Sunday, March 03, 2013

Sakit itu misteri..

bila usia makin meningkat, semakin luas kita melihat dunia, semakin terasa putaran dunia ni amat singkat.. dan insyaAllah memungkinkan kita sentiasa ingat yang mati itu pasti..

untuk saya sakit itu misteri, datang tanpa diminta, tapi bila sakit itu tiba, bukan hanya ia menduga diri kita, tapi juga keluarga.. arwah Pak Long saya, sakitnya sekejap saja.. dua bulan lepas, saya sendiri berjumpa dengan arwah Pak Long saya di Singapore, tiada kelainan yang di rasa, arwah ke sana pun dengan memandu sendiri kerete.. tapi dua bulan selepas itu, kini arwah Pak Long meninggalkan kami semua..

dan, saya terjumpa coretan dari seorang suami di FB kawan saya Norashikin yang berkawan dengan isteri (arwah) kepada suami tersebut..

Bismillahirrohmaanirrohim


Allahu Akbar! Allahu Akbar!Allahu Akbar!

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Alhamdu Lillah, baru hari ini berkesempatan untuk menulis sedikit coretan setelah agak lama jugak keadaan terlalu genting dan sibuk. Diharap dengan sedikit coretan ringkas ini akan dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan mengenai apa yang telah diuji kepada keluarga saya dan isteri terutama kepada yang baru mengetahuinya. Coretan ini juga diharap menjadi kenang kenangan dan pengubat rindu dengan arwah yang sentiasa dekat di hati saya, keluarga serta para sahabat2 dan kenalan beliau.

Izinkan saya bermula begini…

Sebenarnya, saya sekeluarga telah pulang ke Malaysia pada penghujung bulan disember 2012 yang pada masa itu ayah saya berada di ICU disebabkan colon cancer, kami pulang bagi menziarahi beliau dan seterusnya Yasnida membuat keputusan untuk terus berada di Malaysia bagi menyambung perkhidmatannya sebagai guru. Ini disebabkan tempoh cuti tanpa gaji beliau sudah hampir ke penghujungnya iaitu pada bulan Jun 2013 nanti. Beliau juga merancang untuk bersalin di dalam perkhidmatan dengan harapan untuk menyambung lagi cuti tanpa gaji selama 5 tahun lagi bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Pada ketika itu Yasnida mengandungkan anak kami yang ke-5 dan kandungan ketika itu telah berusia 5 bulan. Alhamdulillah.

Saya berangkat balik ke Saudi Arabia bersama anak sulung saya yang bersekolah di sini. Yasnida berada di Malaysia bersama tiga lagi anak2 kami. Begitulah perancangan kami

Sesungguhyan Allah amat sayangkan keluarga kami lebih dari apa yang kami sayangkan. Allahlah jua sebaik-baik perancang dan penentu segalanya. Pada pertengahan bulan Januari 2013, Yasnida mula mengalami masalah kesihatan, badan belia terasa lemah. Beliau merujukkan perkara tersebut ke O&G consultan di KPJ Ipoh Specialist, dan Doktor suspect Pregnancy Anemia sahaja yang berlaku lalu Doktor memberikan ubat2 tambah darah serta acid folic sahajalah. Saya jugak menjangkakan itu adalah alahan mengandung yang memang selalu berlaku kepada beliau sejak mengandungkan anak sulung lagi. Menjelang minggu yang seterusnya, Yasnida merasakan diri dia semakin lemah dan di sendiri yang memandu kereta ke KPJ Ipoh Specialist dan meminta doctor masukkan di ke wad dengan menegaskan di memerlukan rawatan, dia rasa terlalu lemah sangat. Doktor pun masukkan beliau ke wad dan membuat ujian darah secara terperinci dan merujukkan kes Yasnida kepada pakar Hematology. Doktor juga telah memasukkan beberapa pint darah bagi menstabilkan kembali darah beliau selama beberapa hari.

Allahu Akbar! Keputusan yang keluar memang memeranjatkan kami. Yasnida didiagnosed menghidapi T-Cell Acute Lymphoblastic Leukimia (ALL) a.k.a Blood Cancer. Doktor mempunyai keyakinan sebanyak 99% pada ketika itu dan meminta untuk melakukan Bone Marrow Test bagi mengesahkan lagi 1% keyakinan beliau itu. Maka Bone Marrow test pun dilakukan dan keputusannya memang ternyata beliau menghidapi penyakit tersebut dan doctor mencadangkan untuk membuat rawatan Kemoterapi secepat mungkin untuk menyelamatkan keadaan. Termat pedih lagi apabila doctor menyatakan bayi di dalam kandungan terpaksa digugurkan bagi member laluan kepada kimoterapi dan untuk menyelamatkan nyawa si ibu sendiri.

Pada ketika ini, saya sudah kembali ke Malaysia dan membuat keputusan untuk membuat second opinion ditempat lain.Yelah, keputusan yang perlu di ambil adalah amat penting dan amat mempengaruhi kehidupan keluarga kami pada masa akan datang, jadi kami perlu membuat kepastian yang jitu terhadap keputusan perubatan ini. Kami meneruskan second opinion di SIME DARBY MEDICAL CENTER, Subang Jaya. Sekali lagi ujian darah dilakukan dan keputusannya adalah sama juga dengan apa yang telah kami ketahui. Allahu Akbar! Pada masa ini doctor sudah mulai memberikan Yasnida Prednisolone (sejenis steroid untuk mengawal sel kanser yang sangat aggresif dan juga sebahagian dari kimoterapi itu sendiri).

Kami seterusnya merujuk perkara ini ke sebuah pusat Rawatan Islam, Perubatan Al-Hidayah yang mempelopori rawatan kanser mengunakan terapi Al-Qur’an. Perawat tersebut juga mengakui bahawa sel kanser yang dihidapi beliau amat aggresif katanya. Perawat tersebut memberikan air penawar dan beberapa petikan surah AlQur’an untuk di amalkan. Perawat juga mencadangkan isteri saya untuk membuat Kimoterapi kerana menurut beliau sel kanser sangat aktif di dalam badan Yasnida. Alhamdu Lillah, ada sedikit perubahan setelah melakukan terapi Al-Qur’an. Jari2 Yasnida agak kembali merah setelah terlalu pucat sebelum ini. Kami bersyukur.

Kami juga merujuk kepada Darussyifa’ di Puchong dan Bangi untuk mendapatkan rawatan tetapi rawatan menggunakan Kayu kenderak tidak dapat dilakukan kerana pada ketika itu Yasnida sedang mengandung. Panas katanya.

Kami telah bermesyuarat dan bersepakat sesama kami untuk berjuang habis habisan bagi merawat penyakit ini kerana inilah tanggungjawab kami. Keputusan telah diambil untuk bersetuju menggugurkan kandungan tersebut walaupun ia amat berat sekali. Terlalu berat tetapi kami sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan sangat pada ketika ini.

Seterusnya, saya merujukkan kembali isteri saya ke KPJ Ipoh Specialist bagi menggugurkan kandungan tersebut dengan hati yang cukup berat sekali. Alangkah terkejutnya kami lagi apabila KPJ Ipoh Specialist menolak kes ini kerana berisiko tinggi. Doktor menyatakan si ibu mempunyai risiko tertalu tinggi kerana keadaan seperti berikut.

1. darah ibu tidak normal ataupun tidak stabil di mana sel darah putih terlalu tinggi, darah merah terlalu rendah dan yang paling berbahaya ialah platlet juga terlalu rendah. Dikhuatiri sekiranya apa2 berlaku darah tidak dapat membeku semula.

2. Kandungan sudahpun bernyawa pada ketika itu walaupun masih tidah matang.

3. Si ibu sudah pun melakukan 2 kali C-Sec surgery untuk kelahiran yang sebelum ini. Ini memberikan risiko sekiranya si ibu perlu melakukan surgery lagi.

Doktor menolak kes ini ke Hospital Besar Ipoh setelah tidak sanggup mengambil risiko.

Di Hospital Besar Ipoh, Pakar O&G mengambil lebih kurang 3 hari untuk membuat keputusan bagi kes ini bersama2 pakar Hematology. Akhirnya keputusan di ambil untuk mengeluarkan bayi dengan menggunakan kaedah ubat Cervagem yang agak mengurangkan risiko. Tetapi sekiranya tidak Berjaya, kaedah C-Sec terpaksa juga dilakukan. Akhirnya, bayi Berjaya juga dikeluarkan melalui kaedah Cervagem ini.

Alangkah luluhnya hati si ibu apabila mendenga anaknya menangis dengan sekali teriakan tatkala bayi kami keluar kea lam fana ini. Allahu Akbar! Saya sendiri sempat mengazan serta iqamat bayi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir. Yasnida sendiri tidak sanggup untuk melihat bayi ini kerana terlalu hiba sangat. Alhamdu Lillah, Nurul Iman binti Mohd Hashanizam telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Pulai, Perak.

Seusai saja dua hari selepas bersalin, kami dengan kadar yang segera berangkat kembali Jubail untuk mendapatkan rawakan Kimoterapi bagi melawan penyakit kritikal ini. Kami sempat berehat semalam saja di rumah dan terus mendapatkan rawatan di Saad Specialist Hospital, Al Khobar, Saudi Arabia setelah berbicang dengan doctor. Sebelum berangkat, doctor telah membekalkan kami Prednisolone (steroid) bagi mengawal keadaan sehingga kami mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Sesampai saja di hospital, dektor membaca laporan dan seterusnya membuat pemeriksaan ke atas kes kami, doctor immediately, meminta Yasnida masuk wad pada 3 Februari 2013. Pemeriksaan tahap penerimaan kimoterapi dibuat dan doctor berpuas hati untuk melakukan kimoterapi. Disamping itu, pengesahan sekali lagi melalui Bone Marrow Test dilakukan oleh doctor.

Bermulalah kehidupan yasnida di dalam wad hospital. Beliau menanggung penyakit kritikan bersama sakit rindu yang teramat kepada permata hatinya yang ditinggalkan di Malaysia bagi berjuang untuk melawan penyakit ini.

Mungkin ramai yang bertanya, mengapa tidak melakukan kimoterapi di Malaysia saja, kenapa mesti berada di Saudi. Berikut mungkin boleh menjawab persoalan tersebut;

1. Arwah pernah menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk menghadapi penyakit kritikal ini dengan keadaan berjauhan dari saya. Yasnida memerlukan sokongan yang sepenuhnya dan berterusan dari pada saya. Memang, pada ketika ini, emosi beliau amat terganggu dengan kesdeihan kehilangan orang tersayang serta menghadapi ujian penyakit kritikal itu sendiri. Yasnida banyak termenung dan menangis kata ketika itu. Apabila di tanya, beliau menyatakan amat merisaukan apa akan terjadi pada anak2 dia apabila dia tiada. Allahu Akbar!

2. Banyak keputusan2 pentingyang memerlukan perbicangan terus di antara kami berdua perlu diambil. Kami kena sentiasa bersama.

3. Medical Insurance Coverage. Ya, Pantai Specialist Hospital mengenakan kos sebanyak RM 60k untuk satu kitaran kimoterapi. Sekiranya Berjaya, Yasnida mungkin memerlukan kira-kira 6 kitaran untuk menghabiskan keseluruhan kitaran kimoterapi. Kami memerlukan RM 360K untuk hal ini.

Dipendekkan cerita, Kimoterapi pun bermula sehingga ke minggu ketiga dari kitaran pertama. Sejak bermulanya kimoterapi, Yasnida ada mengadu yang badan dia terasa amat lemah sangat. Kita paham, memang itulah kesan perubatan kimoterapi yang perlu dihadapi.

Pada Jumaat 15 February 2013, saya dan anak sulung kami, Nurul amirah datang melawat beliau seperti biasa. Beliau nampak agak lemah tetapi masih ceria seperti biasa. Kami makan2 bersama di dalam bilik isolation beliau. Saya menyatakan kami perlu pulang cepat ke rumah, tak boleh lama2 kat hospital kerana bimbangkan ada jangkitan kepada beliau memandagkan darah putih beliau sudah menurun hingga ke sifar yang mana badan beliau tidak mempunyai pertahanan yang kuat untuk menghadapi sebarang jangkitan kuman sementelah pada ketika itu saya dan anak agak berasa sedikit selsema walaupin kami memakai penutup mulut dan pakaian yang bersesuaian sebelum masuk ke bilik isolation dia.

Saya menyuruh anak Nurul Amirah untuk bersalaman dengan mama nya sebelum pulang. Pada ketika itu, saya sudahpun berada di muka pintu untuk beransur pulang. Sengaja saya terus bersedia untuk balik dengan tidak mahu bersalam salaman dengan yasnida bagi mengelakkan sad moment kepada dia. Pasti dia akan menangis kerana terpaksa tinggal berseorangan. Saya tidak mahu dia menangis, saya mahu dia kuat, tabah dan kental menghadapi situasi ini. Tetapi beliau meminta sangat untuk bersalaman dengan saya sambil dari kejauhan menghulurkan tangan. Saya sendiri tidak sampai hati, dan terus menyambut tangan itu, Kami bersalaman.

Rupa-rupanya, itulah kucupan tangan terakhir seorang isteri kepada saya dan ciuman kasih terakhir seorang ibu kepada anaknya. Pada 17 february 2013, Doktor menelefon saya member tahu saya yang Yasnida berada dalam keadaan kritikal dan memelukan kebenaran saya untuk membuat pembedahan dileher bagi memasukkan saluran bantuan perubatan ke badan beliau. Ya Allah! Isteriku sudah jatuh koma mulai saat itu. Beliau tidak sedarkan diri kerana menghadapi serangan Septic Shock yang bermula dengan hypotension sehingga menyebabkan beliau berlu bantuan pernafasan sepenuhnya. Kedua2 buah pinggang beliau juga sudah rosak sehingga memerlukan dialysis 5 jam setiap hari bagi menyelamatkan keadaan. Mulai saat itu, kami tidak mendengar lagi suara dan senyuman mesra Nor Yasnida Mokhtar.

Pada 26 february 2013, setelah 8 hari berada di ICU, yasnida pergi menghadap Ilahi membawa meninggalkan seribu kenangan terindah serta suka duka hidup bersama.

Dikesempatan ini saya bagi pihak Arwah Nor Yasnida Binti Mokhtar, memohon ampun dan maaf setulus hati kami sekiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan sama ada sengaja atau tidak daripada semua. Pihak keluarga juga memohon maaf kepada semua pihak kerana sepanjang Yasnida terlantar di hospital sama ada di Malaysia ataupun di Saudi Arabia, Yasnida agak keberatan untuk menerima pelawat kerana menurut beliau, dia inginkan ketenangan untuk menghadapi rawatan ini. Ramai saudara mara serta kawan2 yang berhajat untuk berjumpa beliau tetapi terpaksa saya menolaknya atas permintaan arwah sendiri. Mohon Maaf.

Sekiranya juga ada sebarang hutang piutang juga daripada pihak arwah, diminta hubungi saya dengan kadar segera untuk urusan penyelesaian in shaa Allah.

Bagi pihak keluarga, ingin juga saya merakamkam Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan2, Puan2 Saudara saudari, saudara mara, para sahabat baik di Malaysia, Saudi Arabia atau di mana jua yang sejak dari mula tidak putus2 mendoakan kesejahteraan ke atas arwah dan kami sekeluarga serta menghulurkan segala bentuk bantuan, sokongan kepada kami. Tidak termampu saya menyebutkan nama seorang demi seorang kerana terlalu ramai dan banyak bentuk pertolongannya. Hanya ALLAH jua lah yang dapat membalas budi baik kalian.

Sesungguhnya Allah datangkan ujian itu bersama dengan bantuannya. Kami merasa amat bersyukur sangat kerana bantuan itu dating dari sumber yang tidak di sangka sangka dari pelbagai pihak. Masya Allah! Subhanallah! Allah sangat sayangkan keluarga kami. Indeed.

Kami bersyukur kera dipertemukan dengan saudara2 yang sungguh budiman.

Semoga ujian ini menambah dekatkan kami kepada Mu ya Rabb!..

Sekian daripada saya, Salam Kasih salam Ksesyukuran

Kepada isteri tercinta, Abang doakan Yas ditempatkan dikalangan Orang2 yang solehah serta aman di sana hendaknya. Doa abang sentiasa bersama mu. Jika kunci syurga itu ada pada abang, telah lama abang serahkan kepadamu. Telah abang redho dan maafkan segalanya. Alhamdu Lillah.

Sekian. Sebuah coretan rasa.

Mohd Hashanizam Bin Abdul Rahman

Nurul Amirah

Muhammad Amril Hashanizam

Muhammad Raisalfaruqi Hashanizam

Nurul Fasehah

1/3/2013

Saturday, March 02, 2013

In Memory - arwah Pak Long Rahim

Arwah Pak Long - Abdul Rahim Abu Hassan adalah abang sulung kepada ibu saya. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 28 February 2013 lebih kurang pukul 4 petang lebih waktu Malaysia. Saya tahu berita mengenai pemergian Arwah semasa saya menunggu flight untuk pulang ke Malaysia dari Jakarta.

Arwah masih muda, baru 55 tahun, maaf saya pun kurang pasti bagaimana conditionnya, yang saya tahu, beliau menghidap diabetic yang serius. Ikut ceritanya, arwah tidak mengetahui yang arwah menghidap diabetic. Yes, diabetic is a silent killer.

Sakit arwah sekejap sungguh.

Beliau jatuh di rumah ketika hendak menunaikan solat. Jatuh dan tak boleh bangun kira - kira 3 atau 4 minggu yang lepas. Kemudian keluarga menghantar arwah ke Klang KPJ tapi kes dirujuk ke PPUM. Saya tidak berkesempatan menemui arwah di Klang yang pada ketika itu beliau masih lagi boleh bercakap.

Saya hanya berjumpa dengan Arwah ketika beliau sudah berada di wad ICU dalam keadaan telah menggunakan life support. Saya ada memanggil namanya, dan saya masih ingat, ketika saya bercakap, arwah menggerakkan mata dan memusingkan kepala sedikit.

Itulah kenangan terakhir saya bersama Arwah ketika beliau sakit..



gambar Arwah bersama Aznil ketika kenduri Lisa & Yusri

Tapi kenangan saya di waktu sihat memang banyak, maklumlah saya ni cucu sulung dalam keluarga, jika hendak diceritakan satu persatu memang tak habis. Arwah seorang yang pendiam dan baik hati. Jarang benar arwah tidak memenuhi jemputan kenduri, jika ada kelapangan arwah akan sentiasa memenuhi jemputan. dan jika kami datang ke rumahnya, makanan sentiasa tip top dan sedap.

-gambar dari FB anak beliau - Fadzli-
-Arwah pak Long saya di konvo anak sulung bersama isteri dan satu-satunya anak perempuan beliau-

Satu perkara yang saya tak boleh lupa sampai sekarang apabila beliau mendapat anak pertama, way back in 1988. masa tu, saya dan Saffuan tengah sibuk bermain, sekali arwah mase tu hendak turun tangga dan tanya, kalau nama anak laki nak letak nama apa.. jadi saya dan saffuan terus berborak budak kecik (yelah sorang 5 tahun sorang lagi 4 tahun) dan saffuan terus cakap.. -- Fadzli.. dan ya, anak sulung beliau bernama Fadzli :)

Arwah meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Anak bongsu baru berusia 11 tahun. Arwah lahir pada 1 Mac dan semalam Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Meru, Klang. 

Semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..

Alfatihah..


Friday, March 01, 2013

In feb n on the first day of march

A lot of things happened in february.. n yesterday.. my uncle menghembuskan nafas yg terakhir.. semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yg soleh. He is a very nice man.. al-Fatihah

I will try my very best not to miss any single day of blog entry in march.. becos March is my birthday month.

N on the first day of march.. for the first time ever.. saya sangat kecewe sedih dan frust sebab kalah dalam contest. Yes contest Mamil Gold.. Boost your child's dream contest..

Minta maaf pada yg vote saya. I'm very sure I was on the top 3 highest voting.. n I just ruined ur chances to win rm200 hampers from Dumex Mama..sorry..

They might called me within that 3 days when I was in jakarta. I tak boleh buat roaming.. so I couldnt answer any call... but my email is always open if they want to send some notification.

But I might be wrong..

I am still sedih. Penat suruh orang vote tetiap hari..

Mungkin rezeki di lain waktu. 

InsyaAllah

Sunday, February 17, 2013

Boost your Child's Dreams' Contest - Top 10 :)

Alhamdulillah.. saya telah dipilih sebagai salah seorang dari 10 entry yang terbaik untuk contest ni. to be honest sejak dua menjak ni mood untuk masuk contest adalah ke laut.. mata ni senang sangat nak tido...  dah habis segala tugasan isteri dan ibu, memang i terus nak cari bantal dann zzz.. cuma i sekarang ni suke je duduk belek fb, instagram or twitter.. terlebih aktif pulak :)

put aside that story.. untuk contest ni, saya ingat lagi conversation dengan Ayu, beria dia ajak I  masuk contest ni, mula-mula malas juga sebab i tahu lepas entry dipilih, ada pulak voting period.. i bab-bab nak cari votes ni memang tak pandai..

dan sejujurnya inilah entry yang pertama saya di tahun 2013 dan the only one untuk offline contest setakat ini :) 

tapi memikirkan contest ni berhasilkan dari cerita dari serorang ibu.. i pun join.. was playing around with Emir.. one tips to get some creative thinking is by asking your child, bukan anak yang dah masuk sekolah menengah, cari yang kecik sikit, yang masih lurus.. 

and try-lah to play with them -- 10 seconds answer..

macam suruh dia describe something in one word .. macam kite kata "Ibu" nanti dia balas "angry" :p..

dan terhasil lah dolphin trainer.. the rest is my task to elaborate it :)

Jadi setelah dipilih sebagai 10 entry terbaik.. nak menang 3 yang terbaik memerlukan votes la pulak .. nak tak nak bila dah separuh jalan, haruslah diteruskan perjalanan ni kan..  kalau dapat, tercapailah impian me Emir nak pergi Florida :)

Jadi dengan ini secara rasminya saya memang mengharapkan undian anda untuk meletakkan Emir di antara 3 pemenang hadiah utama.. Kalau ikut kata organizer, dalam 10 pemenang ni, 3 je akan menang, yang lain akan pulang dengan senyuman sahaja.. 

tapi kalau you all vote, you are in the running to win ..


Dumex Mamil PreciNutri hamper worth RM200 :)

Jadi ini cara-caranya yer..







kalau mereka yang berada di mobile.. pun boleh vote juga.. tapi kene pergi ke desktop view :) macam mana nak ke desktop view.. kene menggunakan safari atau browser atau sewaktu dengannya (bukan application), bukak www.facebook.com, terus ke kiri atas (top left), nampak garisan-garisan tu.. click dan paling bawah sekali sebelum log out ada "desktop view" dan boleh terus vote macam biasa.. 

Terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih... kepada yang sudi vote..

Thursday, February 14, 2013

mengawal kemarahan

Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen.. maaf, i refused to publish atas sebab-sebab tertentu..

Masih lagi di atas topik yang sama, pagi ni husband i kejutkan dan suruh i delete status2 yang tidak sepatutnya di Twitter. status kite di social network juga melambangkan keperibadian kita. 

Untuk itu, i agree.. 

Alhamdulillah, walaupun husband i bukan jenis yang sibuk nak komen tentang apa yang i tulis, tentang ape yang i buat, tapi i tahu, mata dia ada je kat belakang, dan ini bukan kali pertama yang dia suruh i delete atau letak dekat bahagian draft entry i atau status2 i..

Cuma, bila i dah berada dalam tahap kewaraasan, i sedar yang perempuan dan emosi tak dapat dipisahkan. we are always driven by emotion and usually we always blame our hormone... right? termasuk la saya, kalau boleh, masa marah tu nak je sebut nama dia, sebut segala mala yang terlintas dalam pemikiran.. astafirullah.. 

dan saya akui juga yang kadang-kadang i tak dapat nak kawal kemarahan i .. ;) dan bila marah ni, i cukup benci dekat Twitter, Facebook atau blog sebab media-media ni macam memanggil2 kite untuk letak status yang tak sepatutnya ;)

so di tahun baru ni i berazam untuk kawal kemarahan i.. umur dah lanjut, anak pun dah besar, malu je dekat emir nanti.. cuma dalam pada i control kemarahan i, i akan pastikan tak ade yang berani pijak kepala i dalam i dok senyap2 macam ni ...

insyaAllah.. hidup ni lagi sweet kalau ingat bende-bende yang baik disekliling kita.. percayalah, banyak perkara yang baik dekat kita, cuma sama ada kita tak perasan (sebab itu perkara biase) atau kita lupa untuk ucapkan syukur..

p/s hari ni 14 February, hari jadi arwah Auntie i yang meninggal dunia akibat kanser darah. Kalau arwah ada, i tak pernah miss untuk call arwah untuk ucap selamat hari lahir.. honestly she is the only auntie yang i ingat birthday.. Moga roh Andak ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.. Alfatihah..

Wednesday, February 13, 2013

with no heart..

Bangun pagi hari ni i memang berfikir, perlu tak pergi kerja.. my condition Alhamdulillah is getting better tapi untuk pergi ke kerja masih tak memungkinkan lagi.. mungkin ada yang tanya i sakit ape.. sebenarnyer it happened on Monday, tengah bangun duduk bangun duduk, sekali terdengar ketukan tulang kat belakang.. -- aka.. tergeliat.. Ya Allah sakit dia Tuhan je tahu masa tu.. memang sakit, paling teruk semalam, sakit tu memang terasa.. nak bangun pun susah, nak duduk pun susah.. jalan tak usah ceritalah, one step at a time..

pendek kata i tak pernah tahu yang bila kite batuk, it gives an impact to your backbone.. sebelum ni sihat memang tak perasan tu semua, tapi bila sakit, i cuba elak untuk batuk ataupun bersin, sebab sakit nyer terasa ke tulang belakang.. nak tidor, position i memang tak bertukar, kalau nak bertukar, kene slow and steady.. dan paling best, nak pakai seluar, mak aii its a tough job ok :)

kerja rumah kirim salam.. i langsung tak dapat nak buat ape-ape. Alhamdulillah Encik Husband memang ringan hati tolong.. he is so concern about my steps walaupun sekian waktu asyik gelakkan i (yelah jalan macam orang tua).. tapi setiap waktu jugak asyik suruh i tido je.. lepas makan pun disuruhnya i tido je tak yah buat ape-ape.. 

setiap masa sebab boring sangat, i dok main dengan handphone.. makin merajin dekat social network.. nak update blog susah sikit sebab kene guna laptop, voting untuk Mamil Gold pun i tak bersungguh..  takpelah kalau ada rezeki ada, kalau tak de, tak mengapa sebab i memang tak mampu nak fish votes. 

dan pagi hari ni saya dikejutkan dengan telefon.. first time kot i meroyan dekat twitter :) kenapa twitter, twitter i lebih selesa, hanya kawan je dekat situ, tak ada sedara mara, kawan rapat saje, i memang jage twitter i :)  tak taulah in future dengan keperluan contest kan :)

and so i jadi hilang pedoman.. 

bukan apa, bayangkan i betul2 sakit, Allah nak bagi i sakit, bukannya i buat-buat, dan Allah telah takdirkan yang i ni senang sakit.. sekali bila terima panggilan dari si dia yang komen tentang i sakit - kene pandai jaga kesihatan sebab keja banyak, lepas tu siap cerita pulak rekod MC i tahun lepas.. n asked me to come to work..

im pissed.. 

dan ditambah lagi dia bercakap dengan suara yang kasar.. meninggi.. entahlah dugaan betul di"jodoh"kan dengan orang macam ni..

susah saya nak elaborate, keje itu kalau kite dah diberi tanggungjawab memang wajib untuk kita laksanakan dengan baik, tapi setakat mana keje itu dilakukan mestilah kene ada batasnya.. untuk kita para isteri, bukan setakat tugas di pejabat je, tugas di rumah sebagai seorang isteri dan anak kene dilakukan juga. mungkin untuk setengah orang dia lebih selesa untuk memberi tanggungjawab di rumah kepada maid atau orang lain..

dan paling penting, bila kita kerja, bukan maksudnya kita abaikan tanggungjawab kite pada Yang Esa.. ada setengah orang bila ralik sangat dengan kerja, surau kat Office pun tak pernah tahu macam mane rupe :) - susah untuk kite nak nasihatkan orang dalam golongan ini sebab masing-masing dah tua.. 

tapi harus diingat tak semua orang begitu.. i masih lagi terngiang2 perbualan dengan seseorang bila dia berkata "i dont understand the new generation nowadays always talk about work life balance, i dont have the luxury to do that"

and im so sorry to hear that.. kesian anak you....

untuk i, mak memang sentiasa harus kene ada disisi anak-anak, seteruk mana pun mak tu keje, mak mesti tahu perkembangan anak-anak, anak-anak bukan setakat untuk diberanakkan jer, bukan setakat nak diberi duit, bukan setakat untuk disekolahkan.. it goes beyond than that.. anak-anak kene disemai dengan humanity value, inside there perlu dipupuk dengan ajaran agama.. cara mak membesarkan anak akan mempengaruhi who your child is in the future..

and i believe in that.. dan sejujurnya dari pemerhatian saya, mak - mak yang hanya seorang suri rumah dan guru (tak kisah la lecturer ke ape), anak-anak mereka berjaya.. maksud i berjaya bukan diukur dari kerja apa, tapi mereka-mereka ni memang sentiasa nak dekat dengan family mereka, orang kite kate "jadi orang".. kalau ikutkan statement ni memang agak berat sebelah, but again, this is from my observation .. 

sebab tu, i memang risau sikit dengan keadaan i, tapi mungkin sebab husband i lecturer, jadi si suami dapatlah mengisi kekurangan i.. kalau ikutkan i sendiri, i memang sentiasa tak menentu dengan kerja, keje pejabat di sektor swasta memang macam ni, kene maki, ada ups and down, itu adalah asam garam kami di sini.. masuk je office, otak tu memang dah sentiasa on untuk buat keje sampai lah ke petang, kalau ikutkan hati, i sendiri dah malas dah nak teruskan keje macam ni,  tapi memikirkan ada banyak komitmen yang masih belum diselesaikan.. i kene bertahan kejap.. Zety, bila kite punye discussion ni, i dah tak sabar dah ni.. 

and so i keluar topik.. :)

i mean kalau lah seseorang tu sakit, please give them a break.. i sendiri kadang2 pernah frust juga kalau ada kawan i yang cuti MC bila i tahu the MC is for something else, but usually when people is on MC .. give them a break.. Look at this way, in a year, like us, we are only entitled for 14 days of MC, on top of that we have only 15 days of annual leaves, kalau ikut rekod, katalah kami-kami ni terpaksa mengutilise MC dan AL in a year.. we are only away for 29 days hari bekerja, tambah tolak macam sebulan setengah hari bekerja.. whereas we are working approximately 240 days in a year.. tolak cuti public holidays and cuti MC cuti AL, busuk2 pun we have to be in a office 200 days in a year. 200 days x 8 hours = we are working around 1600 jam dekat dalam office, itupun  macam i, i akan ada dekat office lebih dari 8 jam.. 

but unfortunately, to some people, they are not satisfied ..

well, i cuma frust bila orang marah-marah macam tu macam tak tau esok lusa mungkin dia juga akan jatuh sakit, entah2 lebih teruk - wallahualam

esok maybe i can expect her to call me again dalam keadaan marah-marah sebab i ni ada 3 hari MC.. 

i rasa entry ni tak ada hujung pangkal.. sorry, tak pandai pulak  nak susun ayat, macam tak ade fokus.. actually i know what i want to write, tapi agak terbatas sebab i tahu banyak mata yang melihat dan membaca.. so i kene berhati-hati dengan ayat i..

kalaulah blogspot ni ada macam wordpress yang mana boleh password protected memang i dah buat dah..

p/s Alhamdulillah im recovering, doktor kate it is muscle spasm, tapi i dalam observation for another a week, kalau tak kebah jugak i kene buat MRI sebab nak check saraf tunjang i, which of cos i pun tanak masuk dalam MRI scan tu..

p/s orang sakit memang sensitif.. so i am one of them .. :) 

Thursday, February 07, 2013

Update.. :)

Sebelum tu, yes- saya ada..

1. busy sungguh minggu ni, dengan ketidakstabilan hormon yang menganggu, memang agak tercungap-cungap nak uruskan hidup.. pendek kata saya dah lama tak masak kat rumah sebab balik rumah dah penat ya ampun.. dengan balik lambat, tengok emir buat keje sekolah, lepas tu, mata ni automatic dah tidor awal.. sebab automatic jugak dah pandai bangun awal :p

2. bukan tak update blog, nak tengok blog rakan taulan pun boleh tahan tak sempat.. tadi jenguk lah rakan BFF i, ayu, suzi dan ezna, mereka-mereka ni  memang sentiasa ada cerita.. jadi kalau u all boring2 tak de bahan bacaan, jom lah ke blog-blog mereka..  sungguhlah saya nak jumpa rakan taulan saya ni.. kalau ada remote control, memang i dah panggil derang dah datang jumpa i... punyalah i tak bertanya khabar, sampaikan ada orang tu nak pergi Gold Coast pun saya tak tau.. best betul..

3. Ramai juga kawan-kawan saya yang pergi umrah sejak dua menjak ni.. seronok kan.. bila lah pulak turn saya.. 

4. banyak sungguh rakan-rakan compers lain yang menang itu dan ini.. to be honest.. tahun ni i belum berkesempatan lagi nak isi offline form.. malas pun iyer, tak dak mood pun iyer 

5. Remember kawan saya yang anak dia kene rotavirus.. setelah 23 hari anak di ICU, hari ni, ibu dia post video di facebook yang Alif dah boleh duduk dan gelak-gelak.. ya Allah besarnya kuasa Tuhan.. i sendiri sangat gembira dengan keadaan Alif.. dan sentiasa mengikuti perkembangan Alif dari semasa ke semasa.. teringin nak jumpe Alif.. i will insyaAllah.. 

6. Cuti panjang weekend ni akan digunakan oleh i dengan baikkk sekali.. i need a break, my own time, my space.. seriously!!


Monday, February 04, 2013

off from work but

your body is not in a good shape..

which is .. not good

i was thinking high and low whether should I just give it a day today or proceed to work, but unfortunately, to me, whatever it is, health comes first eventhough my boss wanted to see me today. But in a way, looking back for the last one month, I have pushed myself to the fullest despite that it has yet to satisfy my bosses (yes, i have two big bosses), at least for myself, I have done my very best.

so, i am on my first MC of the year today..

and so, here i am, staying alone in the house with my office lappy. my inbox doesnt give too much comfort when the big boss asking for work..  im forcing myself to finish up some calculation before 10 am tomorrow... honestly, right now (ok, it's already a week) i have stucked somewhere, and makes me keep my work safely aside :( ok,you can always say, tanya orang laa.. but hmm... i have no further answers for that :)

forget about my endless workload, which got nothing to do with personal life, now I have to set one appointment with my gynea. *gulp,  hopefully again everything turns out well.. insyaAllah..

Sunday, February 03, 2013

Spam - Anonymous - Pening

.. rasa ramai bloggers mengalami masalah yang sama di mana terpaksa menerima anonymous comments.

salah satu cara untuk mengelakkan spam comments ni adalah dengan meletakkan word verification, tapi kalau kite letak word verification, akan menyusahkan orang2 untuk comment dan akan mengurangkan "kemeriahan" entry tersebut..

jadi soalan saya..

macam mana rakan taulan elakkan comment2 ni.. sebab i dah sakit mata dah mengadap comment2 macam ni, walaupun kebanyakkan comment dah terus masuk ke spam, tapi menyemakkan email i..

Friday, February 01, 2013

From level 63

This is my daily view.. boleh direct nampak rumah I..

Biasenye kiterang kakau jem boleh keliling office nk check jln ape jem or tak jem...

Hari ni kami cuti.. satu2 cuti untuk wilayah.. ;)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez