Sunday, February 05, 2017

Emir's Chess in Singapore

Walaupun dah hampir 3 bulan berlalu, ibu dah janji dengan diri akan naikkan juga cerita ni untuk dijadikan tatapan Emir suatu hari nanti. Mungkin ada bahagian yang ibu dah lupa, tapi ibu akan cuba tulis balik dan meng-recall cerita Emir di Singapore.

Selalunya kalau kita travel, ibu akan cuba juga cerita travel day by day supaya adalah kenangan dari hari ke hari, tapi malas pulak.. 

pendek kata, akhir tahun lepas memang ibu, papa dan emir banyak jugak turun naik flight sebab tournament Emir. ada lagi beberapa tournament penting tahun lepas ibu akan cerita..

Emir memang banyak kali minta untuk bertanding di peringkat antrabangsa memandangkan dia sudah melangkah ke arah itu, tetapi disebabkan kebanyakan pertandingan adalah perbelanjaan sendiri, jadi kami macam belum bersedia. Emir di sekolah di KL, fund untuk chess sangat sikit, tidak macam sekolah di Putrajaya yang sekolah boleh sponsor sehingga ke peringkat antarabangsa. 

Sekali, Papa semak yang National Age Group di Singapore menerima jemputan dari luar dan perbelanjaan adalah di bawah kemampuan kami. Jadi, Papa pun mendaftar untuk tournament dari 19-22 November 2016. 

Kami bertolak dengan Tiger Air sehari sebelumnya, lambat kami sampai sebab kami pergi lepas saya balik keje, sampai di Singapore waktu malam hari Jumaat, 18 Nov 2016.


Emir memang suka ambik gambar on the way nak masuk plane. 


Sampai di sana adalah kejadian kelakar. Ok, dari segi manage Emir dan Chess, Papa Emir akan uruskan mengenai registration Emir dan semak apa yang terbaik untuk Emir, manakala ibu lebih kepada logistic, contohnya kalau perlu tidur di mana-mana, memang papa akan serah bulat2 untuk ibu uruskan.

Tournament venue terletak di Bartley Secondary School, bila semak semak dan semak, akhirnya saya ambik keputusan untuk book hotel di Hotel 81 Tristar di Joo Chiat, kalau naik MRT kira 3 station ke Bartley.

Bilik hotel agak besar (as compared to our hotel in Genting Jurong dulu) at least yang hotel ni boleh lah bergerak. hotel Jurong sempit betul. dan paling penting, murah..untuk 5 malam baru RM1,200 tak silap. (tak ingat berapa)


Plus point hotel ni dekat dengan kawasan Melayu Singapore, jadi makan bukan masalah langsung. bawah ni makanan di Hajah Maimunah, restoren yang sangat famous di Singapore. Kami tahu pun dari uber driver yang kebetulan orang Melayu, dia lah yang share tentang restoren ni.


Memang betul pun, nampak tak gambar belakang kami, orang beratur untuk ambil makanan. Boleh tahan jugaklah makanannya.. Ok, tadi tersangkut nak cerita masa kami sampai. 

Saya memang dah plan sesiap macam mana nak tiba ke sini dengan menaiki MRT, tapiiiiiiiii... bile sampai di kawasan mrt tu, ibu survey tak habis, tak tau nak pergi mana lepas tu... memang berasap la papa masa tu, nak nak mase tu shopping mall nak tutup. Nasib baiklah hentian mrt tu di Paya Lebar yang terletak di sebelah Shopping Mall..

Lagi satu yang best, hari Jumaat i was so busy at work, jadi tak berapa sempat nak charge phone. sudah lah sesat, lepas tu bateri habis, paling malang, power bank pun tak dak bateri, imaginelah macam mana berasap husbandku..

Husband i punya phone nyawa nyawa ikan.. 

Terpaksalah kami mintak seorang mamat ni tolong google dekat mana hotel kami. Dia pun confuse sebab Hotel 81 memang banyak cawangan di Singapore.

Btw, sebab i book dari Traveloka, jadi address penuh hotel pun tak dakk.. so imaginelah, dah la pukul 10 malam lebih, esoknya Emir ada tournament. FYI, selalu kalau sehari sebelum tournament, kami akan suruh Emir tidur seawal 9 malam.. tapi ni dah 10 lebih and kami pun tak jumpe hotel kami.

To cut it short, akhirnya jumpe lah jugak --- naik taxi lepas dah dapat alamat dari mamat yang tolong kami tadi.. Jauh rupenya kalau nak jalan dari MRT tu hehe


Esoknya kami pun sampai lah di Sekolah Menengah Bartley dengan menaiki Uber.. Harga dalam SGD7 seperjalanan... --- untuk kami mahal lah, dah lah satu hari ada dua game, lepas satu game, kami akan balik hotel dulu untuk berehat.. so kire dalam satu hari kami akan pergi balik sebanyak 4 kali.. fyi, pertandingan adalah selama 4 hari..


Besar sekolah ni, dan facilities sangat bagus, bila tanya orang Singapore, memang inilah sekolah kerajaan di sana, memang macam ni.. Btw, lepas dah tengok harga Uber mahal sangat, kami pun carilah alternatif lain, naik mrt walaupun sekolah sebelah je tapi tak convenience sangat dengan kami sebab hotel kami jauh dari MRT. Akhirnya jumpelah option naik bus. Murah dan turun pun dekat dengan hotel. Dekat sini semua golongan naik bas.. 


Antara pemain dari Malaysia, Irfan dan Nazhan.. memang kedua-duanya dah biasa jumpe di Malaysia, cuma sebelum ni tak bertego sangat dengan parents mereka, tapiiiiii semenjak dari event ni memang kami kamceng sampai sekarang.. kamceng habis.. alhamdulillah


Walaupun Emir tido sehari sebelumnya, Alhamdulillah Emir ceria keesokan harinya and fully ready for the game dan menang kedua-dua game pada hari pertama :) 


Ini Kaseh, keletah betul lah budak ni.. umur baru 8 tahun tapi bijak. seronok layan budak banyak mulut, nak nak takde anak perempuan kan :) 


Sebahagian dari kawasan sekolah. Gelanggang seluas-luasnya.. bersih dan kemas.. akan ada sentiasa orang yang membersihkan kawasan sekolah.. sampah memang tak nampak.. tandas pun bersih. ada shower room bagai.. satu je takde.. surau hehehe


So, selalu lepas habis game, budak2 akan main lah di tengah-tengah ni.. lupa pula ambil gambar di kawasan kantin. Kantin dia sangat besar, dan ditengah-tengah kantin diletakkan sebiji piano dan beberapa alat instrument lain, everyone is welcomed to play. Mak mak Singapore cerita, it is normal macam tu, dan selalunya ia adalah sumbangan dari pihak ibu bapa.


Emir dan bapaknya.. di hadapan main entrance Bartley School

Ini lah pengangkutan utama kami di sana, naik bas. ini kami duduk di tingkat atas. Hari pertama naik tu menggagau jugaklah, siap tersilap stop -- tersilap tu sampai sejam setengah lepas tu baru jumpe kawasan familiar balik. Sebab kami tak gune kad, driver bus kat sini macam confuse nak letak harga berapa, so selalu harga berubah rubah, untuk kami bertiga dari semurah SGD3 sehingga SGD4.70 still cheap dari Uber SGD7-8, nak nak duit kite ni mencanak naik kan.. 


Dalam untuk saya estimate mamat ni penat, boleh la pulak dia request nak mandi swimming. Mana dapat energy pun tak tau.. Paling paling best, bilik kami berhadapan je dengan swimming pool ni. Rugi betul i tak bawak baju mandi, sebab sepanjang kami duduk sana, and masa Emir mandi, tak de orang, adalah sekali dua orang datang.



Hari kedua, ibu lupa apa nama lawan Emir ni, tapi yang ibu tahu, mak lawan Emir ni orang PJ yang dah berhijrah ke Singapore. Banyak juga yang kami borak, mak dialah yang banyak bagi info. Anak nyer ni lebih minat kepada wushu dan masa cuti sekolah Singapore, mak dia dah sign up anak dia untuk intensive wushu class di China sana tuhhhh.. parents nowadays are very supportive kan... (reason saya kene keje lebih kuat)


Ini hari Ahad, secara kebetulan i teringin nak jumpe kawan i Shi yang dah berhijrah ke Singapore lepas berkahwin.. Kawan sekolah di Melawati dulu, dalam kami dok sharing our details, sekali another friend of mine yang dah bertahun tahun tak jumpe, Zarina (dah jadi Singapore citizen dah pun) wanted to join us.. memang seronok lah berborak.. banyak betul bende diborakkan.. Kagum dengan anak mat saleh Shi ni, Zanya yang kira tak banyak ragam..


Masing-masing yang dah berhijrah ke Singapore akan tinggal di sana disebabkan security. Memang betul pun. Kami juga di Bugis, masa tu ibu ke sana dengan menaiki MRT dari Bartley, Papa yang jaga Emir. Mula-mula, kami nak jumpe di satu Cafe di Arab Street, tapi sampai nak dekat pukul 12 pun tak bukak-bukak, jadi kami tukar di Sailormoon Cafe di Bugis tu.

Sekejap je perjumpaan kami, adalah dalam 2 jam setengah macam tu, quick catch up, tapi kami akan diingat sampai bile-bile sebab lepas ni kalau nak datang tak tau lah bila lagi nak jumpe mereka-mereka ni.. 


Sempat i balik sebelum Emir mula perlawanan pada petang tu. Orang yang lawan dengan Emir dalam gambar ni huishh psycho betul heheh, sebelum game start, dia keluarkan satu buku untuk revision, tajuk buku tu adalah "how to beat a Sicilian player" hehe - Sicilian adalah salah satu famous tactic dalam Chess. Emir dok tersengih sengih, ye lah, mana pernah dalam sejarah hidup dia ada opponent yang buat revision before game starts..


Sehingga hari Ahad, Emir masih lagi antara yang mempunyai markah penuh. Alhamdulillah pencapaian sangat baik untuk Emir. Malam pula Emir ada session dengan coach nyer sekejap secara online. Ni duduk dekat pintu sebab line internet teruk, line internet cuma bagus dekat pintu ni je. Memang kalau nak update ape2 kami akan duduk bertenggek kat tepi pintu ni ..


Hari berikutnya, iaitu hari Isnin, emir kalah dalam dua perlawanan, opponent Emir yang ke 5 memang dah well prepared dengan game Emir. Setiap pemain chess dia akan ada style dalam bermain termasuk Emir. Memandangkan Emir ada buat upset kepada salah seorang pemain terbaik Singapore sehari sebelumnya, jadi tak hairan kalau mereka akan ambil game Emir untuk dijadikan rujukan untuk perlawanan seterusnya. Some of the players shared the same coaches..


Betapa ramai ibu dan bapa yang bagi sokongan dekat anak-anak dan ambik cuti untuk anak-anak. I ambik cuti 3 hari :) nasib lah ada baki-baki cuti yang boleh digunakan..


Dekat sana memang akan sentiasa bawa bekal makanan takut bebudak lapar. yang pakai baju belang-belang ni pemain dari NS. nasib bawak roti canai, rupenya dia lapar.. 


Perjalanan ke station bus, adalah dalam 5-10 perjalanan.. Emir tak habis-habis cakap kot kot ibu ada duit untuk berhijrah dekat Singapore. He really likes the school and the safe country. Tapi bumiku masih di Malaysia.. cewah gitu :)


Kali ni datang Singapore memang tak sempat berjalan langsung. First game starts at 9 am, second starts at 3pm, each game can last as long as 4 hours, so selalunya lepas habis main game tu, Emir akan penat. Penat otak lah kan.. so kami pun malas nak kemana-mana sebab nak kene jage Emir punya stamina.. 


Lagi gambar sekitar kawasan sekolah.


Emir ada sekali berjaya ke Board Satu, tapi tak ingat game ke berapa.. FYI - board satu adalah board yang terbaik.. lepas tu sebab Emir dua kali kalah, jatuhlah positionnyer hehe.. 

Sehingga game yang ke lima, hanya dua orang saje yang ada markah penuh, Emir dan lagi satu pemain dari Singapura.  lepas tu tinggal budak tu saje sebab Emir dah kalah...


Dengan anak saya, walaupun hanya seberang tambak, tapi dia memang cukup happy dapat bermain di peringkat luar Malaysia. InsyaAllah Emir, kalau ibu dan papa ada dana cukup, kami akan bawa lagi Emir bermain di negara lain.. Why he needs to go overseas -- for exposure .. lagipun emir sendiri dia aim untuk peringkat yang lebih tinggi dalam chess.


Antara opponent Emir, ibu tak ingat game yang ke berapa. emir berkenalan ramai kengkawan baru di sini..... cuma satu je, Emir ni dia susah sikit nak ingat nama dan muke orang.. tak tau lah kenapa... orang yang dia jumpe hari2 pun dia tak leh ingat.. 


Kaseh dan Irfan, adik beradik.. 


Agilan dan adiknya, Agilan pun suke baca Harry Potter. 


Ini adik bongsu Agilan, geng dengan Kaseh .. 


Kaseh lagi.. banyak betul gambar dia.. suke sangat budak ni cubit cubit perut ibu sebab dia suke geram dengan lemak lemak ibu .. grrr.. 


Tapi lagi sukeee dia usik perut papa... gambar ni ambil lepas dia buli papa dengan cubit cubit perut papa.. 


Akhirnya keputusan di hari terakhir. Alhamdulillah Emir mendapat tempat ke6 dalam pertandinga, sesuatu pencapaian yang membanggakan.. Kalau di Singapore, Emir dah boleh masuk Elite program, tapi Emir orang Malaysia, so tak boleh join hehehe.. 


Top 10 untuk kategori Emir, kategori bawah 10 tahun.. Emir sorang terselit orang Malaysia di situ.. 


Emir dan Kaseh. Kaseh pun dapat no 6 untuk kategori perempuan bawah 8 tahun.. 


Sangat-sangat bangga dengan pencapaian anak-anak semua. yang saya ingat, kita juga ada memang terbaik perempuan bawah 6 tahun - Agalya, no 2 dan no 6 untuk kategori bawah 12 tahun.. sekolah menengah punya ibu tak berapa ingat. sebab banyak sangat dapat no 6, kiterang simpulkan mesti sebab GST :p


Alhamdulillah, kejayaan pertama Emir di luar Malaysia.. 






Emir takkan berjaya tanpa sokongan Coach nyer - Coach Kamal (coach utama) dan juga Coach - coach yang lain.. Coach Nik, Coach Jax dan lain lain, semua memang bagi tunjuk ajar yang baik. Terima kasih atas jasa kalian.. 


Selesai upacara hadiah dalam pukul 8 malam lebih, nasib lah kami extend lagi duduk sehari di Singapore sebab nak jalan-jalan.

Flight pulak memang saja pilih malam .. tapi boleh pulak keluar lambat, sebab tiga-tiga bangun lambat hari berikutnya .. penat sangat semua.. kami mula-mula turun pergi lunch dulu. Lupe godek gambar lunch kami kat mana, sebenarnya dekat bawah hotel ni ada satu kedai makan, dan berdekatan ada satu medan selera yang sangat famous.. memang kami pun makan-makan sini je.. insyaAllah nanti ibu akan upload jalan-jalan sekitar Joo Chiat tu..

Ok baiklah, lepas kami dah check-out, memangkan dah pukul 2 lebih memang takde maknenye nak ke tempat2 jauh sebab dalam pukul 5 petang dah kene gerak ke airport. Lepas fikir-fikir, kami ke Singapore Flyer je..


Cuma ibu dan Emir je naik, Papa tak nak naik sebab kene jaga barang.. ke sini pun kalau tak silap, kami terus je naik teksi dari hotel ke sini, malas nak meredah dengan beg-beg, lagipun masa suntuk, kene terus tuju tempat destinasi. 

Tiket SGD33 dewasa dan SGD21 kanak-kanak, kalau tak silaplah.. sebab tak ingat.. 

Sesungguhnya, tak ramai orang pun, duduk dalam ni pun 30 minit.. 












Itu saje... 

3 comments:

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez