Friday, January 10, 2014

Hi5 House Party in Kuala Lumpur

Sangat berbesar hati menerima undangan Dari Dumex Mamil untuk ke Hi5 House Party sedangkan pada mulanya kami cuma dapat invitation untuk ke Hi5 Private session saja di The Apartment, The Curve.

Sampai di sana, Ezna memang dah sampai. 


Sebab dapat tiket free, kenelah ada registration kan.. We received 4 tickets, tapi burn satu sebab kami bertiga je.


Hi5 House Party ini di adakan di KL Performance Art Centre di Sentul, name je dekat dengan rumah tapi ni lah first time i datang. Cantik tempat nya. Di luar dewan tu, ada jual macam-macam barang-barang Hi5


Persembahan mat salleh mestilah start on time. Kami dapat seat paling belakang sekali..


I ajak jugak Emir untuk ke depan, sebab they allowed the kids to stand in front of the stage, tapi Emir tak nak. Dari jauh seronok tengok budak-budak tu bersungguh-sungguh ikut rentak Hi5. I jadi seronok sebab tengok budak excited. Ye lah kan, bende depan TV yang menghadap hari-hari sekali ada depan mata... Mau tak budak-budak excited.


Emir? mmm Emir? mmm Emir mmm

u know a young 8 years old boy who now think that he is a BIG boy, so he considered 

"why i have to watch this"

sabau je lah kan..


Apa pun dia layan je.. nampak jugak dia tersengih-sengih, tapi bila i tengok dia and dia perasan, automatic dia buat muka macho, konon-konon tak heran.. duh... tu baru 8 tahun tu dah rasa "this is not my stuff"

Best, persembahan ni satu jam je, kire macam memenuhi piawaian time span anak-anak kan..


Usually kids around 2-6 years old will love Hi5. Bile tengok budak-budak tu semua, terus dalam hati kata

seronok nya ada anak kecik..

:)

Thursday, January 09, 2014

Family event: Meraikan orang baru.. :)

Tidaklah berapa baru, tapi orang tua akan kata.. "ooh yang baru kawin hari tu yer" .. walaupun hari tu bulan May tahun lepas..  so masih valid dikira baru. :) End of  December yang lepas, Ani cousin saya yang paling saya rapat ya Ampun, disebelah pihak suaminya mengadakan Jamuan kesyukuran bagi meraikan bukan sahaja kedatangan Ani ke family baru mereka, tapi juga kedua ibu bapa mertua Ani dan adik iparnya yang baru pulang dari mengerjakan haji  yang lepas. Majlis diadakan di Restoren Haslam.

For a record, first time attended official function di Restoren Haslam. Selalu datang lunch saja.


Nampak maintain kan, padahal perut tu dah masuk second trimester :)


adik I yang single lagi but not available - Ainaa


with Encik Suami


with kedua ibu bapa - Mama pandang tempat lain pulak


bersama dengan mak mak sedara, sepupu sepapat dan adik beradik.


ini kalau tak kenal saja lah kan.. he is wearing that famous baju kotak-kotak.. i ni kind of like baju tu at this moment, so Emir akan repeat je lah baju tu :D

Paling best, acara diserikan dengan mini contest.. I dengar je perkataan contest memang orang pertama la yang mata terbeliak haha

Ada lima peluang nak menang hadiah..

Lucky draw pertama: Siapa ada syiling lama 50 sen...

Kelam kabut cari sekali adik ipar I, Akhir ada.. terus lah Akhir pergi 

and he won

Coffee maker u...

Anak sedara I, Zubair happy bukan main, tapi bapak dia lagi happy kot


Soalan kedua: Sapa pakai jam Swatch.. takde takers pulak masa tu

Soalan ketiga: Sape pakai baju yang ada jersey

Lepas tu ada pulak best dress of the night..

Adik I mimi antara salah seorang pemenang.. 


Sebenarnya ada satu soalan: Kedua pengantin ni anak yang ke berapa.. I suruh Emir ke depan, sekali tak sempat pulak.. Being my son, mana lah boleh kalah huhu, muka dah toya.. sekali nasib baiklah MC dapat baca Emir.. boleh pulak ada soalan

Siapa yang pakai  baju  kotak-kotak warna merah cepat datang ke depan.. Obviously Emir the only one yang pakai baju kotak-kotak..  terus mamat ni senyum meleret.. 


So kira, meja kiterang je tiga hadiah kiterang balun hahaha . apa nak buat contest seeker pun ada dalam meja ni .. Tapi memang sangat menarik buat macam ni, gamat dewan makan ni..

Tapi budak kecik macam mana pun manalah boleh duduk diam.. dua dua restless, kiterang tak bagi Emir main iPad.. 


Zubair.. budak ni nampak je kecik tapi suara dia besar gitu...  kalau dia jerit, satu dewan boleh dengar


Makanan? tiptob babe, pilihan lauk sangat banyak, two thumbs up.. lupe pulak ambik gambar makanan, sebab sedap sangat dapat makan..


Tahniah kedua pengantin, tak sabar nak tengok anak korang.. oh yang baju merah tu dialah pengantin laki.. 

Semoga berbahagia  hingga ke anak cucu.. 

Wednesday, January 08, 2014

My first Photobook - that Singapore trip

Ini first time i buat photobook. Setakat ni dah dua tiga kali beli groupon photobook tapi end up burn begitu saje. Sebab i tak nak memori i hanya di blog dan social media macam cerita i pergi LA and Japan dan paling utama sebelum original pictures hilang di timbunan gambar-gambar akan datang, baiklah i buat cepat-cepat.

At first, i bought a groupon yang rupanya hanya bersaiz 8" x 6". gila kecik kan. Jadi masa tu memang tengah bersemangat nak buat photobook memandangkan i dah cuti hujung tahun dan tak ke mana-mana. Baiklah i isi masa lapang dengan create photobook ni.

Nasib lah masa ni Pixajoy tengah promo (sebenarnya banyak je company-company photobook selalu buat promotion), tapi disebabkan i dah download software Pixajoy, sebab tu jugalah i beli Pixajoy. so, i bought a photobook 11" x 15" at RM90. Tapi i tambah sikit (ok dia kate ada macam glossy paper ke ape - I ambik je, sebab i want my first photobook at tiptop condition lol :p) so all in all, i paid for RM128 inclusive delivery for this photobook.

Mula-mula, memang terkial-kial la nak belajar software ni. Lama-lama ok.. yang tak ok nyer, kene pilih gambar di dalam ratusan-ratusan gambar.. sampai juling mata lah.. I did this dari pukul 9 malam, sampailah pukul 6 pagi . Betul-betul gigih tak bertempat :p


Lepas tu, sebab guna service Skynet, kenelah tunggu 6 hari working days. Inilah parcel yang i tak sabar-sabar nak dapat. Agaknya bende yang kita tak sabar, bende tu lah ada macam-macam hal. Since i put my office address, i thought kalau macam Poslaju, they will call us dan kita sendiri akan collect parcel kita di bawah, rupanya Skynet ni dia terus main hantar dekat Central mailing room. dan hari Skynet ni sampai pulak masa musim orang cuti hujung tahun, jadi Mailing room tak menang tangan untuk buat delivery. So all in all, baru semalam i dapat, (definitely more than 6 days lah)..

Apa pun, Alhamdulillah all in a good condition.

and for the first timer, i am all satisfied.. Seronok wei.. (macam budak kecik dapat toys)


dan nak dijadikan cerita, Photobook ni dia bungkus dalam satu kotak besar, yang besar gedabak lah, so i decided to bring the box itself home.. Gagah naik LRT dengan kotak besar tu.. sekali.. aiyoo semalam pulak jam tahap maksimum di KL and my husband got stuck in the massive traffic jam yang menyebabkan i terpaksa usung kotak tu sikit punya lama. Sampai lenguh tangan laa..

Sampai-sampai terus pergi makan terus jugak i nak tunjuk Photobook i kepada hero-hero saya :D



dan semalam je, ntah berapa kali i belek pun tak tau lah.. seronok punya pasal.. So lepas ni tak sabar nak pergi next vacation. I will create a photobook only during special occassion, macam pergi jalan-jalan overseas ke (boleh yer papa :)).. 




Happy!!

Tuesday, January 07, 2014

Singapore - Day 3 - Part 5 - Around Sentosa - Luge Ride

Alhamdulillah, urusan Emir di UWS selesai lebih kurang pukul 3 lebih. Flight kami pukul 8 malam, jadi kami ada banyak masa untuk berjalan since we couldnt do that earlier memandangkan Emir tidak menunjukkan tanda-tanda nak berjalan *grrr. Tapi hari ketiga ni Emir sangat happy dapat ride dengan dolphin jadinya sepanjang hari muka senyum panjang. So, kami pun jalan sekeliling Sentosa Island dan bende alah ni attracted his attention.

Sampai kawasan ni baru tahu bende ni nama nya Luge Ride. Tapi tidaklah i pun join sebab Adeline dah sanggup untuk bawak Emir.. i ni gayat bukan main. Kalau tak da Adeline, i rasa impian Emir tak kesampaian lah, tapi kalau definasi kesian tu ada, tak tau lah.. Banyak pakej disediakan tapi tak salah i ambik SGD20 (kot!).


So, mula-mula i minta Adeline naik dulu - alone, to see whether it is dangerous for kids ke tak, bila dia kata Emir could handle it, barulah i let Emir go (walaupun masa tu tiket dah beli). 


So, Emir naiklah "socall" cabel car ni. I rasa kalau zaman mak i, i doubt mak i akan bagi naik cabel car ala-ala macam ni, nampak bahaya kan, tapi insyaAllah selamat, ada belt kene pakai.


Lama jugak nak tunggu derang turun, adalah kot dalam 20 minit.


Second try pulak, Emir naik that Luge sorang-sorang, tapi Adeline kata, budak kecik tak berapa pandai control that Luge. Even i pun tengok, asal budak kecik bawak je mesti ada incident-incident macam nak jatuh.


Tapi dapat lah Emir naik satu round sorang-sorang. Since Adeline kata macam bahaya, so i tak bagi lagi Emir naik sorang-sorang lagi


Dan ini kali ketiga Emir naik. Total dapat naik ada dalam 4 kali rasanya.


Dan ini round terakhir. Actually ada lagi satu trip, tapi Adeline ni pun dah malas, ye lah in total dia naik 5 kali kot. Even i nak bagi lagi satu tiket dekat orang pun, orang tak nak ambik, macam takut i ni spam haha.. Padahal nak bagi tiket free..


Kalau u all perasan, hari ketiga ni, Emir asyik senyum jer..

Monday, January 06, 2014

Winning entry: Small Hadiah Big Smile

Hadiah kecil-kecilan tapi dah cukup buat i gembira. Ini adalah hasil di penghujung-hujung tahun 2013. I ni ikutkan akan sentiasa update satu-satu entry, ye lah sekali sekala saja dapat. BFF i especially Ayu akan update everything in bulk, kekadang tu seminggu sekali tu.. 

Not in random order, inilah hadiah yang i dapat.. 

Samsung Raya Facebook Contest - 4 GSC movie tickets. I dah tukar 2 tickets tengok Walking with the Dinosours dan 2 tiket lagi tengok Frozen.


Palmer's Cocoa Butter Contest - offline contest. Alhamdulillah, sangkut juga consolation prize. Contest ini based on picture's contest, dan paling tak sangka saya menang hanya setakat ambik gambar gune handphone i jer.. kira balik modal sebab POP i beli RM30, adik I Ika happy betul sebab dia memang pengguna Palmer's ni, jadi POP tu i bagi dekat dia.

Alhamdulillah i dapat RM100 cash, Palmer's hamper dan Octo Gintell Handheld massager worth RM128. Ada prize giving ceremony, tapi i tak dapat hadir sebab kerja. Ayu yang tolong ambikkan hadiah untuk I. Menang berjamaah bersama Suzi dan Ayu juga.


Sold

Sold
source: Google

Ini bukan contest, tapi dapat 4 keping tickets tengok The Hobbit sebab belanja lebih RM1,000 guna CIMB MasterCard.. huhu.. sebab beli handphone yang hilang punya pasal. Oh yes, I lost my mobile phone somewhere in early November dekat Hilton PJ masa attended Phillips blogging event


Best Dress - During Tioman trip which i won from Berjaya Youth contest. Hadiah yang tak disangka. Happy bukan main :) Pakai baju witch saja. Anyway, this mask worth RM300+ (i tengok sumber Google saja), and i'm intend to sell this mask since i'm not a diver. Harga i nak jual RM130.


San Francisco Coffee Facebook Contest - hanya slogan dan i berjaya dapat sebuah diary dan empat voucher by 1 free 1 any San Fran's coffee. I just received this on 30 December. kira inilah yang paling baru i dapat.


8TV's Quickie - OneFC Contest. Banyak betul hamper yang diberi hanya melalui satu Facebook Contest.

Liese Hair Color - intend to sell at RM16 (SOLD)

Biore sets
(sold)

Biore Men set
(sold)

Asience set - intend to sell at RM40 inclusive postage. 

Kose Black is new White Facebook Contest - tak sangka juga menang yang ini sebab i ni tak pernah lagi menang berdasarkan rupa paras i yg tembam ni walaupun Conso prize saja.. :) tapi mungkin yang ambik gambar was my husband.. agaknya sebab tu kot :p. Grand prize contest ni adalah tiket pergi balik ke Japan, kawan Facebook i yang menang. Best kan..

Hadiah i dapat adalah Kose products worth RM300

Sold

ni i gune

dan ini adalah contest klasik yang i menang. sangat kelakar. Biarlah ia menjadi rahsia i :p apa pun Alhamdulillah i memang 2nd prize melalui Movie Tom Yam Gong 2. Hadiah nya adalah movie merchandise dan paling best, traveling bag yang besar tu.. best best


Alhamdulillah.. looking forward for 2014 contest pula..

Friday, January 03, 2014

My 2013 contest journey

Azam baru, semangat baru dan jiwa baru. Umur makin naik, hati kene cantik, ibadah kene lagi menarik. Itulah yang i harapkan. Untuk pertambahan keluarga, kalau ada rezeki, adalah, kalau tak de its ok.. :)

Sebenarnya, i suka benor tengok orang buat summary what they have achieved in 2013. Rasa teruja dan gembira tengok kawan-kawan yang telah mencapai apa yang dihajatkan. Tak kurang juga 2013 meninggalkan kenangan pahit kepada kita semua. Tak semestinya kehilangan keluarga, tapi ujian terhadap kehidupan kita.. 

Apapun insyaAllah, tahun 2013.. ni saya nak laki i bace... I nak cantikkan rumah .. like seriously!! cuma i kene fikir macam mana i nak tempatkan barang2 yang terlebih muatan ni. maklumlah tinggal rumah kecik je. memang tak muat.. one of the thing, i will turn my first balcony into a nice activity room. InsyaAllah --> kene tunggu duit bonus :p 

Looking back in 2013.. i only want to share on my contest journey.. let's see what i have achieved on my BIG winnings. 2013 bukanlah tahun yang i beria untuk masuk contest especially the first part of the year. The excitement only came in november and december 2013.. Tapi in between, Alhamdulillah, ada juga few kemenangan yang i dapat rasa

1. Winner for Prince Hotel Facebook Contest - 3 Days 2 Nights at Prince Hotel




3. Digi Raya Story Contest - Samsung Galaxy Tab 8.9




5. B.Youth - Berjaya Youth Instagram Contest - 3 Days 2 Nights Full expenses paid Trip to Berjaya Tioman


and this is the top of the list..

6. Tiger Biskuat Realisasikan Impian - RM10,000 (Dolphin training session at Underwater World Singapore for 3 days 2 Nights - full expenses paid trip to Singapore


Kebanyakan yang i menang memang tak gune POP except for Leibniz Contest and Tiger Biskuat Contest, itupun i cuma hantar 1 entry saja. I don't trust spending many POPs unless memang dah tersedia ada..

Alhamdulillah, walaupun tidak setanding dengan pencapaian rakan-rakan yang lain yang sangat hebat, Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk merasa nikmat menang contest yang besar dari yang Esa..

InsyaAllah, i sendiri tak sabar nak tengok what awaits me in 2014. Harap-harap rezeki dapat berpihak kepada saya. My dream list

1. Menang cash
2. Menang kerete
3. Menang makeover untuk rumah
4. Menang travel voucher

1.2.3 agak mustahil untuk saya, tapi no 4.. i will ensure it comes true tak kisahlah Malaysia ke luar Malaysia. Harap cinta hati saya dapatlah buat passport..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez