Monday, February 23, 2015

Legoland Park Malaysia Part 1

Sehari selepas kami ke Legoland Waterpark, makanya untuk keesokkan harinya kami ke Legoland Theme Park. Hari tu hari Selasa dan keesokannya sekolah, sudahlah tiada dalam list kata nak ke Legoland kan. Pagi tu kami berkira-kira banyak kali sama ada nak checkout sekarang atau checkout pukul 1, last last sebab tak nak susahkan diri bekejar sana sini, jadinya kami terus checkout lepas habis sarapan.

Cadangan pertama adalah untuk duduk di Legoland hanya sampai pukul 1pm.. 

Bila dah sampai 1pm, Emir pun baru separuh jalan main segala rides...

Jadinya dari pukul 1pm kami decide nak keluar Legoland pukul 3 pm..

Last - last, keluar Legoland pukul 7pm :D sampai KL pukul 1am, imagine lah macam mana penatnye kami keesokan harinya dan aktiviti berjalan seperti biasa.

Ini adalah kali kedua ke sini. Semasa kali pertama saya ada coretkan Tips untuk ke Legoland..

tips ke Legoland - http://www.emmira.com/2012/11/tips-ke-legoland-malaysia-tips-to.html

dan inilah cerita Legoland Park kami yang kedua

***************************************************************

Kami terjumpe mascot ni masa mula-mula sampai..

i dalam hati, kalau lah ada anak kecik, birthday party nye sure i akan buat Lego theme party sebab sangat colorful. Tapi sebab Emir dah besar, theme party Lego ni dia rasa macam untuk budak kecik je..



Mind you this is the only family photo the three of us..



Jom explore apa yang ada dalam Legoland ni..

1. Aquazone Wave Racer.

Note: kalau main ni confirm baju ada basah sebab di keliling ride ada button yang budak-budak akan rajin tekan dan button tu adalah water bomb.. orang tekan pun basah orang yang main Aquazone pun akan basah..



2. Observation Tower

Walaupun tower ni bergerak kura kura pun boleh menang, tapi ada height limit, kiranya kalau ada baby pun tak boleh naik..Ini adalah observation tower yang kita dapat tengok keliling Legoland dan menikmati pemandangan sekitar Legoland. Jangan risau, duduk lah keliling mana pun kita akan dapat tengok kesemuanya sebab Observation Tower ni akan berpusing secara perlahan



3. Royal Joust

Not sure of the name.. inilah ride yang Emir tunjuk muka boring, sangat sesuai untuk anak-anak alam tadika.. Emir cukup tua untuk ini.. Cuma naik kuda dan kuda akan keliling kawasan yang kecil. Emir naik ni sebab nak complete kan stamp di Legoland. Kalau ada anak yang takut-takut, sure menangis sebab anak akan sorang-sorang saja. Sebabnya ada budak depan Emir dalam umur 4 tahun menangis sekuat hati..




Semasa kami datang, Legoland tengah sibuk buat preparation sempena  Chinese New Year.. dan saya rasa ni tak siap lagi ni



Kind of fun.. :)


4. Duplo Express

Sesuai untuk baby-baby tersayang. Kalau ada anak umur 6 tahun ke bawah, parents kene teman.. Emir dah terlebih umur, jadi naik sorang la yer.. -- tak de orang pun masa ni.. 



5. Merlin's Challenge

Kami berdua aja lagi.. Masa ni Papa takde jumpe kawan dia.. so i main lah dengan Emir... Kira high speed carousel lah, 




6. Driving's School

Sebenarnya ini adalah ride pertama yang kami terjah dan untuk hari itu, ini lah yang paling lama kami tunggu. Kira dalam 3 kali round baru lah turn Emir.. adalan dalam 35 minit.. Dekat sini setiap budak diberikan code dan lepas habis Driving School ni anak-anak boleh dapatkan lesen --- tapi kene bayar..  RM20 kalau tak silap.. but we are not interested haha..





7. Boating School

Masa our last visit, ini adalah yang paling kami tunggu sebab visitors had a full control of the boat. So mereka-mereka akan bawak dengan agak laaa slow.. So selepas Emir ke Driving School kami ke sini.. tapi tak lama pun tunggu, boat pun macam makin banyak... :) tapi kami kat dalam boat tu lama la jugak, sebab Papa dekat depan kami dekat belakang, jadinyaa.. sibuk bergambar haha











8. Legoland Express

A must!! bila naik ni boleh tengok and target nak naik apa di Legoland.. Sebab express ni akan lalu keliling Legoland.. :)





9. Lego City Stage

Masa kami datang, staff Legoland kata tak de performance untuk hari tu, instead dia bagi kanak-kanak suruh buat Lego Sheep dan Orange yang akan digunakan sebagai props untuk Chinese New Year preparation.. Emir suke lah di sini, i pun suke sebab dalam theater ni sejuk haha.. masa tu panas kot.. 



10. Rescue Academy 

Family berebut-rebut untuk padamkan api. Gambar tak banyak sebab bapaknya pun bersungguh-sungguh nak jadi fireman ..Papa nya lagi lah keje kuat kan.. tapi kalah jugak haha.. dapat lah no 3 kot dari 4 kete :p





11. Legoland City Airport

Papa suruh Ibu untuk teman Emir.. i ok lah sebab tak tinggi pun.. kalau ni pun  i takut memang melampau la kan..





12. Lost Kingdom

Tempat inilah yang palingggggg Emir suka sekali.. 

Bapaknya pun boleh tahan jugak..

Kami ulang 5 kali kot :p

Mula-mula Emir dapat main satu pistol je..

So dia mintak nak main pakai dua pistol pulak.


Lepas tu bapak dia pulak dah naik sheh..

Tengoklah markah bapaknya berapa.. i 4000 je 







Lepas tu bapaknya dapat 64000.. highest score dekat Legoland 96000... ikutkan hati bapaknya tu nak main lagi, i cakap udah-udah la tu..  balik ke pangkal jalan sikit

Emir pun boleh tahan 12000



13. Beetle Bounce

Emir ada post video dalam instagram dia naik ini.. Suke dia.. ada jugak kot dia naik 3 kali.. :)

Ye ye, masa kami datang tak de orang.. so main suke hati lah kan..







Ok... akan disambung lagi.. cukup lah 12 aktiviti ni kan.. 

Tuesday, February 17, 2015

Legoland Water Park Malaysia

Banyak gambar dari berkata.. 

Pada cuti Thaipusam dan Hari Wilayah, kami balik ke Melaka, tapi bila di Melaka, Papa mulalah idea dia nak berjalan kan. Jadinya tetiba je Papa kata "jom ke Legoland"..

All that i know, he sent to my e-mail the e-ticket.. 

and --- he bought the annual passes for the three of us..

Sebab dah tahu Annual Pass, dan sebab Annual Pass ni adalah unlimited entry.. jadinya kami bertolak dari Melaka untuk ke JB pada pukul 12 tgh hari tak silap.. 

dan hanya sampai di Legoland pada pukul 2 petang.. Tukar baju dan apa bagai, kiranya masuk park dalam nak dekat pukul 3.30 mcm tu.. dan hari tu Waterpark tutup pukul 6

Masuk-masuk sebab nampak Technip dan tak de orang, jadi dua beranak ni terus ke sini.. Ini bukan WaterPark lagi.. I tidak lah bende-bende macam ni.. Penakut lebih


Emir pesan "I want to take pictures with all mascot" FYI masa Emir kecik, dia sangat penakut dengan maskot


Macam ni lah pemandangan dari lensa kami. Sorry, i did not edit at all, and we are not using DSLR.. cuma waterproof camera saja..


Ini kawasan Built a Raft. Jujur i cakap bile masuk kawasan Legoland ni, I am soo excited with all the colors , oh did i say bright colors? Bright colors is soo me :)


Ini adalah staff Legoland yang sangat dedicated and friendly. Kudos Encik, you deserved to be in my blog. FYI, the rubber lego ni budak-budak buat main, campak-campak and what not, but he just continue helping the kids to build another raft over and over again.


This is the raft that i was talking about. sapa sapa yang rasa badan takkan kene tenggelam air, feel free to sit on the raft.. :) btw once you are inside the waterpark, you dont have to pay anything .. floats are provided and it was like everywhere.


yours truly. we came here on Monday, which was not a Public Holiday for Johore or even Singapore.. so there is no crowd at the park. suka hati buat macam park i yang punya..


Overlooking the Legoland Sign..


Their first slide. as usual Puan Ibu hanyalah lihat di luar kawasan sambil memegang kamera.. Tunggu derang main ni sempat lah baju i kering huhu..


Emir = water.. he loves it.. :) dekat tempat wave yang tak de apa-apa ni pun dia boleh relax duduk lama-lama


The only ride in this Waterpark yang i naik.. 


Nampak tak , tak de langsung orang beratur dekat belakang sampai staff tu offer "nak ambik gambar bertiga tak"


ini adalah sebelum ibu terpekik-pekik yang Emir kata "ibu, its nothing" height is not me -- at all


Emir bila nampak slide ni terus dia suke sebab inilah slides yang dia habiskan selama sejam lebih dekat Sunway Lagoon.. Cuma yan ini Emir tak main banyak sangat sebab nak kene naik tangga tinggi sangat.. FYI, papa kata, kalau compare Sunway Lagoon dengan Legoland, yang rasa a lot safer adalah di Legoland walaupun nak naik tangga ni cukup tinggi.





Tiada beratur langsung selangsung langsung nya.. 




Pelampung hijau ni nak bawak naik adalah sangat berat. Tapi i tengok ramai jugak budak-budak sebesar Emir gigih angkat pelan2 untuk ke atas.. Ini macam mini Vuvuzela..






Warna - warna kegemaran i semua nya ada..




Hotel Legoland. InsyaAllah one fine day bile ada rezeki, sapa tau kan, mana tau rezeki contest..


Walaupun hanya 2.5 jam tapi i betul2 betul puas. apa nak main semua boleh main.. dan badan kami pun penat juga.. dengan traveling lagi kan..



Dekat sini ada pondok-pondok (cabana), i terlupe nak ambil gambar. Tak salah i kalau separuh hari sewa RM150, satu hari RM300.. tapi dalam kepala, i ingatkan ada aircon, tak de yang.. cuma kipas biasa aje.. :) Sangat sesuai kalau ada yang bawa anak kecil atau orang tua yang tak mau mandi-mandi.. Oh btw, ada fridge kecil juga..



The happy boy! InsyaAllah we will come again especially to utilise the annual pass.


Monday, February 16, 2015

Emir's First Chess Tournament

Untuk menilai keupayaan anak, kita tak boleh paksa. Saya tahu kebolehan Emir bukanlah di dalam arena sukan atas padang.. tapi suami saya berjaya congkel kebolehan Emir..

dalam chess..

Kami masukkan Emir kelas Chess semenjak tahun lepas. Tapi tahun lepas masa dia masuk, kelas yang pertama adalah kelas budak-budak yang sangat terror.. wakil sana sini, jadi bile i kata dekat Emir, cubalah masuk satu tournament, tapi dia tak yakin. Dia kata dia belum bersedia.

Jadi bila dia dah masuk Darjah Tiga, ada announcement kata ada tournament. Papanya lah yang sangat bersemangat..

Sayang i tak dapat jadi tukang sorak, hanya gambar yang dibekalkan oleh Papa..

Papa cerita setiap peserta (54 orang kesemuanya) kene lawan 5 kali. Dari Darjah Satu hinggalah Darjah Enam. dan tak kira anda kene lawan dengan sapa..


Game pertama, Emir lawan State player, masa Papa update dekat Whatsapp group family saya, I siap cakap, "takpelah experience untuk Emir".. bagi dia expose dulu..

sekali Papa WA

"Emir menang"

whoaaaa dengan state player tu.. sungguhlah i terkejut and happy.. 


Game kedua pulak Alhamdullilah Emir menang lagi.. :) Papa kata masa lawan, mak ayah tak dibenarkan masuk dan hanya boleh duduk luar aja.. Papa kata berdebar jugak tengok Emir main haha..


Game ketiga agak sengit.. Emir lawan budak Darjah Lima.. Papa cakap it was his game. Tinggal Emir tak dapat nak checkmate saje.. Sekali kuasa Tuhan, Emir kalah Game ketiga sebab tak cukup masa.. dan masa tak cukup tu hanyalah 7 saat. Papa cakap masa kalah ni Emir memang nak nangis sebab dia hampir menang. Papa kata budak Darjah Lima tu jumpe kawan-kawan dia siap cakap 

"whoaa.. i nearly lost that game"


Masuk game ke-empat. Alhamdulillah Emir menang lagi.. 

dan game kelima.. Emir lawan budak darjah 2.. dan Darjah dua ni adalah wakil Malaysia huhu.. Emir kalah sebab make illegal moves. Tapi Papa kata Emir yang last game tu dia relax je, tak delah frust menonggeng macam game ketiga. Emir pun kata "he attacked me left right front and he is sooo good"


Alhamdulillah untuk permulaan dan untuk exposure, bersyukur dengan pencapaian Emir. Secara keseluruhan dari Darjah Satu hingga Darjah Enam, Emir dapat no 20. Chess ni dibahagikan kepada dua kategori. Kategori 1 adalah Darjah Satu hingga Darjah Empat, Kategori 2 - adalah murid Darjah 5 & 6, dan untuk kategori Emir, Emir dapat tempat ke6. Kalau ada rezeki, dapatlah Emir jadi wakil sekolah..


Alhamdulillah.. Terus Emir kata tak sabar nak masuk tournament lain pulak..

Sunday, February 15, 2015

A mother says..

"You can say anything about me, i can still be your friends, but if your hurt my child i can be your enemy"

yerp ada betulnya. i setuju dengan kata-kata tersebut. I berharap apa yang i nak katakan ini adalah pendapat jujur dari i, dari pengalaman dalam membesarkan anak i. Harapnya tiada yang terasa, sama-sama kita ambil iktibar.

Anak i, Emir, dalam meniti usia 9 tahun, waktu inilah di mana proses perkembangan interpersonal skill akan di develop. I have shared with you before how reserved my son is, but slowly, with the exposure of co-curriculum activities as well as his appoitment as class monitor, i might say, he changed a bit. Alhamdulillah.

Sometimes its true, ok let me put it this way.. It is good not to be always on the top. Sebabnya, kalau kita selalu berada di atas, kita akan mula under estimate kemampuan orang di bawah. Perkara ni bukan saje berlaku kepada orang dewasa tapi kanak-kanak juga.

I agree, each parent wanna strive the best for their own child and in return, we always pray that our child can excel in whatever they do. Tapi percayalah, dalam kita mengharapkan anak kita untuk menjadi apa yang kita mahu, dalam kita menghantar anak kita di tempat yang terbaik terbagus.. we should spend some time to watch on how they mingle around with their friends.

Saya rasa sangat perlu untuk kite pandang anak kita dari jauh apa yang dia lakukan. apa yang dia buat, bagaimana dia berkawan. Kalau berkesempatan, ambillah peluang untuk bertanya khabar dari Cikgu.

I? I agak limited untuk bertanya dengan Cikgu, tapi agaknya i agak lucky sebab Encik Husband ada peluang untuk berada dengan Emir. Tapi as i said before, mata ibu memang tak sama dengan mata bapa. Impian sama, cara berbeza. Cuma banyaklah perkara yang i miss akan disampaikan oleh husband saya.

Kadang-kadang kite tak sedar anak kita suka hati menyakitkan kawan yang lain. Bukan secara physical, tapi mental. MasyaAllah, i yang dengar pun boleh naik geram. In front of me, this kid did not let the other kid to play with others. Macam nilah, derang main kejar-kejar, among them, one become the mastermind.. yang mastermind ni i perasan, semua perkara kene ikut cakap dia, and it was agreed by other parents around. tapi ye lah, kite ni ibu bapa let them handled among themselves and i perasan all the kids dah biarkan dia be in control.

But dalam banyak-banyak budak, sorang tak dibenarkan main. At first i tanya budak ni, i ingat dia sendiri tak nak join, sekali dia kata "they dont let me play".. so when i asked other boys, someone stood up and said "this Boy A (mastermind) dont let him play because he said Boy B is annoying"

how could u said that? and what drives this boy to freely say that?

-- FYI, Emir memang tak kuat lari. Jadinya bila dia kejar orang, seronok la orang berlari suka hati ke sana sini..

and the moment he said "Emir... you are so slow"

How do you feel as the mother?

Yerp, i didn't interfere. I realized this boy purposely letting Emir to be the tukang kejar.. and Emir did not say anything la kan.. kesian anak i, terlari-lari dia kejar.

Before this, Emir told me that this boy keep saying that Emir is a bookworm, so Emir tak dibenarkan main with other boys... Tapi ye lah bende tu tak berlaku depan mata i kan.. so i dont have the proof. Lagipun book worm tu i cakap Emir bagus dari nak sakitkan hati budak lain..

Ok perhaps perasaan menulis ni datang dari seorang ibu yang sangat frustrated. I dont have any intention to inform the mum, but to the readers, please stay closer to your child. and observe how he acted with his friends.

I tak kata i jaga anak i dengan baik, tapi i selalu cuba jadi yang terbaik. pengalaman ni betul-betul buka mata i. i terus cakap dekat Emir, sometimes it doesnt matter how good u are academically, its ok to get C sometimes rather than A all the time.. or its good to be the slowest runner rather than fastest runner all the time sebab dari situ you akan belajar untuk jadi humble.

and humble is important in life.
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez