Tuesday, May 14, 2013

Emir first piano performance

Tidaklah concert besar. tujuan cikgu untuk adakan concert ni adalah untuk yakinkan anak-anak yang mereka ni dah boleh main muzik.. 

bukan senang :)..  cikgu bagi tahu pun dalam sehari sebelum yang Emir kene perform. Dalam hati memang bayangkan concert macam dekat tadika dulu..

tapi its not.. simple dan sweet. dalam 30 minit je semua dah habis perform. bagus juga sebab kite pun bukannya nak tunggu lama-lama kan..

this first mini concert was held at Megakidz, Mid Valley.

sungguh cepat dan pantas walaupun ramai juga anak-anak yang perform on that day..


sementara nak tunggu giliran dia, Emir baca majalah Upin Ipin.. peminat setia ni.. setiap keluaran mesti beli. Lagi satu Boboiboy..

Ramai juga yang perform, ada yang main piano, ada yang main gitar dan ada juga yang main violin..


bawah ni kawan emir di tadika dulu.. ada juga abangnya, tapi setiap kali nak upload gambar si abang asyik fail, jadi.. memang i abaikan :D


dan tibalah masa Emir perform.. rugi maknya tak record lama sikit.. actually ada, tapi dalam kamera paknya.. tak denye  i nak pergi godek2 kamera papa :D..


Ramaikan yang perform, tapi ambil masa 30 minit je.. dan semua orang buat yang terbaik.. 


Sijil Emir untuk dibuat kenangan.. :)


seronok kadang-kadang dengar Emir petik piano... at least kat rumah ni piano ni memang digunakan dengan baiklah.. i pun try jugak, tapi hentam lagu suka hati sebab buta muzik :)

Monday, May 13, 2013

Mother's Day - who is more excited :)

Kalau saya, tentulah saya sendiri.

Husband kureng sikit bab2 ni.. off to become a romantic guy? i boleh pengsan.. :)


and, on the note that i would love to be treated like a princess of the day, so i pun tariklah Emir melalukan aktiviti-aktiviti yang i suka..

nothing much, just pusing-pusing kawasan dekat-dekat dengan rumah..

sebab Ayu dah tagged i dekat Facebook kate ada goodie bag for mothers from gymboree, i pun pergilah Publika yang sepelaung je dari rumah. Emir kalau pergi Publika dia suka terpa MPH or tak pun cari tempat kosong untuk sambung main game..—skema u name it ..

masuk je kawasan Publika, ternampaklah satu stage yang agak catchy dengan perkataan Mother’s Day event. Tapi mata I cepat je tertarik bila nampak ramai mak-mak dekat situ dapat goodie bag..

baik… I tak boleh tunjuk excited tak bertempat..

so, tanpa berlengah lagi, I lalu dulu dekat Gymboree..  oh yes, memang ada goodie bag dari Tollyjoy .. lotion, shower, dan sewaktu dengannya.

Suke..? Sudah mesti..

Then baru I pergi ke centre court..

“test the water first”.. of cos, I don’t like people seeing me as jakun.. greedy, or Truly Malaysian who just loves freebies (yes, I am one of them). Found out that I need to register first in order to get the goodies.. .



Oh not to forget, your PR must be good :p so that you can have a quick chit-chat session until they offer you.. jemput makan..

Jemput makan… ??

You see lah.. apa makanan yang ada.. banyak ok.. banyak.. banyak!!





i ambik macaroon lah :)

 Walaupun makanan diletakkan di tengah-tengah alam, I tengok tak de sape pun yang datang dekat makanan yang bermacam-macam color dan sangat menarik. Ala-ala cocktail. Organizer tu memang cakap memang untuk public.. Lupe pulak orang-orang kawasan so call Mont Kiara or Hartamas ni tak heran pun nak mengadap bende macam ni, nampaknya sebab I datang dari kawasan Segambut area, apa lagi.. :D mengubat jugak lah hati yang luka tak dapat pergi event Playhouse Disney - Sophia the Princess.


ingat nak tunggu Atilia performed with her mother, tapi lambat sangat, Emir pun dah malas nak tunggu, i pun balik lah.. ramai jugaklah artis yang i nampak.. phew sexy mexy sungguh :) ada Dynas, Marion counter, Daphne Iking, Atilia,

oh ada Syarifah Sofia yang sudah bertudung.. terdengar dia cakap dengan someone...

"nak cari surau lah, nak solat sekejap" -- ok lebih kurang macam tu ayat dia

Alhamdulillah..

gambar artis-artis i tak ambik sebab sorang je kan, kalau ada dua tiga orang sama macam i yang sibuk2 nak ambik gambar, i would join :p

balik rumah, i am one happy mother with this goodie bag..


 :)

apa you buat di hari ibu?


Thursday, May 09, 2013

Dear Olay users

Ada sapa Olay users, saya nak jual ini dengan harga yang murah.. :) 
Olay Regenerist Night Cream 50g
Market price: RM39.88


Olay Regenerist Cleanser
Market price: RM14.90

Selling both at RM35 inclusive delivery.

Let me know if you are interested ya..

I ada satu set each je :D

Tuesday, May 07, 2013

Post Election :) - my say..

should i or shouldn't i talk about politics in my blog.

First of all, I am wayyy lack of knowledge of politics and Hubby always teased me "tu la tak dapat jadi PTD, menteri pun tak kenai"

it's true you see.. :) recently i have one experienced where one of the exMB in one of the state came over for a makan-makan, and... sampailah i balik, i didn't know he was the exMB until hubby told me since he saw me acted like "tak de perasaan", kalau big group tak pe lah kan.. ini small group i buat tak reti.. so sangatlah obvious.. haha ..

and so, there you go..

i bet many of us have done our responsibility to choose the leader to lead our country. I myself (ok saje je nak bagi tau semua) beratoq sampai 2 jam setengah di tengah panas terik matahari.. and to be honest, i am "atas pagar" voter, i dont have any particular strong party that i favor. To me, i dont care about other constituency, what's matters is how far this candidate can help our area.. and most important part, since both of the candidates in my area adalah berugama Islam, to me it is important to check their background as well.. and afraid not, we have social media to be your reference in just one click..

and so... im satisfied with my decision :)

apepun, Datuk Seri Najib has sworn in as our PM yesterday. The decision is final. and he has the biggest task to win the hearts and mind of Malaysian. and yes, he has another 5 years untuk buktikan.. and not only for him to work harder but also his cabinets and alsoooo his wife. :)

by the way, ok tukar topik sikit.. i watched all channels malam lepas election untuk dengar result (i know we have Malaysiakini, SPR), TV1, TV3, NTV7, Bernama TV, Astro Awani... one of the channel (alaa u all pun tau yang mana) adalah sangat bias kepada satu party until i jadi fedup :) so i changed to other channels until-lah i stop dekat Astro awani..

ok, i dont concentrate on the topic.. but for the first time, i could see generasi pelapis pengacara.. yang channel lain semua veteran-veteran pengacara.. his name is Kamarul Bahrin Haron.. he has a very wide knowledge, well versed on the topic and for the first time, i rasa Suhaimi sulaiman tenggelam sikit :)

ok.. that's all on my post election topic.. tak reti cakap panjang-panjang.. :)

daaa...

Monday, April 29, 2013

Recycling Day at Emir's school

Seriously, having Emir to be in this school , I have to prepare myself to be actively involves in schoo's  activities. I mean, like SERIOUSLY. I remembered one of my friend told me, you could never catch up with other SK*B*D parents if you are a working mum..

and honestly, I agreed.

but again , Alhamdulillah hubby is there to replace my "position"... at least tak dak lah ketinggalan zaman.

you see, this coming sports day, each class has its own theme to work on for marching competition.. and probably Emir's class parents have agreed to go for hornbill theme or panda theme (updated: they have just agreed via whatsapp: hornbill team).. and we (i mean the parents) have to come out with all face painting lah, costume lah, mascot lah.. gosh.. dulu mak ayah i pergi sports day, just a matter of another school event saje..

well, its good.. *gulp

ok, just put aside that story, anyway, each month, his school has this Recycling Day, where the most class with the most contribution has a chance to grab some prizes from the school.

and yes, memang mak ayah memang sangat support this campaign.. u see-lah all the contribution items from the parents..




and last month, Emir's class was the winner and being kiasu kiasu mummies.. we are targetting for the highest contributor this month..

and i think we did it :p because we managed to contribute a total of 400+- kg haha..

kiasu tak :D

Sunday, April 28, 2013

Beras basmathi

My sister in law works at salah satu syarikat beras dekat Malaysia, setiap bulan beliau akan dapat sekampit beras , jadi untuk satu bulan yang dirahsiakan :p my SIL menghadiahkan i beras basmathi.. :) so, mulalah i cari resepi yang guna beras basmathi.. :)

so baru ni i masaklah Nasi Arab guna daging..


so, dengan guna resepi yang sama i masaklah nasi Mandy.. ala i punya.. :) looks dull sebab Emir tak makan pedas, and  i didnt do tomato souce, just gune acar buah yang mak i bekalkan :)


its nice to cook for your family :).. sebab kalau tak sedap pun husband and anak terpaksa makan jugak memandangkan tak de makanan lain dalam rumah hehe..

Saturday, April 27, 2013

am sooo want to be on a jetplane..

but for vacation-lah.. not for work.. my department kalau pergi bisnes trip, memang stress, no time for yourself.. macam orang audit firm pi business trip hehe.. 

but seriously, i really wanna be on a jetplane with mr. Hubby and little munchkin Emir.. berangan nak pergi jauh sikit, tak tau kat mana..

tapi.. tapi.. 

bukan this year lah.. this year my target is membuang jauh-jauh segala hutang yang ada.. Alhamdulillah, is going to be there.. almost there 70% :)

tapi jugak, husband i liat nak buat passport.. kalau dia liat, memang liat lah, goda lah macam mana pun, pakai La Senza pun tak jalan.. :p nyanyilah "Tuhan tolong lembutkan hati diaa" pun tak jalan.. jawapan "Yaaa" memanjang, tapi... hanya masa yang menentukan hehe..

so for this year.. setakat ni dalam diari I cuma cuti-cuti Malaysia saja.. 




dan of coslah sini ..


can't wait :)

Thursday, April 25, 2013

My brother is now a husband.. Pictures Part 1

Alhamdulillah adik saya dah selamat menjadi suami orang.. walaupun cerite ini agak basi sebab sekarang ni dah nak dekat dua bulan mereka jadi suami isteri, basi di blog tapi kalau jumpa, still orang kata "pengantin baru"..

Persiapan adalah sangat relaks, al maklumlah adik laki yang kawin, lain betul rasanya bila tuan rumah yang nak adakan majlis kalau anaknya pengantin perempuan dan pengantin laki.. kalau dulu, masa i kawin, adik perempuan i kawin, memang sibuk. adik laki i nak kawin.. sampai sepuluh ribu kali tanya mak i... "maa, kite ni nak buat ape ni maa, macam tak de ape2 je"

cuma nak dekat-dekat majlis baru sibuk masukkan bunga telur.. 

officially gambar seperti biasa tersimpan rapi dalam kamera jenama Canon milik salah seorang jurugambar-jurugambar. Salah seorang jurugambar yang anda kenal adalah suami saya.. :p Ambik dan simpan untuk membanyakkan segala SD Card .. 

i myself malas nak godek-godek, tahu sajalah kamera orang yang suka ambik gambar ni bukannya boleh petik dan upload.. banyak betul skil nak guna.. and laki saya, gambar-gambar yang dia ambik, tak semestinya i boleh senang-senang upload.. teringat kejadian i main upload je gambar dia ambik.. wahh bukan main hebat kemarahan dia.. kira i jatuhkan standard dia as a photographer :p

*manalah i tau, yang i tau, kenangan lagi penting hehe.. sebab tu orang kata sandarkan pada kenangan :D

ok ini adalah gambar-gambar yang i ambik dari Website official photographer http://www.faisalrahim.com

tapi cuma ada outdoor photoshoot saje.. nanti dari semasa ke semasa i akan upload gambar masa majlis resepsi..

yang kelakarnya masa pengantin pergi outdoor photoshoot, semua ahli keluarga ingat depa ni ada orang akan ambik dan tunggu depa.. sekali bila derang dah habis, photographer tu hantar dekat dewan je.. and dewan semua orang dah balik termasuk kami-kami..

with no money in hands, with baju pengantin, bertenggek la derang dekat UPM Hall tu.. nasib baik pengantin bawak mobile phone sendiri :)

belum habis lagi ni .. later the best part...  sorang pun tak perasan yang kami terbawak balik beg pengantin laki :p dalam beg pengantin laki tu pulak ada kunci-kunci ..

dengan baju pengantin, derangpengantin berlari balik Kemensah. :p malam tu still ade function dekat rumah pengantin perempuan di Seri Kembangan..mau pengantin tak kelam kabut hehe..

bila sampai Kemensah, barang yang dicari rupenya ade dengan adik I (nama dirahsiakan :p) yang lepas kenduri terus pergi dating dekat Cyberjaya hahaha... so memang satu hal kene tunggu adik sorang tu balik dari Cyberjaya, padahal pengantin datang dari Seri Kembangan :D

so pengantin laki dah tension :p pengantin perempuan cool je  hehehe

saja nak jadikan cerita.. menarik kan :) barulah seronok nak bercerita kepada cucu cicit nanti :D

Apa pun, inilah gambar dari official photographer.. berjela-jela pulak cerita.. 


Tuesday, April 23, 2013

Big Winning 2013 - Prince Hotel and Residence

Bulan empat, barulah ada Big Winning.. :)

Apapun Alhamdulillah di atas rahmatNya. memang setiap tahun one of my MUST to do list is to win something that relates to free stay / free vacation.. :) I believe everyone needs a holiday and so do I .. but vacation akan jadi lebih sweeter kalau its FREE :)

and I love free stay dekat KL.. nak belanja dengan duit sendiri duduk dekat hotel kat KL is a big No No for my husband lah - membazir katanya.. (memang pun), tapi bercuti dekat KL feeling feeling ala tourist seriously best ok :).. kecuali bahagian ibu-ibu yang kene pek barang-barang keperluan sekeluarga.. 

and so YEAY!!

i achieve my target this year :)

sebenarnyer itulah satu-satunya contest yang i masuk last month kot.. masa tengah stress-stress buat keje, i ternampak Suzi (thanks a lot Suzi) tag / upload contest ni di Facebook. bila tengok hadiah.. FREE STAY.. haruslah baca dengan lebih lanjut.. bila baca detail - winner is based on most creative slogan.. 



SUKE!!

sumpah i terlupa apa i punya slogan, selalunya slogan yang i reka-reka, i akan simpan baik2 dalam satu folder.. tapi ni sebab buat slogan sambil tengah buat keje, i terlupa nak save.. check dekat Prince Hotel Facebook, mereka sudah delete ..

Alhamdulillah, ada dua pemenang yang dipilih and I one of them.. :) 


bila dapat notification, organizer suruh ambik sendiri hadiah.. pikir punya pikir, sebab husband I pun tak offer and tak nak menyusahkan dia, I sendiri dengan rela hati ambik lah hadiah di Prince Hotel sendiri.. dengan harapan konon tak jauhlah..

tapi.. tapi.. 

dengan tak tau the exact location.. i cuma tahu Jalan Conlay dekat dengan Pavilion tapi tak tau  kat mana.. so i tekad dengan harapan senang kot nak cari kalau naik jejantas dari KLCC tu..

dan sesi berjalan kaki tamat selama satu jam dengan berbaju pejabat.. masa tu nak nangis dah sebab tak tau nak pergi mana :D drama ok.. dua kali jugak kot i telefon Prince Hotel dan tak tau berapa kali i tanya information counter dekat Pavilion.. ;p yes, i memang buta arah tapi confident banyak lebih hahaha :)

bila sampai sana, one of the Prince's staff, silap i lupa ambik nama dia, he was so friendly and very helpful, walaupun masa tu dia tengah busy nak uruskan ada Sultanah Johor nak datang, tapi dia masih lagi layan i dengan baik.. bila i cakap dekat dia i jalan kaki dari KLCC dan tengah berpeluh-peluh dan sesat.. nak nak masa tu i kene tunggu PIC untuk balik dari lunch, terus dia offer i free complimentary drink..


tak lama lepas tu, met the PIC.. dan akhirnya the voucher adalah  hak milik mutlak I :)


What i received?



3 days 2 nights stay at one bedroom Apartment at Prince Hotel. Voucher validity is up until October 2013. Tak ada plan lagi bila nak utilise.. 

Apa pun

THIS IS MY FIRST BIG WINNING THIS YEAR..

harus happy :D

sampai jalan balik to KLCC tak rasa jauh pun sebab asyik senyum sampai ke telinga :D
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez