Saturday, October 05, 2013

Emir's 7th Birthday - His happiness

Hari itu Emir senyum sahaja. Sebelum tibanya 29 June, hari-hari Emir counting the days. Maklumlah, ini kiranya baru pertama kali kami buat Birthday party di tempat macam ni. Hari itu, sampai je di Jungly Gym, terus saja Emir main dan main, sampai habis merah muka..

Alhamdulillah, rezeki yang kami ada inilah yang kami kongsikan untuk Emir, dan inilah yang saya usahakan. Kerja untuk kebahagiaan keluarga. Bila tengok Emir senyum macam ni, rasa puas, hilang segala geram dan stress di tempat kerja.

Gambar-gambar bawah ni cukup untuk buktikan betapa Emir sangat happy hari tu.. So untuk next year, saya tengah fikir nak buat dekat mana. Me - i always planned earlier, but the execution part sure last minit. Tapi oklah, sebab saya memang tahu apa nak buat, so walaupun last minit tapi masih lagi ok-lah kan..

Happy weekend you all.. :)





















Friday, October 04, 2013

Leibniz - the Prize

Alhamdulillah, hadiah dari contest Leibniz telah selamat diambil di pejabat Sangla Foods Sdn Bhd di Glenmarie pada hari Selasa lepas. Kalau ikutkan, hadiah dah boleh diambil pada minggu lepas, tapi dek kerana saya ni susah sangat nak pergi pada hari bekerja, jadi saya tangguhkan sehingga 1 Oktober lepas memandangkan saya ambil cuti untuk Hari Sukan Sekolah Emir.

Hari Sukan Sekolah Emir tamat dalam pukul 12.30 tengah hari macam tu, lepas tu kami makan tengah hari, tup tap tup tap, sampai rumah nak dekat pukul 2. Kalau tak kerana Emir yang berpeluh sakan, ikutkan senang lagi kalau pergi terus ke pejabat Sangla Foods, tapi kami balik untuk mandi dulu. Saya pun badan dah melekit-lekit.

Tapi biasalah, seperti yang dijangka, bila balik, semua orang badan dah letih, mulalah dari pukul 2 cadangnya nak ke Glenmarie dah jadi pukul 3 lebih. dan Emir masa tu dah penat longlai dah sebab saya tak bagi dia tidur dulu. Kalau tidor alamat memang susah la nak bangun.


Satu-satunya gambar Emir di situ. lepas tu terus dia baring dekat situ. PIC yang layan kami sangat baik, sayangnya PIC yang handle kes kami baru berhenti kerja sehari sebelumnya. Saya rasa memang derang terkejut tengok muka Emir, ye lah kan, gambar yang saya hantar tu dalam 3 tahun lepas, masa tu Emir ada chubby sikit mukanya dan still cute cute baby face.. Ni dengan gigi takde, rambut botak :p

Hadiah yang diterima sangat best. Pakej family photoshoot worth RM380 di The Strand, Kota Damansara. Saya memang looking forward for this photoshoot sebab tak pernah lagi kami anak beranak ambil gambar studio :)


dan paling best, adalah ini!! RM1,000 vouchers Isetan. saya dapat 100 keping RM10, senang nak redeem nanti. Saya akan allocate equally among my boys, ye lah Emir tukang modelnya, Papa tukang cameraman-nya dan of cos lah saya akan dapat share terbesar hahaha, sebab saya lah tukang beli biskut, tukang print gambar, tukang isi borang contest, tukang tampal setem, tukang jalan kaki pergi post office dan tukang pos surat . Banyakkan kerja saya hahah..


Alhamdulillah, syukur kepada kurniaaNya. 

Thursday, October 03, 2013

On his first school's Hari Karnival

Rasanya minggu lepas, minggu Emir. banyak betul aktiviti sekolah yang di"cramp" di  hujung-hujung tahun ni. So, on 28 September, his school organized Hari Karnival. Kalau masa saya sekolah dulu orang panggil Hari Kantin. :) So punyalah dia monopoly mak nya suruh belikan kupon RM50.. sorrylah yer.. Ibu bagi beli RM30 je dulu. Tak percaya Ibu budak sekolah bawak duit banyak-banyak pergi sekolah beli kupon..

Nasib masa sampai tu, same timing dengan kawan Emir, Irfan. Jadi adalah geng.


Ada banyak gerai jualan dekat sini. Macam-macam gerai jualan yang ada yang kebanyakannya dikendali oleh ibubapa. Tapi ya Ampun mahalnya lah harga Hari Karnival ni ya. I bought a kebab at RM5 satu *gulp.. :) Masing-masing nak maximizekan profit. Apa pun semua makanan memang ada rasa, tak delah main hentam koromo jer kan.. Siap ada kelas bawak terus Kenny Roagers booth (lupe pulak nak snap gambar).


Ada yang jual makanan, ada yang jual barang-barang kraftangan. Kelas Emir decided to sell girlie stuffs. Ada manik, ada rantai, beads and all. Tapi Hari Karnival kali ni saya tak berapa get involved sangat sebab tengah bersungguh-sungguh untuk Hari Sukan, jujurnya saya pun baru tau kelas Emir jual beads. FYI Hari Sukan 1 October, Hari Karnival ni 28 Sept.


Paling budak-budak ni tak sabar-sabar, adalah aktiviti-aktiviti di padang. Annoucement kata ada Nerf Specialist di padang. Bila tengok padang, memang dah macam perang .. Satu side tengah sibuk berperang Nerf, lagi satu side pulak tengah sibuk berperang Counter Strike.



Dah ada budak laki dua orang ni, manalah lepas kalau tak mintak main kan. Nasib cuaca hari tu sangat encouraging. Sejuk redup macam tu. Mula-mula ingat nak hujan rupanya cuma angin sepoi bahasa,.



Emir dan Irfan decided to play Counter strike instead. Nak main bende ni harganya RM12. Bawah ni konon tengah bincang strategilah.


Gaya seorang askar. Malangnya tak de gambar Emir sorang-soranng because again he refused to take picture..! Geram betul! bukan senang nak dapat pegang pistol, topi dan secara kebetulan Emir pulak hari tu pakai seluar macam Askar.


Masa ni tengah tunggu giliran nak main. Ada dua pasukan, rasa satu pasukan adalah dalam 8-10 orang. 


Sebelum main, ada diberikan briefing on how to play. but again, Emir tak pay attention pun.. dengar dengar gitu je..


Testing senapang dulu. Adalah satu selit muka En Suami


So when iPad game comes to live, barulah depa tahu kan. Tapi kalau ikutkan sebenarnye both Emir and Irfan ni main tembak je.. 


Adalah sikit gambar Emir dekat Counter Strike ni walaupun tak pandang kamera. Nampaknya kene mencuba lagi tahun depan.


Seperti biasa kalau mana-mana sekolah, Hari Karnival mesti ada Haunted House.. kenapa yer :) dan biasalah, nak masuk sini q-nya panjang berjela. Emir decided untuk masuk walaupun penakut ya rabbi.. Dekat sebelah Haunted House ada satu area "RIP" tanya Emir dia tak tau bende ape. tapi saya rasa ini tempat kubur binatang-binatang yang mati keliling sekolah.. Rasanya lah


Emir memang buat drama dekat sini.. Penakut tok sah cakap. menjerit-jerit.. nak masuk pintu tu pun dah ambik masa. Mula-mula dnegan Ibu, bila Ibu kata kalau tak nak takpelah, tapi dia nak jugak buat. Sambil saya tengah tunggu Emir nak buat decision, rupanya ramai je budak-budak ni masuk lepas tu terjerit-jerit nak keluar balik. 

Last-last Emir nak masuk dengan Papanya instead ibunya. Tapi Papa cakap, Emir jerit sejerit-jeritnya dalam tu sebab nak jadikan cerita, kasut Emir tercabut dalam rumah tu, lepas tu pulak ada sorang "Hantu" yang rajin dok kacau-kacau Emir.. budak ni dah lah penakut, ada pulak orang buat macam tu bertambahlah takut dia.


Because of that, terus dia nak balik rumah , dah tak de mood nak main.. :D Sebab nak habiskan kupon, saya suruh Emir main satu game ni. kalau bola masuk one of the bottle ni, kalau ada ikan boleh ambik bawak balik. Punyalah seronok dia dapat ikan guppy ni.. Color ni Emir pilih, Ibu mintak tukar guppy colorful sikit, Emir dah tak nak..


Ya, rumah saya sekarang dah ada dua pets dah. Satu kucing, satu lagi ikan.. Ikan ni Emir letak nama Fasha.. huhu (with a note: dia tak kenal Fasha Sandha ok)

Tuesday, October 01, 2013

Pengalaman bersama myBuddy

Rentetan dari pengalam saya makan dan spa santai bersama Philips di entry ini, sekarang saya nak kongsikan bagaimana pengalaman saya menggunakan myBuddy...

Apa itu myBuddy?

myBuddy adalah produk dari Philips yang direka khas untuk kanak-kanak yang masih lagi dalam proses pembelajaran untuk mengenal waktu jam. Pendek kata, produk ni sesuai untuk anak-anak yang berusia dari 2 tahun ke 7 tahun.

Apa yang menarik tentang myBuddy ialah ia direka bukan sahaja sebagai lampu tapi juga sebagai mendidik anak-anak in fun and learning environment (i tell you why ok). Paling penting, myBuddy selamat digunakan oleh kanak-kanak kerana ia adalah teguh dan kukuh dan tidak mudah pecah.


Di pasaran ketika ini myBuddy mempunyai dua color, satu biru dan satu pink, of cos laki akan pilih biru dan perempuan majoriti akan pilih pink kan.. 


When you use Philips u can used it with confidence. Philips telah berada di pasaran semenjak tahun 1891.


Apa yang menarik tentang myBuddy?


Saya sendiri telah menggunakan myBuddy dekat Emir. First time saya bukamyBuddy dari goodie bag yang saya terima, dia yang excited terlebih.. 

Jadi apa yang menarik..


myBuddy ni adalah peneman yang paling setia kalau anak-anak kita nak buat light reading sebelum tido. Some of my readers know that Emir loves to read book before he sleeps. Katil bilik Emir ni pulak, kalau bace buku in his position as picture above adalah membelakangkan cahaya, jadi agak gelap.. somyBuddy makes lighting better.

myBuddy juga senang nak operate. dekat atas topi myBuddy ni, anak-anak letak je tangan kat situ dan tekan sikit dah boleh tutup or bukak lampu. Emir masa ni dah ngantuk see, how he did it..

Ini bukan berlakon ok.. penat i tunggu :p being Emir, memang masalah negara sikit kalau ajak posing :) memang best kan untuk budak2.. and yes, SANGAT CHILD FRIENDLY!!


and masa untuk tido!!


Jadi, bila lampu dah tutup, the kids should know yang hari masih malam sebab sebagai ibu bapa, kite boleh set timing. Jadi, katelah Emir bangun tengah malam, dia cuma tengok myBuddy dan ada simbol bulan, dia tau lah hari masih malam! tak payah susah2 nak tengok jam. Kite pun boleh take this advantage jugak!


Sebab, myBuddy ni senang betul nak digunakan, bila kite keluar bilik... tengoklah Emir buat apa.. 



DIA SAMBUNG BACA BUKU BALIK!! :D

Morning light

Jadi bila hari dah siang, myBuddy akan tunjuk simbol Matahari. So anak-anak boleh tahu, time to wake up and play!! Sorry gambar Emir tak tau kenapa tak boleh transfer :)

sapa tukang set timing dekat  myBuddy? Sapa lagi kalau bukan ibu dan papa kan. Worried not, sebab button yang ada dekat myBuddy memang senang sangat nak operasi. Jangan risau, kalau beli, user manual pun ada. I pun belajar dari user manual jer.
Easy morning light set-up

yang ni berita gembira untuk ibu dan ayah sebab myBuddy ni mempunyai penggunaan kuasa yang amat rendah iaitu hanya 2 x 1W, tetapi menyediakan keluaran cahaya yang tinggi (140 Lumen) pada masa yang 
sama. Dengan suhu cahaya 2700 Kelvin, myBuddy menyediakan cahaya putih yang menenangkan.

High quality LED light   Energy saving

Teknologi LED digunakan dalam myBuddy mempunyai jangka hayat yang berpanjangan sekurang-kurangnya 20,000 jam. Menggunakan hanya beberapa watt kuasa, myBuddy dan ia mencukupi dari malam sampailah ke pagi..

As a note harga pasaran myBuddy adalah RM499 tapi kini Philips mengadakan promosi dan anda boleh mendapatkan myBuddy pada harga RM199 di Philips yang terletak di Menara Axis, Petaling jaya.

p/s Emir secara jujurnya akan sentiasa on-kan myBuddy bila waktu tidur memandangkan Emir greatest fear is dark! hari-hari semenjak Emir terima myBuddy, memang myBuddy akan sentiasa dipasang setiap malam. so, this myBuddy really helps Emir to sleep on his own with the lights off..
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez