Checking out time was very smooth. Sampailah kami balik, kami memang tak berjumpa langsung dengan owner. Memang kaedah yang diguna pakai untuk masuk "homestay" di Hong Kong ini boleh diguna pakai; Check out, cuma perlu letak semula kunci di tempat yang telah disediakan.
Akhirnya kami checkout pukul 10.30 malam.
Dengan konon saya sebagai Menteri Kewangan nak berjimat (lagipun flight pukul 5 petang), ibu telah beri instruction untuk semua orang naik MTR.
Gigih sungguh tu dengan luggage, dengan Noxxa nak berjalan merata semata-mata kononnya nak berjimat..
Kedai di Hong Kong ni majoriti akan mula berniaga pukul 11, jadi sebelum pukul 11 ni boleh dikatakan kawasan sini aak lengang.
Dah la gigih, sanggup turun naik train tu. I pulak volunteer untuk bawak Noxxa.. Sayang wooo i dengan Noxxa ni :p
Sanggup lagi tu minta Papa bawak pergi ke Sham Shui Po, tapi ke sekian kalinya, kedai-kedai fabrik di kawasan ini masih belum dibuka sebab cuti Chinese New Year. Kawan ibu kata, memang tradisi Chinese feng shui nyer tak berapa elok untuk buka kedai waktu CNY. Jadi, confirmlah ibu balik dengan keciwaa..
Cik Yah pun tak dapatlah untuk cari cadar wedding dia sebab semua kedai tutup..
Dah la nak berjalan satu hal kan .. kedai pun tutup lagi.. keciwa tu tak leh nak cakap lah :p
Sebenarnya perjalan kami naik MTR dari Tsim Sha Shui ke Airport ni agak mencabar dan tak masuk akal sebabnya
(1) Masing-masing kad Octopus kami memang dah habis atau hampir habis, kalau ada tinggal kurang dari HKD1, jadi kami ingat tak payah beli Octopus Card untuk top up, bayar je each and everytime
(2) Silap besar. Baiklah silap besar sebab banyak train kene tukar. Pulak tu hong Kong ni banyak connecting train. Bila banyak connecting train maksudnya station nyer besar. Tapi walaupun station besar, tapi hanya tempat-tempat tertentu sahaja boleh beli tiket MTR.
(3) Dan jauh. boleh terjadi dari hujung A sampai ke hujung B kalau semata nak beli tiket.
(4) Tiket nak ke Airport lagi lah. Saya tak ingat kat mana, tapi kami terpaksa di satu station ni sebab tiket untuk ke Airport hanya boleh dibeli di station tersebut.
(5) Bila dah dapat beli tiket, derang takkan explain.
(6) Rupanya ada 2 train ke airport. Satu tu airport express, satu lagi train biasa. Sebab kami ni tak tanya langsung, bila orang tu tanya nak ke mana dan kami cuma jawab nak ke Hong Kong Airport, terus dia tap tap naik Airport Express
(7) Bila campur tolak dengan kepenatan dan perjalanan kami ke Airport, lagi murah naik teksi terus dari Tsim Sha Shui ke airport dari tukar tukar train :p
PART 2
(1) Bile dah sampai Hong Kong, sah sah la banyak masa. Check in pun hanya boleh dibuat pukul 3 petang. masa kami sampai belum pukul satu pun
(2) Lepas solat di airport, (ada surau berdekatan), ibu mula lah merengek dekat Papa untuk benarkan ibu n Cik yah ke Citygate again
(3) Mula-mula Papa tak kasi takut ibu lupe dari dan boleh lambat check in. Tapi lepas dah merayu bagai semua.. Papa bagi tapi pukul 3 wajib dah ada di airport balik
(4) Pergh, memang masa tu ibu n Cikyah semangat membara cari taxi..
(5) dari airport ke Citygate ni dekat sangat, 10 minit je rasanya..Pulak tu "rezeki" kami, driver tu bawak laju.. so memang banyak jimat masa di situ..
(6) Macam disorongkan bantal memang terus semangat untuk shopping.
(7) This time targetnya nak beli chocolate jer
(8) Memang chocolate dia yang mana tengah promosi tu jauh lagi murah dari Malaysia
(9) Adik I cik yah tu memang yang sah penggemar Coklat, banyak gile gile dia borong..
(10) Tak de langsung gambar di ambil masa tu sebab memang kami in really really hurry. Menggunakan masa sepenuhnya..
(11) Sebab dah janji memang 3-315 macam kami dah tercegat balik dekat airport
(12)Terkejut badak Papa tengok barangan makin beranak
____________________________________________________________________________
PART 3
Ibu ada bace review yang Disney Store di Airport ni murah. Ibu pergiah check and yes yes yes, jauh gile2 lagi murah dari Disney shop dekat Disneyland tu. Tak taulah memang sentiasa ada promotion ke apa, tapi baju-baju yang dioffer memang harga sangat menusabah especially untuk brand Disney. Lantak pi lah kan kalau dah old season ke ape, janji dekat label dia kate Disney hahaha..
Memang ibu mengaku ibu banyak gile shopping kat Disney store ni. Imagine baju2 ade je yang jatuh sampai less 70%.
Nasib laa masa tu Air Asia dia tak timbang lagi hand luggage, kalau tak memang takde tempat kot :p
Above adalah kami sebelum pulang ke tanah air.Masing-masing minum Pacific Coffee. Memang kami kat sana dok mengopi Pacific Coffee je. Emir tak minum coffee, tapi dia akan ambik whatver Matcha based..
Sebab dah selalu sangat hentam Pacific coffee dekat sana, bila balik Malaysia, kami pun pergilah minum Pacific Coffee yang ada cawangan di Mont Kiara. Rasa dia lain gila babe.. sedih sedih ..
Alhamdulillah kami pulang dengan selamat dan terus ke Kemensah..
excited i baca part u shopping kat disney store airport tu heheheh
ReplyDeleteMurah ke noxxa tu kt sane
ReplyDelete