Showing posts with label Hong Kong 2017. Show all posts
Showing posts with label Hong Kong 2017. Show all posts

Tuesday, April 04, 2017

Tips to Hong Kong || Apa perlu tahu di Hong Kong

Bagi tips setelah pergi melancong adalah aktiviti kegemaran saya sebab untuk saya, knowledge is to be shared. So, i will make it short and sweet.

(1) Cuaca di Hong Kong


Terpulang kepada pilihan masing-masing. Hong Kong beriklim subclimate, maksudnya, kalau panas, panas ya ampun, tapi kalau sejuk, menyenangkan. Jadi kalau kita nak pergi ke sana, kita kene observe cuaca mana yang kita nak pergi. Sebagai rujukan, kalau Jun July tu, iklim di Hong Kong sangatlah panas. panasnya memang sangat panas dan kering. Ada kawan ibu yang pergi masa musim Jun July ni (maklumlah cuti sekolah) tapi katanya membazir, sebab pergi dengan kanak-kanak, beratur di Disneyland bila q yang sangat panjang dan cuaca yang panas adalah sangat mencabar.

Kalau Ogos pulak, Hong Kong asyik hujan je, jadi kacau pulak perjalanan kan.. 

Masa kami pergi, kami pergi bulan January. Memang masa ni musim sejuk di Hong Kong. Tapi tidaklah keluar snow. Cuaca dalam 10 - 16 celcius. Kalau jalan memang sangat  selesa, rasa chill macam tu. Beratur pun tak de hal. Cuma bila naik dekat The Peak tu, ya Allah sejuknya i tak tahan. Jadi kalau nak pergi bulan January, boleh la bergaya dengan baju bulu bulu :)

(2) Airlines


I dont think i need to explain la kan. Ikut kepada kemampuan masing-masing. Saya naik Air Asia saja.  Beli masa Sale. Untuk 3 orang termasuk tax, luggage, makan dan minum dan insurance, return ticket, kami cuma bayar sebanyak RM1,500 saja. Pendek kata sorang dalam RM500. But it is compensated with small seats and all, but im fine with that. Perjalan pun dalam 3.5 hours saja. Adik saya beli dalam bulan Disember, jadi bayaran untuk adik saya dalam RM800

(3) Octopus Card


Husband saya ada cerita mengenai Octopus Card di Hong Kong. Jadi saya copy paste saja.

Our modes of commuting and communicating while in HK.

Di HK, di kebanyakan lokasi pelancongan ada disediakan wifi utk awam oleh gomen HK. Celcom ada daily roaming, tapi mahal Rm38 sehari. Umobile katanya ada daily roaming @ rm10 sehari di HK tapi xjumpa pulak cara nak subcribe, penat godek godek xjumpa juga. Jadi buat aja cara biasa,kita beli local simcard HKD50 dan terus subscribe internet seminggu dgn kredit yg diberikan. My wife prefer more expensive mode ( die beli starbucks, haha)

Utk jalan jalan kite naik public transport aja kat HK nie. Senang. Train, bas,tram semua ada. Utk nak tau route pakai apps google maps aja. Buh destinasi semua option samada naik bas,train akan keluar lengkap dengan jadual kekerapan ,stesen mana nak masuk, pertukaran line di mana , exit pintu yg mana (oh ,each subway station has plenty of exit, exit yg betul akan mempercepatkan perjalanan) dan estimated time.

Nak senang naik public transport,kene pakai octopus card nih. Yg pink tuh utk budak. Kalau tidak tiap journey kene ngadap mesin tiket, tiap kali naik bas/tram kene ready duit kecik yg mana amat melecehkan. Pakai octopus kad nie jer senang, tap and go. Nak topup pun senang kat mana mana stesen boleh buat. Kalau ade balance yg tak habis boleh claim kat airport sebelum balik. 

Octopus Card boleh dibeli di Airport. Tempat jualan agak confusing sikit, jadi please ask the security or offices around the airport.

(4) Orang Hong Kong

Quite friendly. In fact you can easily differentiate Hong Kong people dengan China Mainland :)

(5) Public toilet

I still want to put this as one of the tips. Sebabnya i experience this masa dekat Hong Kong. Kalau kata nak pergi cari public toilet nak nak di MTR, baik lah batalkan niat saja sebab agak sukar untuk dapatkan public toilet di sini. Public toilet hanya senang di stesyen stesyen besar itupun beriaaa nak cari.. In fact, kalau dekat Shopping Mall pun kene pusing-pusing. So kalau bawa anak kecil, there is no such thing as "wait first". Kalau tak, menggagau nak cari public toilet.

(6) Where to stay


Banyak pilihan. Kalau orang nak ke Disneyland, boleh tinggal di Hotel Disneyland. Tapi macam saya, saya sendiri pilih tinggal di Tsim Sha Tsui sebab lokasinya yang sangat strategik di laluan utama pelancong dan tempat saya tinggal berdekatan dengan Masjid Kowloon. Hanya 3 minit ke  Masjid Kowloon dan 2 minit ke stesyen MTR Tsim Tsa Shui.

Untuk accommodation, saya pilih AirBnB berdasarkan recommendation dari AirBnb user. Host AirBnB saya telah mendapat title Super Host, jadi memang i book rumahnya sangat awal. Lebih kurang dalam 6 bulan sebelum tarikh ke Hong Kong.


Memang menjadi pilihan saya untuk dapatkan rumah yang boleh masak. Boleh baca detail pengalaman saya di sini..


(7) Halal Food in Hong Kong

Easy. Senang. Mudah. Tinggal di kawasan Kowloon agak mudah untuk dapatkan makanan halal cuma makanan halal di sini bagi kami agak mahal. Kalau kebab biasa saja pun sudah RM30++ duit kita. Kami cuma sekali saja makan di luar (tapi rajin menyinggah cafe nak pekena kopi :p). Kami makan di Restoren Dim Sum (Ammar Mosque Canteen) di Wan Chai


Tapi bagi siapa yang nak masak boleh la ke Haiphong Road untuk beli daging mentah yang halal.


(8) Tiket Disneyland

Ini kami tawakal saja. Sebab kalau tengok di website di Malaysia, even di Hong Kong sendiri memang banyak agensi yang menjual tiket Disneyland dengan harga yang murah dari tiket sebenar. 

Jadi first of all, check Disney's website first in case there is any promotion. Untuk kami agak sayang sikit, sebab cuma minggu Chinese New Year (minggu kami di Hong Kong) saja, Disneyland tidak menawarkan apa-apa promosi. Kalau tak, ada promosi 2 hari tiket ke Disneyland dengan harga yang sangat murah.

Jadi sebab tak dapat promosi, kami memang redah mencari tiket dengan harga yang murah. Ada satu page di Facebook (maaf kami sendiri pun tak ingat), kami main tekan saja dan uruskan payment dan tawakal. Nasib kami baik sebab penjual tersebut memang jujur dan dia sendiri berada di Hong Kong untuk serahkan tiket kepada kami di Disneyland. Jadinya kami cuma beli tiket RM100 lebih murah dari harga asal.

Otherwise you can also get cheaper ticket at the Airport. Same juga kalau nak beli tiket Ocean Park.

(8) Tempat Shopping

Tanpa rasa bersalah, Citygate Hall. Murah gile. Full stop. Kalau nak beli souvenir kecil-kecil, Temple's Market agak murah sedikit dari Ladies Market

Ok baiklah, itulah je la kot, apa-apa lagi nanti saya tambah.

Untuk rujukan, boleh check semua entry saya. Saya cerita dengan agak detail juga berkenaan dengan pengalaman saya di Hong Kong.

Day 1

Day 2

Day 3

Day 4

Day 5

Day 6

Day 7

Others




Thursday, March 30, 2017

Hong Kong Day 7 || Goodbye Hong Kong || Citygate again || Disney Store Airport

All good thing must come to an end, and so, this is our final day in Hong Kong. Awal pagi lagi ibu dah bangun untuk siapkan breakfast + makan lunch sebelum bertolak. Semua barang sudah dipek except Noxxa. Tambah pula, kami kene check out pukul 10 am. 

Checking out time was very smooth. Sampailah kami balik, kami memang tak berjumpa langsung dengan owner. Memang kaedah yang diguna pakai untuk masuk "homestay" di Hong Kong ini boleh diguna pakai; Check out, cuma perlu letak semula kunci di tempat yang telah disediakan.

Akhirnya kami checkout pukul 10.30 malam.

Dengan konon saya sebagai Menteri Kewangan nak berjimat (lagipun flight pukul 5 petang), ibu telah beri instruction untuk semua orang naik MTR. 



Gigih sungguh tu dengan luggage, dengan Noxxa nak berjalan merata semata-mata kononnya nak berjimat..



Kedai di Hong Kong ni majoriti akan mula berniaga pukul 11, jadi sebelum pukul 11 ni boleh dikatakan kawasan sini aak lengang.



Dah la gigih, sanggup turun naik train tu. I pulak volunteer untuk bawak Noxxa.. Sayang wooo i dengan Noxxa ni :p



Sanggup lagi tu minta Papa bawak pergi ke Sham Shui Po, tapi ke sekian kalinya, kedai-kedai fabrik di kawasan ini masih belum dibuka sebab cuti Chinese New Year. Kawan ibu kata, memang tradisi Chinese feng shui nyer tak berapa elok untuk buka kedai waktu CNY. Jadi, confirmlah ibu balik dengan keciwaa.. 



Cik Yah pun tak dapatlah untuk cari cadar wedding dia sebab semua kedai tutup.. 



Dah la nak berjalan satu hal kan .. kedai pun tutup lagi.. keciwa tu tak leh nak cakap lah :p



Sebenarnya perjalan kami naik MTR dari Tsim Sha Shui ke Airport ni agak mencabar dan tak masuk akal sebabnya

(1) Masing-masing kad Octopus kami memang dah habis atau hampir habis, kalau ada tinggal kurang dari HKD1, jadi kami ingat tak payah beli Octopus Card untuk top up, bayar je each and everytime

(2) Silap besar. Baiklah silap besar sebab banyak train kene tukar. Pulak tu hong Kong ni banyak connecting train. Bila banyak connecting train maksudnya station nyer besar. Tapi walaupun station besar, tapi hanya tempat-tempat tertentu sahaja boleh beli tiket MTR.

(3) Dan jauh. boleh terjadi dari hujung A sampai ke hujung B kalau semata nak beli tiket.

(4) Tiket nak ke Airport lagi lah. Saya tak ingat kat mana, tapi kami terpaksa di satu station ni sebab tiket untuk ke Airport hanya boleh dibeli di station tersebut.

(5) Bila dah dapat beli tiket, derang takkan explain.

(6) Rupanya ada 2 train ke airport. Satu tu airport express, satu lagi train biasa. Sebab kami ni tak tanya langsung, bila orang tu tanya nak ke mana dan kami cuma jawab nak ke  Hong Kong Airport, terus dia tap tap naik Airport Express

(7) Bila campur tolak dengan kepenatan dan perjalanan kami ke Airport, lagi murah naik teksi terus dari Tsim Sha Shui ke airport dari tukar tukar train :p

PART 2

(1) Bile dah sampai Hong Kong, sah sah la banyak masa. Check in pun hanya boleh dibuat pukul 3 petang. masa kami sampai belum pukul satu pun

(2) Lepas solat di airport, (ada surau berdekatan),  ibu mula lah merengek dekat Papa untuk benarkan ibu n Cik yah ke Citygate again

(3) Mula-mula Papa tak kasi takut ibu lupe dari dan boleh lambat check in. Tapi lepas dah merayu bagai semua.. Papa bagi tapi pukul 3 wajib dah ada di airport balik

(4) Pergh, memang masa tu ibu n Cikyah semangat membara cari taxi..

(5) dari airport ke Citygate ni dekat sangat, 10 minit je rasanya..Pulak tu "rezeki" kami, driver tu bawak laju.. so memang banyak jimat masa di situ.. 

(6) Macam disorongkan bantal memang terus semangat untuk shopping. 

(7) This time targetnya nak beli chocolate jer

(8) Memang chocolate dia yang mana tengah promosi tu jauh lagi murah dari Malaysia

(9) Adik I cik yah tu memang yang sah penggemar Coklat, banyak gile gile dia borong..

(10) Tak de langsung gambar di ambil masa tu sebab memang kami in really really hurry. Menggunakan masa sepenuhnya..

(11) Sebab dah janji memang 3-315 macam kami dah tercegat balik dekat airport

(12)Terkejut badak Papa tengok barangan makin beranak

____________________________________________________________________________

PART 3 

Ibu ada bace review yang Disney Store di Airport ni murah. Ibu pergiah check and yes yes yes, jauh gile2 lagi murah dari Disney shop dekat Disneyland tu. Tak taulah memang sentiasa ada promotion ke apa, tapi baju-baju yang dioffer memang harga sangat menusabah especially untuk brand Disney. Lantak pi lah kan kalau dah old season ke ape, janji dekat label dia kate Disney hahaha..

Memang ibu mengaku  ibu banyak gile shopping kat Disney store ni. Imagine baju2 ade je yang jatuh sampai less 70%.

Nasib laa masa tu Air Asia dia tak timbang lagi hand luggage, kalau tak memang takde tempat kot :p



Above adalah kami sebelum pulang ke tanah air.Masing-masing minum Pacific Coffee. Memang kami kat sana dok mengopi Pacific Coffee je. Emir tak minum coffee, tapi dia akan ambik whatver Matcha based..

Sebab dah selalu sangat hentam Pacific coffee dekat sana, bila balik Malaysia, kami pun pergilah minum Pacific Coffee yang ada cawangan di Mont Kiara. Rasa dia lain gila babe.. sedih sedih ..

Alhamdulillah kami pulang dengan selamat dan terus ke Kemensah..

Tuesday, March 28, 2017

Hong Kong Day 6 || Temple's Market || Last night

Punyalah lama kepam cerita untuk malam terakhir kami anak beranak di Hong Kong. Sebenarnya dah ingat tak ingat apa aktiviti yang kami lakukan.

Setelah shopping sakan di Citygate dan kelam kabut ke tempat yang tak tahu di mana untuk solat.  Dan sebab malam masih muda, jadi kami pun decide lah untuk ke Temple's Market. 

How to get there?

Tak berapa ingat tapi kalau tak silap kami turun di stesyen Jordan, jalan kaki sikit dan sampailah di Temple's Market.


Temple's Market ni lebih kurang sama dengan Petaling Street dan satu taraf dengan Ladies Market. Cuma bagi saya barang yang dijual di Temple's Market sedikit murah dari Ladies Market dan ada banyak lagi pilihan berbanding dengan Ladies Market. -- bagi saya lah--


Papa memang spent maha suci lama dekat kedai Artwork ni. I dah pusing patah balik pun dia masih bertenggek dekat dua kedai artwork ni.


Sebenarnya ada video adik I ambik masa Papa tengah tawar. FYI, husband i ni memang kalau dia tawar, pergh boleh luruh jantung tengok. I sampai lari jauh jauh malu hahaha sebab dia memang terror gile muke tembok tawar dan tawar lol..

Pakcik ni masa husband i tawar dia melayan la jugak. Masih ade proses kegembiraan di kedua dua pihak..


Tapi dengan muka makcik ni memang strict. No is no. Disebabkan suami saya kata gambar dekat situ lawa lawa dibelinya jugak darik makcik ni..


Tapi bila sampai Malaysia ni, sampailah dua bulan balik dari Hong Kong tidak dapat dipastikan mana lah dia letak gambar gambar lukisan yang dibeli 🙄🙄


Kami tak berapa beli banyak barang pun di sini. I adalah beli rantai untuk diri sendiri dan beberapa souvenir untuk family dan kawan kawan. Lepas tu kami pun dah balik untuk pulang.. Sampai saja di Tsim Sha Tsui, rupanya jalan ditutup lagi sebab ada pertunjukan bunga api.. tapi masa kami sampai tu, pertunjukan bunga api baru saja habis.. tapi seronok jugak sebab dapat jalan di tengah tengah jalan yang sibuk di Tsim Sha Tsui


Ternampak kedai ni dan of cos lah tak dapat menahan untuk ambik gambar hahaha


Kalau ikutkan, hari terakhir merupakan hari yang kami paling banyak sekali berjalan in a day. Rasanya dalam 11-13 km..


Hari ni best sikit duduk di atas jalan sebab orang tak berapa ramai berbanding hari yang sebelumnya. Polis memang banyak untuk jaga lalulintas, adik I Cikyah beria mintak nak ambik gambar dengan Abang Polis tapi saya tak bagi. Risau lah dari takde apa-apa boleh trigger bende apa-apa kan. Tak mau cari pasal..


Gambar bawah ni adalah kedai yang betul-betul di hadapan apartment yang kami tinggal. Jalan di sini tak tutup tapi malam tu tak berapa banyak kerete. Dekat Hong Kong ni, pemandu dia memang mematuhi peraturan jalan raya, cuma katalah apabila jalan tu mereka punya (maksudnya memang time kerete depa jalan) berhati-hatilah sebab mereka memandu sangat laju. Sebagai pejalan kaki, sila jalan bila lampu pejalan kaki hijau sahaja.


Kesian cik adik sorang ni. Gambar dia banyak takde sebab banyak jadi photographer tak rasmi kami.. 


Dan kami bertiga di hadapan apartment lagi.. banyak memori di sini. Rase 6 hari masa yang cukup untuk meneroka Hong Kong.. 


Semua perut lapar tak makan. Padahal masa tu dah nak dekat pukul 10 mlm. Pagi sebelumnya,  Papa ade ke Pasar di Haiphong Road lagi dan beli Daging. Tapi laki i ni tak terror agak, bukan main banyak dia beli mcm nak tinggal seminggu lagi. Nak tak nak terpaksalah masak semua malam tu kalau tak membazir. Lagipun dagingkan mahal.. 

Jadi, tetibe husband i volunteer untuk potong daging. Sangat rare ok sebab suami saya ni bukan jenis masuk dapur punya orang. Nak masak apatah lagi. Jadi haruslan di ambik gambar untun buat kenangan gitu.. 


Sunday, March 05, 2017

Hong Kong Day 6 || Citygate Hong Kong

After our disappointment of not getting tickets to Macau, and after fixing our coffee at Starbucks, we then proceed with our unplanned schedule.  Well, again, I am not so sure whether we re-visited the Sham Shui Po after or before our long walked to China Ferry Terminal. 

But anyway, here are some of the pics. 

and as mentioned in our previous post, this is our third time  stopping by at Sham Shui Po hoping to buy good fabrics around this area. Unfortunately, most (read: all) shops were closed due to the Chinese New Year Celebration. 

As we exited the MTR station, immediately you would see rows of traders around this area. Am not too sure whether this is only in conjunction with CNY or this flea market is a day-to-day activity in Sham Shui Po. 


Well, i might say, that this flea market is one of the most local place for Hong Kong residents. Different streets have different category of items, like right after you exit the MTR station, on your right, there will be traders selling only electronic goods while if you go straight up, you can search for china antics items, shoes, shirts, etc.

the price here are pretty reasonable as compared to other two flea markets that i managed to visit (i.e. Temple Night Market & Ladies' Market). We didn't buy anything here except some fruits especially persimmons :)


After the short visit to Sham Shui Po, we then heading towards Tung Chung as a friend told me that never missed this place and she described it as "Shopping Heaven".

Ok, i almosttttt skip this area (Citygate) but since we got nothing to do, so we decided to check out this place.

How to get to Citygate

Citygate shopping mall is located around 10 minutes from the airport. so, you can reach here by taxi (Urban taxi) or by MTR. If you take a taxi, you will arrive here approximately around 8-10 minutes from Airport. Well, actually we did visit for the second time the next day (will update later) after checking in at the airport and it costs me around RM70 in total. (Airport - Citygate - Airport) .

Since we were from Sham Shui Po, so we used MTR to get here.  

the MTR line is the same line that guide you to Disneyland Resort where you need to stop by at Tung Chung station (the last station). So it takes you around 30-40 minutes to reach here from Tsim Sha Tsui / Sham Shui Po to Tung Chung.


After you exit the Tung Chung station, the Citygate is on your left and yes!! the crowd is crazy especially at the famous department. I already targeted to buy sports shoes, and i had no choice but to survey at Adidas and Puma which already demanding some fresh air. Honestly, the price is so damn cheap. When i said damn, yes it is damn cheap. I was truly satisfied with my purchases.

Imagine, with one Adidas sport shoes and 2 adidas sports attire, it only costs me around RM300++ (yes Ringgit Malaysia), I assure you, you would not get that price in Malaysia even in JPO (ya ya im that confident :)) and of cos, it is not the new arrival of Adidas-lah. but who cares rite hehe

and finally, i trusted my friend. She keep telling me that if Im intend to reward myself with something different, she asked me to really pay a visit here. and she is right hehe


As a woman, of cos im not that one impulse buyer when it comes to expensive items. You know, i didnt do shopping that much, but if i think i wanted my item to last longer, I will opt for a good quality brand. At least i spent around 40 minutes to get the right sport shoes. my sister, Cikyah is so nice tailing with me around.

My boys were very supportive, didnt complaint and just waited for me at one place .. and Emir has to do his chess tactics with his father.


You have to Q to enter Kate Spade, Coach and Michael Kors only, which i did for these 3 outlets. Almost to buy another handbag at Michael Kors.. I mean this handbag.. 

Image result for michael kors denim bag

(source: google)

This is not the exact bag, couldnt find the right bag. But the material is the same. I keep telling myself, RM700 is equivalent to Emir's chess activities per month huhu.. So I managed to stop myself BUTTTTT

I regretted!!

RM700 for Michael Kors is cheap..

Cheap..

Cheap..

Yerp, i still regret till today haha..

Next, my visit to Coach.



The bags didnt amuse me that much because the pattern that i like was way above my budget. But right before i left Coach, suddenly i saw lanyards. Telling you, I ve been searching for Coach lanyards around the world everytime my friend went for a vacation. from US to UK to Italy, i even think that Coach is no longer produce the lanyards. So, when i saw this lanyards, this is something big for me...

Only 3 patterns left. 

and the price was only RM140 -- cheapppp riteeeee.. it would be alot cheaper if only if MYR is strong.

But..... when I was already excited to purchase this lanyard, the salesgirl informed that I could only purchase this only if i buy any Coach bags.. 

and nooo... 

No.Bag.For.Me.


What did i do?

Tebal muka tumpang others customers lol.. So, i need to quickly screen my target and i saw this one guy, alone, on the phone and looks very gentleman. He is the person who is wearing spec in the below picture looking to your left, maybe he is a tourist from Arab.

He was already on the line with few bags in hand. and I nicely asked him whether he could assist to purchase this bag, and without hesitation he said OK. yuhuuu..

But, you know .... this one sales girl was giving me a look but ..... well, :D


Yeay, got my lanyard.. sooo happpy!!!


We wanted to explore more outlets, but the time didnt permit me to do so as we have yet to perform our prayers. At first, we wanted to find a space hidden at the outlet, but mr husband decided to find other musollah. But it was already too late, and we just stopped at MTR Mei Foo with no direction.

Told you before right, it is quite a challenge to search for a public toilet in Hong Kong. We were running out of time, rushing and quickly looking for a public toilet, but it was nowhere to be found.. grrr... we ended up here outside a mall near MTR station. with just two bottles of mineral water, we shared among the 4 of us and this is the place we performed our solat. Next to the busy road.. Alhamdulillah, nothing happened to us..So lesson learnt, never ever ever delayed to perform your prayer.. 


This is Mei Foo station. We may not visit the MTR Mei Foo station if it is not because to perform our prayer. and this picture was taken after our prayer lah..


 This is the bus station next to the place where we performed our prayer. I was attracted by this mini bus and decided to just ride on the bus and stopped anywhere.. but the idea was not well accepted haha..


well, until now, im not sure the name of this shopping mall..

till the next entry :)

Thursday, March 02, 2017

Hong Kong Day 6 || Plan to Macau but ..

Hari ke 6 merupakan hari terakhir kami 24 jam di sini sebelum kami berangkat pulang semula ke Malaysia. Kalau ikut tentative plan memang ibu dah kosongkan hari Ahad ni in case ada tempat-tempat lain yang kami nak cover tak sempat cover. Of cos, we always have Ocean Park, tapi rasa macam berat hati nak ke Ocean Park dan spent RM1K at least (which already outside my budget on theme park :D) 

Tetiba dapat satu idea nak ke Macau, tapi once again berkira-kira sebab total expenses senang-senang akan naik rm2k.. tapi lepas dah fikir-fikir dan tak de apa nak buat, kami pun on je lah, tapi honestly hati ada berat sikit.. sebab expenses tu sama je dengan pergi dari Malaysia ke Macau, padahal yang kami nak pergi ni sehari je..

So, dengan rasa masih 50-50, kami pun singgah dulu dekat Sham Shui Po, kot kot lah kedai fabric ni dan bukak. Kalau ikutkan ini kunjungan kami kali ke3 dan seperti yang dijangka kedai masih tutup, jadi tamatlah riwayat untuk mencari good fabrics di sini..




Dari Sham Shui Po, kami turun balik di Tsim Sha Tsui untuk ke terminal Star Harbour (dengan harapan nak cari Ticket ke Macau lah). Yang berbentuk kubah tu adalah Hong Kong Space Museum, malangnya masa kami ke sana, Space Museum ni under renovation..


Ini adalah kunjungan kedua, tapi kami ambil gambar ni agak extensive sikit :D










Cikyah kata jam belakang ni jam famous, kita pun ambik je lah gambar berlatar belakang kan jam ni..


Seterusnya kami pun meneruskan perjalanan untuk cari tiket ke Macau. Kami menuju ke sini sebab di sini lah Star Habour Pier. Dari satu kaunter ke satu kaunter, mencari tiket ke Macau, rupa-rupanya kami found out ini bukan tempat untuk beli tiket ke Macau sebaliknya ini adalah tempat untuk naik feri ke Wan Chai. Harga feri murah sangat, rasa HKD2.50 kalau tak silap. Tapi memandangkan kami nak cari Tiket ke Macau, tidaklah beli tiket ke Wan Chai kan..


Kami tanya banyak orang, katanya kalau nak ke Macau, kene cari China Ferry Terminal. Sekejap ada yang kata tak jauh, sekejap kata jauh. Bila kami tanya, jauh ni masih boleh  berjalan ke.. depa main angguk-angguk, so we take it as possible.


Tak pasti ini Shopping Mall mana, tapi yang pasti shopping mall ni dalam perjalanan kami mencari China Ferry Terminal. 



Pemandangan sini sangat cantik. Untuk hari ni, Papa tak nak onkan data phone, i lagilah takkan on-kan data phone, jadi untuk hari ni memang kami waze-less dan memang bergantung harap kepada orang local untuk tunjuk arah jalan.. Jauh-sejauh-jauhnya untuk sampai ke China Ferry Terminal ni.. ada jugak la kami jalan nak dekat 40 minit.. campur ambik gambar bagai, sejam jugaklah 


Bila sampai di sini, memang banyak lah kaunter tiket nak ke Macau dan Shenzen. Pendek kata, kalau nak keluar dari Hong Kong naik Feri, inilah tempatnya. 

Kami sampai di sini ketika hampir pukul 2.. pulak tu kami memang wajib untuk balik dari Macau hari yang sama juga sebab esoknya dah nak pulang semula ke Kuala Lumpur.

Sekali... hancur berderai hati ni sebab semua tiket habis. Kalau ada tiket pun, tiket pukul 5.45 petang (kalau nak beli tiket dari kaunter yang legal lah).. Tapi kalau nak beli dekat kutu-kutu banyak je..



Papa marah betul sebab tiket kutu yang dijual tu adalah dua kali gandar harga. Kalau tak silap ibu, pergi balik dari Macau kalau harga biasa untuk 4 orang adalah dalam RM1,000, tapi kalau hari tu, satu tiket sehala je dah RM300. Memang betul-betul depa cekik dengan alasan Chinese New Year.



Hero-hero saya buat muka sedih sebab tiket habis, dah lah jalan jauh mencari kaunter tiket kan.. 



Tapi apa adahal, lepas kami tak dapat tiket, sebenarnya kami lepak dekat Starbucks ni adalam dalam sejam lebih sampai wireless free habis haha.. Gambar rupanya tak ambil..



Kalau tak silap bawah ni adalah sekolah di Hong Kong.. 



Belakang tu adalah bangunan Pengakap, itu buat tabik hormat..



Sebenarnya memang sehari sebelum, kami ada google untuk mencari tempat beli tiket, tapi masa tu take for granted, sebab dalam kepala ingat tempat feri tu tempat yang nak ke Wan Chai.

Kami cari juga MTR mana yang berdekatan untuk ke Macau, pun susah nak cari.. rupanya ini dia. kalau nak ke Macau dari Hong Kong, anda boleh naik MTR ke Austin, jalan sikit dan anda terus jumpa China Ferry Terminal. China Ferry Terminal ni macam shopping mall. 



Maybe next time boleh plan untuk ke Macau :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez