Friday, January 23, 2015

Silly me

Well, I see myself as quiet and serious... ;) so if you wanna see a silly me.. u can scroll down or checking my gallery and you will find out "eh budak ni boleh pulak dia buat macam ni"

And yes.. if only it comes with one force..

C.O.N.T.E.S.T

Remember I used to perform on stage at e-Curve and it all worth it when I won a ticket to Los Angeles..

But not to forget.. there are thousands of pictures where I didnt win anything...
For example..

Lol..

Thursday, January 22, 2015

Lost World of Tambun || Part 4 || Tiger Show

First of all, boring tak cerite pasal Lost World je.. i understand ramai yang tak de gambar bile dekat sini sebab semua masuk dalam locker.. same to me kalau tak de waterproof camera.. and i ni jenis yang malas juga nak mengusung barang-barang kalau keluar masuk air.. hubby i yang rajin

and so.. this is one of the attraction in Lost World. The tiger show.. actually the tiger tu tak buat ape pun.. The tiger show ni cuma ada pada pukul 3 dan 4 petang.. we all tak tahu pun jadual ni, secara kebetulan masa kiterang lalu lalang show baru nak start..



Ada podium, tapi masa pukul 3 punya show ramai nyer orang.. bila kiterang cari tempat duduk, adalah satu row tak de orang duduk.. i dengan emir duduk lah, rupenya patut la tak de orang duduk, panas kene direct.. tapi takpelah sabar je..



Hubby berdiri sepanjang show ni.. tempat duduk i dengan Emir ni is in the middle, jadi semua nampak, senang.. dalam cage ni ada dua tiger, seekor umur 9 tahun seekor lagi umur 10 tahun.. nama nya i lupe..



Sebenarnya tiger show nyer sebenarnya tiger feeding show.. but the tiger is well-trained.. boleh mendengar arahan... Selain tiger show, diselitkan jugak bird show.. gambar nya hubby tak ambik pulak.. i was so impressed tengok burung pandai kire matematik.. 

yang paling best, chicken dance.. with the real chicken :)




Lepas habis tiger show ni, kami ke tempat lain.. bila datang balik lalu kawasan ni sekali lagi Tiger show diadakan.. Masa kami datang, dia mintak volunteer.. boleh pulak Emir tetiba angkat tangan and was chosen untuk pergi ke depan.. Sayang sangat tak de gambar sebab bateri dah habis..

Beraninya anak ibu... 



Wednesday, January 21, 2015

Lost World of Tambun || Part 3 || The Loooongest Adventure River in South East Asia

Walaupun tak ada slide untuk orang besar main, tapi banyak bende boleh di habiskan di sini. Lepas dah habis tawaf pool, hot spring dan rides di Lost World, maka kami pun mulakanlah misi kami dengan menyusuri The Looonggest Adventure River in South East Asia sepanjang 660m. Sebelum ini kalau kami ke Sunway Lagoon dan Desa Waterpark, Papa adalah sewa float, tapi sebab we all dah experienced betapa lecehnyer nak mengusung float sana sini dengan nak jage lagi, maka we decided not to rent a float. Wise decision ? Maybe but not until we came here huhu..


Kalau ikutkan masa tu memang dah penat dah pun, sebab dah petang.. Kire tenaga dah banyak dihabiskan untuk aktiviti sebelum ni.. Pulak tu tak ade float, kalau ade float, i just duduk dalam float, papa tolak haha..


Emir dekat sini ada bad mood sikit, dia malas nak masuk river ni, tapi i yang nak masuk. Saja nak jalan-jalan tengok apa yang ada dekat keliling ni dengan air.. 


Emir ni pulak manalah tak penat, dia pergi swimming, i suruh jalan dia tak nak.. So dengan nak gunakan tenaga swimming dia tu... manalah muka tak bad mood kan.. kite pun tau penat.. Actually beberapa kali jugak kami ajak Emir naik ke darat, tapi dia tak nak.. dalam moody moody pun dia nak habiskan jugak..


Sepanjang perjalanan tu, memang menarik jugaklah, banyak bende boleh tengok.. cuma ini kan kawasan hutan sana sini, jadi air dalam river tu memang agak tidak clear sikit.. Maksudnya, banyak dedaun masuk dalam air.. 


Nampak tak i berjalan, Emir swimming.. 


Biasalah tempat-tempat macam ni memang favorite i.. Tempat air jatuh.. Masih ni kami dah separuh jalan.. ajak Emir untuk keluar dari river tu dan pergi Petting Zoo, tapi dia tak nak.. 


Emir naik atas ni kejap untuk lepaskan penat dia.


Tapi biasalah budak-budak ni tak tau energy depa ni datang pada mana... and that was me, main air.. 


Main lagi.. dari tak de orang, tetibe ramai pulak yang keliling kami bila air ni nak tumpah.. semua sama je bahaha



Akhirnya, Emir berjaya sampai ke destinasi permulaan tanpa bantuan float! Ibu proud of u Emir..!


Tuesday, January 20, 2015

Lost World of Tambun || Part 2 || The rides

Dekat The Lost of World of Tambun selain dari tempat untuk mandi manda, ada juga untuk menaiki rides.. dari entri sebelum ni, kan i pakai selipar hotel, fyi, dekat sini i lagi banyak berkaki ayam, ye lah kan kalau dah keluar masuk pool. cuma bila kami berkaki ayam dekat sini, mak aii panas betul bila masuk waktu lunch, tapi Emir relax je.. 


Naik bende ala-ala gayat gini walaupun tak gayat langsung untuk orang lain memang bukan makanan i. i lagi rela tunggu dekat bawah jadi tukang jaga barang. Actually, Papa pun jenis gayat jugak, but Emir is not. He loves speed and heights. Jadinya memandangkan tak de sapa nak bawak Emir, maka nak tak nak bapaknya terpaksalah agaisnt his fear.


Emir turun je dari swing ni muke dia toya.. he said "it was so boring, nothing nothing" dia nak jenis yang boleh kasi beralun perutnya tu.. yang ini kira buaian lah untuk dia.

Ada lagi satu yang ini, dari jauh nampak macam sama kan, tapi tak serupa.. sekali lagi Papa dipertanggungjawabkan bawak Emir. 



Yang ini, i lah volunteer naik sampan ni sebab tengok ok je..Masa ni hari dah panas terik, panas yang membahang tu. Emir dengan i tak pakai kasut, naik pulak bende besi macam ni..  Oh yang lain dalam kapal ni datangnya dari satu Company, derang ada team building. They are from one of the famous oil & gas Co. in Malaysia.. :)


Emir sikit sikit "yeehaa" "yuhuuu" i pulak pejam mata. Tak takut tapi geli n lama pulak tu boat ni diayun-ayunkan..


Ada juga mainan yang kene bayar ni. Oh btw, masa masuk sini, I opt for e-wallet. Maksudnya, hanya masukkan duit dan akan dicode kan dalam barcode dekat tangan kite.. (tiket tu).. So takpayahlah basah-basah nak bawak duit ke hulu ke hilir kan..


This is Emir's favorite ride - roller coaster. Besar macam Emir dah dibenarkan untuk naik. Cuma sebab ini adalah satunya ride yang agak interesting, jadi beratur agak panjang sikit. Emir ni kalau seronok dia akan naik banyak kali, tapi sebab ramai sangat, sekali je lah..


yang bawah ni cukup Emir tak berkenan.. hehe. dekat sini ada juga haunted house. Tidak lah i tahu apa yang ada dekat dalam tu memandangkan masa lalu sini Emir tunduk tak pandang kiri kanan.. Takut sungguh dia


For your information, there is no slides for adult. Yang ada cuma inilah (sama macam dekat Sunway Lagoon) Sekali lagi hero-hero bergabung tenaga bersuka ria .


Kalau ada anak kecik, jangan lupa naik train ni.. or, naik train ni dulu  before you start doing anything. Sebab train ni cover semua tempat dalam Lost World of Tambun. Jadi you all boleh budget nak pergi ke mana dan macam mana.


Masa kami naik train ni adalah dalam lebih kurang oukukl 2,30, masa tu anak beranak dah penat.. Penat sebab kami memang banyakkkk berjalan.. so kami pun naiklah train.. 


Train sebelum dinaiki orang..


I told you we were tired. and this was what happened hehe



Related link:  
Lost World of Tambun - The pool

Monday, January 19, 2015

Lost World of Tambun: Part 1: The pool


Sempena birhday husband i, i bawak husband i ke Lost World of Tambun. Nak bercuti, i pilih jugak tempat yang Emir pun boleh enjoy.. He loves water, so kiranya Combo lah kan, nak belanja ayah belanja lah anak sekali.. 

I dah book bilik untuk 16 - 18 Jan, jadi nak tak nak memang lepas balik kerja terus berdesus jalan ke Ipoh. Alhamdulillah boss i baik, dia bagi i lepas pukul 4, dan tup tap tup tap, dapatlah sampai Ipoh before 7pm.. cuma jam sikit dekat Ipoh tu dan hanya dapat check in pukul 7.30 malam.. 

Saya duduk hotel Lost World Tambun, nanti i update pasal hotel in different entry.. 

Bila masuk nampak lah Ipoh Street. Dari segi interior dalaman compared to Sunway Lagoon, Desa Waterpark, i lagi suke Lost World of Tambun.



Masuk-masuk, Emir dah tak sabar dah nak masuk air, jadinya i biarkan Papa dengan kamera nya. Tarian ni i tak perasan ada, Papa kata, masa dia sibuk cari mana locker, adalah tarian ni. FYI, orang-orang ini akan ada di entrance pada waku pagi. Jadi sapa nak bergambar tu boleh lah..


Untuk pengetahuan anda, i ni ke Ipoh kan lepas balik kerja, jadinya segala luggage telah dimasukkan dalam kerete dari pagi lagi. Jadinya biasalah mesti ada yang terlupe kan, so i terlupe bawak selipar i..  sebab i cuma ada kasut keje je, takkan la i nak gadaikan kasut keje kan walaupun cap bata je.. dan jugak sebab nak jimatkan duit :p i balun lah selipar dari hotel haha... tapi kan sakit ok pakai selipar ni jalan2.. sebab selipar ni kain je.. orang pandang i relaks je haha.. sebab tu papa kata, ni kene ambik gambar klasik ni :p


Love this concept, ada meja-meja makan dalam air, kira bile kite makan, sah sah kaki kita dalam air, terasa best.. dan berangan lah, kalau lah duit banyak, rumah besar kan boleh lah berangan buat macam ni kat garden lol :p


Inilah destinasi pool pertama kami.. I sukalah basahkan diri dekat dalam mushroom, Emir pulak suke suruh i lawan swimming dengan dia yang mana i selalu terpaksa make sure dia kene menang . biasalah kan, emak.. 

Lama jugak kami berendam dekat sini tunggu Papa, katanya nak cari locker je.. tapi semua terjawab bila i tengok gambar-gambar dalam kamera.. habis semua angle papa ambik gambar..

Can you see happy face of Emir. .


Pool ni kire pool utama di sini. Bila pool utama kire pool ni adalah pool terbesar.


Bila dah seronok dekat pool besar tu, kami beralih ke pool panas. I memang suke pergi pool panas, rasa macam ala-ala sauna macam tu. Pool ni tak berapa panas sangat, kire 37 degree je. Budak-budak pun ramai berendam dekat sini. Orang kata, kalau nak badan segar, mandi air panas dulu baru ke air sejuk.. kiranya i memang dah salah strategi :)


Anda akan nampak banyak jugak la kot model plum size dalam entri ni :p Sorry la ya, i lebih nak tunjuk gambar betapa cantiknya kawasan dekat sini, tapi biasalah husband i suke betui capture gambar i dengan Emir.. ini gambar paling cantik (read: scenery) yang i suke... i dah belek gambar hubby ambik, tak dak satu pun gambar tak de i untuk kawasan ni, jadi terpaksalah .. huhu


Untuk pengetahuan anda-anda, dekat sini malam pun boleh masuk untuk Hot Springs & Spa dan harga tiket adalah berlainan. Ada persembahan jugak. Cuma, kalau u all dah satu hari masuk Lost World ni dan boleh bertahan dari siang sampai ke malam, jadinya, tak perlulah beli tiket Hot Springs. Boleh duduk dalam ni sampailah malam..


Air bukan color biru ni semua adalah kawasan Hot Springs..Bila masuk Hot Springs ni berendam 15 minit terasalah kulit lembut dan segar gitu (perasaan :p)

Bawah ni adalah entrance ke jacuzzi.. 


I tak daklah berendam sebab 43 darjah celcius, tapi hubby i boleh tahan lama jugak berendam dekat sini.. Jadinya i layan diri dengan Emir..


Bawah ni ada gua, tapi gua ni ada notice kata tak boleh lebih dari 5 minit mungkin sebab panas kot. I tak masuk, ni Papa yang ambik gambar.


Bila dah habis di kawasan Hot Springs dan Pool besar tu, kami beralih jugak dekat kawasan budak-budak. Tapi dekat sini kami duduk kejap je, sebab Emir terasa dia dah besar :p Dia rasa kawasan ni untuk budak tadika je..


Tapi bila maknya nampak kawasan tumpahan air tu, mak dia lah yang request nak duduk lama kat situ.. Seronok jadi budak tunggu baldi tumpahkan air haha



gigih lah i tunggu air tu turun, adalah 3 kali kot i suruh derang tunggu i... Papa dah senyum kambing dah :p


I akan upload banyak lagi entry pasal Lost World Tambun ni ikut tema-tema i.. Untuk itu i tinggalkan u all dengan gambar paling poyo of the day ok :p






 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez