Friday, August 28, 2015

a little something about my kerja hakiki

as you may be aware, or looking back at my previous previous entry, i realized i did grumbled (read: a lot) about my works... this lah.. that lah... 

to be honest, the experience that i have gone thru before was indeed hurtful and challenging for a sensitive me. i bukan jenis hati kering, i ni cepat lembik and senang jugak lah terasa.. 

but one fine day, i realized as age catching up and i have more priority things to do rather than menghambakan diri dengan gundah gulana, i grew up to be a different person or with other words "redha"

dan hasilnya.. 

Alhamdulillah

tho not what i was expecting but at least ketenangan tu ada.. orang kata "lantak pi lah" apa-apa pun, what matter most is i am comfortable with what i am doing and be more focus.

Honestly eversince i get serious into online business, i have to be more focus. sebab saya cuma ada dua tangan dua kaki dan satu kepala and i have only 24 hours to work on a daily basis. and my 24 hours have to be fairly shared between work commitment and family. so there you go.. 

there is no secret between me and my immediate boss in fact the other department knows my intention to change from finance to hr skill group.. but until now, yes, masih lagi tidak berjaya. i belum reda lagi bab ni :) insyaAllah dengan doa semua, doakanlah yer permintaan diluluskan. i know many said that finance has a better career prospect but u know, u drive your own career.

so ini adalah event yang i kene organize for our finance day.. and i keep telling my colleagues this gonna be my last finance event :p

-- macam berjaya lah kan -- 

till then..

p/s gambar banyak tapi tak bley nak upload kot ternampak details kan :)






Saturday, August 22, 2015

Layang-layang FRIM

Sudah lama cerita ni berkepam. Dari semasa ke semasa, rasanya takut pulak dilupakan.. 

Tapi sebab saya rasa ini antara gambar yang cantik hanya melalui camera, jadi i coretkan di sini untuk simpanan kami.

Ok, sebenarnya, FRIM ni memang antara lokasi yang kami suka pergi. Tapi yang paling best, setiap kali pergi, setiap kali tu lah nak kene beli layang-layang sebab layang-layang ni macam ada kaki.. asyik berjalan je tak nak balik rumah :p


So ini kisah saya, i pun nak lah fair share main jugak kan.. jadinya i pun main lah, sebab dah  nasib tak baik, time i main, boleh pulak lah layang-layang tu tersangkut.. tapi kan tengok lah anak i ni 



cepat je upload dekat instagram (masa tu lah) tentang "kehebatan" mak dia.. btw.. 25 weeks back ni  cerite ni .. kire dah 6 bulan lepas .. lama sungguh gambar-gambar disimpan dalam bahagian "draft"




Sebenarnya dua kali tersangkut.. dah sangkut i biar je la derang main, i dok tepi je lah.. 













I just like this picture, nampak sangat happy yang tak dibuat buat.. kawan i kate boleh buat iklan Petron.. tapi memang tak dapat lah kan sebab mak dia dengan Company lain :D




--selesai walaupun entry simple je--

Tuesday, August 18, 2015

Emir first sleepover

Not easy not easy. 

Walaupun dengan sedara mara, tapi sebab pengalaman pertama untuk si ibu amat lah payah. Sebenarnya Emir dah minta ibu untuk benarkan tido rumah Imran dan Irfan. Imran dan Imran ni pangkat Uncle untuk Emir tapi sebab lebih kurang sebaya, jadilah geng gitu..

So untuk pertama kalinya Ibu benarkan Emir tido di sana.

Emir memang tersangatlah happy.. Happy teramat.. tapi ibu


Honestly with ibu and papa, I did feel a bit weird tinggal berdua haha.. Selalu biasa Emir menyibuk. Yang ini berdua rasa kelako :p You sooo not gonna get stay in boarding school Emir 


Ibu apa lagi, tak habis-habis Whatsapp Auntie Ibu tanya update. Apa nak buat kan.. Ibu asyik terfikir, Emir dah pergi toilet ke belum, minum air masak dah cukup ke belum, kacau orang ke tak.. haishh.. teruk sungguh.. 




Walaupun sehari je, tapi Emir cakap, every year dia nak make sure tido di sana setiap kali raya. Apa-apa je lah Emir. Lets deal when the time comes. 




Saturday, August 15, 2015

Emir dan chessnya

Susulan dari cerita Emir tentang detik permulaan chess-nya di sini sebenarnya lepas tu memang banyak (banyakkkkk) tournament Emir sertai. Bukan mak bapak dia yang paksa-paksa, tapi chess ni memang Emir minat dan dia tak kisah untuk bangun pagi (Emir sangat liat kalau kene bangun pagi masa weekend) untuk hadir ke tournament chess.

Paling seronok bila i dapat tengok a good teamwork between the father and the son. Memang i tak dapat nafikan papa Emir ni sangat lah bersemangat tengok anak dia suka main chess. Hantar kelas sana sini untuk make sure anak dia makin improve dari sehari ke hari.

I pun dah tak berapa ingat ini tournament mana dan mana.. 


Kalau tak silap gambar ni diambil masa Emir masuk di SK Wangsa Maju R10 tak salah saya. Apa nama pertandingan tu i dah lupe.


Masa ni masih di awal pertandingan, Emir memang masuk untuk gain knowledge. Nak menang memang lah susah..


Dah lepas-lepas tu, dalam bulan 5 Emir ada masuk pertandingan National A*ge G*roup Chess Competition (ok nama betul tak berapa tau), tapi kiranya this is the national level chess competition yang pemenangnya akan dipilih untuk mewakili negara.. Pertangdinan ni dibuat di Olympic Hotel belakang Stadium Merdeka tu selama 3 hari.. Imagine, hotel yang tak berapa popular tu pun masyaAllah - penuh.. so sebab tak nak boring tunggu lama-lama, kiterang cari juga hotel berdekatan. Kiterang pilih Hotel Swiss Inn Garden, betul betul belakang Petaling Street. Comel lote je biliknya.. tapi cukuplah untuk kami tiga beranak tumpang tido.


Paling best masa duduk hotel ni, first time dalam sejarah hidup i, i dapat jalan-jalan Petaling Street. Paling best juga, masa nak duduk sini, Papa decide just tido hotel masa i balik pada keje dan memang tak nak patah rumah (walaupun rumah dekat), apa lagi, malam tu jugak kami pergi Petaling Street borong baju dengan beg-beg sekali heheh..


National level ni memang ramai seramai-ramainya. Almaklumlah kalau chess competition dekat Malaysia, inilah yang paling grand gitu..


Masa ni kalau tak salah, Emir cume dapat 3 point saje dari 7 points. Boleh lah kan, paling dia puas hati dia dapat kalahkan classmatenya Adib (gambar di bawah ni). adib ni Champion dekat sekolah.. Terus emir cakap dia ade confident..


Balik je hotel ataupun masa senggang, memang macam ni lah dua beranak ni, Papa akan terus analyse Emir punya game menggunakan software application and discuss what would be the next strategy.. memang i duduk tepi layan instagram je lah.. 


Kalau tengok budak yang masuk Chess ni, semua sepesen je.. ala-ala skema gitu :)  i understand so long our child is happy, tak pe lah kan.


Macam mane Papa analyze game, nampak tak bebudak ni pegang pen dan pensel, every single move they have to jot down their movement, of cos akan ada yang salah and what not, but at least we know the pattern how they make a move.



Gambar sini lagi hehehe.. i rasa i dah banyak terdelete gambar :p


Oh and this is the only picture yang i ada masa Emir first time mewakili sekolah dekat Jalan Hang Tuah.

dan mulai minggu depan sampai lah bulan 9, Emir memang penuh dengan aktiviti chess competition-nye.. 

and yes.. 

there goes my weekend :D

Friday, August 07, 2015

Suasana Riang Raya di Kemensah Edisi 2015

Dah lama En suami tak keluarkan DSLR. Tapi sebab tahun ni phone yang available semuanya gambar al cantik al lawa (read: opposite) agaknya dia dah tak tahan, tu yang dia keluarkan balik camera dia.. :) 

Seronok juga, adik-adik i pun seronok .. ye laa ade la gambar lawa sikit..

Mari kite start tengok gambar-gambar yang i upload.. gambarnye banyakkkkk, i pilih-pilih je, itupun ambik masa, sebab laptop i tak de software conversion from RAW to JPG.. as a note, i convert at Zamzar's website.. kene gagahkan diri download online.. bertabahlah jugak sebab hubby i ni satu gambar dia letak 27MB . as of now banyak ni saje.. 

akan diupload untuk kenang-kenagan masa hadapan..

Ini gambar di Kemensah, raya ketiga baru ambil. semuanya sanggup pakai baju balik untuk ambik gambar. 

Takpe kite start with adik i dulu Cikyah.. or Ainun.. sebab dia siap paling awal siap so dia jadi test subject husband i..


anak sedara i ni outdoor person, sentiasa bersedia especially kalau ada outdoor activity.


Adik kepada Zubair. Asmaa.... gerammmmm kan


Buah jantung i ni. Different in personality but of cos compliment each other. Alhamdulillah dapat merasa lagi kasih sayang dari mereka berdua.. 

Ibu dan ayah saya


Again Cik yah.. i tak tau kenapa i banyak upload gambar dia :D


Orang baru dalam family kami. Wan Sara Nadhira anak Saffuan dan Syazreen, masa ni belum 44 hari pun..


Gambar beramai-ramai. If you note, Saffuan and syazreen takde sebab bagi anak tido.. kiterang terpaksalah menjalankan aktiviti gambar sebelum  masing-masing hilang mood


Seronok tengok keluarga yang makin berkembang


adik beradik perempuan saya.. cikyah je spoil gambar sebab tutup mata.. kalau tak perfect dah gambar ni


Saya dan anak saya yang decide tak nak pakai songkok nak pakai snow cap.. boleh lah


Keluarga kecik saya  bersama ibu bapa saya


Keluarga Jiji & Akhir. Zubair tu dia tak mau ambil gambar kalau kucing tu tak masuk gambar :D  Alkisahnya kucing tu tersangkut dalam kerete, alih-alih, kami pun dah terbela..


Ainaa.. insyaAllah kalau tak de aral melintang, ini adalah tahun terakhir dia beraya sebagai orang bujang


Punyalah lama download.. dapat banyak ni je :) 

Apa pun inilah sikit2 Syawal 2015 kami

Monday, July 27, 2015

Menguruskan perniagaan atas talian (online)

Ok kali ini kita pergi kepada topik yang serious sikit. Tak ada kene mengena dengan raya. Saje nak share pengalaman saya yang ada. Seperti yang kita lihat sekarang ni, perniagaan atas talian adalah sangat IN memandangkan ramai daripada kita susah untuk bershopping atas faktor tempat, anak-anak, ataupun harga. Selalunya perniagaan online harganya adalah lebih murah berbanding di stor stor.

Saya sendiri telah mula berniaga online pada tahun 2008. Masa tu poslaju pun tak berapa nak laju lagi. Tapi kejap saje, setahun je kot, sebab masa tu berniaga baju. Saya tak berapa minat nak berniaga baju. Masa tu saya jual baju maternity. Sebab perniagaan online masa tu masih baru, satu surat khabar berbahasa Inggeris ada telefon saya untuk diinterview, tapi saya tolak memandangkan saya tak de niat nak teruskan perniagaan tu. Ada satu perniagaan online yang seangkatan dengan saya (juga jual baju maternity) sekarang ni saya tengok makin berkembang.. Apepun saya tak menyesal pun tak teruskan perniagaan baju mengandung tu walaupun jujur sangat laku.. so sape nak jual online, try lah jual baju mengandung, memang laku.. 

Sebenarnya i tertarik dengan status satu kawan i di Facebook yang bertanya sesiapa yang berniaga online adakah 

(1) membuat akaun untung rugi
(2) rekod data customers

dan i memang terkejut sebab majoriti yang jawab soalan dia rata-rata tak buat satu pun. rasanya tak sampai 10% pun dari responden yang buat kedua-dua di atas, ramaiiiiiiii yang tak buat ape-ape pun.

ok, i punye business tak de lah boom sangat pun, tak sampai pun lagi dari gaji hakiki i.. tapi cukup lah seadanya. so ini pandangan peribadi saya 

(1) Asingkan bank akaun business dengan akaun peribadi

Bisnes online selalu bisnes persendirian, milikan tunggal. I tahu ramai je yang masih gune akaun sendiri dari akaun syarikat. So atas sebab tersebut, i tahu memang susah nak asingkan duit sendiri dengan duit bisnes nak nak bile kita bagi option customers boleh bank in ke semua akaun kite. Dari pengamatan saya, akaun Maybank adalah paling banyak orang gunekan online transacation.

I masa mula-mula buat bisnes secara serious, i akan key in segala mala personal data dan akaun untung rugi, tapi bila hujung bulan, i couldnt see the money. Memang pelik. Untung ada tapi tak nampak pun duitnya. I tanya husband i. Husband i tanya i sama ada i asingkan tak bank busines dengan bank personal dan jawapan saya tak. Husband saya suruh saya mula asingkan.

Tapi nak asingkan kite kene displin. i tetapkan diri akan ambil profit bisnes pada 1 hb bulan berikutnya. Alhamdulillah since then, barulah nampak hasil berniaga :)

by the way, slowly jangan lupe buat current account, savings account lama-lama bile dah banyak sangat transaction boleh freeze jadinya :D

(2) Key in customers data

Ini sangat wajib. I dari dulu (dulu tu tahun 2008), memang setiap kali orang beli, saya akan key in. Apa yang dibeli, no tel, alamat dan sewaktu dengannya. Penting. bukannya apa, supaya kite kenal siapa customers kite dan ade personal touch dengan customers

(3) Key in profit and sales

Alang-alang dah key in customers data, of cos lah kite akan key in barang apa yang dibeli. Bandingkan dengan harga kos kite. dari situ senang lah nak tengok berapa kite buat duit setiap bulan, dan kite boleh tahu berapa transaction kite per month. Penting, sebab kalau transaction dah sampai 5 digits per month.. u need to see how the money flows, barang apa paling banyak jual, barang apa you boleh push harganya, barang apa you boleh attract lagi more customers

(4) Honest. Jujur. Fast response. kire customer friendly

Well. basic je ni ayat i. saya ni pun sebenarnya online buyer yang sangat tegar. Maksud sangat tegar tu boleh katakan every week ada je parcel datang untuk saya. Dari pengalaman i berurusan dengan online seller yang lain, i praktikkan untuk diri sendiri.

a. Percayalah banyak online seller yang malas nak layan kite bile kite tanya lebih details. so kite jadikan diri kite, lagi banyak customer tanya, lagi kite kene layan dia SEBAB customer yang banyak tanya ni i perasan, kalau dia puas hati, dia akan cerita kat kawan dia atau kalau dia puas hati dia akan beli lagi dan lagi dan customer yang banyak tanya ni selalunya sekali beli banyakkk

b. Fast response. Ok ini terpulang. sebab kite pun ada komitmen lain kan. keje hakiki dan sebagainya. Tapi selagi boleh cuba reply customer kite secepat yang mungkin sebab ada 100 lagi peniaga online yang sama jual barang macam you. :)

c. Jujur. You kene jujur. berniaga kene jujur. Untung sikit pun tak pe. Tak untung pun tak pe. Janji kite jujur. InsyaAllah jika bukan rezeki kite masa tu, Allah akan berikan rezeki lain kemudian hari. Kalau customer tanya pendapat kite tentang sesuatu barang, tok sah lah dok kate barang kite best je, kalau betul fine, tapi kalau tak betul.. cakap je tak best :)

d. Hantar barang cepat. As soon as possible. Kalau tak boleh hantar cepat, bagi tau lah expected date bile kite boleh hantar

(5) Daftar dengan SSM

Ni nak bagi customer lebih yakin dengan kite :) Patutnya ni letak paling first sekali.

(6) Know your business

yes, you really have to know your business. You need to know whether you can demand or not. Kalau u are a baker, crafter ke ape and dah terbukti hasil keje u cantik and kemas, lama-lama pun orang sanggup tunggu. You boleh siap choose lagi customer ni you nak layan ke tak. 

tapi if you are in trading business - jual item beli item yang mana bile you hashtag 1000 gambar keluar barang yang sama jual dengan you, you memang tak boleh demand. Once you demand, sekejapan mereka akan ke seller lain. Online trading business i might say is very competitive.

-per day posting-

(7) Customer is always right

yes,  they are.. :) kite pasti akan jumpe customers yang sangat fussy. yang sangat mencabar diri. I sendiri ada buat salah dalam handling customers. pernah juga tersilap hantar barang, barang pecah dan sewaktu dengannya. Pernah juga customer tulis email panjang berjela complaint sebab tak puas hati dengan service i. Alhamdulillah i anggap semua tu sebagai satu cara untuk perbaiki diri.

Buat baik dengan customers. The best promotion from customers adalah dari word of mouth. Kalau kita salah, just cakap sorry. I pernah beli barang dengan one seller, i order barang dari dia, cepat je kasi tracking no. kalau seller kasi tracking no, maknenya dia akan hantar barang paling lewat pun lagi dua hari lah kan, tapi seller ni simpan barang i sampai seminggu lebih, bile tanya dia kata baru nak ambik stok. so bile i complaint, sikit pun tak de cakap sorry, tak de langsung! masih lagi tegakkan yang dia betul dengan alasan stok takde. since then i memang pangkah besar-besar online seller tu.

(8) The power of sedekah

Setiap bahagian kite akan ada bahagian orang lain. Jadi bile kite dapat sesuatu, sesuatu pun kenalah diberi kepada orang lain. Setiap bulan jangan lupe tunaikan zakat. InsyaAllah akan membawa berkat. Jangan lupe happykan orang sekeliling anda. Tak semestinya kite derma kepada orang yang mememerlukan, kite juga can just give a smile to others face, macam kalau kite isi minyak, sedekahkan lah seadanya kepada mereka di stesyen minyak, they will appreciate you. Keluarga kita apatah lagi kan. InsyaAllah sedikit sebanyak keberkatan ada juga pada kite

(9) In Allah we trust

Paling paling kita kene ingat. Kadang kite keluar budget dah banyak dah, promote blog, bayar advert Facebook, bayar advert dekat instagram artis -artis, tapi business kite tak jalan. Jadi pulangkan diri kite pada yang Esa. kawan i ajar i, belajar lah solat Dhuha, nescaya rezeki murah. saya baru nak berjinak-jinak but you can feel the difference. Kalau kite dapat buat dengan konsisten, mesti hasil dia kagum kan. but first of all, kene belajar solat 5 waktu awal waktu (ini pun i masih kene belajar bersungguh-sungguh). 

Jangan dengki dengan hasil orang lain. Orang lain berniaga untung juta juta, takpun kalau ke poslaju, mak aii parcel dia berkodi kodi.. kite ciputt je.. its ok. Allah dah tetapkan rezeki kite. untuk i, jeles itu perlu untuk kite majukan diri kite, tapi jangan dengki. Semua orang ada rezeki masing masing. Kite kene usaha.

Dalam i dok berhati-hati, i sendiri pun ada bad debts. but its ok, i maafkan orang tu. sebab dari dia kita belajar selok belok berniaga. Perniagaan kite kecik je, imagine mereka mereka yang rugi puluh puluh ribu, ratus ratus ribu, juta juta. kita takkan berjaya kalau kite tak pernah gagal. Orang berniaga tido tak cukup. I mengaku i tido tak cukup. Tuntutan keje i di ofis sangat tinggi, balik nak uruskan barang-barang customers dan melayan customers, masukkan data, packing lagi, isi borang poslaju. I buat hari hari. I tak suke simpan barang customers. 

kekadang susah juga, memandangkan setengah orang tahu i keje di syarikat mana, orang pelik kenapa i sanggup buat bende macam ni.. ada sampai kawan i ingat im having financial problems. it goes back what you want to do in your life. i myself enjoy doing what im doing. cuma tak glamer lah kan hari hari kene tolak parcel-parcel dekat pos office. Alhamdulillah suami saya memang sangat ringan tulang bantu. kalau tak de dia.. nangis i

oklah i rasa macam panjang sangat pulak. rasa nak tulis lagi, but i think better i stop here..

till then dont forget to visit www.momfirststep.lot.my :)
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez