur , nak nak perempuan ni ada 9 nafsu..

Please dont get me wrong, i rasa ini adalah perkara yang patut diambil berat oleh semua pihak. Kadang-kadang i rasa orang Melayu kita senang nak digula-gulakan, cuba cerita kat I, sape tak nak jadi kaya, i pun nak jadi kaya, tapi nak jadi kaya ada caranya. Semua tahu kita tak boleh menindas, tak boleh menipu, tak boleh memaksa dan paling penting, tak boleh menggunakan agama untuk kepentingan diri.

Tak ke pelik bila orang yang u tak pernah rapat, tetiba telefon u kate nak jumpa? kalau orang tu nak jual barang, she can always email me / us on their products and give me a chance to decide kan. 

kenapa i boleh terjebak ke cerita ni, sebabnya, i rasa selalunya bila kita on the top, kita dah tak nampak orang-orang bawahan kita, kadang-kadang kita dikaburi dengan pangkat dan ganjaran yang ada di depan mata. 

I think potential businessman / businesswoman should read this book. bila you baca, you mungkin akan sedar di mana business yang sebenar dan jadilah orang yang sentiasa merendah diri.  Tan Sri telah membeli rumah di Bukit Tunku (Bukit Tunku sejak dulu memang terkenal sebagai kawasan kediaman orang kaya), tapi beliau masih lagi tinggal di sebuat rumah kedai di atas pejabat beliau di Jalan Pahang untuk beberapa tahun sebelum tinggal di kawasan Bukit Tunku. tidak lah kita semua harus jadi Tan Sri kan, sebab macam i sendiri, i tak mampu nak maintain dua rumah kalau satu rumah dibiarkan kosong :). cuma apa yang i nak highlightkan, bila kita merendah diri, orang akan lebih hormat kepada kita.

Saya petik sikit kata-kata beliau di buku

"Saya mendapati adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang Melayu untuk menghabiskan wang seberapa banyak yang mungkin. Mereka tidak mengambilkira keperluan untuk membina modal dan mendalami pengetahuan mengenai perniagaan yang mereka mahu jalankan. Mereka cenderung untuk meniru, dan tidak belajar bagaimana orang lain berjaya, dan sama ada perniagaan itu sesuai untuk mereka"

dan Tun Dr Mahathir pun pernah berkata

"Syed Mokhtar juga seorang yang sederhana, yang tidak menunjuk-nunjukkan kekayaannya. Dia menggunakan Proton Perdana lama, memakai tali leher bila perlu sahaja dan tidak menghadiri majlis. Dia akan menghantar orang lain bagi pihaknya. Saya tidak pernah dengar dia pergi ke pawagam atau teater"

and you know, i always believe, orang kaya takkan cuba untuk tunjuk yang beliau kaya secara terang-terangan. dalam i baca buku ni, tak ada satu pun yang menceritakan berapa gaji bulanan Tan Sri, cuma sekarang ni umum dah tahu bahawa Tan Sri adalah orang yang ke 8 terkaya di Malaysia pada tahun 2012 dengan anggaran aset 7.91 billion. Sebabnya, bisnes Tan Sri adalah bisnes trading bukan bisnes cari orang, jadi beliau tak perlu tonjolkan semua itu untuk meyakinkan pelanggan beliau.. beliau hanya perlu build up his portfolios to gain confidence from his potential customers..

but anyway, this will always be never ending debate on this issues which usually lead by two teams. satu yang akan menyokong terang-terangan bisnes yang saya cakap kat atas dan satu lagi adalah orang yang anti bisnes sebegini.

jadi tepuk dada tanya selera.. saya-- saya anti kepada bisnes yang gulakan orang kita dengan kekayaan dan pembaziran :) For me that is Riak .. i just nak akhiri dengan satu quote dari seorang penasihat korporat Tan Sri

"Jika diimbas kembali, dia telah berada dalam dunia perniagaan selama lebih 40 tahun, dan belum sekali pun dia dicela atau didenda oleh pihak berkuasa. Itulah kayu pengukur kepada lelaki ini, yang sememangnya membenci ketidakjujuran"

minta maaf pada yang terasa.. just my 2 cents di hari Ahad..

Saturday, January 05, 2013

Winning entry: Haagen Dazs Consolation prize winner - 2012

it is normal for some active compers to be disappointed with the result announcement.. Generally, I am sometimes one of them. 

and let's cut the story short.. i was one of the consolation prize winner for Haagen Dazs contest which was held until end of November last year, ok, obviously i couldnt remember the due date, but one thing for sure, i submitted the entry on the last date at KLCC's outlet --  typical me..

and this is one of few contests that require quite a big amount of POP (proof of purchase). RM50 per entry, and at that time, i contributed RM65.. banyak tu.. but thinking that i might grabbed the grand prize which was a full paid expenses trip for two to Abu Dhabi.. so i tried.. u know Dubai is my dream country to visit, dun ask me why i get so attracted to Dubai.. :)

with a happy heart, i received a call from the representative and she informed that i was selected as one of weekly prize winner.. 

frustrated - of cos.

but, anyway, being part of the winners - im satisfied..

so, with a clear mind, i know i would received a travel guide..

So, one fine day, hubby agreed to drive me to the The Gardens.. and I couldnt find my way to the office. Yes, I did see General Mills, but i didn't know they are Haagen Dazs distributor ;p. 


But anyway, the prize,its merely 3 travel guides to London, New York and Paris, and the details are quite difficult to read.. tulisan panjang panjang.. and honestly, i don't ever think that the guide is useful -- :) - internet di hujung jari anda..



Click for a better view why i find this travel guide is not so user friendly..



On top of that, i just love the box, luckily i have this hard cover magnetic box. else muka i mesti masam :) datang penat-penat dapat travel guide tu je , at least i can put some small stuff in this box inside my bag..



Anyway, this is still not the 2013 winning, i know i have a long way to go..

But again, this is my second winning from Haagen Dazs contest. First winning contest from Haagen Dazs - http://www.emmira.com/2011/11/big-winning-haagen-dasz-contest.html - ni bebaloi sangat..

Friday, January 04, 2013

i've never been bored to upload

their pictures..

because they are so cute..

and the best part, they are like brothers..

bergaduh... baik... bergaduh... baik...

kalau Emir buat salah, i akan tegor.. macam tu lah kalau Danny buat salah..

cuma bila bab2 Danny nak pergi toilet.. terus je I cakap

"danny, balik rumah cepat2... run run.."

ahahaha.. so bad :p
gambar bawah ni masa i dengan neighbor I (mak Danny) bawak derang pergi makan lunch dekat Marmalade, Publika..





diakhiri dengan sorang satu dapat Boost.. :)

Emir's fave drink sekarang adalah Boost 5 A day juice.. kalau tanye nak ape.. dia akan cakap Boost, bagilah segala mala coklat, keropok yang best bagai.. he will choose Boost :)

Thursday, January 03, 2013

Hows your child's first day at school?

Rata-rata mummy mummy hari ni bercerite tentang hari pertama anak ke sekolah dan I sendiri tak terkecuali. Having to have a child who has just entered a new world and new environment, obviously, not only the parents yang nervous, mak bapaknya pun tak terkecuali..

and our Emir is officially a schoolgoing boy..

to Ibu Emir - so no more 

"kalau nak gi jalan, baik pergi masa budak-budak sekolah" or 

"esok Ibu cuti, Emir tak yah pergi sekolah lah, rehat je kat rumah"..

no more :)

dan yang pastinya, rutin harian saya akan bertukar dengan padatnya.. bangun pagi siapkan breakfast, siapkan bekal, balik rumah nak masak.. malam tengok homework Emir..

and now i appreciate school holidays more.. :D

-- ceh baru satu hari dah banyak complaint--

anyway, his day went pretty well, but not to forget

i woke up at 6.20 am and yes, it was too late.. very2 late.. the school starts at 7.15 am and we only got into the car at 7.20 am :) kesian Emir, no pack food, even i forgot to bring his water bottle.. ape laa,memang kene perli lah dengan bapak i .. 

but anyway, he was not the last one to arrive :)-- nak menyedapkan hati.. 

and luckily he is in the same class with his kindie friends.. terus nampak muka tak duduk diam dia..


seronok rasanya tengok keletah bebudak ni.. while the teacher attending the parents , budak2 ni dah tak tau nak buat ape, tengok pencil colors lah, tengok pencil box la, sharpener tak habis-habis lah, i think they just didnt know wat to do.. but later the teacher distributed a book and instructed the children to color Malaysian flag.. Understand that for Standard 1, there is more coloring work.. habislah, Emir hates coloring.. :)




Parents tak dibenarkan duduk tepi tingkap, so i pun tak berapa tau sangat apa yang berlaku walaupun i ada kat sekolah sepanjang hari.. balik rumah i asked Emir

Me: Emir, dahagakan tak tadi
Emir: yes, i asked the teacher for drink (ok, i think dia ingat ni tadika kot :p), but the teacher asked my friend whether he can shared his drink, so i drink his water"

Nasiblah Emir tak batuk demam ke ape.. 

Malu sebagai ibu.. 


Emir -- just being naughty.. padahal malam semalam dok berperang dengan dia sebab menangis-nangis tak nak pergi sekolah.. 


Kelas Emir lagi ramai perempuan.. Kalau kelas Emir, ada dua budak je yang menangis, satu laki satu perempuan.. yang lain semua steady.. 


During break time, and also a "small' gathering for Emir and his friends. Ada 4 orang dari tadika Emir masuk sini, 3 laki 1 perempuan.. Cute kan..From left (looking at the camera) - Ian, Irfan and Emir.. 

Masa ni lah i realized, it is very important to bring packed food.

1. nak beratur bukan main panjang
2. bila sampai, macam tadi, Emir cakap nak beli nasi lemak, seller tu insist suruh Emir ambik nasik goreng.. nasib i ada kat tepi, so mintak dia bagi nasi lemak.. kalau budak kecik manalah nak say no ke ape kan..
3. masa pendek.. tadi Emir tak sempat makan habis


and so, bukannya Emir saja kene adapt, i sendiri kene adapt dengan rutin harian yang baru ni.. kelam kabut rasanya, ini i cuti untuk 2 hari.. tak tau la bile dah start keje dan bile keje tengah banyak.. anak baru sorang i dah rasa hectic sangat.. 

i wish i ada banyak masa untuk Emir.. i ingat lagi kate kawan uni i Nita ( i know she reads my blog), dia kata, bila anak dah masuk sekolah, lagi kite rasa tak nak keje.. 

yes, its true, nak nak bile keje macam i yang sentiasa kene ada kat ofis, nak lari pun susah.. 

untuk itu, i memang tanam 100% azam untuk jadi working at home mum, i will make it happen, but personally, i dont foresee it can be accomplished this year..

anyway, lepas balik sekolah, emir akan belajar mengaji + daycare di Bangsar sampai lah ke petang.. 

kesian budak2 sekarang, tapi kalau kat rumah pun macam lah belajar sangat..

cuma, both of us agreed not to send Emir to any tuition class, not this year, kasik dia relax dulu, i know nowadays parents are so competitive but that is our decision.. 

so untuk tu, Emir kate dia nak belajar..

1. swimming dulu -- bila dah pandai, dia kate nak belajar
2. futsal -- bila dah pandai, dia kate nak belajar
3. tennis -- bila dah pandai, dia kate nak belajar 
4. fencing..

and i have to find a swimming class for him.. dulu ingat nak register tempat suzi.. tak jadi :)

Wednesday, January 02, 2013

Sweetest thing about blogging in 2012..

hanya sebagai catatan diri.. nak tengok apa blogging dah beri kepada saya di tahun ini .. 

.. because of blogging, i have been invited to attend / i received some rewards... 

a. PETRONAS Street Smart Exhibition..


yang memboleh kan i menerima 


RM30 voucher dari KFC/Rasamas/Ayamas dan 2 tiket untuk ke Petrosains..

yang ke Petrosains tu - burn sebab i terlupa due date dia cepat sangat.. dan voucher tu baru je i redeem 2 minggu yang lepas..


b. Cash-out duit Nuffnang.

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya, dapatlah hasil dari Nuffnang yang tak seberapa.. -- saya ni dalam ratus-ratus aje dalam masa setahun, dan saya akan cashout duit Nuffnang hanya pada hari lahir saya.. kira macam birthday present untuk diri sendiri.. At least, inilah hasil dari saya berblogging :) lepas la untuk tampung belanja sikit-sikit



c. Sharing Kleenex Softness

ada contest anjuran Kleenex untuk bloggers di bawah kelolaan Sophia..disamping menyebarkan kelembutan Kleenex, saya juga mendapat pelbagai barangan dari Kleenex untuk dikongsikan bersama pembaca..


alhamdulillah entry saya itu membolehkan saya untuk menang hadiah saguhati berupa Kleenex's hamper..


source dari blog Ayu.. percaya tak, i punya hadiah ni masih kekal dalam hamper lagi.. belum bukak.. terima dalam bulan May gitu.. tapi voucher RM50 Jusco i dah guna masa Raya :) i belum lagi ambik gambar untuk diceritakan di sini.. .. saje saje simpan.. (sambil menyemakkan stor :)

d. Disney Junior - Doc Mcstuffins..

I truly missed out to update on this beautiful event that was held at Fits For 2, Bangsar Village, in late June 2012..  macam mana lah boleh terlupe.. bila belek-belek entry, memang tak ada.. sebagai kenangan, again (ayu pinjam gambar :))


Memang menarik sebab masa tu ada exclusive screening of Doc Mcstuffins dan ada penerangan kesihatan anak-anak bersama Dr. Yong Junina. Sebelum pulang, kami diberi goodies ini..


dan First-aid yang dibekalkan memang menjadi keperluan saya di rumah sampai sekarang.. first aid yang dibekalkan untuk saya memang goodies yang sangat-sangat berguna.. 


semua gambar saya ambil di entry ini

d. Kleenex Hand Sanitizing Moist Wipes

Kleenex kembali lagi untuk bekerjasama dengan saya bagi memperkenalkan Kleenex Hand Sanitizing Most Wipes, dan untuk itu, saya diberikan sampel pek percuma bagi merasai kelembutan Kleenex ini.


Pengalaman saya telah saya share di entry ini .. 


e. Kenangan Indah Berhari Raya Bersama saya dan Cermin Ajaib

Ini adalah contest yang dianjurkan oleh rakan saya Yumie sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Memang tak sangka sebab entry yang dihantar adalah di saat-saat terakhir dan Alhamdulillah saya berjaya memenangi grand prize yang membolehkan saya untuk menerima duit raya sebanyak RM200.. ;)


Ini gambar bersama cermin ajaib saya untuk tahun 2012.. 


f. Maybank - Legoland Blogging contest

Ini antara kenangan manis berblogging sebab dek kerana entry yang saya pertaruhkan ini, dapatlah saya pijak di Legoland dengan FOC (Emir je kene bayar RM70) -- but still... dapat dua tiket percuma yang bernilai RM240 menarik kan.. kalau Emir kene bayar tak ke nilai dah RM300 lebih.. 



memang saya akui masa buat entry ini , saya buat dengan sehabis baik saya.. nak sangat-sangat menang sebab i nak sangat-sangat bawak Emir ke sini.. Alhamdulillah rezeki bersama kami dan paling menarik masa kami menjejakkan kaki di Legoland, cuaca agak mendung dan tak panas, dan orang tak berapa ramai..


alaa letak gambar mak pak nya.. asyik gambar Emir je kan.. 

Full review untuk entry Legoland di sini 


g. Kleenex Ultra Soft Fresh Scented

Sekali lagi, Kleenex beri kepercayaan kepada saya untuk mencuba rangakaian Kleenex yang terbaru. Kali ini, bilik air kami diharumkan dengan kehadiran tisu Kleenex yang lembut lagi best.. Untuk itu saya menerima tisu dari Kleenex.. 


walaupun satu roll telah dikorbankan oleh Emir tanpa pengetahuan saya, tahu-tahu saje, habis satu roll dia pi rendam dalam baldi.. (redha) :) yang lain masih berjaya diselamatkan..


h. Contest - Sharing Kleenex Softness with Ibu Emir

Yes, you can say it right - memang tahun 2012 i tak payah beli tisu pun, in fact, ada banyak lagi tisu Kleenex yang i tak habis guna lagi :) Jadi untuk kali ni berlainan sikit, sebabnya kali ni Kleenex dengan baik hati bersetuju untuk sponsor barangan dari Kleenex untuk saya dan beberapa rakan blogger lain menganjurkan contest bersama Kleenex bagi  menyebarkan kelembutan Kleenex.. Entry di sini -- http://www.emmira.com/2012/11/kleenex-share-softness-contest-by-ibu.html dan saya baru saja mengumumkan pemenang untuk contest saya


dan saya pun dah siap bahagikan keseluruhan hadiah yang disediakan daripada Kleenex.



i. Contest makeover nadiafarahida.com

This is the highlight of my blogging "career" in the year 2012. Honestly, it came to my surprised that I actually  grabbed the Grand prize. Ya.. i told you, it was terribly last minute submission with a lot of hiccups in between, tapi rezeki kan.. tolak macam mana pun, u still get it. 

and i do really love this prize.. seriously.. i mean honestly -- ok whatever u name it :)





bersama tukang sponsor, Nadia :)


Cuma pada tahun 2012, saya perasan Nuffnang tidak lagi berapa aktif dalam penganjuran blogging event, tidak seperti tahun-tahun terdahulu,  yes saya tahu Nuffnang still aktif memberi tiket-tiket wayang.. tapi yang tu i dah susah nak join, ye lah selalu tiket free ni kebanyakkannya weekdays dan malam.. 

Untuk saya, amat berbaloi blogging, walaupun pada hakikatnya i sendiri akan sentiasa malu kalau-kalau ada rakan ofis yang terjengah blog ni atau mak kawan-kawan Emir, tapi masih lagi sangat berbaloi.. :)



Tuesday, January 01, 2013

Welcoming 2013 with a happy heart..


--entry ni tak perasan i dah terdelete, post balik, nasib ada cache :)--

Alhamdulillah bersyukur dengan limpah kurniaNya, i dan keluarga dapat mengharungi 2012. Walaupun ada kekurangan, tapi kelebihan yang diberikan olehNya tampak agak sempurna.

dalam 2012, banyak perkara yang berlaku, ada suka dan ada duka. yes, hidup kalau tak ada masalah, boleh panggil National Geographic buat cerita pasal u :p Above all, I bersyukur dengan apa yang ada.

Sebenarnya I dah tulis entry yang sangat panjang untuk tengok balik apa yang I dah lalui sepanjang 2012, tapi sebab ada di antara cerite adalah mengenai kejatuhan diri i, i rasa macam tak sesuai untuk dikongsi memandangkan in 20 years time (or maybe less than that), Emir may read this blog..

and for now, i dun really like the idea where some of my office colleagues and my close relatives have known this blog .. :p.. sebab ini adalah blog privasi, macam segan la pulak when they see the other side of me.. dah la bahasa tunggang langgang... blog i ni pulak macam no brainer punya blog ;)

Dari segi contest, 2012, pencapaian saya adalah biasa-biasa je, tidak segah seperti 2011 mahupun 2010.. paling besar yang i dapat adalah kerusi Osim, yang sekarang ni tengah berbakti kepada penghuni di Kemensah.. Apepun Alhamdulillah, bukan senang nak menang nak nak sekarang ni makin ramai orang join contest.. 

Ok. untuk tahun 2013.. 

permulaan tahun 2013, i tak ke mana, cuma tumpang rumah jiran i yang menghadap KLCC untuk lihat percikan bunga api.. banyak sungguh ..Emir mula-mula tak nak tengok bunga api, tapi bila kata pergi rumah Danny, terus melompat..


Kanak-kanak zaman sekarang , kecik besar ni dah pegang iPad sorang satu, macam mane lah esok zaman derang.. 


They are like brothers kan..always missing each other walaupun kadang bile jumpe gaduh dulu :) so who said Emir tak ada kawan dekat rumah..  Emir & Danny ni dah besar sama-sama, in fact i pun buat Danny macam anak sendiri.. 


ini adalah percikan bunga api tahun 2013, seronok dekat sini sebab boleh nampak KLCC, Datarang Merdeka dan tempat2 lain yang i tak tau datang dari arah mana.. cuma pada KLCC tu bunga api menghadap di other side and tak berape tinggi.

Semoga 2013 menjadi lebih baik untuk kami sekeluarga dan untuk you all juga.. I cuma berharap keluarga saya dikurniakan kesihatan yang baik, untuk i

dari segi kesihatan - i want to renew my BMI
dari segi kerjaya - working towards for Working at Home Mum (and i am serious about it :))
dari segi financial - i nak selesaikan hutang i dulu, baru boleh fikir WAHM
dari segi contest - kalau boleh i nak menang lagi besar, i wish i win more $$$ so i can fulfill above as well
dari segi keluarga - you know -- i dun have to say right :)

lain-lain -- i nak renovate rumah :) i just want to turn my balcony into a functional room.. nasib rumah i ada dua balcony, so balcony yang kecik i akan biarkan untuk sidai baju, yang besar nak tukar jadi bilik untuk letak computer, buat keje.. kira macam working room.. rumah kecik,so sekarang ni da rasa macam tak dak space dah..

but above all - i nak banyakkan ibadah di dada.. umur pun dah makin meningkat..

happy holidays.. 

esok i still cuti sebab Emir sekolah...

Monday, December 31, 2012

My Happy Moments

... eksklusif untuk Eyriqazz.com

dan saya mempertaruhkan momen ini yang saya rasa paling menunjukkan my happy moments



Kenape saya kata gambar ni adalah my happy moments.. sebabnya, 

Pertama - hari di mana gambar ni diambil adalah hari yang menggembirakan kita sebagai Muslim - Hari Raya Aidilfitri -- satu Syawal..

Kedua - gambar ni memang natural sebab semua gelak ikhlas

Ketiga - sapa yang ikut blog i, memang tau anak I, Emir memang satu bangsa yang susah nak ambik gambar.. :) kalau gambar dia tengok camera -  itu adalah bonus, kalau gambar dia senyum dan pandang kamera itu lah adalah bonus + special bonus.. and this picture, semua dapat.. Alhamdulillah

Keempat - ni point penting ni.. gambar ni my happy moment sebab kurang nampak i tembam kakakakaka - happy la kan :p

Anyway, if anyone interested, masih ada satu jam setengah nak masuk.. 

boleh refer ke entry ini 

"Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian"

Untuk Eyriqazz.. 

1. Nombor G+ saya adalah 458.. harap betul, sebab dah vote lepas tu saya terpangkah pulak 


3. Dikesempatan ini saya nak tag my three BFFs.


:) Good luck semua yang join
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez