Sunday, December 26, 2010

Gerik's wedding - cousin's wedding Asnol & Laila Part 7 (renjis merenjis)

Memandangkan buat dekat rumah, jadi memang tak de limit berape orang nak merenjis.. sape-sape pun boleh, cuma kami yang muda muda ni tak de lah, selalunya ade different session waktu malam.. jadi kat sini I letak gambar tetamu tetamu yang merenjis.. kalau tak letak rugi pulak kan since gambar pun dah amik...

 Ibu pengantin perempuan



Adik pengantin perempuan


 Ibu pengantin lelaki















I think another 2 parts to go :)





    



Gerik's wedding - cousin's wedding Asnol & Laila Part 6 (the pengantin..)

I rasa ade dua part je lagi untuk I habiskan part by part pasal wedding ni.. then its up to you sedara mara sekalian if you want to take this picture and upload it to your facebook heheh... Kalau i nak letak kat FB.. malas la sikit.. since you all know im not really into Facebook-ing.. :)

 pengantin baru sampai... 

 menuju ke pelamin...

 macam mane pun, pengantin memang cantik kalau pakai baju songket...

 the brown pelamin...

 not too sure ape yang kelakar :)

 dekat meja pengantin...

 paling best, belah kiterang since semua orang sibuk, tak de sape nak duduk makan dekat meja pengantin (our side lah), sekali terpakse lah bagi orang2 muda and my father sorang wakil orang tua... tapi bile bagi orang muda.. tengok lah adik I Shahiran.. tak de control punyer...

 Nampak tak lauk dia...

tapi I cume terliur yang ni saje..tapi kali ni I tak sempat nak makan :(
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


YES I LOVE SOTONG!!!




   

Gerik's wedding - cousin's wedding Asnol & Laila Part 5 (majlis sebelah pengantin lelaki)

Akhirnya setelah ditunggu, setelah dinanti, majlis sebelah pihak lelaki berkunjung jua. Sebagai anak sulung dalam keluarga yang melangsungkan perkahwinan, jemputan memang ramai, target dalam 2 ribu.. huhu risau juga, malam sebelum tu siap ade mesyuarat untuk bahagikan tugas siapa buat itu dan ini.. siap ade jadual tugas.. ye lah mane tak nyer memang expect ramai datang..

So, esoknyer memang semua orang seronok. semua orang teruja.. baik yang kecil mahupun yang besar.. masing-masing tahu ape nak buat.. I dengan Ani jadi Floor manager.. 

Elang dengan Ummi.. Ummi ni pandai gubah-gubah hantaran.. bunga pehar cantik Ummi buat..

Gambar yang diambil oleh lecturer Aqilah :).. My husband is her lecturer.. :)

Sempat posing sebelum masing-masing sibuk


Mase ni awal lagi.. boleh borak-borak sebelum masing-masing tak jumpe each other sebab sibuk layan tetamu

 Kat tepi pintu pun jadilah...

Ili, Syiqin and Che Yah di pelamin.. nampak tak bunga pahar tu.. cantik kan..

Ayah I melayan pak sedara ayah I yang datang dari jauh

I just love this color combination

Meja pengantin

Hidangan untuk sebelah pihak perempuan

Ole ole untuk keluarga pengantin perempuan 

Che Yah dan Athirah yang nak mulakan tugas...

Suasana... 

Bahagian untuk bunga telur...

Adik I Ika tukang bagi bunga telur..

Untuk jemputan khas pengantin lelaki

Che Yah antara pemberi bunga telur

Adik laki I, Shahiran, pengapit of the day.. cuak habis mamat ni.. macam dia pulak pengantin ... 

Me with my father and my sister, Ika

Okeh ni baru pra majlis.. akan try upload lagi yer sedara mara sekalian...





   

Saturday, December 25, 2010

Gerik's wedding - cousin's wedding Asnol & Laila Part 4 (Belah Pengantin perempuan)

Sebelum apa-apa, mari lihat gambar anak teruna saya yang  I rasa macam dah budak besar...


he is going to be 5 next year.. cepat nyer la kan...
 Me and Ainun with our beloved mother..

 Yours truly bersama anak anak dara. from left, Aqilah (adik pengantin) Mimi and Che Yah

 Di atas pelamin...

 Bapa pengantin lelaki (ayah sedara I) menepung tawar..

 Pengantin lelaki dekat atas pelamin


Pengantin perempuan dekat atas pelamin
 Acara makan beradab

 Sotong sumbat dekat meje pengantin. SEDAP okeh!! dapat jugak merasa sebab caterer dia distribute makanan dari meja pengantin dekat belah lelaki.. :D

 Pemandangan atas dari Dewan Gerik

 Acara memotong kek.. I suke gile tengok kek pengantin tu.. pandai betul orang ni buat..

 Kenal tak kenal?? Ex Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Mohd Tajol Rosli antara jemputan yang hadir

Gambar satu family... :)






   
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez