Tuesday, September 24, 2013

Tetamu Allah 2013

Hari Ahad lepas, mak saudara saya yang saya panggil Wan telah terpilih untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Wan adalah mak kepada Ani (cousin saya yang paling saya rapat), kalau siapa budak UTP dan Soksek kenal lah :)

Wan pergi bersama keluarga mertua Ani, mak dan ayah mertua Ani dan adik ipar Ani (Suami isteri). memandangkan rumah salah seorang mak sedara saya ni dekat Kelana Jaya je yang tak sampai pun 10 minit kalau naik kerete ke Tabung Haji Kelana Jaya, jadi kami bertolak ke Tabung Haji pun tak de lah awal sangat.


Gambar Ani dalam kamera phone i tak de pulak, gambar Syazwan, laki ani je ada (gambar berkopiah) dekat atas ni.

Tahun ni kerajaan Arab Saudi agak strict, tak boleh langsung bawak makanan (sama-ada basah atau kering) di dalam bag besar ataupun hand luggage. Bila ada annoucement tu, anak-anak Wan habis susun dan keluarkan semula barang-barang dari dalam bag.

Ubat pula, hanya yang di-prescribed oleh doktor je boleh bawak. Jadi sape-sape nak bawak supplement memang tak boleh melainkan ada surat doktor.


Gambar abang Nol (abang sulung Ani) dan wife, Kak Laila bersama Wan


yang berkerusi roda adalah bapa mertua Ani. Ini adalah penerbangan pertama terus ke Mekah. Jadi memang ramai jemaah lelaki dah siap pakai Ihram.


Wan bersama mak dan ayah saya. Kalau lah saya ada duit lebih, memang hajat pertama saya nak bawak Mama Baba pergi umrah. Baba dan Mama Alhamdulillah selamat menunaikan haji pada tahun 2008 insyaAllah, doakansaya ye. saya tahu Baba Mama mesti rindu dengan Mekkah. Saya pulak teringin nak ke Mekah, kalau dapat berdoa depan Kabbah, selama ni hanya mampu passing note minta kawan-kawan doakan saya kalau ada kelapangan.


akhirnya adalah juga muka saya dengan pak mak sedara saya. Hujung sekali sebelah kiri saya tu, adik saya, Jiji. Dia ada jual air zam-zam 10 liter.. kalau ada yang berminat bolehWhatsapp/Msg adik saya +0192831861 untuk maklumat lanjut.

Moga semoga jemaah haji tahun 2013 mendapat Haji yang Mabrur.. amin....


1 comment:

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez