Sunday, February 14, 2010

Why I Like It Longer?


 Sekarang ni semua bende yang penting untuk semua orang adalah bende yang berempat segi atau dengan kata lain, segi empat. Untuk mira, mira panggil revolusi SEGI EMPAT.

Kalau nak tengok American Idol Season 9 kene tengok segi empat sama untuk TV lame macam saya dan segi empat tepat untuk LCD screen. Kalau nak tengok duit Nuffnang, nak tahu jumlahnya, kene bukak segi empat tepat jugak, ape lagi kalau bukan kene bukak komputer ataupun laptop. Lepas tu kalau nak bezekan gemuk atau tak gemuk, hari ni dan 10 bulan akan datang, pun kene gune segi empat, ape lagi kamera punya screen la kan.. Haa ade lagi, kalau tak tahan cuaca panas, nak air sejuk, kene simpan air dalam bekas empat segi aka peti sejuk.

Itu baru sikit, belum lagi mira mention pasal segala macam jenis remote yang bentuknya semua empat segi. Tapi ada lagi satu bende empat segi yang sangat penting bagi Mira.. mobile phone. Sekarang ni pun kalau tanye orang "berape u punye phone number", rata-rata ramai akan terus mulakan dengan "01..." dan bukan phone rumah, tak caya? sila tanya orang sebelah anda sekarang.. hehe

Terima kasih kepada NTT Japan yang melancarkan telefon bimbit yang pertama dekat dunia pada tahun 1979 tapi mase tu gune 1G, gune analog signal, tapi melalui peredaran masa, mobile phone sekarang makin hari makin canggih, daripada bentuk empat segi tepat yang sangat besar yang macam botol air tu, sekarang ni telefon dah boleh masuk dalam poket.

Dulu orang gune mobile phone sebab senang nak contact, kalau nak jimat duit, gunalah SMS, itu adalah dua function yang cukup hebat lah.. Tapi sekarang mobile phone bukan sekadar bende-bende tu saja, sekarang kite boleh buat ape saja hal dunia dengan phone..


Jangan main-main, dikalangan mobile phone pun ada yang diiktiraf sebagai SuperModel phone, hmm, nak tau phone ape

LG Chocolate Phone (BL40). Canggih tak canggihkan. LG Chocolate BL40 ni adalah mobile phone terbaru dari LG Chocolate Series. Tapi kali ni datang dengan 4 inch screen yang PANNNNJJJAAANNNGGG, crystal clear HD resolution, Apa tu?? maknenyer, anda boleh tengok Tom and Jerry (Emir la ni) dalam YouTube macam tengok dekat wayang. Bukan itu saje, LG Chocolate BL40 akan buatkan anda lagi best nak meng-browse internet, check emails, tengok Facebook sebab dengan nisbah 21:9 HD panoramic display.


Ini Mr. Husband saya mesti suke, sebab LG Chocolate BL40 ni ada 5 Mega Pixel untuk camera. Dan adalah touch screen, ini bukan sebarang touch sreen, touch screen yang diklasifikasikan sebagai LG’s proprietary S-Class UI yang akan memberi yang terbaik untuk finger friendly 3D graphics, CEPAT dan SENANG.

Jadi kenape Why I Like It Longer?
1. Kalau Mira nak tengok internet, tak payah la Mira nak scroll kebawah lagi dan lagi dan lagi...Kadang-kadang kalau tengok dalam browser, ada yang tak boleh nak scroll down pun macam Blogger update, kalau Mira, maksimum boleh tengok orang update adalah 3 entries jer. Kalau panjang, lagi banyak laa dapat tengok updates kan kan kan..


2. bukan saya suke Longer saja, saya suke it last longer. Ye betul, saya suke it last longer. Buat ape nak beli mobile phone tapi tak lame lepas tu gigit jari tengok ada phone lagi canggih keluar. Tapi kalau LG Chocolate BL40 series ni, mira confident, dia takkan telan dek zaman, 5 megapixel, tak payah nak beli camera baru, HD resolution, cinema experience.. memang kite akan sentiasa di depan lah..

3. Bile tulis SMS tak payahla nk scroll down, ok Mira masih cakap pasal scroll down lagi dan lagi. Memang mira mengaku kalau nak scroll down kadang-kadang hilang tumpuan nak bace keseluruhan cerita. 

Sesungguhnya Mira tak ade pengalaman dan tak ade peluang langsung nak gunakan LG Chocolate BL40. Kalau ade dah lame dah boleh cakap pasal interface, boleh cakap pasal video, boleh cakap pasal tengok YouTube. Tapi sebab tak ade pengalaman, tak boleh nak tulis panjang dan lebar.. Gambar pun kene tumpang Nuffnang hehe.. Nak beli belum mampu lagi sebab harga di pasaran sekarang adalah RM2,199.00





   

2 comments:

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez