Thursday, September 12, 2013

The day we were tourists in KL

Mula-mula ingat nak pergi ke Petrosains, tapi disebabkan Emir bersuka ria di hotel sampai ke petang, jadi, planning nak ke Petrosains tidak menjadi kenyataan. Tapi takkan la i tak de nafsu nak jalan-jalan kan. So awal-awal lagi i dah pesan dekat Papa kate i nak pergi Hard Rock KL nak beli magnet untuk tambah collection. Patutnya masa cuti dekat Renaissance dulu patut singgah sini, tapi boleh pulak terlupe :) Ini, dari Prince Hotel ke Hard Rock bukannya dekat (we avoided driving sebab ala-ala tourist gitu)

So, lepas dah bersuka ria, baru pikir nak makan. saya memang nak cari nasi arab dan kalau boleh tak nak dalam Pavilion, jalan punya jalan, tak de kedai yang menarik.. punyalah jauh berjalan last-last papa suggest makan dekat satu restoren yang biasaaaa je.. sebab Papa ingat tu restoren Arab.. 

Lepas tu dalam nak pergi ke Monorail, dah lalu dekat Fareinheit, Papa nak pergi mengukur pulak. Dalam jalan punya jalan terjumpe pulak Devi. :)

Pusing-pusing punye pusing sebab nak hilangkan boring, nampak pulak spot yang best nak ambil gambar.. :D




i pun sibuk jugak lah nak jadi superwoman :p


Lepas dah ke Fareinheit, nak masuk monorail, Papa nak pulak singgah dekat Sungai Wang, masa tu Emir dah liuk lentuk penat.. sebab lama betul berjalan :p Ye lah, swimming je dah nak dekat 2 jam, bangun awal lagi.. mahu tak penat kan.. 

Akhirnya setelah lama berjalan-jalan, dapatlah saya menikmati Hard Rock saya.. :p Dalam kepala memang dah tau nak beli apa.. so memang senang la nak decide.. sambil tu dekat mana-mana Hard Rock cafe saya pergi, haruslah ambik gambar depan Hard Rock kan :)


Emir masa ni dah buat rolling on the floor, takdelah macam budak kecik tu, ni dia buat fesyen yang malas jalan... jarang dia buat perangai macam ni melainkan kalau penat betul..


sebab dah buat perangai gini, dan semua orang dah penat. so we decided balik naik teksi. Alhamdulillah terus dapat teksi untuk pulang ke hotel. Sebab masing-masing penat, jadi kami tak bercakap.. sampai-sampai je bila Papa nak bayar, driver taxi tanye

"kamu dari Indonesia ya"

whahahaha.. memang habis hilang penat terus :p

dan inilah hasil belian saya.. sikit je, tak berbaloi jalan jauh-jauh :p satu t-shirt untuk Emir dan my collection - the classic Hard Rock magnet :)



dan magnet ni telah selamat untuk join magnet-magnet yang lain..... :D


 Tamat sudah entry cuti-cuti di Prince Hotel. dah selamat pulang ke pangkal jalan..




5 comments:

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez