Sunday, December 09, 2007



Blogging from Hospital Selayang

Emir

Hari ini hari Ahad. Dah 3 hari Emir dekat sini. Sini tu Hospital Selayang. Sekarang ni Emir tak de, so boleh la Ibu pegang Internet kejap.

Khamis, 6 Disember 2007

Ibu balik rumah. Nasib baik hari tu Ibu balik awal sikit. Balik je, Ibu tengok Emir semput-semput, tapi Emir biaselah, main je. Ibu dok sibuk basikal. Ibu tengok Emir tak berhenti-henti batuk. Makcik Warsi bagi tahu Ibu, makcik kate, Emir satu hari batuk tak berhenti-henti. Lepas tu makcik bagi tahu, yang ni kire ok sikit sebab Emir dah boleh bangun. Kalau tak emir baring je.

maghrib, Ibu tengok emir ni macam makin teruk, sebab batuk tak berhenti-henti. Tak boleh jadi, Ibu ajak papa bawak Emir pergi Klinik dekat dengan rumah. Doktor kat situ bagi nab dekat Emir. Huh, itulah pertama kali emir pakai gas tu. Emir tahu tak Emir nangis sepanjang-panjang pakai gas tu. Bukan setakat nangis, berguling-guling. Ibu pegang kepala ngan nab, papa pegang tangan Emir, misi dekat situ pegang kaki Emir.

Bile malam tu je, Ibu tahu Emir dah ngantuk. Makcik Warsi pun bagi tahu Emir tak tidor lagi satu hari. Tapi Emir susah betul nak tido, sebab emir batuk tak berhenti-henti. Yang ibu geram tu, Emir batuk sekali dengan kahak. Tapi sebab emir kecik lagi so emir tak tahu macam mane nak buang kahak. malam tu emir muntah sampai empat kali, tapi ibu suke emir muntah sebab emir buang semua kahak emir.

malam tu pun macam dah agak, ibu message kawan ofis ibu, kate ibu tak pergi keje pagi. malam tu pun ibu ngantuk, emir pun ngantuk. Ibu tak boleh tidor langsung. batuk batuk dan batuk. Semput tu ade lah tapi tak seteruk batuk. dalam pukul 4 pagi tu pulak, badan Emir panas semacam, so ibu terus bagi ubat demam dekat Emir.

Jumaat, 7 Disember2007

Pagi-pagi lagi, ibu dengan papa jadik serba salah. Cadang ibu, ibu nak pergi kerje dulu kejap lepas tu EL petang. Emir dalam lepas subuh baru nak tidur dengan nyenyak. Sebab emir tidur nyenyak ibu malas la nak kejut. Kesian. Tapi ibu dan papa dah agak dah, ibu bangun je nak mandi, tak lame lepas tu Emir pun bangun. Ape lagi, Ibu terus tukar pampers emir je. Emir tak mandi lagi, ibu usung emir masuk dalam kerete pergi jumpa Dr. Wati (Note: paed Emir).

yes, emir memang semput. Jumpe dr. wati, dr wati kate, kalau macammane advisable emir masuk ward. Doktor bagi option, kalau nak duduk rumah pun boleh tapi every 4 hours kene datang klinik amik nab. Doktor tu pun bagi tahu, nak masuk Damai pun boleh tapi dr. pun worried jugak takut bil tinggi sangat. ye lah sebab ibu ngan papa kene bayar sendiri, no panel. So. dr pun advise ke hospital selayang.

Lepas ke damai, kiterang ke hospital selayang. biaselah nak tunggu giliran lame kan, tapi dekat sini lame die pun tak de lah lame sangat. Boleh la. emir kene nab, uish kat sini lagi teruk emir nangis, berguling-guling. Semua lalu tengok Emir. Emir pun kene buat x-ray jugak, derang nak tengok Emir punye paru-paru. yes, memang Emir kene admitted.



Gambar ni on the way mase Emir nak masuk wad. Derang nak letak oksigen kat dalam hidung Emir, so misi tu suruh ibu duduk dekat atas wheel chair tu sebab oksigen tu berat. hai, as usual, nak masuk kkan bende tu dalam hidung Emir.. hehe biase lah. nangis.

Every 4 hours Emir kene nab, lame-lame Emir pun dah tak kisah dah. But still Emir ikut mood, kalau Emir nak nangis, emir nangis je. kesian ibu tengok baby kat sebelah ni, Emir nangis, baby tu pun tak selesa nak tido.

Emir semput-semput, doktor kate Emir ade feringitis (Ok, ibu tak tau macam mane nak eje) tapi virus tu effect Emir punyer tekak. Lung emir pun ade sikit infection. Paling ibu tak boleh lupe bile doktor nak amik darah Emir. Mule-mule derang bagi ibu kat sebelah Emir, tapi bile doktor tu cucuk emir darah tak dapat, derang suruh ibu keluar pade bilik tu. ya Allah, mase tu Emir nangis kuatnyer. Lame Emir dalam bilik prosedur tu. Bile doktor panggil Emir masuk dalam balik, ibu tengok tempat kene cucuk tu dah tukar belah lain. Tangan kanan Emir tu ade dua tempat cucuk. Ape nak buat kan.

Sabtu, 8 Disember 2007




Malam tu (Jumaat malam sabtu), Emir tidur tak selesa, Emir belum betul-betul elok lagi. Lege Ibu Emir masuk hospital, sebab Emir memang tak nak makan langsung, Emir nak susu Ibu je. Bende lain semua Emir tak nak. Sebab kan tu, Emir kene pakai drip. Susah betul nak control Emir. Sebab Emir tak paham bahasa, Emir rimas bende tu dekat tangan Emir sebab Emir tak boleh nak jalan-jalan.

malam tu badan Emir panas. Panas yang betul panas. Ntah-ntah, letak telur pun boleh masak. misi amik temperature emir, tahu tak berape. 39 degree ok, terus emir kene letak ubat kat punggung. malam tu jugak kene lap-lap kan emir. Kesian, dah la semput, demam panas pulak tu. Wheezing pun kuat jugak. malam tu pun ibu ngan papa stand by je. Pukul 4 pagi ibu ngan papa borak2 lagi. Ye laa emir bukan nyer selese pun.

Pagi tu specialist datang. Memang badan Emir panas, doktor tu pesan dekat misi suruh buat tepid sponging. Nasib baik la ibu bace blog mama Gib, ibu dah tau tepid sponging tu ape. Doktor suruh misi buat, tapi what can u expect, elok je lepas doktor tu pergi, misi tu datang. die mintak ibu buat sendiri. Ibu tak kisah pun. tapi tak delah tepid nyer, sponging je.

Emir petang tak boleh duduk diam. Sebab ibu nak tukar baju emir, misi tu bukak drip emir. Huish, happy lah anak ibu ni. Pergi playground, ikut papa pergi kedai. Tapi bile malam, hehe, kene pasang balik emir dah mati kutu.



Malam tu seperti biase, emir akan tidur awal llepas tu terjage tengah malam. Haha kelakar, emir mati kutu tak tau nak buat ape. Nasib baik la tok Jang, datang jenguk emir belikan nasik ayam.So dalam kul 1 pagi tu, emir dok la kacau-kacau nasik ayam tu. At least ade bende jugak la yang buat emir boleh duduk atas katil. Tapi of cos la, tumpah-tumpah nasik tu.

Hari ni barulah Emir nak makan sikit. Dapat la dalam 6 suap Emir makan nasik ayam

Ahad, 9 Disember 2007

Emir tido dlaam pukul berape ntah ibu pun tak sure, Malam tu emir tak mengada sangat, so emir tido nyenyak, ibu pun tidor nyenyak sampai ibu termiss nak bagi nab dekat emir pukul 5 pagi :D.

Ibu tengok memamng emir makin better. Makan bubur hari ni. Demam pun dah kebah, Wheezing pun dah kurang, semput dah tak de. Ibu memang nak sangat emir keluar hospital, tapi dr. specialist tak kasik and emir kene tahan lagi sehari lagi. Takpe lah yang penting emir sihat. Ini bermakna banyak nyer ibu tak pergi office di bulan Disember ini. Hehe, Tak tau laa kan. This is not something yang dibuat, this is unavoidable.



Oh, hari ni Emir nangis sekuat-kuatnyer. Mentang-mentang dah ok sikit. So emir nak turun, nak jalan. Tapi tak boleh sebab drip tu ade lagi. Emir nangis seteruk teruknye, last last doktor tu bagi emir bukak drip. Suke la, sikit-sikit nak pergi tengok bilik orang, nak keluar dari bilik. Buat bising, kesian baby kat sebelah.

Paling best, tangan kiri emir yang berbalut tu, dah macam - macam color, sebab emir cube nak makan coklat dengan tangan kiri la, pergi celup tangan dalam bubur mase ibu nak suapkan emir. Naughty erk.. ok laa. when ever u read this entry, i hope u know that, we always there for you..

No comments:

Post a Comment

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez