Thursday, January 23, 2014

Projek memikat suami


Kita ni suka diulit mimpi. Berangan adalah normal untuk orang perempuan. Orang perempuan memang suka bende-bende sweet. Kalau gula, kita boleh rasa manisnya, tapi nak jadikan hidup kita macam gula 100%, bergantung pada rezeki masing-masing. Sweet pada kita, tak sweet pada orang.. Macam… kalau orang tengok laki kita pegang handbag kita, orang A akan kate – “ee baiknya laki tu, dia tak kisah pun pegang handbag bini dia” or person B will say “ape daa.. handbag bini pun nak tolong bawak”

So u get what I mean :)

Hidup I sebagai isteri dalam perkahwinan, I ni tak romantic kot.. tapi kalau compare laki I, laki I lagi susah nak romantic :p but we are happy the way we are. Kira macam kalau laki I hantar kad pun I boleh pengsan terguling-guling sebab terkejut in fact kalau laki I tetibe surprise ambik I kat klcc pun I dah rasa terharu haha.. kalau I pulak, I buat sweet-sweet sikit, nanti laki I mula lah tanya “buang tebiat ker” haha so memang  kiterang tak romantik :p

Sebenarnya topic utama nak cerita adalah I sekarang ni ikut cerita Projek Memikat Suami. Cerita yang diadaptasi dari novel, ada dekat Astro Ria hari Isnin jam 10 malam. Tak tau lah macam mana boleh start tengok, sekali bila tengok best pulak, terus I minta husband I belikan buku ni sebab tak sabar nak tau ending dia apa. I kata I nak bayar, sekali bila laki I beli, I terus cakap “free boleh tak”.. dia redha je lah kan.. bini pun sorang je..

Cerita dia tak delah laki ni dayus, I paling nyampah kalau I bace buku cerita, watak laki benci isteri sehabis mungkin sampai nak pukul-pukul.. untuk I, laki ni kalau dah pandai naik tangan dekat bini.. sila tinggalkan laa, same goes to the storybook, terus I reject author tu :p (over kan).. but not this story.. it goes with the flow..

Yang best tu, laki I pun layan.. so hari isnin 10 malam I dah duduk depan tv mengadap cerita ni.. walaupun ada lari sikit-sikit dari buku

Emma maembong ni cun betul..

Bottom line is, romantic itu perlu.. nak nak kalau dah lama berkahwin, I sendiri tahun ni adalah tahun ke 9 usia perkahwinan i. tapi itulah, I pun tak reti macam mana nak romantic. Kalau masuk romantika sure fail :p I suka tengok orang-orang tua yang berjalan masih berpegangan tangan.. (orang muda baru kawin, pegang-pegang tu normal).. in fact my parents, kalau ada bapak I, adalah mak i.. romantic in their own way… tapi yang pasti, romantic ni tak boleh buat-buat, kalau buat-buat especially depan orang, orang akan meluat.. hehe. Lagipun cerita kehidupan suami isteri ni kan rahsia rumah tangga..

So, mari kita romantic…. ;p lagipun malam ni Malam Jumaat haha


Wednesday, January 22, 2014

The Bag - the traveling bag

It is so good to receive something as a gift where we really in need to have it. Yes, im talking about this bag. The bag that i won from MBO contest - Tom Yum Goong 2. Of cos, I was hoping to win the Grand Prize which was a trip for 2 to Hong Kong but, this is still best tau.. sebab selalunya menang contest movie dapat merchandise saja..

I was packing our stuff to Langkawi , sekali nampak tag ni..

Wow, this bag cost RM1,139 - wallahualam lah betul ke tak, but looking at the quality of the bag.. im sure it will cost more than rm500.. 


brand Ace. honestly first time dengar.. 


and yes, this is the bag.. luas beg ni.. tiga orang punya baju semua muat.. dah selamat pergi dan balik beg ni dari Langkawi.. will be using this bag more frequent after this-- defnitely!!


Tuesday, January 21, 2014

To Langkawi: 17 January 2014

Percutian pertama untuk tahun 2014 dan percutian yang tak di-plan. Tak di-plan bermaksud tak de dalam senarai nak pergi pun. Mulanya adik i Cik Yah yang belajar di Unimap akan bercuti selama 3 minggu.. memandangkan dia bawa kerete ke sana, Mama dan baba decided to take a bus to Perlis and drive the car back to KL.. Kesian la pulak kan walaupun derang tak kisah sebab Perlis KL bukannya dekat. So since hubby's birthday is on 18 January, so i pun teruslah volunteer untuk ambik cik yah.. tapi destination yang kiterang akan singgah dulu adalah Langkawi.

Alhamdulillah dapat la jugak tiket flight ke Langkawi. nak kata murah, tak de lah murah.. tapi masa time i nak beli tu, as compared to all other airlines termasuk AirAsia, MAS paling murah. Alhamdulillah syukur juga dapat MAS, selesa sikit. By the way, i ambik flight hari Khamis, maknanya dari office terus i ke KL Sentral untuk bertemu jantung-jantung hati naik KLIA Express. Memang kelam kabut juga, sebab flight pukul 8, i keluar office pukul 5 lebih... :) 


Senang, sebab kami terus check in di kaunter MAS di KL sentral. As a note, kalau domestic flight, kalau nak check in di KL Sentral mesti 1.5 hours before and international flight, 2 hours before. In fact u can even drop your bag earlier.


tunggu tunggu, memang banyak lah gambar syiok sendiri kan


Hari tu pulak ada dua menteri besar yang kami terserempak. satu MB Terengganu dan MB Kedah. MB Kedah masa tu naik the same flight with us.. so Encik Emran ni first time  kot suruh i ambikkan gambar dia.. huhu.. nasiblah MB sporting :D


Kami sampai dalam pukul 9 lebih dan hanya check in di Hotel pukul 10 lebih. I pilih hotel di Kuah sebab the next day adik i , Cik yah akan join kami. sebab dia naik feri, i cari tempat yang berdekatan, so kalau apa2 hal dia boleh pergi sendri naik teksi ke Hotel ni..

Hotel ni rasanya 3 star, I pilih hotel ni sebab inilah hotel yang tinggal yang ada swimming pool dan juga agak ok lah reviewnya. Kalau tengok review banyak negatif dari positif.. tapi at least semuanya pasal service bukan pasal ada cerita seram ke apa. Hotel lain yang tinggal banyak i bace dekat trip advisor ada cerita seram.. 

Bilik agak luas dan selesa, cuma bilik pakai furniture lama. TV pun tak de astro channel. bukan tv flat screen pun, tapi untuk i itu tak de masalah.. after all, bukannya nak duduk hotel sehari suntuk kan. Hotel ni i book dengan harga RM148 per night inclusive breakfast dari AsiaTravel.com Paling murah as compared to Agoda.com, booking.com or Asiarooms.com dan hotel ni sendiri punya website. All websites jual dengan harga RM200 per night.



Overall, i ok je duduk hotel ni. Staff pun peramah bukan main.. breakfast je lah kot, tapi tak de lah sampai tak boleh telan.. untuk i, pergi jalan, just enjoy je, kalau banyak complaint, buat sesak kepala saja..

esok i sambung lagi ok :)

Monday, January 20, 2014

Berita harian: Impian jadi nyata

Dari kecil, i memang tak menggalakkan Emir untuk expose di depan kamera. Walaupun ramai yang cadangkan supaya i bawa Emir ke casting, tapi i tak berapa berkenan. Walaupun i tahu itu salah satu cara Emir untuk confidencekan diri sendiri, tapi i tahu, Emir ni time span dia sangat cepat. Tak boleh dia kalau kene casting dari pagi sampai ke petang..

Tapi dengan kemenangan dari Tiger Biskuat ini, tak sangka juga Emir ada banyak peluang untuk "beraksi" dalam surat khabar. Setakat ni cerita kemenangan Emir dah dipaparkan dalam 3 newspapers, NST, Metro dan Berita Harian. Cuma NST dan Metro, i cuma perlu hantar jawapan saja. tak de interview.

Untuk Berita Harian, inilah kali pertama diinterview. Pengalaman kedua saya di interview (first masa menang American Idol dulu) dan pengalaman pertama Emir.

Emir seperti biasa agak pemalu..


alhamdulillah juga sesi kali ni, Ayu pun join, Ayu dah biasa, confident saja cakap. alhamdulillah jugak sebab ada Anaqi, Emir tak de lah nak ikut perangai dia kan..


Ini gambar Ayu sekeluarga, jangan di tanya kenapa Ayu dok pandang bawah. Can u see that cheeky Amani.. comel sungguh


Tengok.. Ayu pandang bawah lagi.. semua gambr dalam simpanan i, dia pandang bawah.. sorry Ayu


Ini gambar kedua anak dan kedua ibu.


Dan gambar Emir. Emir asyik tutup mata, katanya panas.. (alahaiii anak :p)


Adik I mimi pun ikut jugak. Location interview adalah di WonderMama Bangsar Village.


Yes, semua gambar Emir tutup mata , sebab tu lah sekarang ni kalau kene panas je, memanjang mintak pakai spek hitam grr...


Dan ini adalah keratan akhbar Berita Harian sisipan Famili yang dikeluarkan pada 31 Disember 2013. Ada dua muka surat..


insyaAllah akan saya framekan kisah2 Emir..

Wednesday, January 15, 2014

Langkawi visit - bukan untuk bercuti :)

Ini adalah my first visit to Langkawi after 17 years. yeah, u're right.. 17 years. Last sekali ke Langkawi masa 1996, ingat lagi masa tu last time Baba bawak pergi jalan-jalan, lepas tu Baba malas nak bawak sebab masa tu proses adik-adik nak membesar. Masa pergi Langkawi, adik I mengamuk guling-guling dekat Underwater World.. sebab nya.. nak nasik.. haih..

Ok itu cerita 17 tahun lepas..

So recently, in December my department organized teambuiding at Langkawi and I might say, it was seriously one fun teambuilding. and I  mean it.. ye lah, kami ni keje ala audit firm, sekali sekala tak ingat dunia macam ni memang enjoy habis..

and so this is my lunch buddies at EY and now in the same department with me. Naz really glad that she is around with me, at least boleh la mengadu domba.  I think, at work you really need someone you can share your feeling, your happiness, your miserable day.. sebab working is another world especially if you are in corporate world.. thats what i think...


Kami ke Langkawi via Malindo Air. my first experience naik Malindo Air and Malindo Air to me is not another budget airline. Ada TV and the seat quite comfortable.. 


and we stayed at Holiday Villa. Brief review on Holiday Villa Langkawi i dah letak pun dalam Tripadvisor (semangat kan :)). 


Banyak aktiviti yang dijalankan and memang seronok. Kat bawah ni session orang-orang baru yang join department kami. kene buat catwalk to introduce themselves.

Honestly, despite slight frustration that I  have in me (alaa biasalah, semua orang ade stress masing-masing), I do appreciate the relationship among my colleagues. 


kami department baru di company ni..jadi memamg ramai orang baru


Hari kedua memang penat sebab dari pagi sampai malam aktiviti. Malam kedua ada so call dinner and the theme was Pirates. The flag, the accessories dekat bawah ni semua buat sendiri and my team won the best dress.. 

Overall total i dapat RM100 shopping vouchers and thermos.. grand prize lucky draw best betul dapat jam swatch and paling i sibuk nak, voucher hotel stay... tapi biasalah, lucky draw macam2 ni i kurengg ong.. 


Hari ketiga sebelum check out sempat lah main-main tepi pantai..Cubaan melompat dari i tidak menjadi.. Badan berat macam tu lah... bawah ni semua bini orang, except yang tengah-tengah single mingle lagi..


sebab flight kami lewat petang jadi sempatlah berpusing-pusing sekitar langkawi (travel agent yang bawak). dekat bawah ni i pergi Nusantara, tempat yang sangat famous untuk minyak gamat..



lepas tu kami makan dekat satu restoren ni.. lupa nama apa, tapi dengar kata famous dekat langkawi.. First time makan som tam.. pedas sungguh


Pergi juga di Idaman Puri, tapi tempat ni bukan lah tempat i, i bukan a big fan nak beli pinggan mangkuk, tapi i rembat jugak pemanggang ajaib untuk bagi mak i.




Tempat Coklat?

Lupa nak ambik sebab rakus sangat pilih coklat.. 

InsyaAllah minggu ni secara impromtu dah tempat tiket pergi Langkawi with Mr. Husband and Emir. kira ad hoc vacation sebab cuti panjang kan minggu ni.. tempah tiket pun baru ahad lepas.. 

Monday, January 13, 2014

Women's Weekly Cooking Class with Fonterra

Again, I enrolled myself for Women's Weekly cooking class last 30 November (ok cerita basi) as this time around, the class was conducted at The Cooking House Sri Hartamas, sepelaung je dari rumah.. ;p


The main thing why I joined this because Femy (my neighbor) organized it, all i have to do was just paid my portion.. and she would do the rest.. The rest means from buying the magazine sampailah isi borang sekali ok.. :) Yes, she is one serious good organizer hehe


The chef in action - Chef Firuz. kalau ikutkan ini kali kedua Chef Firuz ajar saya. Chef Firuz adalah chef dari Hot Kitchen. I kalau Hot Kitchen akan pay extra attention sikit sebab i minat.. Same reason, kalau hot kitchen, kalau salah still boleh adjust, kalau buat pastry, kalau salah.. lain kali kene cuba balik :D.

I suka idea The Cooking House, tak payah lah nak teknologi bagai, just letak cermin atas kepala chef, kira macam reflection, so semua orang sampai ke belakang pun boleh nampak and clear lagi..


Ini masa kami tengah masak, tapi ini group lain.


Masak ini adalah sengat sedap. Cheese semata.. dalam tu ada macam gulungan popia dengan chicken and it blends well, resepi kene cari, sebab i pun ingat2 gitu je..



Small world, my friend's friend, kenal my cousin. So she actually invited my cousin (cousin belah Emran).. Anak tiga ni, tapi tengok lah badannya... (*stress)


Ini masak salmon, highlight of the day. Makanan semua kami boleh bawak balik dan salmon ni lah yang menjadi top kegemaran Emir and Papanya


Ini adalah staff yang bertungkus lumus packing untuk kiterang. Kami tolong masak n dengar je.. Seronok kan bila masak ada orang kemas.. 


Dan ini adalah hasil of the day. 2 pastries, dan 2 dari hot kitchen.. kali ni punya kelas masakan, memang semua best-best.!! love it..


Cuma masa i dapat goodie bag tu ada sikit frustration, sebab Anchor yang diberi telah dibukak.. 

Takpelah bukan rezeki.. 

Apa pun i akan join lagi Women's Weekly even thi February. :) 

Makan time: Fish & Co Singapore - Emir's fave restaurant

Emir semenjak membesar sekarang, pilihan utama makanan Emir mesti berasaskan ikan. Lagi terangkat kalau masak ikan goreng ke, ikan masak kicap ke, yang penting ikan mesti ada. Kalau ayam daging tu tak adalah dia tak makan, makan tapi slow sungguh.. 

Hari pertama masa sampai di Singapore, i terus request makan Secret Recipe. Senang, sebab Secret Recipe ni dekat luar kedai di Vivo City tu besar-besar ada logo halal singapore, plus i sendiri dah google sebelum tu. Tapi bila tengok menu -- tak de beza nya pun dengan Malaysian menu.. so macam tak ada thrill kat situ.

Tapi nasib baiklah untuk dinner malam tu, the Agency just bagi kami duit, pandailah kami cari makan sendiri. So, sebab lalu dekat Fish & Co, Emir sendiri suggested to try this restaurant sebab dia nampak perkataan fish..

Sekali bila makan.. memang sedapppppppp !! Emir betul-betul enjoyed the food to the max.. bukan senang Emir makan sungguh-sungguh..


Atas ni kira alas pinggan.. dekat Malaysia bukan macam ni..

]

Emir ordered Fish & Chip Kids menu.

I order bende ni.. lupa nama apa.. Kenyang tok sah cakap. Masa tu terbayang, kalau ada laki i sure dia akan tolong habiskan..


Sebab banyak sangat duit dia bagi untuk belanja makan kan, so i nampak fried calamari je terus order!! Tamak sungguh.. Sekali, tak habis pun, suku pun tak sampai... so fried calamari ni i tapau bawak balik. and guess what, balik je hotel, Emir yang habiskan makan sotong ni.. 


Second day, as i mentioned to you in the earlier post, Emir had quite a long tiring day. So i asked him what he wanted to eat, and as expected, he chose to eat this.. AGAIN!!



Yes, same menu :)

Me on the other hand.. chose this.. once again, couldnt remember what i had, but tell you.. serious sedap!


ok closer look at Emir's fish and chip


So, balik dari Singapore i google nak tengok ada tak Fish & Co dekat KL ni, rupanya ada. Setakat ni ada tiga. Satu dekat Pavilion, satu dekat Sunway Pyramid n satu lagi dekat One Utama, so we went 1Utama..

Unfortunately the taste was a bit different. Fried calamari tu samalah, Emir punya fish & chip tu samalah.. Sebab goreng je kan. I punya makanan.. tak tau lah kenapa plain taste. and i tengok menu dia tak sebanyak menu kat Singapore. 

Husband cakap "biasa je, tak de best mana pun" 

so insyaAllah kalau ke Singapore, teringin nak bawak laki i ke sini.. suruh dia rasa. Seriously, betapa i teringin sangat nak berjalan tengok dunia dengan husband sendiri. But yes, at times, we couldnt force people to fulfill what we want :)
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez