Monday, September 09, 2013

Emir 7th birthday - dari lensa Papa Emir

As a note, gambar ini tidak diedit oleh Papa, kene letak disclaimer ni, kang ada yang marah kang :p saya yang ambik dari dalam Papa punya kamera dan transfer. dah alang-alang tu terus upload, kalau tak memang tak terupdate terus.

Yer cerita ini berlaku pada 29 Jun 2013, hari yang jatuh pada hari Sabtu. Setelah bertahun-tahun lamanya tak buat birthday party untuk Emir (hanya setakat di sekolah jer), kali ni kami berbesar hati untuk throw a party untuk Emir.

Sebelum tu minta maaf kerana tak dapat jemput semua. Memang niat buat party untuk Emir supaya dia happy, jadi kami cuma ajak satu kelas Emir dan saudara mara dan rakan terdekat. Alhamdulillah, saya telah booking tempat ni sebulan lebih awal. Dan kami memilih Jungle Gym di Bangsar Shopping Centre sebagai venue untuk birthday Emir kali ni memandangkan tempat ini memang senang sangat nak parking dan senang nak cari.

Benda pertama yang saya pertaruhkan adalah buat swimming pool cake, i ni bukannya pandai pun. dahlah bertahun-tahun tak buat cake, apatah lagi fondant cake, tapi saya bulat tekad nak jugak buat cake untuk Emir. Walaupun tak kemas dan cake tak seberapa, tapi seriously i puas dapat buat cake untuk birthday Emir. kene selalu brush up skill ni untuk belajar macam mana nak buat kek bagi kemas. :)


Goodie bag, yes, the party pack. Antara perkara yang sangat penting kalau birthday party ni, bebudak memang expect akan dapat party pack. Kami tak de specific theme, asal boleh je :) . Kebetulan masa kami beli paperbag di Jusco ni memang ada banyak jenis Football ni (itupun sebenarnya kami siap cari dekat setiap drawer / storage :p) terbongkok-bongkok kami cari tanpa menghiraukan orang lain :p dapat lah dalam 80%, yang lain tu campur-campur je.


Party decoration memang disediakan oleh pihak Jungle Gym. The organizer, Joshua and his staff are very friendly and helpful to ensure we had a smooth celebration. Thanks team! appreciate that!!


Gambar husband Ezna dan husband Ayu. Malangnya Suzi tak dapat hadir sebab masa tu mak Suzi datang KL. 

Kesian Ayu, tersalah timing. Dia datang awal, masa Ayu telefon, I was still at home :) dan Ezna nak tanya boleh, beg tu beg yang i kenal ke? serious tak ingat color :)

Thanks you all for coming. After that, Papa dah tak banyak click gambar sebab kene layan tetamu.. 


Let me see, whether i know kawan-kawan Emir ke tak. Bawah ni Imran, 6 tahun, kawan Emir di tempat mengaji. Kesian dia, dia balik awal, I seriously forgot to give him the party pack.


Anak-anak kawan-kawan baikku..  anak Ayu dan anak Ezna.. anak Ezna, Dania tudung cantik-cantik..


Cake cutting .. :) Alhamdullillah Emir tak kisah pasal kek. dan paling penting, Alhamdulillah tak de sorang budak pun mengata kek i huhu.. Takut jugak babe :) Takut malu haha


Lepas cake cutting baru makan. Masa nak susun meja makan ni, staff Jungle Gym suruh budak duduk dengan parents supaya senang handle, but i told them no, kids should have their own table and mix with their friends, pandailah budak-budak ni kan.. majoriti 7 tahun. My mother, masa budak2 ni tengah makan, sibuk pasang telinga sebab nak tahu apa lah yang the kids borak.. :)


Emir dengan topi Boboi Boy pemberian Angah (my SIL). Kelas Emir ni kalau siapa2 buat birthday party, they will just drop and go. So, masa nilah i merasa macam cikgu sebab nak handle semua budak-budak ni at one time. 


Irfan (the red shirt), he is in the same class with Emir and they have known each other since i think they were 3 years old!! Danny (anak jiran I) pun dapat topi yang sama dari Angah :), Imran and Amani yang comel dekat sebelah tu.. 


Qais, antara kawan-kawan yang Emir baik di sekolah. ;)


Love this candid!!


Sarah si comel ni. On the same day ada sorang lagi  budak kelas Emir buat birthday party (girl). Floral theme. Jadi, macam party ni terpecah dua, yang laki banyak datang party Emir, yang perempuan banyak datang party lagi satu. So this cute girl came to this birthday party after attended the other party. Semangat kan :)


Kawan-kawan Emir di tempat mengaji.


Baru perasan, papa Emir banyak ambik orang yang sama je :)



Alhamdulillah the party went well. Its a normal birthday party. Nasib kami baik sikit sebab we were the last batch yang ada party masa tu, kalau tak lepas 2 jam mereka akan suruh clear cepat2 dan tetamu kene balik cepat-cepat. so, we were there at Jungle Gym until 8.40pm macam tu.

Paling best semua makanan licin selicinnya!!

Anyway Ezna dan Ayu ada blog mengenai party Emir.. 


Kepada tetamu yang hadir, minta maaf kalau ada terkurang dan terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk meriahkan party Emir. 

Gambar dari photographer kami baru dapat semalam. Nanti saya update sikit-sikit. 

Sunday, September 08, 2013

24 jam di Prince Hotel

Sebab kami dapat bilik apartment . Jadinya kami punye breakfast terletak di Resident Lounge rather than normal cafe. Ikutkan teringin juga nak rase dekat cafe dia kan..



Tapi takpelah. Walaupun breakfast menu mungkin agak limited berbanding dengan cafe. Tapi suasana agak privacy. Tak ramai yang ada di sini.
Ade staff approach kami tanye kenape ade di sini. Maklumlah yang lain semua foreigner. Saya jawab saya datang bercuti . Staff macam pelik ye la kan duduk Kl lepas tu bercuti pun dekat KL. Tidaklah saya bagi tau datang sini pun dapat tiket free :p

Lepas makan, Emir main dekat Kids Club.  Memang agak cozy di sini.  Sesuai dari budak kecik sampailah yang besar. Mata Emir terkebil2 bila pandang playstation. Lepas tu pulak game adalah sangat banyak!!




Untuk saya, kira Kids Club dekat sini memang agak friendly dan best. Walaupun kecik tapi saya rasa cukup. Lepas tu ada macam2 aktiviti. Ade sesetengah aktiviti tu berbayar. Cuma Kids Club ni tutup awal benor. Pukul 5 dah tutup dan hari ahad dan public holidays pun tutup.

Sambil Emir main game, saya habiskan masa saya buat Puzzle. ;)



Actually buat dua puzzles, tapi satu tak tau kenapa tak boleh transfer gambar pulak..

Kemudian Emir kata dia nak swimming, turun lah saya sekali lagi teman Emir, kali ni dia mandi lama betul, dalam sejam lebih ada kot. masa tu waktu dah masuk pukul satu, tapi sebab angin sepoi-sepoi bahasa jadi tak rasa panas pun. Emir pulak dapat kawan baru, dengan seorang anak Pak Arab ni, lama betul dua anak bersembang.. Emir cakap kat saya kawan baru dia tu bukan orang Malaysia tapi Emir tak ingat dari negara mana. Siap budak tu ajar Emir cara berenang dengan betul. Rasanya budak tu dalam lingkungan umur 11-13 tahun.


Masa saya duduk dekat situ, adalah satu air dari fountain terosak, anak Arab ni yang pergi report dekat Lifeguard, and once again, kudos tu Prince Hotel team. memang cepat betul ambil tindakan. Serious cepat! banyak kali dan banyak orang pulak tu.


Lepas sejam lebih diakhiri dengan Emir merajuk (anak I ni cepat benor merajuk) sebab adik kepada budak Arab ni pergi tolak Emir dalam pool masa keadaan dia tak bersedia. Kelam kabut si abang tu tolak Emir ke tepi sambil swimming pandang I. dan Emir sebab memang dah sedia penat, terus terkelempek dekat tepi ni.


Tapi tak lama pun, terus ajak pergi Kids Club dan duduklah di Kids Club sampai pukul 3.40pm.. 

dalam pukul 5 tu barulah kami sibuk gerak pergi area Bukit Bintang untuk lunch :) dan berjalan dan berjalan dan berjalan sampailah di hotel pukul 8 malam. gile penat ok.. itupun balik masa tu kami dekat Bukit Nenas, saya cakap dekat Papa untuk naik teksi, sebab dah penat sangat nak jalan. Emir lagilah. 

Plan nak ke Petrosains tak jadi sebab Emir banyak sangat aktiviti nak buat dekat sini. I tak kisah janji semua orang relax kan.. 

Saturday, September 07, 2013

A gift of love from contest - Prince Hotel KL

Alhamdulillh, akhirnya saya berjaya redeem free stay yang telah saya menangi pada bulan April lalu melalui Facebook contest. Ikutkan expiry voucher adalah pada bulan Oktober, tapi risau pulak kalau buat last minute takut nanti ada je bende tak kene. So better save than sorry :) lagipun kami ni macam kepingin nak duduk hotel especially anak I tu, berapa kali ntah mintak tido hotel.

Jadi kami check in lepas saya balik keje, dekat je sebenarnya dari KLCC, tapi Papa ambik saya so tak payah lah nak jalan kaki walaupun dekat sangat. Pertama kali saya datang Prince Hotel ni sebab saya nak ambil voucher yang mana saya masa tu jalan kaki dari KLCC dan sesat macam nak rak selama satu jam berjalan kaki!!  Lepas tu ada attend Baking Workshop dari Women's Weekly.

So inilah lobi hotel. Betul Tripadvisor kata, despite check in yang agak lambat, tapi one thing yang saya agree dengan guest yang lain adalah staff Prince Hotel ni memang peramah dan sangat mesra pelanggan!! I mean like seriously!! Itu adalah sangat plus point untuk Prince Hotel berbanding hotel-hotel yang telah saya kunjungi sebelum ni.



Emir siap dengan baju sekolah lagi. Patutnya ada first badminton class, lepas tu cancel pulak sebab dewan sekolah dah digunakan untuk UPSR


Saya entitled untuk one room apartment. Jadi bila masuk je.. macam -- ALHAMDULILLAH!! Bestnyer, tengoklah bilik ni luas betul!! Terasa macam tourist masuk Malaysia pulak excitement dia. Bukan I sorang OK tengoklah hero-hero kesayangan saya ni. Ni betul-betul gambar baru masuk bilik, i terus pegang kamera, laki i terus tengok view (sebab nak ambik gambar) and Emir akan bukak segala pintu untuk check :p



lengkap dengan dining table dan pantry yang comel. Peti ais pun besar!! Tapi of coslah i tak masak kan.. Pavilion depan mata je :)




dan ini adalah biliknya, sangat luas untuk kami bertiga.. 


paling saya suka adalah built in cabinet ini, macam bagi idea untuk manfaatkan ruang dalam rumah kite kan.. 



sebab checked in dah pukul 5 lebih, Emir sampai je terus buat first activity dia, mandi dalam bathtub. Dalam pukul 6 macam tu, saya ajak Emir untuk swimming. Papanya tak turun sebab ambik gambar, i pun tak kisah dia tak turun, biar dia duduk sorang-sorang.. Mana tahu ada ilham nak pergi Singapore kan :p -- (note: proses memujuk adalah hari-hari)

Ok, berbalik pada swimming pool, pool dia adalah acceptable, tak delah kecik sangat dan tak delah besar sangat, cuma untuk orang besar gedabak macam I ni mungkin tak thrill la sebab tinggi kolam cuma 1.2 meter je. sebab 1.2 meter saya berani lepaskan Emir sorang diri dalam adult pool, and dia pun seronok jadi macam orang besar. Pool budak kecik, dia tak pandang langsung.




Husband pulak sibuk menikmati pemandangan  petang. Inilah view kami, sorry-lah, phone i tak cantik :D


Malam tu pulak apa lagi, kami pergi ke Pavilion untuk dinner, memang pergi semata untuk dinner. Tak shopping apa pun. Datang untuk makan, jalan-jalan sikit dan terus balik. Kami memang niat tak nak pergi Bukit Bintang pun. Malas nak berasak :) lagiun saya rasa im not belong to pure KL people. :)



Esok saya cadang nak bawak Emir pergi Petrosains!! InsyaAllah

*ini adalah antara yang manis dalam bercontest.  Kalau kita menang, satu family boleh enjoy sekali. Lagipun kalau saya nak bayar tido hotel kat KL ni memang tak denyer ler kan :)

Thursday, September 05, 2013

Contest tips - Hobi bercontest.

Tadi saya ada post tentang musim down saya. Ish, down betul.. tapi lepas saya pergi meeting saya decide untuk tarik balik entry saya. Malas nak layan emosi yang berlagu. cuma bagi yang sudah membaca, insyaAllah i will do the best for myself - which means i will find my opportunities, tadi pun ada department offer I untuk masuk department mereka. Mungkin rezeki agaknya? We will see insyaAllah.

Back to the above topic. Saya ada terima satu email (you know who you are) yang bertanyakan macam mana dan bagaimana untuk menang contest? Wow!! ok, sungguh ini bukan pertama kali orang bertanya. Sejurjunya saya bukan lah comper tegar, banyak dah saya tinggalkan. Tapi mungkin sesekali masuk contest, rezeki tu ada juga melekat pada saya , lepas tu pulak saya ni ada blog, ada Facebook, ade Instagram ada Twitter, dan suka pulak kecoh satu dunia, jadi nya orang anggap saya ni lucky.

Bukan ok, bukan!! saya tak lucky pun. Saya juga bukan pengcomper tegar. Kalau saya rasa nak masuk, saya masuk, yang ni pun dah 2 bulan, i repeat 2 bulan i tak hantar apa-apa contest offline :)

you will be surprised to see ramai giler comper dekat Malaysia ni yang hebat belaka sampaikan bila saya nak masuk contest tu ade perasan macam alaa mesti tak menang. Dulu tak ramai, mungkin sebab tiada pendedahan, tapi sebab sekarang ni social network makin menyerlah ada yang telah buat ini sebagai sumber pendapatan juga.

Kalau saya, saya terjerumus dengan alam contest ni pada kecik lagi, mase sekolah rendah saya dah suka dah. Tapi tidaklah aktif sebab mungkin kurang pendedahan. Tapi, sungguh saya pun bermula pada bawah. Masa zaman saya belajar yakni sampai saya ke universiti, hadiah terbesar yang saya terima adalah kasut Adidas dari Contest x-fresh!! happy gile babe.  Oh not to forget menang Roda Impian RM1,920 in 2002 tak silap. 

Ok, sapa yang nak tips kenalah baca sampai habis, bukan senang ye nak cari ilmu :p

Ok, saya mula dari bawah. from zero. i know nothing about Contest. Majoriti saya masuk online, cuma 2 tahun lepas saja saya masuk offline. belajar dari kawan-kawan sebab jujurnya hadiah offline adalah sangat awesome!! baiklah cukup lah cerita , memang kalau cerita takkan habis. nanti rajin saya sambung lagi.

and so  ini adalah tips dari saya yang tak seberapa untuk beginner, bukan untuk pengcomper tegar :)..........

1. Masuklah apa-apa contest pun, cuba yang mudah-mudah dulu. Yang senang maksudnya jenis yang dapat goodie bag  yang biasa pun tak pe. Yang ni kebanyakan orang mengharapkan masuk contest besar-besar macam Shell contest ke, PETRONAS contest. sah - sah susah nak menang sebab ramai benor yang masuk.

2. Jadi saya suggestkan you all pergilah masuk contest yang online dulu. banyak sangat contest online sekarang ni.  Kenapa saya suggest online, selalunya contest online dia tak memerlukan proof of purchase. maksudnya dia tak memerlukan anda untuk membeli barang-barang mereka. Sebagai permulaan eloklah cuba ini dulu

3. Please please please, yang masuk contest ni, yang menang tu percayalah hanya berapa peratus je dari contest yang dihantar. :) kalau 10 masuk, mungkin satu je yang sangkut. Macam saya sendiri, my KPI everyday is, one contest per day, itupun online je lah, dan selalunya KPI tak jalan pun. tapi saya akan buat pada hari lain. so can u imagine berapa banyak yang i masuk. Banyakkan? dan berapa sangatlah yang saya menang kan. kadang tak de pun. oh, talking about my KPI, saya baru buat starting September :p dulu pernah buat, tapi jadi sebulan je hahaha

4. Contest ada banyak mechanism, Let me list down for your reference.

a. Offline contest
b. Instagram contest
c. Facebook contest
d. Twitter contest
e. Contest dari laman web - contoh macam Maxis, Era.fm, Hotfm, Samsung
f. Blog contest

5. dan dalam contest ini juga macam-macam cara digunakan untuk mencari pemenang contohnya 

1. Gambar paling kreatif
2. highest vote - ni saya paling menyampah
3. Slogan terbaik 
4. Highest purchase
5. Lucky draw
6. Signature paling kreatif
7. Highest score (games contest)

Jadi bergantung pada juri bagaimana untuk menentukan dan selalunya contest based on highest vote ni banyak sangat penipuan. kalau ada organizer yang teruskan memang akan selalu kene kutuk lah.

6. Lama-lama bila dah selalu masuk, you taulah you terror kat mana :) itu rahsia masing-masing

7. dan percayalah setiap pengcomper even kawan-kawan sendiri mereka ada senjata masing-masing maklumlah kami sendiri pun bersaing. Apatah lagi kalau hadiah yang ditawarkan tu best. but to me, percayalah pada rezeki. Baru-baru ni, saya sendiri terpaksa gigit jari. Saya ada tolong kawan saya ni dalam contest, sekali she won the Grand Prize!! yang Grand giler.. terkilan? of cos, u kan manusia, but c'mon, Tuhan dah bagi dan letak rezeki you dekat mana. Kalau bukan contest, mungkin suami makin sayang? *sambil kipas-kipas suami sendiri supaya dia tergerak hati nak ikut isteri dia ke Singapore

8. Berbalik kepada Point no 7, menang kalah adat bertanding. For some reasons, kadang-kadang you memang mengharapkan kemenangan tersebut tapi once again, bila Result, bukan nama you yang naik. jadi jangan lah dengki. Frust boleh, saya pun pernah frust juga. Contest Mamil Gold announcement adalah first contest yang saya kecewa ya Ampun. Mana taknya, mula-mula contest tu pilih 10 orang terbaik yang mana saya terpilih, dari 10 orang, PIC (person-in-charge) call kata, dari 10 akan cari sape yang highest vote, dan 3 teratas akan menang RM50K. I swear that i was at the top 3!! tapi bila result keluar lain pulak jadinya! Dah la malu betul nak mintak orang vote. bila ditanya, contest was based on 50% votes and 50% from judges (bab2 tukar rules ni adalah sangat common dalam contest, belum lagi result tak diumumkan, ataupun bila diumumkan tak dapat hadiah sampai sudah, contohnya i menang contest BellaVita dari Neelofa, sampai sekarang tak nampak pun hadiahnya) and informed - keputusan adalah muktamad and sebarang surat menyurat takkan dilayan.  Memang susah nak terima especially bila u dah letakkan usaha you, tapi well, life has to move on. Its ok not to be Ok at some time, but its not OK to be OK all the time. 

9. Ok , kalau ada yang berminat, ini adalah link yang saya selalu ikut untuk tengok contest terbaru

http://contest.1000savings.com/
http://devidalildevil.blogspot.com/search/label/CONTEST%20CRAZE

dan of cos kawan-kawan pun saling membantu. kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Kalau kawan saya tak boleh share lah :p bende tu akan datang sendiri insyaAllah. Kawan-kawan saya ni Ezna, Suzi, dan Ayu merekalah sifu untuk saya. Sangat hebat. Kalau kami berborak, i lah orang yang paling blur -- paling banyak ketinggalan.. :)

10. Selamat bercontest.. itu yang saya cuba nak share :)

Wednesday, September 04, 2013

Sungkai - Apa nak buat? What to do? Attraction

*Ini entry bergambar. Mahu kejar seberapa banyak entry sebab banyak sangat entry tertangguh. :) Dah lama dah pun peram gambar dalam handphone. Kami ke Felda HotSpring Sungkai untuk bercuti bersama Emir dan Papanya masa awal Jun yang lalu. Entry tu telah selamat pun saya update Boleh ke sini

Kalau ikutkan, memang tak tahu nak buat apa, maklumlah Sungkai bukannya macam Langkawi ke, Cameron Highlands ke, hatta nak lepak dekat bandar pun tak da. Masa saya bagi tahu dekat kawan-kawan nak pergi bercuti di sini (dulu saya pernah pergi buat kali pertama untuk teambuilding) semua orang tanya nak buat sampai 3 hari duduk sana.

Hari Pertama

Memang betul. Kalau tak plan memang tak tahu nak buat ape. Hari pertama kami sampai dah petang, jadi Emir boleh terus terjun dalam kolam dan mandi. Tapi mandi pun maksimum sampai pukul berapa lah kan, paling tinggi sampai pukul 7. Lepas tu cadangnya kami nak pergi makan dekat cafe hotel je, sekali bila pikir macam membazir lah pulak, so kami just pergi ke depan hotel je untuk makan. Ramai juga masa tu yang singgah makan di situ. Nak jauh lagi tak berani sebab kawasan Felda ni jauh ke dalam dan tak da lampu. Jadi kalau sapa yang bawa budak kecik, rasa makan je lah dekat hotel tu, paling tinggi pun beli je makanan dekat luar pintu hotel.

Lepas makan, memang tak tau nak buat ape, nasib baiklah saya plan bawak mainan. oh btw, internet pun sangat sembap. Bukan setakat sembap, Maxis internet line tak de langsung, internet cuma ada dekat Lobby hotel je. Jadi malam tu, saya dengan Emir main Bingo, Papa pulak pihak berkecuali turun dekat Lobby Hotel untuk gune Internet.


Hari Kedua

Hari kedua adalah hari di mana kami mati kutu. Sungguh. Malam tu memang saya dah pikir dah nak buat apa lah dekat Sungkai ni. Nak shopping tak ada apa yang menarik. Jadinya lepas makan tu saya ajak Papa jalan-jalan. Masa tu habis saya Google, rupenya Sungkai ada Wildlife Conservation Centre atau Pusat Konservasi Hidupan Liar untuk Rusa dan Seladang. Tapi dalam Google Map, dalam Waze semua tak ada. Jadi terpaksalah kami tanya orang tempatan. Kalau ikut dari Felda Hotspring tu, adalah dalam 40 minit (ok - saya tak ingat. mungkin 30 minit kot)..


Tapi bila kami sampai dalam pukul 11 tu, tutup ok!! Frust menonggeng, dalam hati punyalah pikir macam manalah nak habiskan satu hari ni. Rupenya Centre ni cuma buka dari pukul 2 petang. Bila sampai tu macam confuse sebab tempat ni sunyi sepi. Macam tak de orang.

So mula lah experiment saya, saya ajak Papa jalan-jalan Pekan Sungkai, alaa pusing 10 minit (tu pun paling lama) dah habis. Memandangkan Emir rambut dah panjang, so saya ajak Papa bawak Emir pergi gunting rambut. Tapi Papa tak nak turun, saya lah yang kene temankan Emir.


Ramai jugak orang di sini. tukang gunting satu sahaja. Rasanya Uncle ni minat sejarah, dalam Kedai penuh dengan gambar-gambar zaman dahulu kala. Masa tu jugak Uncle ni sambil potong rambut sambil kusyuk betul tengok Channel History, masa tu cerita Roosevelt.

bila nak bayar, Uncle tu kata RM4. Terkejut beruk tok sah cakap lah. RM4? Pejam mata dua tiga kali saya bila harga gunting rambut RM4.

Lepas tu kami jalan-jalan lagi. Saya pulak misi cari satu kedai ke satu kedai untuk cari Biskut Oreo, masa tu sibuk nak ambik gambar untuk Oreo, last kedai barulah jumpe Oreo -- ala cari je. tapi tak hantar pun, Rasa malas pulak nak hantar gambar untuk contest masa tu.

Masa jalan-jalan, kami nampak ramai betul orang berhenti makan cendol dekat sini terus Papa ajak try, saya apa lagi on je lah.. Makan kan middle name nama kami :D Patutlah orang ramai memang sedap pun!!


Sebab Emir dapat gunting rambut harga yang murah giler, saya pun dengan harapan, sure orang perempuan pun harga mengancam jugak. Tanya Papa dia sanggup tunggu tak sebab ye lah kan, orang perempuan gunting rambut bukan nyer 10-15 minit. Tapi Papa bab-bab menunggu ni ok je.. So sambil derang balun another cendol, saya pun gunting lah rambut. Basuh dan potong, sekali harga RM30.. ala lebih kurang je dengan KL pun. :)

pusing-pusing pun kami dapat kill the time sampai pukul 2 lebih. Ingat nak tengok rusa, tapi Papa malas dah nak ke sana balik, dia suruh pergi esok saje, lagipun dia pening kepala.

so kami lepaklah sampai pukul 5 dekat Hotel, lepas tu terus mandi dan mandi dan mandi.. Malam seperti biasa kami makan dekat luar. Lepas balik makan, both Father and Son terus berkampung dekat Lobby hotel main game n saya sorang-sorang layan TV. 

Hari Ketiga

Hari ketiga memang pack. Lepas breakfast, kami pergi mandi lagi. Mestilah kan, last day. Betul-betul lama. Rasa hotel tak bagi late checkout sebab ramai menanti, tapi pukul 12 kami baru nak naik masuk bilik dan kemas barang hehe. Jadi kami checkout pun pukul 1, Alhamdulillah tak kene extra charge.

Lepas dah checkout, kata dekat Papa suruh bawak Emir pergi rebus telur. Kalau tak rugi Emir tak de experience tu. Dengan alasan saya kena jaga barang, jadi Papa dengan Emir pun pergi lah tempat rebus telur, saya lepak-lepak depan lobi hotel update Instagram :p




Saya sempat tanya dekat adik-adik dekat situ, tempat makan mana yang best untuk try, ade sorang adik pekerja ni suggest pergi makan dekat junction masa mula-mula nak masuk simpang ke Felda dari highway. Ramai betul orang. Sampai tak de tempat duduk. Rupanya memang special sebab makan nasi dalam buluh. Lain pada yang lain kan.



Nasi ayam sebenarnya. Emir pun berselera makan sambil pekena ABC. ada juga air mangga dekat situ, tapi dicampur gula jadi semanis-manisnya. i memang tak boleh telan sebab manis benor. so next time kalau sapa nak minum air mangga dekat sini, just bagi tau tak nak gula


Papa memang dah janji nak bawak saya ke sini. Bagus untuk keyword untuk cari blog saya :p Jadi sebab dah pukul 2 kami pun ke situ. Keciwa sikit sebab hujan rintik-rintik. Sampai-sampai, tak habis-habis saya cakap "Rugi Perak tak jadikan tempat ni sebagai kawasan pelancongan, tanah dah ada, kene promosi je". Carilah di Google, tak ramai orang tahu ada Taman Rusa dekat Sungkai ni. Kalau type Sungkai yang penuh adalah Felda HotSpring




Pada saya tempat ni agak bersih, boleh dikemaskan lagi.. Sunyi, sesuailah untuk hidupan liar. Kami ni macam the only pelancong kat situ. Pekerja dekat situ pun layan kami macam first class punya layanan. Maklumlah tak de orang kan.

Tapi takdelah boleh masuk, sekurang-kurangnya kita boleh bagi makanan dekat Rusa. Emir memang seronoklah.. Memang pengalaman baru untuk Emir. mula-mula tu takut.. punya jauh nak bagi makan. Dalam banyak-banyak rusa kat situ, cuma rusa kat bawah ni je rela hati untuk terima bunga-bunga dari kami. Rusa lain bo-layan hehe






Memang kami spent time agak lama dekat sini. sampailah rusa tu kenyang tak mau terima daun dari kami lagi. Puas betul, maklumlah, agaknya kalau dekat tempat lain, mau berebut dengan budak-budak lain, tak pun kalau tempat femes, sure rusa-rusa ni dah tak heran dah nak datang dekat kan. Oh btw, tiada bayaran yang dikenakan dekat sini!! so memang best!!


Masa ni adalah lagi 2 -3 kerete yang sampai, kirenyer ada jugak orang tahu bukan tak ada. Ada juga seladang dan lain-lain, tapi masa tu dah hujan so kami malas nak turun dah. So ambik gambar dengan rusa je lah...




Nampak tak Oreo, memang nak masuk contest pun, tapi rasa gambar macam tak ummph , so I malas nak hantar hehehe.

Apa pun itulah cerite kami di Sungkai, tak payah expect too much! Kalau tanye i, I seronok je, tak de lah tak buat apa langsung. ade jugak bende kami buat kan. Kire macam relax and leisure gitu.

Pada I, tak kisah cuti mana-mana pun tapi kalau dapat sama-sama dengan Papa and Emir kat mana pun I happy. Sebab tu nak pergi Singapore (nanti kemudian saya cerita) dengan Emir je ni, I macam rasa dah tak syiok dah sebab Papa tak mo ikut. :)

Tuesday, September 03, 2013

Wow 20 sen

Rata-rata orang memperkata perkara yang sama. Semua orang terkejut dengan berita yang disampaikan, orang kata, tak de angin tak de ribut, harga minyak naik sampai 20 sen seliter, which means more than 10% dan kenaikan seperti biasa akan dilaksanakan serta merta.

Tak terkecuali, saya juga antara ribuan rakyat Malaysia yang pergi beratur isi minyak. Mujur, stesen minyak di Bangsar tak berapa panjang, cuma tunggu 5 minit sampai lah giliran kami. Itu kami - yang gaji Alhamdulillah makan pakai cukup setiap bulan.. masih lagi berasak nak memenuhi stesen minyak sebelum official kenaikan 20 sen.

Bayangkan bagi mereka-mereka yang berpendapatan sederhana. Maksudnya household income mungkin, say RM5,000 - RM7,000, anak ramai, anak nak sekolah lagi, makan pakai anak, duit belanja sekolah, duit belanja naik bas.. Macam lah orang Malaysia tak biasakan, kalau minyak naik bukan setakat consumer goods juga naik, tempat parking kerete pun boleh naik. Dasyat kan.

Apa pun, minyak adalah isu yang sangat sensitif di Malaysia. Majoriti orang Malaysia menggunakan minyak setiap hari. Jadi, saya sangat yakin ramai yang tertanya-tanya kenapa tetiba sahaja kenaikan ini terjadi. Saya malas nak buka statistik harga minyak apa bagai, sebab ni lebih kepada blog santai. Tapi pelik, Malaysia ni dah la antara tempat korek minyak :)

Untuk saya, rakyat Malaysia belum bersedia lagi untuk kenaikan ini, lebih baik implement GST since i think Malaysian is already prepared for that.

Lagi satu, biasalah social media antara tempat Rakyat Malaysia nak luahkan pendapat masing-masing. Rata-rata ramai yang marah, tapi tak kurang jugak yang sebaliknya. Mereka saya katakan golongan yang bernasib baik sebab kenaikan 20 sen ni ape-ade-hal sangat lah dengan gaji mereka tapi kesian sebab mereka ni tak langsung ambik kira hati-hati orang lain. Wow, ada bagi komen "alaa 20 sen je pun, itupun nak kecoh". May God bless you :)

So, macam mana sekalipun kite terpaksa menerima hakikat, nak tak nak, harga tetap akan naik, nak tak nak, kite masih lagi terpaksa gunakan minyak. Tanpa minyak kite tempang kan. Paling sadis, semua naik, kerja pun bukan makin berkurang, makin bertambah, tapi gaji.. ?? wallahualam..

Saya rakyat Malaysia.. :)




 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez