Tuesday, December 03, 2013

Singapore Day 2 - Part 4 - Day 2 training

Hari kedua training macam biasa, start pada pukul 2.30 petang. Seperti biasa, sebelum Emir turun "padang" Emir akan diberikan balik safety briefing and recap from yesterday training. 



Barulah Emir boleh masuk pool untuk train the dolphin. Box biru tu box ikan-ikan (makanan) untuk dolphin. Memang dah diajar, setiap kali dolphin ni ikut arahan, reward dia adalah makanan -- ikan la :)


Hari kedua, emir belajar satu lagi bende baru. "one fish no-no, two fish no-no, one box yes-yes" maksudnya, bila Emir tunjuk satu ikan, dolphin tak nak, tunjuk dua ikan pun tak nak, tapi bila kite tunjuk satu box ikan, dolphin akan angguk-angguk


Tapi tak sampai 7 minit training di hari kedua, sekali hujan turun dengan lebatnya. Masa tu terus trainer tu kata kene sambung esok. Sedih sedih.. Memang lebat sungguh, tapi sebab lebat, i dapat merasalah duduk dekat dalam VIP room :D memang UWS staff melayan kami dengan sangat baik..



dalam 10 minit kami duduk dalam VIP room tu, Emir dipanggil untuk ke tempat dolphin and sealion's area (tempat rahsia ni.. staff je boleh masuk). I was not allowed to follow Emir, instead they only allowed the Agency to follow him on the basis that the Agency needs to prepare a report. So gambar-gambar bawah ni adalah dari Adeline, the Agency who followed us there.






Kalau tengok gambar-gambar di atas, mana Emir tak penat kan hari kedua tu, lepas tu pulak, manalah dia tak buat perangai masa keluar malam dengan my mum's cousin.. bukan setakat cuci pinggan, dia jugak kene bersihkan tempat dolphin dan sealion. Trainer nak emir tahu yang as a dolphin trainer, bukan setakat main2 dengan dolphin, but it goes beyond that. kene bersihkan tempat makanan, tempat tinggal dan sewaktu dengannya. Trainer cakap masa emir cuci bekas makanan boleh pulak dia komen

"u know i never wash plates at home, and now i have to wash dolphin stuff.. is that funny"

yeay so truee.. dia memang tak pernah basuh pinggan pun dekat rumah.. :) 

then lepas dah cuci the area.. hujan pun dah berkurang, teruslah Emir pergi train the dolphin. Saya tengok pada atas je..


Kira hari kedua adalah hari yang mencabar untuk Emir sebab banyak aktiviti yang Emir buat.. tak delah mencabar, cuma banyak aktiviti yang keluarkan peluh.. So hari kedua sebelum balik, Emir sempat berikan biskut Tiger Biskuat to the trainer.. :) dan disebabkan hujan dan Emir tak dapat berlatih dengan banyak, training Emir akan dilakukan pada hari ketiga pukul 10 pagi.. 



end of Day 2.. 

Monday, December 02, 2013

Singapore Day 2 part 3 - Underwater World's indoor experience

Sambungan entry sebelum ni, lepas dah jalan-jalan kami pun terus menuju ke UWS. Emir pun mintak untuk ke sana terus, i pun ikut je, janji dia happy. To keep him happy is the top most important task for me as this program not only involved Emir and me, but also Tiger Biskuat, Agency and UWS and Emir to me is like "Ambassador" to ensure everything goes smoothly.

Ini dalam train. Alhamdulillah when it comes to UWS serta merta mood dia happy. and yes, he always looking forward to train the dolphins.


Gambar di billboard Pink Dolphin. On the first day, Emir refused to snap his picture here.. hari kedua dah ok sebab i cakap kat dia untuk kenangan gambar-gambar semua ni..


Hari kedua saya memang dah niat nak beli souvenirs. Nak beli sikit sikit sebab beg sandang yang i bawak tu memang dah menyakitkan belakang I.. kedai souvenir di UWS ni ada satu je. Ikutkan sebenarnya tak dibenarkan untuk ambil gambar dalam UWS tapi biasalah Malaysian suke langgar rules :D


Barang-barang dalam ni seperti biasa magnet, baju, dan sewaktu dengannya. Harga pun harga UWS lah cuma dekat sini u cant always convert sebab of cos u akan rasa mahal :) dan as a record, this is the only place i bought the souvenirs, sabar je lah kan. I tot i sempat jalan-jalan hari ketiga tu, sekali tak sempat sebab hari kedua hujan, jadi Emir punya training di"lama"kan pada hari ketiga seawal pukul 10 pagi. Nasib hari kedua i dah beli siap-siap tapi sayang tak banyak :(


Ini gambar official UWS dan background ni Emir yang pilih sebab kata Emir dia datang ke sini pun sebab adanya pink dolphin ni.. 


As a note, beginilah rupanya tempat dolphin show dan beginilah ramai orangnya bila Emir performed on the third day, I was on the other side, kira tempat ni ada dua bahagian..


Satu hari ada tiga kali dolphins and sea lion show, satu pukul 11 pagi, satu pukul 2 petang dan satu lagi pukul 4 petang. Setiap satu show dalam 30 minit and to me this is the only attraction in UWS .


and me with the youngest dolphin trainer in Dolphin Lagoon - Emir before the training started. 


p/s Sorry i ambil masa yang lama untuk cerita my trip to Singapore for my own records.. untuk kenangan saya di kemudian hari :) - tapi ni hari ketiga :) pukul 9 lebih gitu.. orang pun tak masuk lagi

Sunday, December 01, 2013

Singapore Day 2 - Part 2 - Get to know Sentosa

Training hari kedua bermula pada pukul 2.30 petang, jadi pagi tu memang dah plan nak berjalan-jalan. Hari kedua Emir bangun macam biasa dan ceria. Kami turun breakfast, biasalah buffet breakfast and bila dia nampak epal hijau ni macam dia nampak one room full of choc.. dia memang suke buah-buah yang masam..


Untuk ke Sentosa Island dari hotel kami memang kene naik Sentosa Express. Memang dekat Singapore ni you dont need a car pun, semua nya connected and very well planned.  Dari hotel ke station ni adalah dalam 5 minit jalan kaki, tak jauh pun ... Dalam banyak-banyak hari, inilah satunya hari Emir nak ambik gambar dekat giant TV ni dekat Sentosa Station.


Memang hari kedua ni targetnya nak ke Universal Studio area, as a note, untuk ke Universal Studio area, kene stop dekat Waterfront Station, just one station away dari Sentosa Station. Saja nak jalan-jalan dekat area ni. Nak ke Universal Studio memang tak sempat lah, jadi cuma ambik gambar dekat Globe ni.. Sebab minta orang lain amikkan, jadinya kene snap saje. Kalau ikut hati, nak je tunggu semua orang tak de baru ambik :D


Dekat dengan booth Universal Studio ada kedai Hersheys, memang segala mala Hersheys ada.. tapi my oh my, i tak tau apa yang buatkan i tak beli satu pun coklat kat sini. Masuk pusing-pusing dalam kedai, lepas tu macam tak de nafsu nak beli.. -- sebab pikir malas nak bawak coklat merata-rata (takut cair)


Dan seperti biasa, as a Hard Rock's collector, memang any countries yang i pergi akan make an effort untuk cari Hard Rock sebab i memang pengumpul magnet classic Hard Rock.. Sebab i shopping dekat sini lama, dan Emir kene tunggu, mulah lah episod tak mau berjalan dah .... --mak stress :) can see his expression here


Nak tak nak memang i terpaksa heret Emir untuk berjalan jugak, dia tak nak ambik gambar.. mak dia lah yang posing ambik gambar.. :) nak jalan ke Sentosa lagi tak tau bila kan.. 


Kalau ikutkan i memang tak suke nak marah-marah Emir, tapi masa pergi Singapore ni banyak jugak lah i terpaksa naik sikit suara sebab Emir bila cakap slow slow, memang dia tak mau dengar langsung.. Paling geram bila Emir cuba nyorok out of my sight. So memang i naik angin one time tu baru lahh dia ikut cakap kita.. phew.. 


Jalan-jalan terjumpa muzium maritime ni, sebelum i pergi  memang i khatam Suzi punya Singapore entry, and i know dia ada singgah di sini. i tak singgah, tumpang ambik gambar je



Jauh juga kami berjalan, kalau ikutkan dah satu station away dari Waterfront Station untuk sampai ke Sentosa letters mark ni .. :) Gigih berjalan sebab nak ambik gambar dengan Lion tu.. 



Ini lah gambar Merlion, the biggest Lion's landmark dekat Singapore. Dalam lion ni ada macam muzium gitu, tapi i tak naik sebab tempat i berdiri tu dekat benor dah dengan station :D


The day before, i terhilangkan sunglass Emir, tak ingat letak kat mana (tapi hari ketiga rupanya tertinggal dekat changing room di UnderWaterWorld, staff pulangkan). One of the reason dia kata dia tak de mood sebab mata dia silau (alahaii anak), and mintak i belikan dia sunglass.. Nak tak nak, i belikan lah sunglass untuk Emir yang harga dia SGD6.75 huhu.. Barulah ceria sikit anak tunggal i ni.. Haa 



Emir bergaya dengan spek dia.. :) walaupun masa banyak lagi, tapi i terus decided ke Underwaterworld untuk make sure mood Emir at the top during the training session..

- to be continued-

Friday, November 29, 2013

Dumex Mamil / Hi5 session

I telah dijemput untuk menghadiri Dumex Mamil and Hi5 session - meet and greet session di The Apartment, The Curve 2 minggu yang lalu. Ingat pada mulanya, ok fine, takkan Hi5 nak datang kot.. and i thought maybe this is an event to promote Hi5 concert in December 2013..

Since the event was held on Friday, so I had no choice but to ask my husband to represent me.. and tadaa my trick menjadi. He was in the opinion that he just had to send Emir there, until the last minute i told him it was a blogger event and again i asked for his help to snap pictures for me... :) Nasib lah laki i ni sporting jugak :D Thanks husband :)

Apologize as I took 2 weeks to upload the entry.. 

and then, I remembered husband Whatsapp me

"eh memang Hi5 lah" 



and i was like.. "are you sure"

terus i made an effort untuk balik seawal yang mungkin walaupun pada hakikatnya i tahu i memang tak boleh (session started at 4.30 and ended at 6) dan saya keluar dari KLCC at 4.45pm dan ke sana naik public transport.. jadi agak mustahil di situ.. 

Majlis dikendalikan oleh Azura Zainal dari RedFM. Kalau sape-sape ingat, last time she was one of the presenter at Disney Channel Asia.. Sweet and bubbly and looking at her pun, u know that she is a fun person.. 


Acara dimulakan oleh Mr. Christian Uittenbosch, Marketing Manager of Danone Dumex Malaysia yang berkongsi mengenai kebaikan dan nutrisi yang boleh didapati dengan Dumex Mamil. 

Dumex Mamil dirumus khas dengan nutrien daripada semua kumpulan makanan untuk membantu kanak-kanak mendapat pengambilan harian yang disyorkan - Buah-buahan & Sayur-sayuran, Karbohidrat, Tenusu, Protein, dan Lemak (DHA, ALA, AA). Dumex Mamil mengandungi 30 bahan-bahan pemakanan seperti LcFOS, vitamin & mineral, buah-buahan semula jadi dan ekstrak sayur-sayuran serta 20 nutrien penting termasuk DHA, protein, kalsium dan zink. 

Selain itu, Dumex Mamil dirumus berdasarkan kepada Nutrien Pengambilan Disyorkan di Malaysia (RNI) dan mengikut keperluan pemakanan kanak-kanak Malaysia. 


So,, sapalah Hi5 ni.. Ada sedikit flashback siri Hi5 supaya anak-anak yang tengah tengok tu dapat refresh balik sapalah Hi5 ni..


Hi5 adalah sebuah kumpulan berasal dari Australia dan ditubuhkan pada tahun 1998. Kumpulan ini diinspirasi oleh Helena Harris (dia juga adalah creator of Bananas in Pyjamas) yang memperkenalkan interaktif dalam pembelajaran. Untuk anak-anak, sudah tentulah kalau ada music dan movemebt, am sure, lagi senang anak-anak nak ikut dan itulah sebab kenapa Hi5 ditubuhkan. As a record, this group has won he group has won five ARIA awards for "Best Children's Album" (in 2000, 2001, 2002, 2003 and 2004),[1] won three consecutive Australian Logie Awards (the Australian awards for television performance and production recognition) for "Most Outstanding Children's Preschool Program" in 2000, 2001 (tied with Round the Twist) and 2004.


Tak Tahulah kenapa husband I ni dok ambik gambar 4 orang je.. :) But basically, Hi5 terdiri daripada 5 orang ahli dengan dua ahli baru.. 


Lepas dah selesai semya ada sesi soal jawab bersama anggota hi5.. kira masa ni mak-mak lah yang banyak soalan kot.. :)



Anak-anak kemudian di bawa ke belakang pentas dan tidak dapat dipastikan apakah yang telah diajar untuk mereka tapi yang pasti its about stage performance. Emir adalah antara yang terlibat walaupun muka masam mencuka. Husband I kata masa nampak Hi5 barulah nampak sikit dia nak cooperate, kalau tak sebelum tu nak masuk dalam The Apartment pun payah (haishhh.. )

Rupanya bila anak-anak keluar memang sah mereka buat stage performance, and they got to dance.. and the best 3 will win 4 tickets to their concert this coming December.. How cool kan..  



Tapi nampaknya rezeki bukan menyelebelahi Emir, tapi nasibbb lah dia pun ada jugak lah dancing and follow the music.. Husband dah message i dah sebelum tu kate Emir ni tak de mood huhu..


dan gambar solo Emir dengan Hi5, alkisahnya ini adalah dari handphone husband saya, so agak tak berapa cantik sikit kualitinya sebab saya ambil print screen dari Instagram. Harus excited lah kan Emir dapat gambar solo dengan Hi5


dan saya tiba di The Apartment Curve dalam 6.15 petang bila semua dah habis.. Tapi yang penting, being me.. happy nya bila tengok muka-muka dikenali.. 


ok, tak yah tengok yang lain, tengok je rambut afro tu -- zety!!

ok dekat sikit, ni i ambik dari blog Azzamoro


bestkan dapat jumpa kawan-kawan alam maya ni.. Yang semua semua atas ni i kenal dari cyber space. Semua dari blog except Azza i kenal dari Instagram (dah tau dia ada blog tapi segan, sekali dekat Instagram baru bertergur sapa)


Highlight of the event, adalah terselit gambar I dengan Stevie Hi5, masa ni Zety nak ambil gambar, sekali Hi5 on the way nak balik and Stevie sangat sporting untuk diajak bergambar. hehe Jumpa lagi bff I, walaupun dalam 15minit je i jumpe mereka-mereka (ayu and Ezna), but am so happy sebab bukan senang nak jumpa.. Suzi je tak dapat hadir.

Apapun.. Hi5 akan mengadakan concert pada 27 December di Kuala Lumpur Performing Art Centre, Sentul KLPAC dan kalau anda nak menang.. senang aja. cuma perlu belii mana-mana pek Dumex Mamil 500g atau 900g dan jawab soalan melalui SMS. Mana tahu menang kan.. 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB Dumex Mamil ya

Tuesday, November 26, 2013

Singapore Day 2 - Part 1 - Jalan-jalan di Orchard Road

Day two di Singapore kite start dengan aktiviti di waktu malam dulu sebab masa ni saya ambik gambar dengan camera phone je. Day 2 di Singapore memang penat untuk Emir.. sebab siang tu, Emir kene cuci tempat dolphin dan sea lion jugak (tapi yang tu saya cerite kemudian)

Dipendekkan cerita, sekalian kaum kerabat tahu yang ibu saya sangat mementingkan ikatan kekeluargaan, maksudnya sedara sepapat yang 2 3 4 pupu semua kenal lah.. dan Mama saya ni pun in fact semua family kenal dia.. so biaselah orang tak kenal i, jadi bile orang tak kenal i, i will say - "saya anak An" hahaa baru orang kenai.. 

Dipendekkan cerita lagi, mak saya call cousin-cousin dia di Singapore bagi tahu yang i ada di Singapore, jadinya teruslah Auntie Nor ni telefon saya kata nak jumpe :D

Saya ok je.. yang tak OK - Emir sebab dia penat, tapi sebab dah janji.. kami on je...

Auntie Nor bawak kami ke Esplanade Singapore.. Esplanade ni ala-ala Istana Budaya dekat Malaysia, masa kami datang ada persembahan Indian Festival of Art.


Sepanjang jalan dalam kerete ini adalah lampu-lampu di Orchard Road.. Singapore ni memang ya ampun bersih.. 


Ingat kan tak de can nak berlatar belakangkan Marina Bay sebab Marina Bay dengan hotel kami ni jauh sikit.. sekali tak sangka ada peluang walaupunnn Emir muke dah seposen.. Masa ni betul-betul dia tak nak cooperate.. Segan jugak sebab Auntie Nor datang pada jauh untuk bawak kami jalan-jalan. Rumah Auntie Nor dekat Chua Chu Kang. dia kate 30 minit dari Bay Hotel. Lepas tu bawak lagi ke Orchard Road.. 


Inilah Auntie Nor..yang tolong ambik gambar husband Auntie Nor. Emir dah tunggang terbalik ..



Ingat kan nak jalan2 dekat Lion punye sign, sekali mamat bawah ni boleh pulak dah start keluar air mata tersedu sedan, tak mau berjalan... yang masa ni i betul-betulllllllll rasa nak gigit.. tapi memang faham sangat sebab Emir memang penat..pagi tu kami berjalan-jalan, tengah hari dia kene basuh itu ini dan train dolphin for two hours, lepas tu jalan lagi baru balik hotel, kesian jugak dekat dia. 



Gambar di atas adalah di mana Emir dah tak mahu gerak gerak. Jadi macam statue gitu, last last i terpaksa tebalkan muka naikkan sikit suara depan orang, depan auntie tu.. sebab Emir memang langsung tak mo bergerak..Nak dukung, i dah tak larat dah.. Auntie tu pun, at last cancel lah session nak berjalan-jalan di sekitar Esplanade tu..

Langsung auntie bawak kami makan di hawkers' stall yang sepanjang panjang tu majoriti menjual satay. Kira macam satay station. Hawkers stall adalah sesuatu yang sangat tidak common di Singapore. Tak banyak tempat ada stall gini-gini, jadi tempat-tempat macam ni kira jadi macam tourist attraction.. Unlike Malaysia, sana-sini kite boleh nampak gerai tepi jalan


Dan kami pulang ke hotel lebih kurang pukul 11.30 malam. Kesian Emir, balik hotel kalau hari pertama dia akan cari iPad dulu.. ini tak, terus tido..



 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez