Saturday, February 14, 2015

Diangkat Darjatmu.. Alfatihah

Sebenarnya........

Saya sangat tersentuh. Sangat.. Ini betul lahir dari hati saya.

Pukul 10 malam semalam, Whatsapp saya berdering dan bila saya baca Tuan Guru Nik Aziz sudah pergi meninggalkan kita pada malam Jumaat, 

Ok bila saya baca message tu, saya hanya mensedekahkan AlFatihah kepada rohnya. dan tak lama lepas tu, sebab terlalu mengantuk saya terus tidur.

Tapi pagi tadi semasa bangun solat Subuh, saya check Instagram. Bertalu-talu gambar orang update mengenai pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Dari gambar-gambar itu, naluri saya tersentuh..

Sangat...

Baru saya sibuk Google apa yang membuatkan Tok Guru sangat dihormati (maaf saya ni memang buta politik, nama je tinggal Malaysia) i read one by one.. Selama ni saya cuma tau, Tok Guru adalah Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun, Menteri Besar yang pada saya amat diasak hanya kerana politik  yang berbeza.

Mana kita nak cari Menteri Besar yang masih tinggal di rumah kayu sedangkan pemerintahan beliau adalah selama 20 tahun. Mana? Mana? Sedangkan di keliling kita ada yang hanya jadi ADUN tapi rumah seluas pemandangan..




Orang kutuk Kelantan kata negeri yang paling mundur di Malaysia.. Pada saya biarlah... sekurang-kurangnya pemimpinnya jarang kite dengar makan duit rakyat. Ada kita dengar bukit ditarah untuk dibuat sebuah rumah sang "pemimpin"...?

Lihatlah betapa banyak manusia cerita kebaikan Tuan Guru. Dari sekecil-kecil pen, sehinggalah dari amalannya.. ya manusia tidak sempurna, tapi bila manusia cuba untuk menjadi sempurna dengan ikhlas.. segala nampak agak sempurna..

Begitulah.. harimau mati  meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama terpahat di hati semua. Kebaikan tak perlu ditunjuk, kalau kita buat secara ikhlas, kebaikan akan menyinarkan seri kita.



Begitulah, jika Allah hendak memuliakan hambaNya, tak perlu tunggu hingga ke akhirat kelak. Dari dunia, Allah boleh muliakan umatnya.

Jujur i tak percaya langsung dengan laporan akhbar yang mengatakan 20 - 30 ribu orang hadir untuk menghadiri pengembumian Tuan guru. Nampak macam 100 ribu pun ada. Ok lah, easily 50 ribu.. Rakyat Kelantan amnya sanggup berpusu-pusu mengiringi jenazah Almarhum Nik Aziz..



Selama i hidup lebih 30 tahun, i tak pernah lagi menyaksikan pemergian seorang hamba Allah yang betul-betul dimuliakan. 

Oklah i tak pandai berkata-kata, cuma begitulah...

Alfatihah untuk Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

Thursday, February 05, 2015

Back to the past

and so it has been the second month of February 2015 and if you are aware, i am trying my very best to post one entry per day -- kind of unnecessary wishlist in 2015 but im getting used to it and err -- its fun, though like yesterday, i only posted an entry few minutes before 12 am.. 

With this strict routine, i only realized that i have a lot of stories to share, something that my next generation is able to evaluate how crazy / boring their mom / granny is  and not on how the readers will assess me. :) (i tau, macam budak-budak tulis karangan)

well, getting a year older, recently, i received a lot of sad stories that truly touched my emotions. What i didnt tell you earlier, a dear friend of mine when i was in Secondary school passed away in November 2014 due to dengue (ok not sure, but it was related to blood). Allahyarham Fitri is very well known to everybody, love by many and if you are able to see his Facebook Newsfeed, you can find more stories about how selflessly Arwah had given to others. One thing that i learnt from him was the way he put a respect to others especially the elderly, even my mum likes him. Oh my mum was once Arwah's lecturer back then when Arwah's was in UTM. I remember Arwah called me immediately after knowing that my mum was one of his lecturer, and mum said the bubbly Arwah turned to be a quiet student (something so not him).

Though i admitted that we were not that close after i entered MRSM, but everynow and then we would meet once a while during kenduris. I regretted not saying hi to him when he posted a Facebook status that he was not well and even more frustrated when i noticed that I did not have any FB messages with him. 

Life is short. Few days after Arwah's departure, I received another sad news that one of the staff passed away. Again, a young brilliant lady died due to prolonged SLE and what disturbed me most was, she has two little daughters aged 6 and 4. 

The question of What if What if What if (read: millionth time) playing around in my mind. Yes, agree Allah knows best, but unfortunately we do not know what is the best to us.

May Allah SWT bless us all - accept our doas, forgive our sins, multiply our hasanat, grant us a good health and happiness and ultimately Jannah.

Alfatihah to Muhammad Fitri bin Abdullah.

Wednesday, February 04, 2015

Obsesi Lego

Tak tahu bila obsesi Emir pada Lego ni bermula.. I rasa lebih kepada hobi bapak pass dekat anak, ataupun bapak teringin tapi gune anak sebagai alasan :) Apa pun, hero-hero saya sekarang ni asyik target Legoooo je.. Macam Emir, dia sekarang sangat obses tengok Star Wars jadi Legonya pun haruslah Star Wars


Selagi namanya ada Lego Shop sekitar KL ni i rasa i dah jejak tanah dah kot. Kalau tak Lego shop, kedai Toys R Us or Hamleys pun dah berapa kali jejak daa..


Emir pula di mana sahaja mesti bawa Lego set. Kalau tunggu makanan ke, apa ke, dia akan habiskan masa main lego dulu.. which i think bagus lah jugak.. kalau tak asyik nak mengadap phone aja kan.


Aksi bersama dengan lego.. 


Dekat sekolah Emir sekarang ada Lego class. tengah pikir nak masukkan Emir ke tak sebab tahun ni macam dah banyak sangat dia join kelas-kelas.. 



Kami tidaklah beli sentiasa.. Mahal kot.. sekecik Lego tu pun dah RM45, mak bapak Emir bukannya cop duit.. so singgah 10 kali tu setakat tengok je.. Emir pun ok je.. Tapi itulah bile combination of bapak and anak, mak dia memang tak tau nak buat ape sebab tak minat lego



Obses tak obses.. Tengoklah mereka mereka ini punya territory.. I rasa ini tak bersusun.. hari-hari depa dua ni dok belek-belek.. tak tau la apa yang derang belek :D setiap kali susunan tu bertukar.. 

Apa pun, yang penting, ibu kene fikir manalah nak letak Lego-Lego ni.



Tuesday, February 03, 2015

Kidzania Mutiara Damansara || The fourth visit..

Alhamdulillah rezeki Emir. Tahun ini di awal tahun Emir berkesempatan untuk ke Kidzania sekali lagi, tapi pada kali ini bersama trip sekolah. Padahal minggu yang sama hari Isnin (hari pertama sekolah saya dah bawa Emir ke sini).

Sebenarnya trip ini adalah free trip sebab kelas Emir masa darjah dua berjaya memenangi kutipan tiket yang terbanyak sempena Hari Kantin. Disebabkan hari Kantin diadakan masa hampir sekolah nak cuti, dan dari plan pertama dan seterusnya terpaksa dipostpone atas sebab-sebab tertentu, jadinya dari tahun 2014 untuk excursion dibawa sehingga ke tahun 2015.

Bila tarikh dah ditentukan, masa tu terbeliak mata i, sebab tarikh yang sama saya dah tempah hotel di Lost World. Kesian juga Emir, im sure he wanna be with his friends. Mulanya trip nak diadakan pada hari sabtu dan saya masa tu dah cakap dekat Cikgu yang Emir tak dapat hadir, sekali rezeki Emir juga, trip tersebut ditunda pula hari Ahad. 

Dah cakap Cikgu Emir akan sampai pada pukul 2 petang, jadinya dari Ipoh dari pukul 10 kira ok lah kan. Sekali dalam pukul 1040, ada seorang parent call us kata Kidzania cuma benarkan untuk masuk sehingga pukul 1 saja.. Mak aii, laki i bawak pecut habis and managed to arrive exactly at 1pm.. Tapi disebabkan masuk lambat dengan bermacam alasan yang diberikan oleh staff Kidzania, pukul 1.40pm baru dapat masuk..

Tak berapa ramai crowd.. (advantage for Emir) Masuk saja Kidzania terus nampak kelibat kawan Emir. Oh ya tiket free untuk satu dewasa dan satu kanak-kanak.

Emir seperti biasa akan cuba bende yang dia tak pernah cuba.

Jadi tempat pertama yang dituju adalah untuk menyiapkan resume ini..


Resume ini sebenarnya adalah recommendation pekerjaan mana yang sesuai untuk anak-anak.. Tapi bila tengok macam tak sesuai je.. Cadangan pertama adalah 

(1) Hoya Eyecare
(2) Fireman
(3) Ibu lupe :)

Ini kawan Emir, Qais


sebelum ni kalau ada excursion semuanya dilakukan ketika waktu kerja, jadi saya tak berkesempatan unuk meninjau perkembangan Emir dengan kawan-kawannya. Selalunya husband yang ikut, tapi rasanya pandangan bapa tak sama dengan pandangan ibu kot :p

Masa di sini, I realize, kawan yang i sangka Emir rapat adalah bukan orangnya.. Bukannya dia tak berkawan, dia berkawan cuma tak boleh nak get along.. alaa macam saya lah, saya rasa saya boleh masuk dengan Irma Hasmie daripada Nabila Huda.. (ok ape daa punye perumpaan).. but macam gitulah.. 

So masa Emir try pekerjaan pertama ni, dia tak dapat cari kawan dia.. Emir mula main dengan BHP.. Jadi pump atendant..



Akhirnya inilah kawan yang Emir rapat.. .apalah ibu ini.. sebab bila Emir bagi saya report kawan-kawannya setiap hari, dia lebih banyak bercerite kawan-kawan di AlHidayah . Untuk kawan-kawan di sekolah rasanya dia sebut semua nama.. jadi ibu sendiri tak dapat nak cam mana kawan yang dia baik .. 

Now i know, this is your good friend at school, Taha...


Bila dah jumpe Taha, ambik ko, ibu dah dilupakan huhuhu, biasalah ibu kiasu, cuma tengok pada jauh saja..


Ini Emir main di sini - Strike House gile lama--lama giler.Mau dekat 45 minit kot.. dahla dalam ni tak dapat Kizos pun.. takpe yang penting the happiness.. Dalam ni ada carrom, foosball dan ada juga permainan lain. Ibu setia tunggu di luar tengok pada jauh.. Sekali bila ibu baru nak masuk toilet.. tetibe ada suara "ibu nak pergi manaa" lorr..



Saya pernah cerita, di Worldwide Tours ni ada seorang staf Kidzania yang bagi saya sangat dan paling dedicated. Walaupun tak ramai yang nak masuk ke sini, tapi staff ni setia di luar, dengan senyuman tak jemu-jemu.. jadi lepas Emir keluar dari Strike Room i ingatkan Emir jangan lupe pergi ke tempat abang ni sebab masa the earlier visit Emir pernah janji nak datang balik ke sini..


dan akhirnya Emir menunaikan janjinya.. lege hati i.. i ajar Emir kalau kite pegang pada janji kite mesti tunaikan, kalau boleh dipercepatkan.. jangan lengahkan, walaupun abang ni tak kisah pun dan mesti diapun dah lupe Emir.. tapi Emir masa the previous visit i ingat Emir cakap "ok after this i will come back" which he didn't...



Masa the previous visit juga Emir amat dan sangat berminat dengan Pharmaniaga.. nak jadi scientist katanya.. jadi, dia suruh Taha join dia masuk ke sini.. saya rasa ada sedikit pertukaran dari the earlier visit.. Dulu kejap je, dalam 15 minit, tapi kali ni sampai 30 minit.. lenguh i berdiri dekat luar tu (actually Parents lounge dekat sebelah je, tapi i seronok berdiri)



Kali ini tak banyak sangat yang Emir join sebab dia banyak berborak dengan Taha ni.. so lepas tu both tried wall climbing.. Masa ni dah drama dah.. Emir biasalah, when he failed dia akan jadi sangat disappointed especially when he thinks that he can do it. Bila dia panjat di sini, dia tak dapat.. so mata dah berair dah..  Lepas Emir tak dapat, kiterang duduk sekejap dan tengok lah budak-budak yang lain juga.. rupenyer wall yang Emir naik tu memang ramaiii budak tak dapat nak  naik sebab agak susah berbanding yang satu lagi. Tapi bila Emir nak cuba sekali lagi, "q" dah jadi panjang dan masa tu dah running out of time sebab gathering time dah dekat..So i pujuk Emir just forget it lah kan,.


Masa untuk gathering bersama satu kelas adalah pukul 430.. masa Emir habis wall climbing dah pukul 415, berlari kami cari mana yang tak ramai orang yang Emir masih boleh menyelit untuk buat lagi satu aktiviti dan kami jumpe ini.. Supermarket z-Mart dan Emir pilih untuk jadi cashier..


Alhamdulillah, Emir kata untuk hari itu, pekerjaan ni lah yang paling dia suka, yang paling dia teruja .. kiranya sebabkan pekerjaan inilah dia terlupa yang dia gagal buat wall climbing..


Macam professional kan.. 


Betul-betul macam dekat kedai, ada kanak-kanak boleh pilih nak jadi shoppers atau nak jadi cashier. Emir buat pilihan yang baik sebab nak jadi cashier.. I tau kenapa, sebab kalau jadi shopper kene bayar Kizos jadi cashier dapat Kizos.. Emir ni memang eager nak kumpul duit sebanyak boleh...


dan ini masa gathering time.. MasyaAllah, boleh pengsan tengok cikgu kumpul budak-budak, sebab tak semua yang mak bapaknya ikut, hanya dalam 6-7 orang saje yang mak pak nyer ikut.. Budak-budak ni pulak tau lah kan, dah ada kengkawan.. Cikgu siap cari untuk kumpulkan dari pukul 350.. tapi pukul 430 pun tak semua budak yang ada.,.Masa ni memang dengarlah cikgu menjerit haha..


dan inilah group photo. sayang Emir tak de dalam gambar ni sebab gambar ni diambil pada waktu pagi... saya minta copy untuk kenangan Emir di kemudian hari.. selepas berkumpul Emir sempat ada lucky draw dan dan dapat games Angry Bird.. :)


Monday, February 02, 2015

Family makan sakan || Al Rawsha Restaurant

Memang niat di hati kalau birthday husband saya, memang nak belanja family members.. Potong kek ni dah jadi tak best..:p Jadi sebab keluarga saya memang suke makan, dan mesti makan banyak.. yes, nasi arab la jawapannaya.. Sebelum tu tanya Baba (ayah saya) ok ke makan sini sebab Baba dah tak boleh nak makan kambing dan nasi.. Baba kata ok dia boleh makan roti :)


Gambar-gambar dekat bawah ni dah berterabur sikit, ada yang lepas makan, sebelum makan dan sewaktu dengannya .. :)

Gambar bawah ni Emir dia tak kasi can i ambik gambar dengan mak pak i.. :) as usual lah kalau ada budak kecik , nak dapat perfect picture memang susah lah..


Nak dapat perfect picture mak pak saya pun memangggggg susah... Mak i ni orangnya bukannya banyak cakap.. tapi kalau ambik gambar, dari dulu sampai sekarang, masa tu lahhh dia nak bercakap.. Gambar bawah ni bukannya dengan satu snap, tapi banyak snap.. dan inilah satu-satunya yang i rasa paling menjadi haha...


Adik laki saya dan bininya yang tengah mak buyong.. InsyaAllah 2015, keluarga Wan Salleh akan sambut kedatangan seorang lagi cucu..


Zubair penat tunggu makanan... :) sebesar-besar al-Rawsha ni pun penuh orang.. 


Nampak tak jejaka paling dekat dengan kamera ni.. Inilah tunang adik saya.. hi Afiq.. inilah keluarga besar kami.. anak i pulak seperti biasa sekarang tengah obses main lego.. Kat mana saje bawak lego


Dari kiri, adik saya Shahiran, baru satu hari balik dari JB, Mimi baru lepas tunang, adik ipar saya, Syazreen yang tengah pregnant.. saya yang cun, adik saya Jiji, dan adik laki saya Saffuan


dan ini adik bongsu saya Ika.. dan adik saya Jiji


Emran bersama anak sedara dia  yang paling dia gerammmmm.. i pun gerammm


Sedih jugak sebab sorang ahli keluarga, adik saya Cik Yah tak dapat bersama kami, dia sibuk dengan program Universitinya dia Perlis. Jadi Baba saya suruh letak nama dia kat situ tanda kite semua tak lupakan dia :p


Posing dulu la kan sebab makanan tak sampai lagi..


Ok, just wanna share what i ordered. Untuk keluarga saya yang ada 15 Adult ni, saya pilih Nasi Maghdut.. Nasi Maghdut kambing ni  sesuai untuk dimakan untuk 4 orang ke atas.. Saya ambik tiga pinggan.. satu pinggan RM55 .

Walaupun 15 orang, memang seriously, semua orang kenyang sekenyangnya.. Kambing pun cukup.. adik laki saya yang kuat makan pun tak larat nak habiskan.. Untuk budak kecik, saya order Nasi Mandy ayam.. Untuk Baba, baba pilih Grilled chicken shawarma ke ape ntah, dan makan dengan roti.. Air pulak saya order semua minum mint tea (sebab boleh refill muahaha)..Satu teapot ada 4, so i ordered 3 teapot dan air masak.. :) sorrylah yer, i berkuasa haha..


Lupa nak ambil gambar tengah makan sebab tunggu lama benor.. Bila nasi sampai semua orang laparrrrrrrr.....

Baba kata sedapnya daging dekat sini.. 

Adik saya kata, kambingnyer sedap..

See, walaupun i berkuasa, tapi i surely order yang sedap-sedap hehaheha.. 


Alhamdulillah

Sunday, February 01, 2015

Emir is 8 || Emir's Dragon Party || Part 5 - Games

Dalam hati tertanya-tanya, lepas budak-budak ni tengok Movie, apalah derang boleh buat yer. TGV ni macam lebih kepada tempat orang besar.. Lepas makan terus balik? Nak conduct game macam malas pulak bile tengok Chill*x tu kecik je tempatnya..

Sekali, there you go.. ada foosball dalam tu.. phew hilang gundah gelana i..



Alhamdulillah laki i ni rajin melayan budak-budak, dah la semua boys je yang datang (nasib jugak, kalau ada girls kesian derang kot tak tau nak main apa)..so husband i ni lah yang tukang control budak-budak ni main.. Memang Chill*X tu jadi bisinggg habis dengan suara budak-budak.. belum lagi masuk derang berlari sana sini.. 



Tengok aksi papa, oh ada pool jugak.. tapi lepas tu Femy jadi Guru Besar, sebab tengok budak-budak dah buat stick tu macam pedang, dan memang nampak bahayakan orang lain, Femy simpan.. Thanks Femy, i tak dan nak tengok depa..



So semua boys concentrate main Foosball ni.. Nampak simple je kan, but seriously they really have fun.. lege hati i.. 



Macam mana lah papa tak jadi the best daddy kan.. tengok lah gayanya.. Love you lah papa.. bukan senang nak control all boys at one time..







Terima kasih kepada semua yang hadir. 

-TAMAT-

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez