Wednesday, April 27, 2005

Need you help

Aha, again i skipped my class, i wrongfully read my timetable, so i then called Dearie. Well, this is the first time ever, we chatted on the phone with 03 to 03 numbers, so can reduced a lot of my mum's telephobe bill. (My mum paid the bill but later on i will pay her back.) For more than 3 years we have to rely on handphone number which seriously becomes a BIG problem for us to save some cash. But, as the time goes by, like my housemate said "dah season", the bills is acceptable. Still remember, 2 times i spend my scholar pocket money to pay my phone bills which is that time was more than rm1000, and after that i suffered. Ya maa, kene catu makan.

Ok, that was during our ealier year of courtship. Hehe. Today, after the class i packed myself to send my wedding invitation card to Melawatian friends and i asked Jamilah to accompany me. Nadimah, where were you? Ish ish ish, aku tunggu ko kat luar rumah adelah dalam 15 minit, tapi ko tak keluar2. Sorry, the cards are very very limited and i have to combine several names in one card. Halal la erk. Group2 ampang sabar dulu erk.

By the way, i really need your suggestion, i receieved an info that one of PTD assessment is to do public speaking. Two topics - English and BM. Can you give me some ideas that can attract the audience?? Please.. Thanks for your help. Really appreciate it. Samah?? Emmachan?? Shameen?? Ujie??

Monday, April 25, 2005

Dah tak boleh keluar..

Tup tap, sekejap je dah akhir bulan april, dan makin dekat laa tarikh yang mira tunggu-tunggu.. ok, insyaAllah by this week mira akan naikkan walimatulurus dekat dalam blog ni. Kawan-kawan suruh letak my wish list, hehe, ok not my.. our wish list, tu yang paling best..

Last week pergi fitting baju untuk persalinan dengan majlis bertandang, baju untuk akad dan bersanding belah perempuan siap 10 mei ni..hmm, lame gile testing baju and we enjoyed ourselves.. hehe..baru sekarang terase bahangnye. baru sekarang mira dah start gelabah dah, tetambah pulak tengah pikir macam mane nak concentrate untuk final exam ni. Weekend ni pulak mira ade PTD stage 2 dekat INTAN.. and again spoilt my weekend, but hopefully ade hasilnye nanti.

Mase kiterang pergi fitting baju, i received a call from Ujie, Ain datang KL, tengah keluar2 dengan Cicak sekali kereta rosak dekat Carrefour Wangsa Maju, kesian derang mira tak dapat tolong sebab mase tu mira dekat Puchong. So lepas settle semua, malam tu mira and Dearie ajak Ujie makan dinner dengan kiterang, cadangnye nak jugak Ain ade tapi auntie ain dah ikat die kat Kajang, so kiterang bertige je lah..

Tapi paling best, sebelum ni pukul 8 jarang pulak mama call suruh balik, dulu ade lah mase mula-mula berkawan dengan Dearie, tapi kali ni Mama call and it sounds serious. Tapi sebab dah terborak dengan Ujie, mira balik rumah dalam pukul 10..

Balik rumah, jeng jeng, kene berleter dan.................... ade rules baru!! MIRA DAH TAK BOLEH KELUAR even dengan Dearie (memang patut pun :p)..waaaaaaaaa, kalau nak keluar pun dengan derang je and bende2 yang tak boleh nak dielakkan. Kalau nak lepak2 tu, sori, ibuku tak kasik. Waaaa. So, maknenyer tak dapat lah nak keluar dengan sape2 dah lepas ni, kalau nak keluar korang kene contact mak aku. New rules!! Yani, aku tak tak tau laa nanti ko datang macam mane, mak aku memang dah ikat aku tak boleh keluar. Langsung!!

Beginilah nasib bakal pengantin :p..

Wednesday, April 20, 2005

What i really want to do?

I couldnt remember When is the last time i sat down and thought about doing something unusual from my daily routine life. Compared to others, i do admit my circle of hours is not as hectic as others, but somehow i do think that 24 hours is not enough. Being an accountant student is not as easy as IT student. Just imagine 7 hours at PAAC. 2 hours on the road, 2-3 hours doing my homework, and lately 2 hours with Dearie, mostly to settle our next new life. :) and of course the remaining is either sleeping, family, or watching TV

Up until now, i really miss my "free time" as an IT graduate. Really miss chit chatting with my friends, shopping, gossipping, blogging, online whenever i like. Kesian jugak dekat kawan-kawan yang call, inviting me to have lunch or go outing with them. But seriously, my weekend is worst. Orang datang rumah, family matters, again, with Dearie (yerp yerp, you can consider it as dating :p) and MidValley, KLCC, One Utama, Sunway etc is far far far away from my list and it has been ages i dint go to these place. Its not a big deal but it does show how bz i am and how desperately i need some space to breath.

Dear Sharmeen, Hana, housemate and others, sorry i couldnt make it, its not that im avoiding or pretend to occupy myself
with other things, but i really really couldnt make it but anyway, thanks for inviting me. And please dont hesitate to give me a call. Shameen, Dod, Hana? hehehe

Ok, yesterday was the end of our searching for a house. Susah ooo.. Yeah yeah, we coincidently found it and since the location is near from UM, so Dearie without having second thought, teruih confirm and tomorrow we have to settle our agreement with the owner. Mum's quite worried with the place because it is at 12th floor but as for me and Dearie, it is a strageic location and pleasant place to live in and the important thing - at affordable price. Mama insisted us to live in this house before we can afford to buy a house. She doesnt prefer our idea to rent a house actually :) Oh, to SK Ampang, yesterday i met Sophie's sister, Hanna at the condo area, cari rumah jugak. Haha.. Ntah2 kiterang jiran lak, but the sad thing, she couldnt remember me at all - just said, i look familiar.. Haha.. Oklaa, lapor!! Bye

Saturday, April 16, 2005

Akhirnya..

"Kasih nya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada" petikan lagu dari Wann yang popular sekitar tahun 80 an/ awal 90 an. Lama menyepi, bukan tiada berita, tetapi seperti biasa mencari waktu yang sesuai untuk online, bukan seperti orang lain. Maklumlah adik beradik ramai, bile kite nak gune ade jugak orang lain nak gune and seperti biase TERPAKSA beralah.

Mira pernah cerita kan, derita sakit anak kawan Mira - Lin yang mengidap penyakit ketiadaan hempedu, maaf, mira tak tau ape name penyakit tu, untuk pengetahuan anda semua, adik Nik Shakir Zulfayri yang baru berusia 2 bulan telah kembali ke pangkuan Allah pada lewat petang Rabu lalu. Masih terbayang lagi wajah Shakir, sebab pertama kali mira pergi melawat Shakir di HKL, Shakir masih sedar dan masih boleh memberi respon, tetapi sehari selepas mira pergi berziarah, arwah telah dimasukkan ke ICU dan semasa mira melawat Shakir sekali lagi pada Sabtu minngu lepas, Shakir masih dalam koma.

Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, sebaik Mira terima panggilan telefon dari Ida, Mira dan Noli terus ke HKL (lepas maghrib), dan sewaktu dalam perjalanan, kami berharap supaya jenazah Shakir masih di HKL (jenazah akan dihantar ke SUngai Petani). Tiba di HKL, masa melawat telah tamat dan kami menghadapi sedikit masalah untuk masuk ke ICU, tetapi atas budi bicara, hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk masuk dan Mira terus ke arah ICU.

Hati Mira merintih tatkala melihat Lin, dan mira akui tak tahu ape cara untuk berbicara dengan Lin. Dan sewaktu mendekati Lin dan sewaktu memeluk Lin, Lin sempat berbisik sesuatu kepada Mira yang buat hati Mira cukup sayu, dan sewaktu kami berpelukan, keluar seorang Nurse dari ICU yang memangku jenazah Shakir dan Lin terus menerpa ke arah nurse...

"Kenapa akak tutup muka anak saya".. dan mira akui, begitulah kasih seorang ibu kepada anaknya. Sampai ke hari ni, saat itulah yang masih terbayang-terbayang. dan sebelum keluarga Lin bertolak ke Sungai Petani, ibu Lin sempat berpesan, dan mira rase eloklah Mira sampaikan kepada semua rakan-rakan yang mengenali Lin.. "Berilah semangat kepada Lin, dan rajin-rajin telefon die"..

Alfatihah kepada Allahyarham Nik Shakir Zulfayri

Wednesday, April 06, 2005




Tak tau kenape tetibe rase nak letak gambar raye ni.. Ni gambar raye yang baru. Hehe, sape paling tembam dalam gambar ni?? MIM YA RO ALIP. Mira.. hehe. Dalam banyak2 gambar yang kiterang ambil tak de satu pun yang perfect. Hehe, tengok la gambar ni, actually semua yang berdiri kat belakang tu, jengket2 sebab nak same tinggi dengan saffuan. hehe, last2 memang terbukti laa mira paling pendek. *sigh*. Ika pulak tak gelak sebab tak nak tunjuk gigi die. And paling best gambar ni, Ainun, yang sebelah ika tu, die bukan senang nak senyum. So kire gambar ni mahal untuk family kiterang.

Just read Teh's blog. She is in dilemma because her housemate wedding falls the same date with mine. Dear dear, teh, i dont mind if you wanna to follow ur mates to kerteh. :), Its only once a year or maybe this will be the last reunion for all of you.

Yesterday, im having a tough time to switch on the PC. Really stressing me up because i need to submit my resume and four cover letters by today. And finally, that stupid computer wins! Tak pasal2 kene reformat balik, and seperti biase, tak de mase la mira nak format balik, baik delayed sampai ke hari ni. Ni pun baru je siapkan cover letter. Selalu macam tu, bile time mira ade bende penting nak kene online, komputer buat hal.

Guess what, this coming saturday, F1's club will be reunite. Tak semua, cukup untuk sape2 kat KL. Kengkawanku, i know u guys r reading this, prepare yourself to have lots of money, hehe!! Eh ujie, dah beli Cleo bulan ni?? Hot gossips!! F1 tu kiterang punye nombor rumah mase dekat Utp tapi lepas balik training, kene pindah S1. So name jadi tak sedap.

O ya, semalam mira dengan nolee pergi ziarah anak Lin dekat HKL. Anak Lin baru 2 bulan satu hari, his name is Shakir and he has been diagnosed liver failure for the past six days. Lin kate tak de hempedu, and ade possibility kene buat liver transplan. Sedih tengok Shakir yang comel tu sakit. Kite doakanlah baby Shakir sihat balik yer. Kalau budak2 UTP yang ade time tu, boleh lah ziarah Lin dekat HKL, wad pediatrik.

Ok, malam ni ade monthly ceramah by Ustaz Khazim. Ok, nak siap-siap. Daaaaa

Sunday, April 03, 2005

Macam mane nak kawin

Cerite 1

Hai banyak betul cerite yang best minggu ni, kire nyer minggu ni bende yang best=-best datang. Alhamdulillah. Sampai tak reti nak cerite yang mane dulu. Lain la kalau dapat blog tetiap hari, mesti ade je cerite yang panjang-panjang. Walaumacam mane pun, tiap bende yang suka ade juke bende yang duke.

Moyang mira, mira panggil nenek, minggu ni kesihatan die tak menentu. Mase hari selasa dengan rabu hari tu, cuase sangat la sejuk, even orang mude macam mira ni pun pakai comforter tido pun boleh terase sejuk lagi. Kesian nenek, tapi mira tak sure la sebab sejuk ke sebab ape, tapi nenek memang tak sihat. Bile mama mintak bace yasin kat tepi nenek, sayu rasenye. The next day, mama minte orang surau bacekan yasin untuk nenek. Alhamdulillah, after a few days, kesihatan nenek kembali seperti biase, walaupun masih sakit di sini sane.

Cerite 2

Hari Rabu petang, mira rase inilah berite yang paling mira suke sekali sepanjang minggu ni. Mase tu, mira received a call from Dearie, pulak mase tu mira tido petang sampai ke asar. Yerp mase tu kelas petang takde. Biase laa kalau tido asar, otak kite pun mengong-mengong sikit.. So mase angkat telefon tu...

Mira: "Hello"
Dearie: "Hello, buat ape ni, tido erk, ish ish ish"
Mira: "Mmm"
Dearie: "Yang, berite ape yang paling nak dengar sekali"
Mira: "Huh?"
Dearie: "Berite ape yang paling nak dengar sekali"
Mira: Tanpa fikir2 "Duit masuk"
Dearie: "Tu je??"
Mira: "Lagi satu dapat keje kat KL"

Dearie, actually has been offered a job as engineer in Malacca with a very good salary.. And i really hope, he will get a better job here since my whole career is here..

Dearie: "So, ape kite nak cerite ni, jatuh kat nombor due laa"

Mira pun ape lagi, dari mamai-mamai terus duduk atas katil dengan tersenyum besar-besar..

Mira: "Abang dapat UM ke??"
Dearie: Gelak, gelak gelak dan gelak..

Betape bersyukur nyer mira kepada Allah sebab Allah answered my prayers. BEtape itulah rahmat dan rezeki yang Allah beri. Memang pada mulenyer Dearie memang tak letakkan harapan yang tinggi langsung mase interview, padahal mira Ya. Lepas tu, hati mira pulak hancur berkecai bile Dearie dapat surat, kate interview gagal. Dearie relaks je, tapi mira yang frust menonggeng. Tapi mira tak putus harap, sebab mira rase Dearie ade peluang. Sangat tak sangke, selepas 2 bulan surat penolakan jawatan, alhamdulillah, Dearie diterima sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Its a miracle. Dearie nearly start his new job in Malacca. Dan memang sudah ade dalam rancangan, i have to follow him to malacca and forget about my career in accountancy. Mase tu sedih memang ade, tapi mira memang ikhlas sangat mase tu akan ikut die without any feeling. Tapi inilah kesudahannya.. Alhamdulillah. I am really really happy..

Cerite 3

Hari jumaat lepas, pheww, mira terpakse ponteng kelas sebab nak buat surat kebenaran kawin. Hai, tak penah-penah dalam sejarah, dulu mase kat utp, kalau rase nak ponteng, memang suke hati mira je la nak ponteng kekadang tu tak rase rugi pun. Tapi kat PAAC ni, bile ponteng rase banyak sangat tinggal.

Ok, untuk kengkawan yang nak kawin, tak kirelah bila dan tahun bile, rupenyer proses nak kawin ni pun boleh tahan renyah nyer. Tambah-tambah pulak Mira n dearie ni lain negeri. Kalau sape-sape nak kawin kat oversea pun, banyak jugak cerite die. Tapi mira cerite mira punye cerite je la. Mane tau boleh jadi panduan dekat orang lain.

Macam ni, mule-mule bakal suami kene isi borang dulu, kalau die tinggal senegeri dengan alamat kat ic die, senang la ceritenye, tapi kalau macam Dearie, asal Melaka keje kat NS, kene lah ikut beberape prosedur. Mule-mule ambil borang dekat pejabat agama, lepas tu, kene jumpe tok imam, ketua kampung mintak die sahkan kite tinggal dekat kawasan tu. Lepas tu isi borang dan hantar balik borang tu dekat pejabat agame. Kalau proses kat NS, adelah ambil mase dalam 2-3 hari.

So, lepas dah selesai pihak lelaki, pihak perempuan pulak kene isi, ok same lah, kalau kite tinggal kat tempat lain dari ic negeri kite, kite kenelah mintak tok imam sahkan, so macam mira, tak payah sahkan. Pihak perempuan ni banyak kene isi, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk wali dan saksi sekali. Kalau kite anak sulung, sijil kawin mak ayah kite pun derang nak tengok. So lepas dah isi semua, kite kene bawak wali kite dan due saksi kite dekat pejabat agama sebab kite kene sign dekat depan pendaftar. So sebab hari jumaat lepas wali dan saksi-saksi mira free, sebab tu kene ponteng.

Kite kene kepilkan sekali, dokumen2 dari pihak lelaki, dan habis selesai semua, kite (pihak perempuan) kene bace satu perenggan kuat2 sebelum kite, wali dan saksi2 kene turun tandatangan. Macam kat selangor mira buat, proses surat kebenaran kawin hanya ambil mase 1 jam je. Cepat kan.. So, surat kebenaran ni valid untuk 3 bulan..

Cerite 4

Hari ni sangat penat yer.. adik kecik mira si Ika tu buat birthday party and mira laa jadi kepala in organizing the games and entertaining the kids.. Dearie jadi photographer as usual. Hehe.. tapi gambar as usual tak de ngan mira sekarang.. dengan die.. ntah boleh update ke tidak.. Sangat seronok layan kawan2 ika, especially this cute 7 years old girl.. comel sangat dan sangat lah kuat bercakap..Dearie berape kali dok snap gambar die je.. Oklah nak tido, esok surau depan rumah mira ni, ade event besar, agong nak datang.. Best friend die punye anak nak kawin.. Nak curi2 snap gambar agong dari balcony rumah..hehehe.. Ok take care everyone.. bye

p/s Woww sungguh panjang post kali ni

Monday, March 28, 2005

Are You happy?

Yes i am. Ok this topic is nothing about my new life. As you all know, happiness is the key factor to define "kebahagiaan" but not all people are lucky to achieve for it. Some may have a beautiful highway where they can just drive through without any disturbance but some of us have so many pit stops.

As for me when people keep asking whether i really put my heart in the conversion program, the answer will be yes. I feel so honorable to be selected to join this program although i may have some doubts whether i can pass it or not. *sigh*. I am not regret at all to lose my position as a lecturer and lose some pocket money to join this program. Knowledge is important and i wont let this opportunity to fly away in front of my eyes.

People keep asking, how you will save your money since my wedding day is around the corner. Orait, as Dearie always remind me, majlis is not everything. The decision on why i want to get married in the early age (like someone say) is because the time has come and that is nothing to do with my career or what so ever. Its better for you to get married than hanging around with your boyfried, berkepit sane sini. Its better for you to get married when you think he is the right man for you. I always believe, rezeki akan jadi lebih murah jika kite mebuat keputusan yang positif.

Ok, just now i said nothing to do with marriage, heheh.. Sorry for that.. Ok another interesting question a person may ask on why i join this program as the second batch, not the first batch. Simple answer, at least i have other topful experince becoming part of education industry. And again, im not regret with this decision. What is your feedback when people asking you "Kalau join first batch, mira dah boleh keje dah". Heloo, im the planner for my own life, i know what i am doing.

In conclusion, join la conversion program bagi sape2 sponsor Petronas, tak kisah la awak tu dah lambat ke tidak. Trust me, it is interesting to play with figures. :p

Saturday, March 26, 2005

Ade 5 bahagian

Bahagian Satu

Tamat sudah satu stage yang menyebabkan mira hilang di dunia siber selama seminggu. Satu minggu menghadap nombor-nombor, mencube menjadi seorang pelajar jurusan undang-undang (dod, i have to study LAW again) dan juge cube menjadi seorang business-minded. Walaubagaimanapun, tak seperti yang mira harapkan, mira macam takut nak tengok result, entah macam manelah nak pergi interview with this result. I did very very bad although i seriously put so much effort for this interim test. Tapi, bende yang lepas tak boleh dibuat semula, time never say goodbye, it comes and go. Mira pun macam tak percaye dah hampir 2 bulan dah mira ikut conversion program ni. Harap-harap rezeki mira masih cerah.

Bahagian Dua


Mira selalu ingatkan diri mira, kalau hendak buat ape-ape jangan harapkan balasan, walaupun kadang-kadang kite nak jugak balasan tu :p. Tapi, kalau mira, cukup lah sekadar orang ingat kite setelah kite tolong die. Sedih jugak rasanya bile kite tolong orang, orang lupe kite, lupe dengan kebaikan kite. Mungkin ade alasan tersendiri, tapi entahlah, i cant accept it. Tak rasional langsung. Bukan mengungkit, tapi sekadar meningatkan bukan sahaja untuk semua, tapi untuk diri mira sendiri. Jaga hati dan perasaan orang lain. Jangan kite nak menang sorang-sorang, jangan kite nak kaye sorang-sorang, jangan kite nak score sorang-sorang. Itulah, peribahasa ade kate, orang berbudi, kite berbahasa, orang memberi kite merase. Ade sikit perasaan tercalar. But its over..

Bahagian 3

Walaupun dah lepas 2 hari.. Happy birthday to Cicak n Ujie. Semoga bahagie dalam hidup. Ujie akan start keje 1st April ni, i guess it will be ur best birthday gift to these date. Right ujie. Ok, ujie its my housemate in UTP and to me, we have a lot in common. Hehe, geng shopping, geng gosip, geng ngutuk, geng bangun lambat, geng tido lambat, geng duduk depan komputer tak sudah-sudah. Up until now, i couldnt figure out, how i can spent the rest of the day JUST in Jaya Jusco Ipoh. Dari mule JJ tu bukak sampai kedai tu dah tutup. Sungguh aku tak paham ujie macam mane kite boleh menapak kat situ. Mase dekat utp dulu, kalau keluar outing especially shopping, automatic i would click with Ujie. Orang kate, kalau nampak kiterang due shopping, macam tak ingat dunia.. Haha.. Ok, ujie, kalau ko nak mintak tolong aku carikan rumah sewa untuk ko, im willing to help.

Bahagian 3

Dah tengok Miss Congeniality 2? BEST.. i watched it yesterday with my lovely fiance.

Bahagian 4


And my lovely fiance, bought this camera which gave me a BIG heart attack. Sabar je laa.. Canon EOS 300D. 6.3 mega pixels. Tu je la yang mira reti nak explain, lain explanation tu, bile Dearie cerite, mira angguk je.. hehe but overall this camera is really amazing but its quite bulky. Dan, kesimpulannye, lagi banyak laa gambar cik Mira..

Bahagian 5

Tahniah diucapkan kepada Iryani Bt Lob, cousin mira yang paling rapat dengan mira, sebab berjaya melepasi tahap getir conversion program dan terus akan memulakan kerjaya nye yang pertama di KPMG pada 1 April ni. Good Luck dear, pray for me too :)

Monday, March 21, 2005

Orang Kite

Cerita 1

Mane pergi harge sebuah nyawa? Setiap kali bace paper, memang tak pernah miss adenyer berite pasal kematian, terutama kes kene bunuh. Ape rakyat malaysia sekarang ni tak bertamadun ke? belajar untuk pas exam? dah tak ingat hukum agame semua? aorang sekarang ni, asal dapat puaskan hati, nyawa orang melayang.

Tengok la kes dekat ipoh, pemilik stesen minyak, meninggal dunia dipukul hanya kerana pertengkaran kecil dengan mat rempit. Dekat kelantan pulak, seorang ibu berada dalam keadaak kritikal setelah ditetak oleh perompak hanya kerana seutas rantai. Dan baru-baru, seorang setiausaha yang baru selesai membeli barang, ditembak mati oleh seorang pencuri. MasyaAllah, dunia-dunia.

Pernah kah mereke ni fikir, ape akan jadi pada keluarga ini? si anak kehilangan bapa, si bapa kehilangan anak dan lain-lagi lagi. Tak takutkah mereke kepada hukuman Allah, jika tidak di dunia, di akhirat sane? Tidak kah mereke terfikir, hidup mereke tidak akan tenteram? Tidak cukup kah rezeki yang diberikan oleh Allah sehingga kite sanggup menggadaikan nyawa orang lain? Cukuplah ape yang terjadi, tak sanggup rasanya menatap cerite sebegini.

Cerita 2

Orang lain pun ade handphone jugak. Rasenye semua orang kat malaysia ni pun ade handphone. Orang indonesia pun ade handphone. Yang tak de handphone pun, bukannye derang tak mampu tapi tak mahu diganggu. Takpelah, itu masing-masing punyer cerite. Tapi yang nak cerite ni, tentang sikap orang kite. Nak tunjuk-tunjuk mereke ade handphone kat semua orang. Nak tunjuk-tunjuk betapa tak professional nyer derang.

Sorryla mira memang sakit hati sikit, kalau tengok orang yang tak reti nak tutup handphone kat tempat-tempat rasmi. Kalau sekali dua tu tak pelah, mungkin terlupe ke ape, tapi ni, hanye muke yang same je tak reti nak tutup handphone. Alasan mereke, kalau vibrate, nanti tak dengar handphone bunyi. Oii TOLONGLAH!! aku, kau, die dan mereka ade hanphone, boleh pulak dengar bunyi vibrate. Tak de masalah pun, handphone lame lagi. Yang korang punyer tu dua kali mahal harge dari kiterang, takkan vibrate tak leh function lak.

Inilah orang kite, mira akan kate selfish. teramat la selfish. Orang lain dalam kelas nak concentrate, tetibe dengar muzik yang menyakitkan. Orang tengah sibuk meeting, die pulak saje bisingkan telefon.. Common la.. Dah besar, fikirlah orang lain.

Wednesday, March 16, 2005

Anyone??

Ade sape2 tak yang ade kawan yang buat kad kahwin? lepas tu yang boleh bagi DISKAUN.. :p tadi pergi jugak cari sane sini, tapi tak berkenan lak.. Tak de la nak high class, tapi kertas die macam kertas A4..oo tidak, lepas tu yang lain tu tak lawa.. and too common + expensive.. So sesiape yang ade suggestion do tell me ok :)

Just check my PTD exam result.. Tak tau ape jadik pulak lepas ni. :) Tadi mase kat kelas tadi pun, derang tanye, kalau dah kawin lepas ni, boleh ke mira manage dengan belajar + kerje + responsibility.. And i just keep my mouth shut.. Its still beyond my thinking, but i have seen my mum did an excellent job. Semua die sapu but still she enjoy her life...

Ok, nak study pulak, next week exam. Again, siape yang tahu pasal kad tu cakap kat mira erk.. thanks..
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez