Tuesday, August 07, 2012

Winning entry: Tempat pertama contest Yumie..

Alhamdulillah mira terpilih sebagai pemenang dalam contest Yumie.. ---> ingat tak my entry di sini mengenai cara i sambut raya dengan cermin ajaib...

Alhamdulillah, cerite i dipilih oleh Yumie sebagai pemenang tempat pertama

Full result di sini :)

Baik sungguh Yumie, semua orang tak pulang dengan tangan kosong.. semua dapat duit raya..

Untuk saya.. saya dapat...

RM200 DUIT RAYA :)



Duit nyer pun telah selamat di bank in oleh Yumie.. cepat sungguh kan..

Thanks Yumie..

Semoga murah rezeki Yumie sekeluarga..



Monday, August 06, 2012

Bila Emir bersama Atok

Atok, jom ambik gambar..





p/s Alhamdulillah, Allah bagi nikmat untuk Emir merasai kasih sayang seorang atok.. Cara atok sayang cucu ..untuk I, sangat berbeza dengan cara Baba sayang anak dia :) Cucu ni macam semua je boleh hehe


Moga Allah panjangkan umur Baba I, dan moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Baba.







Sunday, August 05, 2012

A note after Lin Dan grabbed our hope

Ya, I antara berjuta rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung perlawanan antara Lin Dan dan Dato' Lee Chong Wei yang mana umum mengetahui kita kalah tipis dalam perlawanan tersebut dan seterusnya melenyapkan harapan kita untuk meraih pingat emas (or meraih free Baskin Robbins :))


and im sure, many of you have seen the below snapshot.. 




Di Malaysia, bukan senang kita nampak spirit rakyat kita bila seseorang atlit kalah dalam pertandingan, apatah lagi melenyapkan impian negara kita kan .. tapi kekalahan DLCW nampaknya sangatlah beze sekali.. ramai yang support dari belakang, apatah lagi match antara kedua jaguh dunia tersebut adalah sangat sengit. Yes, DLCW kalah bermaruah.. lawan sehabis mungkin, cuma nasib tak menyelebahi..  I didn't watch the earlier match (double) tapi adik I kate sangatlah frustrating.. 


But don't forget, at least DLCW bawak balik silver untuk kita semua .. :)



To that, I would like to say....



p/s dulu mase i bujang, segala mala sports event i watched even though i, in actual fact, not a sportperson.. i just love  Olympic, Sea Games, Commonwealth, Asia Games, World Cup, semua i tengok, cuma lepas kawin ni sebab kekangan masa, kurang sikit aktiviti i ni.. match yang best je i tengok.. how about you??







Please explain to me :)

Ambil gambar  ni masa beli barang di Tesco Ampang..



Can someone explain to me? BM I tak berapa bagus, and so does my English :D


Budget Hotel Cameron Highlands - Senarai budget hotel / List of budget hotels @ Brinchang, Cameron Highlands, Hotel Cameron Highlands

I went to Cameron highlands and decided to compile this for my readers' reference. Im not sure about you, but for me, being a sudden visitor, finding a hotel at one of the most tourist attraction in Malaysia is really a challenge.

I have tried to Google, but unfortunately, the info are quite similar. You go and Google yourself, orang copy paste je dari blog yang satu itu.. 

So first of all, ,of course by all mean most of us will choose Equatorial.. :) tapi kalau penuh, then how? ok, i dunno, but for me i prefer to stay in Brinchang. I know there are few other hotels yang quite ok + provide breakfast and all, but during the peak season, bear in mind that the traffic adalah bumper to bumper ok, kalau u stay jauh sikit pada Brinchang area, tak ke satu hal setiap kali nak keluar, kene menghadap jam.. ;) and Brinchang is the most happening place in Cameron.. :) banyak jimat masa kalau kite stay in that area. You have Brinchang night market, kalau malas pergi pasar malam Brinchang, banyak kedai dekat keliling tu, then ade Strawberry farm - the nearest yang u boleh jalan kaki dekat area Brinchang (The Agro Farm). 

Gambar-gambar hotel dekat bawah ni I gigih ambik yer sebab nak tunjuk kat you all, i jalan kaki lagi sorang-sorang just nak ambik gambar.. .. i malas nak letak caption, lambat.. :) but of course, the quality of the picture tak cantik la kan.. :)

Jom I mulakan hotel-hotel sekitar Brinchang yang boleh jalan kaki ke pasar malam Brinchang je yer.. First of all, of course I start with the place that I stayed for 2 nights. Hotel Chua Guin. Hotel ni letak betul-betul dekat hadapan jalan besar Brinchang tu, tapi Hotel Chua Gin bukan hanya bangunan ini sahaja, ada lagi bangunan lain terletak di belakang bangunan ni. Personally, sangat bersih. masa i pergi peak season, harga adalah RM205 semalam.

The owner especially the husband adalah sangat friendly, cuma bile you all  booking jangan terkejut if they ask for RM100 deposit first. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai hotel ni, boleh tengok entry i dekat sini yer..


Hotel Chua Gin
Telephone: +605 4911 801

Then, meh I introduce hotel yang sangat popular sekitar Brinchang ni..

source: Hotel Rosa Passadena
Tel  : 6 05 - 4912288 

Hotel Rainbow
Tel  : 6 05 - 4914628, 4914648 


I rasa this two hotels adalah sangat popular dan premier di sini.. Kire exclusive dekat area Brinchang.. 

Next, i nak introduce hotel yang popular, kalau orang cari budget hotel, they will ask for this hotel first..



Hotel Star Regency
Phone : 605-4915 133



Hotel Jasmine
Phone : 605-4911588 



Hotel Brinchang
Phone : 605-4911755

Hotel Parkland
Phone : 605-4911299

Hotel Kowloon
Phone : 605-4911366





Im not sure Hotel Remix II and Hotel Remix ni same company ke tak.. However, this is the phone number:- 05-4912439.


Hotel Green Garden
Telehone: 06-4915824

Then, barulah i pergi kepada hotel yang betul-betul budget hotel... atas tu budget hotel jugak, tapi agak popular.. yang bawah ni budget hotel tapi masih ade dalam listing hotel di Cameron di Agoda..

Hotel Sentosa
Phone : 605-4911907

Hong Kong Hotel
016-5513 876
012-5644 278

 
Hotel Tudor Inn
Phone : 605-4901353

Yang bawah ni senarai hotel budget di Cameron.. :) Pilihan di tangan anda...

Hotel Golden Night
013-5077744 
019-3870865

Hotel Emerald Point
019-3357798

Hotel Ria Cameron
05-4901777

 Hotel Hill Garden Lodge
Phone : 605-4912 988 / 605-4912808

 
 Hotel Pines & Roses 
05-491 2203
012-561 7678

Hillville Rest House
Tak tau no phone..

Ok, sekian :) 

Hope you find this entry sufficient to your need and preferences :)





Saturday, August 04, 2012

Kenangan Indah berhari raya bersama saya dan CERMIN AJAIB

Kepada Puan Yumie, yang kurus dan kecik dan tak nampak macam orang baru habis pantang, dan tak nampak macam orang dah ade anak 4, saya pun nak join contest Yumie juga, setelah lama bertapa tidak join blog contest.. :).


kalau sape2 nak join kene cepat-cepat, sebab contest tutup hari ini, 4 Ogos 2012.. kalau nak tau lebih lanjut boleh klik sini yer..



Ok, lepas tengok senarai peserta, saya nak tag kawan-kawanku yang belum join..
1. Mama Zharfan
2. Ezna 
3. Iryani Noor
4. Jojoe
5. Mama Tisya


Sekarang, saya nak cerita, cerita saya :)


Cerita saya sangat simple, mungkin setiap orang ada tradisi sendiri macam mane nak ingat Raya supaya lebih manis untuk dikenang. Selalunyer aktiviti wajib tentulah salam bersalaman, ziarah menziarahi dan tak lupe juga melawat kubur orang yang telah pergi dulu meninggalkan kita.


Macam saya, setiap kali raya, selain perkara wajib yang saya sebutkan dekat atas, sebenarnya ade lagi satu perkara wajib yang mesti laki saya, saya dan Emir (kene pakse) akan buat.. iaitu...


AMBIL GAMBAR DEKAT CERMIN....



Kejadian bermula masa tahun 2006, secara tak sengaja sebenarnya. Masa tu tengah sangat-sangat excited, sebab itu tahun kedua saya beraya sebagai isteri dan paling bermakna tahun pertama saya beraya sebagai seorang ibu.. Mase tu Emir baru nak masuk 5 bulan. Mase tu kami singgah rumah mak sedara husband dekat Melaka. Cermin ni, husband kate cantik kalau nak ambik gambar, so kiterang pun ambik lah, tengok-tengok, saya pun suke bile amik gambar..

Dan selepas itu, kejadian tak diingini telah berlaku, di mana cermin ini telah menjadi mangse kepada kami bertiga, kire macam dah ditakdirkan cermin ni jadi trademark kiterang setiap tahun. hahah, dan maksudnya kiterang tak boleh laa kalau tak beraya rumah mak sedara Encik Emran heheheh

Yang ni pulak mase raya tahun 2007, Emir dah setahun 4 bulan macam tu.. mase tu semua jadi pokok pokok hijau :), Emir rambut dia dah start panjang..

dan ini Raya tahun 2008, kali ni bukan si Emir yang rambut panjang, bapak dia pulak yang berambut panjang.. biru lagi baju nye

Ini pulak gambar tahun 2009,  Emir mase ni susah betul nak bagi dia tengok kamera.. makin besar makin tak nak dengar cakap hahaha... Emir mase ni umur dah 3 tahun, tahun yang tengah banyak nak explore dan agak susah jugak nak dengar cakap :)


Ini pulak masa tahun 2010, bile tengok gambar jadi stress pulak, at least gambar ni Encik hubby nampak kurus, gambar i makin tak memenuhi skema cermin hehe.. cuma tahun 2010, ada bende merah pulak dekat atas cermin tu.. oh yer, persamaan dengan tahun 2009, Emir refused tak nak tengok camera.. betul-betul punya taknak.. so inilah gambar yang terbaik..


Tahun 2011, raya tahun lepas, Emir pun dah masuk 5 tahun, kali ni nak jugak dia cooperate tengok cermin, tapi punyalah susah nak bagi dia duduk diam supaya gambar tak goyang.. tahun lepas pakai baju warna merah :) warna kegemaran i..




TAHUN 2012????
TUNGGU!!!!
(Nota: baju raya pun tak beli lagi :D)

Tapi yang paling penting, kiterang harap harap la, jangan lah Mak Lang Encik Emran saya pergi buang cermin ni, hehehe, kalau tak haaa habislah trademark kiterang untuk setiap kali beraya.












Cerita lalu: Kenduri di bulan Jun

Mama kata dah lama dia tak buat kenduri, jadi pertengahan bulan june hari tu mama buat kenduri doa selamat.. untuk semua occassion, kenduri doa selamat, kenduri tahlil dan sewaktu dengannya.. masa tu saya cuma datang kemensah weekend saje. tanya mama, jemputan tak ramai, ala kadar je..


saya pun relaks je lah balik rumah jumaat malam, tak de bende pun nak buat sebab semuanya catering.. 


sekali esok tahlil diadakan waktu tengah hari..


Ok sungguh, saya tak percaya bila mama kata sikit je orang datang..


Penuh sangat-sangat rumah mak saya tu.. bukan pakcik makcik saya terkejut, saya pun terkejut.. kate sikit je orang datang, tapi mau sampai 200 orang kot..


*pheww..


lepas tu siap Baba jemput adik adik dari maahad Tahfiz (tak sure dekat mana, tapi mungkin area Taman Permata) untuk buat Marhaban dan siap bernasyid sekali..




 Sedap sangat adik-adik ni bace.. kalau saya jadi mak mereka, sejuk perut dengar kecik2 lagi dah pandai bab-bab agama..

Rupenye gambar ade dua je.. rasa gambar lain dalam camera Encik Suami yang besar tu.. Tak sempat tunjuk makanan ape ada.. yang pasti, menu yang laris di pasaran, adalah kambing panggang.. i pun dapat merasa sikit je.. 

Alhamdulillah.. Mama memang suka buat kenduri dan panggil orang datang makan :) Tapi sejak dua menjak ni kurang sikit sebab Mama agak busy.. Itu mama saya, kalau keluar dari rumah kami dengan perut kosong, maknanya anda silap rumah kot :)

gambar kami adik beradik dengan family pun tak de, kiterang adik-beradik tak menang tangan, terkejut sebab ramai sangat orang, kami semua majoriti sibuk kat dapur.. 

terima kasih kepada yang sudi datang. InsyaAllah nanti kita bertemu di lain kali. 





Friday, August 03, 2012

Winning entry: Tefal "Dream Double Deals Contest"

Honestly I thought the result will not be announced because the contest ended in February, and it is weird to know that none of my fellow comper friends received any phone calls from the organizer.


and out of the blue, somewhere in early July, I received a phone call from this one lady saying that I won a consolation prize :) Alhamdulillah..


pergilah saya ke office Tefal di Damansara Uptown di satu hari yang tenang..




Sape suke barang Tefal? I love Tefal's products... i punye tempat masak dari kuali sampai ke periuk semuanya adalah Tefal.. im a loyal customer you :) jangkit mak I, sebab mak I pun suke gune barang Tefal jugak :)




Mase masuk contest tu kene beli barang Tefal , so mase tu I beli rice cooker Tefal sebab rice cooker i memang dah rosak pun.. 


Sekali bile menang.. dapat rice cooker jugak.. cume bukan Tefal :( 




Dapat brand Supor.. tak pernah dengar, Tapi Digital rice cooker.. rice cooker ni i bagi dekat mak I sebab dia kate nanti boleh gune masak nasi untuk Hari Raya sebab rice cooker ni look presentable.. ;)




Mane barang bukan made in China *gulp


anyway, sekarang ni Tefal ade contest lagi, same jugak, proof of purchase is RM120 and above in one receipt.. hadiah nyer..



Grand prize: RM10,000 barang elektrik
Second prize: RM7,000 barang elektrik
Third prize: RM5,000 barang elektrik
Consolation: Iron 

Mintak borang dekat organizer dia tak bagi.. *confuse..  sekeping pun tak boleh, dia kate kalau nak borang kene beli barang dulu.. patutlah kawan i Ezna makan hati dengan Tefal yer :) so sorry yer, I pun tak tau detail..





Thursday, August 02, 2012

Kek Batik

Ade orang kata.. buat lah kek batik, senang ..


Honestly memang senang pun, and dekat rumah Kemensah ni, minggu lepas je, tiga kali buat kek batik, adik i buatkan..


Dahlah sedap, senang pulak tu, gaul-gaul je siap, bagus untuk mak-mak yang balik keje pukul 6 petang tak tau nak masak ape..


so hari ni, sebab I MC (takkan tak boleh tolong kat dapur kan).. dengan cepatnyer, i cakap i masak kek batik je lah..





kali ni i beli biskut Hwa Tai Marrie perasa coffee, adik I dengan mak I suke, sebab ade mixture coklat and coffee, but myself, i suke lagi biskut marie yang biase je tu..


ape pun.. still sedap..


Ok Resipi -- i rasa ramai je yang tau buat, tak pe let me share


1. Milo satu cawan
2. 3/4 gula
3. Satu cawan air
4. 1 cawan serbuk koko ( i gune Van Houten)
5. 1/2 buttercup
6. Esen Vanila
7. 2 biji telur
8. 1 peket biskut Marie


Gaul semua bahan-bahan dari no 1 sampai no 6 dekat atas api.. 
dah cair, masukkan telur, gaul
Lepas tu pecah-pecahkan biskut Marie
Lepas tu masuk dalam loyang, letak dalam fridge bagi keras sikit
Siap..


Cooking is simple kan :)







Emir's activity before sleeping time

Apart from playing with that square box --- ape lagi, game lah kan -- he has another addiction.. finding hidden pictures, and usually he would hunt for the hidden picture before going off to bed.. 


and we bought few sets of hidden pictures books, now he is quite good in searching for the pictures unlike the first time he tried. 



Tekun tak gambar Emir kat bawah ni.. selalunyer dia akan buat dua tiga page sebelum tidor.. kire ubat tido lah.. i pun bagi je instead of dia main game, baiklah dia buat activity book ni kan..


honestly, i bought this book for myself :p never thought that Emir would join this interest :) being emir, sekali buat memang tekun, kalau dia kate nak buat 2 pages, 2 pages jugak lah dia paksa diri dia buat walaupun susah nak cari gambar-gambar tu..




tapi biaselah, kalau dah susah sangat.. ape lagi, Emir akan tengok je jawapan kat belakang tu.. but mind you, he rarely look at the answers unless dia dah giveup. how sure I am? because... we have the same books, one for him and one for me -- sangat lah  mak dia pun macam budak-budak kan ;p.. to differentiate, one in english and one in malay, tapi same je bende nak kene cari heheh.. so kalau dia tak tau.. i lah tukang bagi tahu jawapan :D.. 



p/s bila tengok gambar atas ni serious tengok Emir dah macam budak besar.. :) rindu zaman Emir baby dulu..







 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez