Friday, February 17, 2017

Festival Catur Putrajaya 2017


Antara milestones terbaik Emir dalam chess adalah Festival Catur Putrajaya, to that, I need to record it somewhere for your future reading insyaAllah.

First of all, this Festival Catur Putrajaya was held at Menara Seri Wilayah, Presint 2, Putrajaya. This is by far, the biggest chess event that we have attended and participated. Mana taknya, seramai 1200 orang peserta yang bertanding dan memeriahkan festival ini.


Ini adalah jarang-jarang berlaku, selalunya Emir akan sampai ngam ngam sahaja. Tapi untuk hari ni Emir antara orang yang terawal masuk ke dalam dewan dan bersedia untuk menunggu lawannya. Lagipun, malam sebelumnya kami memang bermalam di Putrajaya, jadi tidaklah kelam kabut untuk tiba di sini..


Penghargaan besar harus diberikan kepada wanita yang tertutup mata ni. (takdak gambar lain haha) Secara peribadi, ibu memang kenal rapat dengan dia. Anaknya ada 3, dan ketiga-tiga anaknya minat chess dan ada rekod yang cemerlang dalam chess. Disebabkan minat anak-anak dia yang mendalam dalam chess, secara tak langsung mendorong Yan dan husbandnya untuk bergiat aktif dalam pembangunan chess..

Mereka adalah orang kuat di belakang tabir Festival Catur Putrajaya. Memang orang kuat. Siang malam berjaga untuk pastikan event ni berjalan dengan lancar. Walaupun nama mereka tak diumumkan sebagai orang kuat, penggerak Festival ini tapi kami orang-orang belakang tahu jerit perit pasangan ini dalam menjayakan Festival Catur ini.

Tahniah (walaupun i tak sure u bace ke tak dekat sini).. Pedulikan mulut orang lain ok, Someone who loves to complaint will always find ways to complaint. so just ignore and continue to be happy alrite :) Sampai sekarang i rasa bersalah tak dapat nak tolong you..


Kali ini ibu tak banyak teman Emir masuk ke dalam dewan. Ibu pun tak pasti gambar di bawah ni masa Emir game yang ke berapa.


Sebabnya ibu bz (ok tak bz - cuma meneman je) teman papa buka booth khat di sini.. Ini kali ketiga Papa buka booth.. Tapi ibu dan Papa takde lah nak promote sangat kali ni.. sebabnya sibuk paying attention untuk game-game Emir yang seterusnya..


Papa bersama anak sulung Yan .. sebaya Emir


Pembeli khat Papa.. 


Susah sikit nak buat promo, sebabnya, ibu dan papa lagi banyak berborak dengan parents lain dan juga ni haa.. melayan bebudak.. 


Dan ini Emir di game terakhir. I tell you, memang berdebar betul ibu tengok Emir main. Emir dan opponentnya untuk game yang terakhir antara yang paling lambat sekali habis, jadi orang pun dah kerumun tengok game Emir. Ibu tak mampu nak ambik gambar sebab dada berdegup kencang tengok anak main.. 


Alhamdulillah in total Emir berjaya mendapat 7.5/8, semua menang kecuali satu game draw. Untuk rekod, ada 8 game kesemua nya dan satu game 20 minit time control. In total, satu game lebih kurang 40 minit.

Alhamdulillah untuk pencapaian kali ini, Emir berjaya mendapat tempat kedua dari 500 ++ keseluruhan peserta yang bertanding untuk kategori Emir - bawah 12 tahun. I'm so proud of you Emir.. 

Hadiah disampaikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor..


Emir bergambar bersama pemenang-pemenang hadiah utama setiap kategori.


Dan paling manis, pemenang hadiah pertama juga adalah dari sekolah sama dengan emir..Perempuan pulak tu.. Juara mendapat RM350, Emir mendapat RM200


and it is so difficult to get this shot, banyak sangat dramaa.. haihh


Emir bersama personal Coach nya. Coach yang banyak bantu Emir hingga ke peringkat sekarang..
Coach Emir pun masuk bertanding juga dalam kategori Open..


Oleh kerana peserta-peserta dari sekolah Emir menunjukkan prestasi yang sangat mengkagumkan, mereka juga berjaya menggodol Pasukan Terbaik Sekolah Rendah


Acara tamat pada pukul 840 malam.. Phew.. penat jugalah.. tapi Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, kejayaan Emir datang di saat emosi saya tak berapa stabil.. Allah itu sebaik-baik perancang.. 


Thursday, February 16, 2017

Hong Kong Day 5 || The Peak Part 1 || Before reaching the Peak

Untuk hari kelima ni walaupun pergi setempat je, tapi ibu nak pecahkan gambar untuk beberapa entry. Setakat hari yang ke lima ni memang semuanya berjaya mengikut jadual. Jadi untuk hari yang ke lima di Hong Kong ni, ibu dah plan untuk semua orang pergi ke The Peak.


Muke minah atas tu nampak stress sebab kesekian kalinya keluar lambat lagi haha.. Kekadang lambat kene tunggu i masak, i masak surely akan ada sejam lebih.. sebab noxxa nyer satu, jadi nak kene tunggu satu-satu masak..


Tapi sebelum ke The Peak tu kami singgah la Sham Shui Po, kot kot lah ada kedai yang bukak, tapi, sedih, semua letak nota-nota macam dekat atas tu.. Kawan i kata, orang cina memang feng shui nya tak boleh bukak kedai waktu Chinese New Year. Tapi ibu tengok kawasan ni je kedai tutup, tempat lain macam business as usual..

So kami sambung berjalan naik MTR balik


Dari Sham Shui Po, hanya perlu naik satu station ke Central dan kita kene menuju ke arah Hong Kong station. lebih tu tak berapa nak ingat. u all boleh google ye. Btw, Central station ni sangat besar dan bergabung dengan Hong Kong station, 


Tradisi anak beranak nak ambik gambar belakang signage tempat turun MTR



I tanya adik i ingat tak detail nak ke The Peak, confirm dia pun tak ingat.. Kami ambil gambar di sini berlatar belakangkan bangunan di belakang tu. Papa kata bangunan ni selalu sangat masuk majalan majalah komik. 


Gambar kami bertiga pulak ...


Gambar bawah ni hari pertama kami sampai sini, dekat Mira Mall, sorrylah sesat..


 Bila dah sampai ke Hong Kong Station / Central cuma perlu ikut signboard ke The Peak. Memang tak perlu risau sebab The Peak ni tourist attraction. Cuma kene berjalan sikit. I sendiri tak ingat berapa lama, tapi agak jauh jugalah dari MTR station untuk ke sini.

Sambil berjalan tu kita snap-snap gambar kawasan sekitar. I memang jalan laju, sebab masa tu sampai sini dah pukul 1 lebih. Jadi i kira nak masuk dalam line je untuk beli tiket.


Ibu sorang je jalan laju, yang lagi bertiga ni penuh phone ibu dengan gambar-gambar derang.. Tapi sampai tempat bawah ni ibu dah pancit sebab penat, ye lah tram ni terletak atas bukit , jadi untuk ke kawasan checkpoint untuk tiket, pun atas bukit. Sebab kene jalan kaki, jadi kira kene panjat bukit lah. Ada option naik bas. tapi tak pelah, nak tunggu bas kat mana pun tak tau..


Sampai juga di kawasan The Peak Tram. Masa ni tak perasan lagi betapa panjang nyer line :p Cool je ambik gambar macam tak ada apa berlaku..


Ok masa untuk melintas jalan  dan melihat keadaan sebenar betapa ramai nyer manusia dekat sini..


Dan inilah barisannya di Tahun Baru Cina. Panjang gile..Gambar kami ni tak cukup nampak betapa ramainya manusia di sini. In total, kami beratur untuk ke atas adalah nak dekat 3 jam. Lama kan. Sebenarnya boleh je untuk naik teksi, teksi pun berlambak ada, tapi mereka ambik kesempatan dengan charge HKD300 bersamaan dengan RM172 untuk perjalanan yang tak sampai 5 minit pun. Sehala lagi. Memang untuk i, mereka ni kurang asam betul. Enforcement not really strong here because all the tax drivers boleh bersidai cari pelanggan dan charge memahal. Tapi seriously, sepanjang kami di sana, dan sepanjang kami beratur selama 3 jam, tak de sorang pun dalam ramai-ramai ni yang naik teksi. it is ridiculously expensive.


Kalau ikutkan kami berempat harganya pun melebih HKD300, sebab untuk turun naik tram adalah HKD88 sekepala. Kira-kira RM50 seorang. Tapi kita sebenarnya datang sini untuk experience, kalau naik teksi buat apa kan. Pengalaman untuk naik tram ke atas. Papa kata, Bukit Bendera pun tak ingat tram dia rupa macam mana .. 


Tapi seriously kami tak rasa langsung beratur 3 jam. Emir pun alhamdulillah ok, tak banyak mengomel. I sendiri pun tak sure macam mana kiterang boleh sabar je tunggu sampai 3 jam naik ke atas. Mungkin terhibur jugak kot ada yang sibuk promot dengan gigih pakai baju kimono gini .. hehe


Sambil beratur tu, kami jumpe dengan sekumpulan rakan-rakan dari Indonesia. Banyak jugaklah yang kami borakkan. Peramah juga mereka. Yang paling peramah yang rambut panjang gambar depan ni. Dia kata dia dah keje di sini selama 5 tahun, cakap Cina pun dah pandai. Dia bawak camera DSLR lagi.. 


Beratur panjang-panjang sebenarnya untuk dapatkan kad ni. Honestly i rasa, The Peak ni sangat lah menyusahkan. They should do something. Macam ni..

Untuk naik tram, bahagian untuk naik tram dan bahagian untuk beratur adalah terpisah dengan jalan. so kita dapatkan kad di bawah ni untuk kita layak melintas jalan dan menunggu di bahagian satu lagi. Well, derang tak kawal pun, ada je yang hampir terlepas, senyap senyap seludup melintas jalan untuk potong line.


Bila dah beratur di kawasan seberang jalan, barulah kita boleh beli tiket. Dekat kawasan nak naik tram pun beratur lagi.. Memang ramai sangat orang..


On the way ke atas, masa ni dah dekat naik dah..



Ok, salah satu cara untuk potong q cepat adalah dengan mengambil kombo. Kombo naik tram dan pergi Madame Tussauds / Trick eye exhibition ke apa ntah. Madam Tussauds mahal, tak silap HKD200+ per person, jadi banyak lah agent-agent ni suruh kita ambik kombo ke Trick eye exhibition sebab cuma HKD150 per person dan terus boleh naik tram..

Hampur nak beli masa mula-mula kene beratur.. tapi cancel sebab tak minat pun nak ke tempat macam tu. Nasib..

So, jadinya kita ambik gambar dekat depan Madame Tussauds sudah..


Adalah Bruce Lee punya patung depan ni .. Papa lah yang suka troll troll macam ni ..


Ok baiklah, part yang paling gila tak best naik tram adalah nak naik tram. The staff did not really organize the passengers. I memang siap menjerit jerit. The staff cuma lepaskan saja seberapa ramai masuk untuk dimuatkan dalam satu tram. Paling i geram tu, tak de sistem beratur. Jadi bila tram sampai, orang berasak-asak. Gila-gila berasak. Ada sorang budak perempuan (yang pakai baju pink) ni menangis sebab dia kene tolak sampai berdarah tak silap.

Im so hate this part ok. I pun macam naik angin. Setengah-setengah pengunjung yang takde manners tu pedulu apa dia, budak ke orang mengandung kat depan, main tolak je.


Papa dan Emir dapatlah tempat duduk. I memang jerit masa nak suruh Emir naik. I siap jerit cakap "dont ever push my son" lol. protective mum is like that. I kene berdiri, ok je. Naiknyer memang curam. Tips, kalau naik duduklah belah kanan untuk dapatkan pemandangan yang cantik.

Bila naik tram ni rasa bersyukur betul tak sibuk-sibuk nak naik teksi ke apa, memang membazir.. imagine naik tram ni pun tak sampai 5 minit untuk sampai ke atas. Tram ni bukan laju pun. 


Bila dah sampai, mereka berdua ni paling last turun sebab nak ambik gambar punya pasal. 


 Kami sampai di atas agak lewat, dalam pukul 3 lebih macam tu. bila kita turun kita akan terus sampai di Sky Terrace 428. sambil kita nak sampai The Peak, kita akan lalu di 3D picture area. Masuk adalah percuma... Jadi, ini memang tempat favorite Emir..

 Emir suruh letak caption "Habislah bontot anak aku"


Bapaknya pun boleh tahan..

Ibu tukang ambik gambar je lah..


Ada juga photographer, tapi kene bayarlah kan.. kita cuma ambik yang tak kene bayar je hehe..


Tengoklah Papa , bersungguh.. where am I?


Belakang tabir heheh..

Okeh, baiklah saya stop sampai sini dulu.. Ini belum sampai The Peak lagi ni..

Tuesday, February 14, 2017

Hong Kong Day 4 || Masjid Ammar & Dim Sum || Wan Chai || Central Library

Hari ke 4 kami di sana merupakan hari Jumaat. Sebab malam sebelumnya kami pergi ke Disneyland dan balik agak lewat, kalau tak silap nak dekat pukul 12 baru kami sampai rumah. Bila sampai rumah, semua sibuk berinternet dan telefon mama baba di rumah, jadi biasalah tidur agak lambat malam sebelumnya. Apa lagi bila bangun keesokan hari, memang sangat lewat.. Kira untuk hari esoknya kalau tak silap kami keluar dari rumah  dalam pukul 11 lebih.

Memang ada dalam tentative ibu, ibu dah set yang mereka solat Jumaat di Wan Chai (iaitu di Masjid Ammar) walaupun Kowloon tu setakat langkah kaki je dari rumah. Sebab dah lambat keluar, kalau ikutkan ibu nak je cancel, so while they go for solat Jumaat, ibu masaklah kat rumah. Tapi rugi pulak... So back to the plan..


Gambar Cikyah atas ni adalah gambar lorong nak ke rumah kami.. Kecik je kan. Konsep rumah dia macam ni.. ada pintu, lepas kita bukak pintu yang pertama ada lagi 3 pintu, dan salah satu pintu itulah rumah kita. dan gambar bawah ni pula gambar papa tengah tukar duit HK, money exchanger ni pulak terletak di bawah je rumah kami.. Rumah kami tingkat 2, ada lif.. kalau nak tengok dalam rumah kami tu boleh ke sini ..


Bawah ni lorong untuk ke rumah kami,. sebab tu i cakap boleh terlepas bila kali pertama nak datang.. memang tak sangka lorong ni untuk masuk rumah rumah. Nampak tak lif tu, lif tu cukup cukup untuk 4 orang without luggage, memang HK ni space is luxury.. 


Anak ibu ni biasalah, baju ni ibu beli di Disneyland, lepas tu hari2 nak pakai baju ni.. Ni dia ambik feel alang-alang dah pakai baju Star Wars, jalan pun macam Star Wars.. 


Masjid Ammar, Wan Chai

Masjid Ammar ni terletak di Wan Chai. Untuk ke Wan Chai ada dua cara, sama ada kita boleh naik boat, sebab dia di seberang atau boleh naik MTR. Tapi sebab kami nak cepat, nak kejar waktu solat, jadi kami naik MTR menuju ke Central dan turun di Wan Chai.


Kalau bukan kerana papa, honestly speaking ibu rasa ibu takkan sampai di Masjid Ammar ni. Tempat nya agak jauh juga dari MTR. Jauh tu ok lagi, tapi nak menuju ke sini bersimpang siur. No wonder lah ada kawan ibu yang last-last patah balik sebab tak jumpa Masjid Ammar.


Bila nampak masjid di negara yang bukan majoriti Islam, perasaan bangga tu lain macam sikit. Memang betul lah orang kata, jauh perjalanan luas pandangan. I selalu kagum kepada orang Muslim kita yang jihad jadi Muslim di negara yang penduduknya majoriti bukan Muslim.. 


Ini antara makanan halal di Hong Kong. Siap ada lorry catering lagi. Tapi ibu tak tau lah mana kedainya..


Sebenarnya taregt ibu nak makan  Dim sum halal di Hong Kong ni dan memang hari ni pun ibu dah plan untung gantung Noxxa. Jadi ibu nak perkenalkan Dim Sum Halal di Islamic Canteen, Level 5, Masjid Ammar, Wan Chai. Ini semua Papa orderkan dulu..


Kami dah book tempat sebelum solat Jumaat. Memang ibu google, katanya kalau ke tempat ni kene cepat sebab ramai orang.. Jadi kami pun mengorder makanan sebelum solat Jumaat.


Masa Papa dan Emir pergi solat Jumaat, ibu dan Cik Yah memang balunlah makan dim sum ni sampai kenyang. Harga pun ok. Tapi tak ingat pulak berapa harganya.. But bila convert still sangat reasonable. 


Ibu memang hantu Dim Sum. Kalau tanya kawan-kawan Ibu derang semua tahu ibu suka dim sum. Tapi sebenarnya kalau ikut tekak ibu ni, ibu rasa Dolly Dim Sum lagi sedap hehe..


 Muka Cik Yah yang kekenyangan.. Kami kene makan pelan-pelan sebab nak duduk sampai orang solat Jumaat. Masa ni pun dah start makin ramai orang mengunjungi restoren ni .. Masa ni barulah nampak muka macam orang Malaysia.. 


Air teh. Emir memang suka sangat teh ala-ala macam ni. Lagi banyak herba, lagi Emir suka. 


Ini gambar masa Emir dan Papa habis solat Jumaat. Sebenarnya nak tunjuk, lepas habis je solat Jumaat, line dah jadi sangat panjang, dan meja dah mula tak cukup.. Nasib lah ibu dan Cikyah sopan santun makan sampai depa habis solat Jumaat. Overall still puas hati sebab dapat rasa dim sum dari negara Hong Kong.. 


2. Solat Jumaat di Masjid Ammar

Gambar semua ni Papa yang ambik untuk kenang-kenangan...




3. Berjalan di sekitar Wan Chai

Kami bertolak dari Masjid Ammar lebih kurang pukul 2.30 petang, lepas tu kami jalanlah sekitar Wan Chai. Tak ada pun di bandar ni. Lebih relax dari Tsim Sha Tsui. Tapi yang best, kami nampak Tram. Tanya orang local mana nak tunggu tram, kami pun terus tunggu. Tapi malangnya tak dapat nak ambik gambar dalam tram sebab tram sangat penuh dan orang berebut untuk naik..


4. Turun di Causeway

Paling kelakar, kami ni tak de arah tujuan. Objektifnya nak naik tram je, turun mana tak tau. So, kami turun tempat yang mana semua orang turun. Seriously sampai sekarang I am not sure of the exact area but for sure, ramai gile-gile orang. Nak jalan pun setapak demi setapak. Kiterang rasa semua sibuk untuk buat last minute shopping untuk Chinese New Year. 

Dekat sini ada Fashion Walk dan beratur panjanggg je jenama-jenama terkenal dunia di kawasan ni. Jadi memang tempat ni tourist attraction ..


Kami terjumpe Ikea di sini. Tak masuk pun, Papa ajak masuk tapi ibu merajuk huhu.. sebab nak ajak Papa pergi Ikea kat KL ni memang liat sungguh, ada hati pulak nak ajak pergi Ikea HK. Tapi boleh lagi depa nak sakat ibu dengan ambik gambar dekat Ikea ni . 


Nampak tak manusia-manusia dekat belakang tu.. Memang serious i tell you, ramai gile orang. Lagi ramai dari Tsim Sha Tsui. Teringat Shibuya dekat Tokyo tu, macam tu jugaklah manusia dekat sini.


Ambik gambar untuk kenangan, tak kuasa nak masuk shopping mall sebab ramai gile orang. So surely, counter pun penuh..


Tapi honestly i suke je tempat yang jadi tumpuan orang ni. First, terasa kemeriahan nya, kedua rasa selamat sebab ramai orang. 


Tak ingat kenapa Emir suruh ambik gambar ni .. 


Jadi perjalanan kami pun bermulalah untuk mencari National Library. Mesti u all kata, berilmiah sungguh la lawatan kami ke HK ni, macam education trip pulak. Well, I could not agree for more haha..

Sebenarnya yang request untuk ke sini adalah adik i Cik Yah. I tanya dia kalau ke HK teringin ke mana, dia kata Library.. Kakak dia ok jelah sebab masuk free je hahaha


4. Hong Kong Chinese New Year Flower Markets

Rupanya salah satu sebab ramai gile manusia dekat Causeway ni adalah kerana event ini. Memang orang macam tin sardin berpusu ke sini. Patutlah ke sana ke mari kami tengok ramai betul orang bawak bunga-bunga kiri dan ke kanana.


Kami ambil gambar dari pandangan atas. Tak masuk pun sebab masa tu pun dah nak dekat pukul 4,  banyak aktiviti lagi yang kami nak buat untuk hari tu.. Event ni berlangsung betul-betul di hadapan library. Dari tempat turun tram tadi ke sini adalah kot kami jalan2 setengah jam..


Cikyah sebenarnya nak ambik gambar sorang, tapi biasalah mamat ni suka photobomb auntie dia sorang ni.. manalah tak asyik gaduh je..


5. Hong Kong Central Library

I tak berapa survey sangat library ni tapi Cik Yah cakap library ni adalah library yang tertua di HK. Kami sampai sini pukul 4 petang, nasib sampai awal sikit sebab library ni hari tu tutup pukul 5 petang sebab malam tu adalah malam makan besar. Tapi kalau tengok Chinese dekat sini, macam tak heran pun makan besar. Life semua as normal. I dont think malam sebelum raya tu ada orang nak pergi library kan hehe


Normal operating hours adalah hingga pukul 7 petang. Nasiblah kami sampai awal sikit je.. Muka Cik Yah yang happy dapat ke library


Besar sungguh library ni, tengoklah berapa tingkat  dan section signage nyer ni..


Tempat anak-anak membaca



Satu floor ni memang khas untuk kanak-kanak. I memang duduk sini jelah sebab Emir nak baca buku. Emir pun kalau pergi library memang dia suka.. Kira library ni taman permainan dia (unlike the mother).. 


Ibu pukul 430 dah ajak balik dah, tapi semua melekat nak duduk sampai habis waktu operasi. Ye, anak dan husband saya suka membaca, jadi tak heranlah rumah saya banyak buku.. 


 Besar kan. bertingkat-tingkat library.


6. Sham Shui Po

Kalau ikut Ibu punya plan, Sham Shui Po ni ibu pergi waktu pagi (pukul 9 pagi) sampai pukul 12 tengah hari. lepas pukul 12 tengah hari baru ke Wan Chai. Tapi sebab dah bangun lambat, lepas balik dari Library tu baru lah boleh ke sini. 

Sham Shui Po ni adalah syurga fabric. Ibu memang dah aim banyak fabric untuk dibeli, in fact Mama pun dah pesan sama Cik Yah untuk beli cadar kawin..


Tapi, apakan daya, masa kami sampai, masa tu dah pukul 6, semua kedai dah tutup.. I repeat semua kedai dah tutup. Kecewa sungguh lah hati ni.. Paling sadis, semua dah tampal notis akan tutup sampai the following week bersempenan Chinese New Year. Jadi baik Cik Yah dan Ibu, masing-masing frust..


Bila keluar MTR dari Sham Shui Po ini ada macam bazar untuk Chinese New Year, pun ramai orang juga. Tapi barangnya lebih untuk local market. Kami tak beli apa pun kat sini, except papa beli buah. Papa memang suka beli buah kat negara orang especially persimmon.. sebab ibu dan emir dan mak mertua saya memang suka makan persimmon ni.. 

7. Ladies Market

Bile dah kecewa tu, lepas dah jalan-jalan sikit di Sham Shui Po, jadi kami pergilah destinasi yang seterusnya iaitu ke Ladies Market. 

Untuk ke Ladies Market, kite kene ambil stesyen dan turun di Mongkok. 


Emir dalam train, masih bertenaga. 




Dekat sini suasana sama macam Petaling Street. Sesuai untuk orang beli souvenir. Tapi sebab malam tu makan besar, orang tak ramai sangat. jadi senang lah kami nak beli barang. Honestly, Ladies Market ni harganya mahal sikit kalau compare with Temple's Market. Nanti i update. kami ke sana juga


Dalam takde barang nak beli, lambat juga kami balik. Emir gambar bawah ni dah muka masam sebab penat. sebab ye lah, kami banyak betul berjalan (non-stop). Ini gambar di salah satu kedai minuman on the way to our house. Memang menarik kedai ni. Papa banyak kali nak beli tapi line tersangatlah panjang. Masa gambar ni diambil, papa dalam attempt nak beli lagi, tapi tunggu punya tunggu, staff takde untuk entertain. Orang ramai, dia sorang je.. Jadi kesekian kalinya, papa tak dapat minum lagi dekat kedai ni..




dan itulah cerita kami hari ke 4 - simple kan :) free n easy. Balik dari Ladies Market, hari ibu tak habis lagi sebab Ibu kene masak.. Masa ni sebab kite jalan tak berhenti, jadi ibu penatlah sangat, actually semua orang penat dan malam tu ibu termarah dekat semua orang hahaha.. nasib lah Emir dan Papa senyap batu je mase ibu membebel, they know me very well.. Cikyah je tak pandai lagi, so dia pun naik angin hahaha.. jadi bergaduhlah kami adik beradik :p

But it wont last for long, esok tu baik balik dah .. malam tu je.. Cikyah kelakar, sebab malam tu gaduh dengan kakaknya, she refused to eat.. esoknya menggelupur pagi-pagi cari nasi ..

Gambar of the day.. adalah gambar atas ni. Emir ambil buku ni di Kownloon Mosque. Memang di situ ada diberikan buku percuma untuk sesiapa yang nak dan Emir pun ambik satu. Setiap masa, setiap tempat kalau ada terluang, dia akan bukak dan baca buku ni.. Dan setiap satu bab dia habis, dia akan ceritkan balik kisah-kisah Nabi yang dibaca. Dan dalam satu hari, habis dibaca bukunya sambil-sambil tunggu mak pak dan auntie nyer buat macma-macam. Itulah anak saya.. book worm ..
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez