Tuesday, September 03, 2013

Wow 20 sen

Rata-rata orang memperkata perkara yang sama. Semua orang terkejut dengan berita yang disampaikan, orang kata, tak de angin tak de ribut, harga minyak naik sampai 20 sen seliter, which means more than 10% dan kenaikan seperti biasa akan dilaksanakan serta merta.

Tak terkecuali, saya juga antara ribuan rakyat Malaysia yang pergi beratur isi minyak. Mujur, stesen minyak di Bangsar tak berapa panjang, cuma tunggu 5 minit sampai lah giliran kami. Itu kami - yang gaji Alhamdulillah makan pakai cukup setiap bulan.. masih lagi berasak nak memenuhi stesen minyak sebelum official kenaikan 20 sen.

Bayangkan bagi mereka-mereka yang berpendapatan sederhana. Maksudnya household income mungkin, say RM5,000 - RM7,000, anak ramai, anak nak sekolah lagi, makan pakai anak, duit belanja sekolah, duit belanja naik bas.. Macam lah orang Malaysia tak biasakan, kalau minyak naik bukan setakat consumer goods juga naik, tempat parking kerete pun boleh naik. Dasyat kan.

Apa pun, minyak adalah isu yang sangat sensitif di Malaysia. Majoriti orang Malaysia menggunakan minyak setiap hari. Jadi, saya sangat yakin ramai yang tertanya-tanya kenapa tetiba sahaja kenaikan ini terjadi. Saya malas nak buka statistik harga minyak apa bagai, sebab ni lebih kepada blog santai. Tapi pelik, Malaysia ni dah la antara tempat korek minyak :)

Untuk saya, rakyat Malaysia belum bersedia lagi untuk kenaikan ini, lebih baik implement GST since i think Malaysian is already prepared for that.

Lagi satu, biasalah social media antara tempat Rakyat Malaysia nak luahkan pendapat masing-masing. Rata-rata ramai yang marah, tapi tak kurang jugak yang sebaliknya. Mereka saya katakan golongan yang bernasib baik sebab kenaikan 20 sen ni ape-ade-hal sangat lah dengan gaji mereka tapi kesian sebab mereka ni tak langsung ambik kira hati-hati orang lain. Wow, ada bagi komen "alaa 20 sen je pun, itupun nak kecoh". May God bless you :)

So, macam mana sekalipun kite terpaksa menerima hakikat, nak tak nak, harga tetap akan naik, nak tak nak, kite masih lagi terpaksa gunakan minyak. Tanpa minyak kite tempang kan. Paling sadis, semua naik, kerja pun bukan makin berkurang, makin bertambah, tapi gaji.. ?? wallahualam..

Saya rakyat Malaysia.. :)




No comments:

Post a Comment

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez