WELCOME 2005!!
WELCOME 2005 and GOODBYE 2004. Macam Hana, mira rase 2004 banyak sangat tinggal seribu satu kenangan yang paling mencabar sepanjang 22 tahun mira menghirup oksigen kat dunie ni. Ade kenangan manis dan ade kenangan pahit yang mane dengan 2004 ni laa yang buatkan mira makin bertambah matang dan lebih paham what is world all about. Dalam 2004..
a) Buat final year project. Although bukan mira yang buat keje tu 100% tapi nak ke step by step process is quite troublesome.
b) Habis belajar. Lepas 4 tahun setengah kat UTP, finally, mira habis belajar and dapat memegang ijazah Bachelor of Information Technology (hons) with minor in Corporate Management. Alhamdulillah. Paling best, sempat jugak merase konvo dekat dewan UTP yang besar and canggih and lawa and membanggakan and mengkagumkan hehehe.
See, how proud i am as UTP student :D
c) Tumpang happy jugak sebab Dearie pun dapat habiskan Master in Information Technology dekat UiTm with a very very good result. Dalam banyak-banyak keje Dearie pi interview, lecturer jugak yang dipilih. Tapi dearie mira ni, memang dah nekad, tak nak keje lain although it is a good offer. Dia nak jadik lecturer jugak.
d) Mulalah cabaran job hunting. Dapatlah jugak beberape interview akhirnya mira dapat menjawat jawatan pertama sebagai pensyarah di sebuah college yang memang terkenal kat malaysia. Kalau sebut memang korang kenal. Walaupun mira jadik lecturer dalam bidang corporate admin and secretarialship, meaning memang jauh gile dari bidang IT, but mira memang bangga sebab dapat jadik lecturer at this age regardless the problems that i have to go through. Plus, dengan keje ni la dapat jugak la berbakti kat mama baba especially tang tang bayar duit telefon. hahahaha
e) Hehe, ni part paling best, baru je seminggu keje, mira dah mintak cuti sebab nak bertunang. heheh. Tapi this is one of the most sweetest thing not only for 2004 but for my entire life. Alhamdullilah, majlis selamat dijalankan dan mira akhirnya dah jadik tunang orang. Paling important, tunang kepada EMRAN BIN MOHD TAMIL. :)
f) ok, mase keje lah mira rase mira betul2 tahu ape itu life, macam mane nak appreciate duit, orang kat dunia ni macam mane, remaja kite macam mane -- ok, mira pun remaja jugak hehe. Tapi ni the other part of my lifestyle. Macam mane nak handle all those problems dalam keje. Betape pentingnya dengar cakap parents, betape pentingnya bace contract and segala galanya.
g) Not to forget, in 2004 banyak betul kawan-kawan lame yang mira jumpe balik setelah bertahun tahun tak jumpe, Sharmeen, Sharifah Nadia, Nurul Firdaus, Aimy Izyanty, Azah, Farizahani, Siti Zaihasni, Ghazi, Farisha, Nik Aimi, Kak Ogy and lain lain lagi. Belum lagi nak kira kalau kawan kawan yang terjumpe kat Friendster. i hope we do keep in touch!!
Ok, banyak lagi rase nya yang terjadi, kalau cakap pasal dunia, memang banyak sampai kite pun naik takut tengok ape yang terjadi kat dunia ni dan apa yang Allah telah tunjukkan kekuasaanNya. Semoga 2004 menjadi iktibar dan panduan untuk kite melalui hari hari yang mendatang. Mira setuju sangat bila Pak Lah batalkan semua acara, konsert untuk menyambut kedatangan 2005. Kan bagus setiap tahun macam tu, lebih baik kite berdoa beramai-ramai dekat masjid instead of berkumpul untuk konsert.
OK, 2005. Hmm, lagi menjanjikan bende bende yang menarik. Korang pun mesti tau kenape kan mira nak sangat 2005. Anyway, this is my resolution for 2005, tak tau jadik ke tak.. Harap-harap jadi
a) Diet. Sebenarnya dari 2004 nak diet, tapi asyik tak jadik je, tapi tahun ni kene kalau tak runtuh pelamin. hehehe
b) Takkan tinggalkan, cleanser, toner and moisterizer(cam mane spelling die erk?). Sebab selama ni mira just pakai cleanser je, bende lain malas. So tahun ni tak leh tinggalkan bende tu. Plus setiap minggu kene rajinkan diri buat facial.
c) Tiap-tiap bulan mesti pi saloon untuk buat treatment kat rambut. Mesti make sure rambut kene soothing dengan rumpai laut tu.
d) Register mane mane gym. hehe, tapi rase nya dah nak daftar kot.
e) Dapat habiskan conversion program dengan jayenye!! and dapat diterime bekerje kalau boleh dengan syarikat gergasi with a good pay. Tak kisah kerje teruk janji a good pay and they know how to appreciate their staff - benefits and so on.
f) 2005 - Married with someone that I CANT LIVE WITHOUT not someone you can live with :). Berdoa semoga majlis berjalan dengan lancar. Kawan kawan mira yang dah tau tarikh tu, make sure aa ade :D yang lain nanti mira reveal bile ok!! Sape yang keje cuti erk :p. Pray for us.
g) And also, semoga Allah memanjangkan umur Mira sekeluarga dan umur diberkati, di murahkan rezeki dan kebahgiaan menyinari 2005. Amin..
Takeaway pastries sedap by Chef Kecik
11 hours ago
No comments:
Post a Comment
Tell me something