Tuesday, January 25, 2011

Takziah kepada Ezna dan Ashra


Salam takziah buat Ezna dan keluarga yang baru sahaja menerima kematian ayahanda tercinta semalam. Walaupun Mira tak berape pasti cerite sebenar, namun apa yang Mira faham, kematian arwah adalah mengejut untuk keluarga. Moga arwah ayah Ezna, Arwah Haji Ahmad Khalili ditempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah.

Berat mata memandang, berat lagi beban yang memikul. Memang tabiat saya adalah update blog dulu, dan baru jenguk blog kawan-kawan, dalam saya sibuk cerite pasal Lisa Surihani, saya tak tau ade orang yang tengah berduka.. Saya ke blog Ashra dan alangkah terkejut dan tersentap bila mendapat tahu bayi yang dikandung selama 7 bulan meninggal dunia di dalam perut tanpa sebab yang diketahui.

Cukup sifat. Bayi kedua ini dinamakan Nur Iman. Bayi masih lagi di dalam kandungan Ashra dan atas nasihat doktor, akan dilahirkan secara normal hari ini. Tak pasti sama ada sudah dijalankan atau belum. Moga Ashra dan suami tabah menghadapi dugaan dariNya.

Hayati cerita seorang Ibu... 



Setiap kesusahan / dugaan yang menimpa kepada kawan kite, adalah peringatan untuk diri kita juga.




   

8 comments:

  1. takziah dan al-fatihah.
    arwah ayah ezna dh lama masuk wad, bed-ridden since sblm raya aidilfitri..

    ReplyDelete
  2. salama takziah buat kedua2 nya .

    ReplyDelete
  3. memang sedih baca kisah ashra... tak tertanggung bebanan yng dia rasai

    ReplyDelete
  4. takziah utk dua2 kwn mira..semoga Allah kuatkn semangat mereka berdua,.

    ReplyDelete
  5. salam miera.
    baru dapat jenguk blog mira ni.

    thanks miera atas doa dan sokongan sebelum ini..alhamdulillah,segalanya telah pun berlalu. walaupun sayu di hati,but life must go on rite..

    =)

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez