Friday, April 29, 2016

Ibu takkan lupakan hari itu || Kuasa doa seorang ibu

Ibu takkan lupakan detik itu.

Betul orang kate, sesuatu bende jika Allah katakan jadi, maka jadilah ia walaupun setepis mana pun kita cuma menghalangnya. 

Sebenarnya hari itu, Selasa, bermacam perkara yang berlaku. Ibu mendapat perkabaran yang Mama (ibu saya) tak berapa sihat, jadi ibu memang dah tekad hari Selasa tu untuk mengambil EL. Tapi pagi tu, ibu ubah fikiran memandangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan di office. 

Tapi ibu bercadang untuk EL lepas lunch onwards. Bila tiba waktu lunch, kerja ibu masih tak dapat diselesaikan, jadi ibu kata, takpelah, ibu cancel EL, dan akan balik pada pukul 4 petang.

Tapi pukul 3.30 ptg tu, ada seorang employee call dan memakan masa ibu dengan banyaknya. Bertanya perkara yang bukan kepunyaan dia, kalau diikutkan hati memang geram juga masa tu, tapi ibu berjaya bersabar dan hanya dapat meletakkan telefon pada pukul 4.10 petang. Ibu ada satu keje yang wajib disiapkan. 

Dan selesai semuanya, ibu pun berjaya bertolak pulang ke rumah dari pukul 450 untuk menuju ke Kemensah.

Itu cerita pihak ibu.. Cerita pihak papa dan Emir pula.

Emir dan Papa sampai ke rumah agak awal. Kebetulan, tiada siapa yang ada di rumah. Atok ke IJN bersama Cik Yah dan Mama hanya seorang saja di rumah. Kebetulan juga papa tertinggal kunci rumah Kemensah. Memandangkan Papa tak mahu menyusahkan mama sebab Mama susah nak jalan, jadinya Papa dan Emir ambil keputusan untuk bawak basikal ke FRIM, Kepong. FYI, basikal memang dah ada dalam kerete sentiasa.

Jadilah mainlah anda berdua keliling Taman Layang-Layang tu..

Gambar ini sebelum kejadian berlaku 


Ibu telefon Cikyah, kebetulan Cik yah dan Atok tengah otw untuk pulang ke rumah, jadi Ibu minta Cikyah ambilkan Ibu di Sri Rampai. Sampai di Zoo Negara, ibu terima panggilan telefon dari Papa dalam keadaan yang sangat cemas.

Papa kata, "datang sekarang, Emir jatuh teruk ni"

Hati ibu dah tak tenteram, How teruk is teruk. Papa tak nak tinggalkan Emir. Papa kata untuk ke kereta amatlah jauh dari tempat Emir jatuh basikal.

Sampainya ibu di Taman Layang-Layang, kereta ibu dibenarkan untuk memasuki kawasan larangan. Ramai juga orang-orang baik yang tahu dan ada satu brother ni tolong tunjukkan jalan pada ibu mana nak dapatkan Emir. Terima kasih Encik.

Sampai di tempat kejadian, masyaAllah, tak dapat ibu bayangkan. Ibu nampak setubuh kujur kaku, dengan darah membuak keluar dari mulut. MasyaAllah. Terus ibu nangis di situ juga. Tak pernah ibu tengok keadaan Emir macam tu. Ye lah, dari Emir jatuh dan tunggu Ibu sampai, berapa lama mase dihabiskan..Patutlah dalam perjalanan, beberapa kali Papa call minta ibu bawa laju sikit.

Kami blur nak bawa Emir ke mana, bukan menidakkan Hospital Kerajaan, tapi dengan keadaan Emir, saya sendiri kurang pasti berapa lama mase menunggu di sana. Jadi, kami mengambil keputusan untuk bawa Emir ke Damai Service Hospital di Melawati.

Tetapi, masyaAllah, dugaan, Damai Service Hospital tengah under renovation dan Hospital tu tutup (boleh tak?), terus kami bawa Emir ke Poliklinik Kota raya.. Ibu dan Papa memang sedia maklum, Emir memang sukar untuk tahan sakit. Sampai kan kami sendiri selalu juga tak dapat nak access Emir punya sakit, sama ada betul-betul sakit, atau tak dapat tahan sakit.. (ok susah nak describe).

Seperti dijangka, di Poliklinik tu, Emir langsung tak nak tolerate, u wont let the doctor to touch  you or do anything. Hinggakan Papa betul-betul naik angin (habis satu Poliklinik dengar), ye lah doktor cuba cucikan darah, tapi Emir tolak dan sewaktu dengannya.

Akhirnya memandang kan Emir langsung tak nak cooperate dan tengok kecederaan Emir yang agak teruk, Doktor suruh kami bawa Emir ke hospital. Dan hospital paling dekat di situ adalah Ampang Puteri..

Sampai di Ampang Puteri, kami terus ke bahagian Kecemasan. 

Kene juga tunggu gilirann..

Dan inilah kisah yang saya nak kongsikan...

Masa tu pukul 8, ibu belum solat Maghrib lagi. Jadi ibu bergegas tinggalkan Emir dengan Papa dan cari surau untuk menunaikan solat. Ibu solat macam biasa tapi penuh keesakan. Di tempat yang sama, beberapa tahun lalu, di dalam surau itu juga ibu menangis teresak bila atok masuk hospital.

Lepas ibu tunaikan solat Maghrib, ibu berfikir-fikir sama ada hendak solat hajat masa itu atau kemudian, sebab nombor giliran Emir sudah dekat. Tapi ibu bagi tau diri ibu, inilah peluang untuk ibu minta dengan Dia secara spesifik untuk Emir. Ibu cuma nak minta, segala urusan pada malam itu dipermudahkan. Alhamdulillah selesai..

Bila turun ke bawah, nama Emir masih belum kene panggil. Tapi tak lama lepas tu, Emir dipanggil GP untuk examine tahap kesakitan Emir. Check sana check sini, Doktor telefon specialist, subhanallah, dalam pukul dekat 9 malam tu, specialist masih lagi berada di hospital. Sementara menunggu specialist, Emir diletakkan di dalam satu bilik di dalam ER room. Alhamdulillah sekali lagi Emir dapat bilik menunggu yang selesa, jauh sikit dari hiruk pikuk ER room. 


Emir diberikan suntikan kancing gigi. Sekali lagi, drama  berlaku sebab Emir tak mo corporate. Seperti biasa, Papa mengamuk lagi huhu. Emir ni selagi Papa tak naik darah, selagi tu dia takkan bergerak. Jadi sikit pun ibu tak salahkan Papa. Papa memang nak Emir sihat.

Akhirnya, emir dipegang oleh misi misi dan tadaa. berjaya la jugak.. *phew... seperti biasa, semua prosedur ibu tak boleh tengok, else, Emir memang takkan buat.

Tak lama lepas tu Alhamdulillah doktor pakar, Dr. Wan Usamah, Paediatric Surgery pun tiba untuk check Emir. Sangat lembut dan baik orangnya. Sangat penyabar dengan perangai Emir yang tak mau bagi kerjasama. Dah la masa Dr datang Papa takde, lagi over lah mengadanya, apa pun Dr pandai pujuk Emir. Terima kasih Dr.

Dr. kate luka Emir agak dalam, cuma di dahi doktor tak dapat nak agak selagi darah tak dicuci. Ibu bagi tau doktor yang Emir masih belum makan, dan doktor kate, Emir kene warded dan proses boleh dilakukan malam tu juga. Alhamdulillah.

Tak lama lepas doktor pergi, Emir kene lalui prosedur x-ray, Alhamdulillah tak de apa yang patah.

Emir balik dari prosedur tu Emir dah agak penat.. Sambil tersedu sedan Emir kata Emir lapar, tapi apakan daya Ibu tak dapat nak bagi Emir makanan.. Ibu ingat lagi Emir cakap

"Ibu... After everything is stable, can i have sushi"

Babe, seriously runtun hati sorang mak dengar anak cakap macam tu...

Lama juga selepas tu nak tunggu proses yang seterusnya, Emir dah tertido kepenatan. Pukul 12 malam  baru dapat bilik. Oh ya, masa register, kami dengar ade pesakit yang tunggu dari pukul 3 masih belum dapat bilik. 

Alhamdulillah, walaupun bilik terpaksa berkongsi seramai 3 lagi pesakit yang kesemuanya baby, sekurangnya dapat juga bilik.

Tunggu punya tunggu, ibu ingat prosedur akan dilakukan keesokkan harinya sebab hari dah jauh malam.

Ibu tanya nurse, rupanya tengh tunggu clearance insurance, lamaaaa betul. Dan sangat tersentuh bila doktor tunggu. Terima kasih terima kasih Doktor.

Akhirnya pukul 12.30 malam Emir pun masuk ke OT room. Emir cakap dekat Ibu Emir takut.. Ibu pun takut Emir..


Ibu kene pakai bende ni sepanjang proses. Tapi ibu hanyalah boleh tengok Emir masa Emir dibius saja. Sekejap je tak sampao 3 minit Emir dah pengsan.. 


Lama juga prosesnya adalah sejam. Terima kasih semua pembantu doktor sangat baik hati walaupun masa tu dah pukul 1.40am. Layan ibu dengan baik juga. 

Keluar je dari OT room, Emir separa sedar. Tendang sana tendang sini, terkejut semua orang sebab cepat betul Emir tersedar. Tapi semua relax je sebab Emir mamai..

Doktor kate luka di dahi agak dalam juga. sebanyak 13 jahitan di dahi dan 12 di upper lips. Bersih sudah muka anak ibu...

Lepas tu, sampai je bilik, ibu pun pengsan.. Penatttt... Tapi pukul 5 pagi ibu dah terjage.. Tak boleh tido.. 

Pukul 8.30 pagi Doktor Wan dah check Emir. Ya Allah masa ni ibu rasa mulianya hati seorang doktor. He is specialist ok but still working hard. Bayangkan pukul 1.40 am habis prosedur dengan Emir, kita sendiri pun tak pasti pukul berapa dia balik rumah, pukul 8.30 pagi dah check Emir. 

Doktor kate Emir boleh discharged hari tu juga.. Happy ibu sebab boleh tengok mama sekali..

Ini lah bil Emir. Untuk kenangan. Insurance office ibu yang bayar.. Alhamdulillah.. Pentingnya insurance dalam masa kecederaan begini. Ingat lagi masa Emir kene H1N1, masa tu ibu tak subscribe insurance.. Company tempat ibu keje pula takde disediakan medical  insurance, mengagau lah mengeluarkan saving...


Alhamdulillah Emir is now resting at home di Kemensah.. Still ponteng sekolah 😁😁 duduk Kemensah, dapatlah ibu jaga sekali mama... Kire 2 in 1



Pendek kata, walaupun anak nak main basikal dekat dengan rumah je, silalah pakai pakaian keselamatan, malang tidak berbau


Sunday, April 24, 2016

Emir dan Karatedo || Makan durian

Rasa lain pula bila nak update cerita Emir bukan pasal chess.

Ibu masih ingat lagi masa Emir menyatakan minat nak masuk Karatedo awal tahun lepas. Flashback walaupun kisah ni sebenarnya tak best untuk diceritakan semula. Masa ibu borak-borak dengan Emir, Emir cerita Emir kene buli. Buli mulut ibu tak kisah, rupanya Emir kene buli fizikal dengan seorang budak di nursery. Ibu tak salahkan pun cikgu dekat situ, rupanya dipendekkan cerita budak tu baru je daftar sehari di situ, dan selepas kejadian tu, Alhamdulillah budak tu cuma ada sehari saja di sana. 

Tapi Emir bagi tahu ibu lambat. Rasanya lepas dua minggu lepas kejadian. Baru terhegeh Papa tanya Cikgu (sebab Papa yang pergi dan ambil Emir). Emir kata, itulah pertama kali dalam seumur hidup Emir betul-betul belajar pertahankan diri. Ibu faham sebab Emir tak de teman bergaduh, jadi Emir memang tak biasa. 

Ibu mula-mula suggest masuk Taekwando, tapi Emir tak nak. Emir kate, its too late for you to start, sebab kawan-kawan Emir dah masuk dari darjah satu. Which is true, ibu pun tak nak Emir rasa tak selesa. Kebetulan pula, masa awal tahun karatedo baru dibuka di sekolah Emir, jadinya semua yang masuk semua bermula dari tali pinggang putih.

Ok, dipendekkan cerita, Emir jarang ponteng, tapi bila Emir mula aktif di chess mulai akhir tahun lepas, memang banyak kelas juga lah Emir miss. Tahun lepas, tournament ni pun Emir miss. Tahun ni, Alhamdulillah Emir berkesempatan.. 

Pertandingan diadakan di Kompleks Sukan 3K Subang Jaya.

Ini masa registration.


Ini pula masa sesi latihan sebelum pertandingan diadakan. Banyak juga sekolah yang masuk bertanding.. 



Ibu tak ambil gambar masa pertandingan sedang berlangsung, ibu ambil video. Ambik masa pula nak upload di Youtube.

Alhamdulillah, sekolah Emir berjaya dapat nombor 3 (acara pun ibu tak sure ahahaha) 



Emir seronok betul, ye lah selalu medal chess je, kali ni medal dari karate do.



Emir tak masuk bahagian kumute, Sensei Karate tak bagi (sebab selalu ponteng), belum cukup bersedia nak sparring sparring orang ni :D



Muka tu senyum sikit nak... grrr



Lepas balik dari Subang, Emir nak hantar buku yang dipinjam di SS2, tapi dah tutup pulak.. Jadinya kami singgah jap join makan durian di SS2.






Papa pilih Udang Merah... Rm30 sekilo, pergh mahal sungguh, durian yang kami makan ni 2 kilo.. adalah kejadian tak diingini berlaku selepas tu.. 



Apa pun, Emir dah bagi tahu dekat ibu yang Emir dah tak nak masuk Karate lagi. Cuma setakat ni, papa masih tak bagi. Papa kata biarlah dikekalkan dulu. 

Untuk rekod Emir, pertandingan ini dijalankan pada 24 April 2016.

Friday, April 15, 2016

Chess peringkat Zone

Sorry lah, rasa dah jadi macam blog chess untuk Emir. Semua ibu buat entry ni untuk kenangan Emir, untuk kenangan ibu jugak. Seronok juga bila Emir aktif bab-bab chess, sebab ibu pun berpeluang untuk singgah dekat tempat yang ibu tak pergi. 

Ini adalah kejohanan chess peringkat Zon. Emir ada dalam Zon Bangsar. Kalau dalam chess, zon Bangsar orang kata macam killer zone, sebab banyak good player yang sekolah di dalam zon bangsar. Nama yang mewakili sekolah pun, ibu sendiri familiar, sebab selalu jumpe. Paling best bila ibu datang sini, ada je budak-budak sekolah lain (yang familiar), datang dekat papa and ibu tanya Emir dah score berapa..

Kali ni pertandingan diadakan di Sekolah Jalan Hang Tuah. Ini adalah barisan mak mak dan cikgu-cikgu yang menunggu anak.


Alhamdulillah juga buat dekat Jalan Hang Tuah sebab dekat dengan office ibu. Boleh la ibu lari-lari. Pertandingan berlangsung selama seminggu. Hari Pertama dan Hari Kedua adalah peringkat berpasukan. Emir di antara 4 orang pemain yang terpilih untuk mewakili pasukan sekolah. Jadi dari hari Isnin lagi Emir dah ponteng sekolah.

Acara individu bermula dari hari Rabu. Sekali lagi Emir pun masuk bertanding dalam kategori individu bawah 10 tahun. 

Sekolah ni kantin dia comel (kecil) saje, tapi ibu suka makanan  dia, murah betul! 


Tak semua pagi, ibu dan papa dapat hantar Emir ke sekolah Jalan Hang Tuah. Ada hari Emir akan ikut team sekolah, ada hari ibu dan papa yang hantar. Gambar bawah ni masa kami hantar Emir dan kawan-kawan Emir ke sekolah tu. Seronok and terhibur ibu dengar you all borak.. Bila suruh cakap melayu, semua terkebil-kebil nak cakap (haishhh..).. sekolah Emir ni kelakar, yang Melayu tak tau cakap Melayu, yang Cina tak tau cakap Cina, yang India tak tau cakap India.. (bukan tak tau cakap Melayu, tahu.. tapi maksudnya, u all ni lambat respon, agaknya depa ni kene buat karangan dulu dalam kepala baru cakap)


Pertandingan bermula seawal pukul 8.30 pagi. Selalunya ibu akan ada di sekolah Hang Tuah sampai pukul 8.30 lepas tu ibu ajak Papa teman ibu ke Star LRT yang berdekatan untuk ibu naik train ke KLCC. Tengah hari ibu akan sampai dan akan duduk dengan Emir sampai pukul 1 lebih. Macam tu lah rutin ibu seminggu tu. Cuma hari Rabu pagi, ibu decide untuk ambik EL morning teman Emir sebab Papa tak dapat nak datang sebab ada kelas.. 


For a record, Atok dan Cik yah pun ada datang jengok Emir hari Khamis. Tapi masa atok datang, Emir nangis sebab Emir kalah dengan lawan yang sama yang sampai setakat ni Emir masih lagi tak dapat nak kalahkan. Senang je ibu pujuk Emir, lepas habis pertandingan tu, ibu ajak atok, papa dan Cikyah makan sushi dekat KLCC. Dapat je sushi teruslahhhhhhh back to normal. 


Alhamdulillah, all in all, u have lucky no 2. Pasukan sekolah berjaya mendapat tempat kedua pertandingan dan acara individu Emir dapat no 2 keseluruhan acara individu, dan akan bertanding di peringkat KL. Kalau ada rezeki boleh lah mewakili KL ke peringkat kebangsaan. Peringkat KL akan diadakan lepas raya.. so lama lagi lah.




Dan hari Isnin minggu berikutnya di adakan penyampaian hadiah di sekolah Emir semasa waktu perhimpunan.. Tengoklah berapa kali Emir naik pentas. Hadiah ni termasuklah ketika di SK Bukit Jelutong dan National Age Group di UTP Tronoh, Perak






Love you Emir!

Sunday, April 10, 2016

Chess di Kuantan

Kenangan untuk Emir bagaimana ibu dan papa are giving you full support for things that you love.

Fyi, papa has enrolled you for a chess tournament in kuantan pahang from 2-3 apr 2016. It was a hectic week for you because the last weekend you were competing at sk bukit jelutong and the whole week (from mon to friday), you were representing your school for chess tournament.

Right after my working hours, papa drove us to kuantan. We arrived quite late and for yourself, ibu rasa emir penat, jadi emir tidur sepanjang perjalanan.

Since the event was held at ms garden, so papa booked a hotel at ms garden.


My oh my, the room is so spacious for just three of us. But ya that night i dont think you even realised how big was the room. Emir sambung tido je..


Rase datang sini bawak segerombolan family kite pun ade tempat lapang lagi.


The next day, you were so fresh and all ready for the game to start. The opening ceremony took place at the hotel itself and it was formally opened by Tengku Mahkota Pahang. Ok, Emir was excited when i told him "emir, he is the real prince" 


Sempatlah Tengku Mahkota menyinggah tengok anak-anak main. Dipendekkan cerita, sebenarnya kejohanan ni ade kategori untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Jangan tak tau, Papa pun join jugak


Satu game sampai 60 minit untuk setiap pemain, jadi ada harapan la satu game akan berlanjutan sehingga dua jam. Hari Sabtu sebanyak 4 games diadakan. Jadi lepas habis game pukul 5 petang, Emir kate dinner nak makan seafood. Bila google, tanjung lumpur ni setakat 9 minit dari hotel. Kami pergi Ana Ikan bakar, paling famous dekat sini sebab nampak banyak cawangan di kawasan sekitar.


Sebelum tu kami adalah berjalan sikit dekat area kuantan ni. Tapi tak ambik gambar sebab ralik dengar papa dan emir bercerita pasal game masing-masing. Yelah selalunya kalau lepas habis game, papa ada je, tapi ni sebab lambat habis, lambatlah emir nak cerita pasal game dia. Cuma this time around, tak habis habis Emir dok bebel dekat bapak dia sebab bapak dia offered a draw when he was in winning position.

Macam macam kami order. Emir sekarang memang suke makan seafood. Yang ni kami order udang masak 3 rase favorite emir dan sotong goreng tepung. Nasib kami tak baik, ikan yang kami order tak sampai-sampai sampailah nak balik, barulah sampai ikannya. Sebab tak sempat sangat, ikan tu kami bungkus bawak balik hotel. Tapi bila ikan dah bungkus, feelnya lain la kan.


Papa makan pulut mangga. By the way, sebab nama pun Ana Ikan bakar petai, memang sambal ikan tu sambal petai. Sape yang suka petai oklah, tapi sape yg tak boleh makan petai mungkin tak gemar kot ikan bakarnya. Nasib ada Papa tolong habiskan dekat hotel


Kami makan dua lauk je, seen here is air kelapa (emir punya) and coconut shake. This coconut shake same rase dengan batu berendam, so untuk i memang sedaplah...


Kami habis makan agak lewat sebab makanan sampai lambat, jadi Emir tak sempat nak mandi terus masuk dewan untuk lawan dengan budak ini. First time ade perlawanan pukul 8 malam. Game ni Emir kalah.. 


Paling best bila game setempat dengan hotel, senang nak uruskan diri. Ibu ni paranoid sikit nak masuk public toilet.. Emir pun tahu.. Nak solat punnn senang..


Di kejohanan ni ibu rase Emir dah sampai maksimum kepenatan. You didnt perform well in the tournament. Bila result keluar, tengok sampai no 21. Hadiah medal sampai no 20. So ibu bagi tau papa tak payah lah kite buang masa tunggu upacara penutup (nak nak bile tau Menteri Besar yang dijemput). Ye lah bukan ape, kami ni nak bertolak ke KL dan masa tu pun dah nak dekat pukul 5 and we have yet to eat lunch. 

Teruslah kami cari kedai dan makan di sini Sara Thai Kitchen...


Sedap wooo sini. Seriouss... Especially sotong telur masin i tu, emir pun balun suka udang.. Tomyam pun ok. Yang tak ok sebab ibu lupa papa kalau nak driving jauh tak makan banyak, jadinya ibu nak tak nak terpaksalah jadi tong sampah habiskan lauk huhu


Selfie post selingan sikit


Rupanya final result Emir dapat no 20 dan qualify untuk penyampaian hadiah. Tapi sebab kita pun dah balik, coach Emir yang tolong ambikkan medal. 

Papa kalah, no 37 hehe. Medal ibu tak ambik gambar. Nanti ibu upload untuk kenangan.. Tahniah Emir.










Sunday, April 03, 2016

Chess di Shah Alam

Sedikit kenangan untuk Emir...

Dua minggu lepas, sekolah Emir menghantar satu pasukan untuk bertanding di SK Bukit Jelutong. Sekolah yang masuk tak salah saya semua sekolah Berprestasi Tinggi di seluruh Malaysia.

Sekolah Emir menghantar 8 orang dalam satu pasukan.


Selingan, sebab game mula pukul 8.30 dan Papa risau takut terlambat jadi kami decide tido Shah Alam saje. Mula-mula cari juga hotel di Bukit Jelutong. Rupanya dekat sana pusing punya pusing ade satu hotel je hotel dan penuh. Tak book awal sebab tak terpikir pun nak tido sini. Last last yang terdekat ade di Seksyen 13. Jadi bersantailah kami di sini. Its a cheap hotel RM90 semalam, tidurlah kami di sini untuk dua malam.


Pertandingan berlangsung selama dua hari, hari Sabtu dan Ahad. Budak budak ni bagus, dok prektis prektis dan prektis.. 


Satu perkara yang saya suka bila anak anak ni pergi mewakili sekolah ialah derang ni meluaskan network. Nak nak ramai je muka familiar yang ada... Tak kisah pun, sape melekat kat team sape.&


Alhamdulillah Emir berjaya mendapat tempat ke 8 acara individu lelaki bawah 12 tahun.


Dan juga berjaya membantu pasukan sekolah untuk mendapat tempat ketiga kejohanan.


Malam sebelumnya tu kami ke AEON Shah Alam. Sebab habis je game dan lepas kami singgah rumah pakcik dan decide untuk dinner di sini. Uish ramai betul orang orang Shah Alam berkumpul di sini.


Gambar ni ambik konon-konon nak masuk instagram contest tapi kemenangan berdasarkan most likes. Sebab tu gambar biase biase je. Kalau sape rajin boleh lah tolong vote kt instagram eh walaupun kemenangan adalah tipis .


Lepas habis je pertandingan kat skbj tu kami minum kopi Zawara. Masa dekat Bangi dulu nampak ramai juga orang tapi malas nak masuk. 


Pemandangan dalam cafe, banyak juga menunya dan harga standard coffee house yang lain.


Emir seperti biase akan ambik caramel latte. I tau setengah parents tak benarkan anak minum kopi. Ingat lagi masa kami di Perak, Emir opted to drink coffee. Masa dia bawak kopi dekat meja, kawan kawan dia amaze sebab i benarkan Emir minum. Well, to me, im ok. Emir minum pun memang tersangatlah jarang kopi ni. Sekali sekala tekak dia nak merasa..


 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez