stress ok. semua berlaku masa Hari Cuti UPSR. Emir dapat cuti 3 hari dari hari Selasa hingga ke Khamis minggu lepas. Papa masa tu decide untuk pulang ke Melaka. Memandangkan saya tak boleh nak ambik cuti (cuti tinggal 3 hari je untuk tahun ni), jadi Papa hanya balik Melaka dengan Emir je lah.
Sebab agaknya duduk rumah satu hari, masa tu pulak, Danny (jiran depan rumah pergi sekolah), tak de kawan, jadilah mulalah idea kreatif keluar. nak nak pulak Papa tengah tidur kan.
Tak tahu lah ceritenye macam mana, tahu tahu je Papa telefon
"cuba tanya anak awak apa dia buat hari ni".. sambil telefon di pass kepada Emir, tapi Emir dengan tenang jawab
"i cut my hair"
a minute after, Papa sent me this whatsapp. Masa ni ok lagi, still boleh terima..
sekali bila sampai ke Melaka, Papa hantar gambar ni. Masa ni dekat Melaka tengah musim rambutan. Meriah rambutan dekat Melaka dan gambar bawah ni gambar ibu mertua saya. She is 70 this year, Alhamdulillah mak dikurniakan kesihatan yang baik, masih lagi membawa kerete ke sana ke mari, berkebun dan sebagainya.
Masa Papa hantar gambar dekat atas tu dan gambar dekat bawah ini, I dah start stress dah. Macam susah pulak nak terima. Emir potong sampai tobek habis rambut dia belah depan. Katenyer dia gune gunting yang ada dalam pencilcase dia je, tapi cara kene tobek tu macam pakai shaver. Alasan Emir, saya lambat sangat bawak dia pergi kedai. grrrrr
Tapi yang best, Emir tak malu pun, pergi sekolah tak de perasaan. Saya tanya ada tak kawan - kawan ejek, dia kate tak ada. ada tak cikgu-cikgu yang tanya, dia kata ada. tapi sampai situ saje lah, cikgu tanya kenapa rambut tu, jawapan dia "saya potong rambut saya sendiri sajalah"
yang best tu, atok Emir pun tak boleh tahan tengok rambut Emir. saya sendiri lagi laa.. Bila Emir balik pada Melaka saya punya stress meter naik lagi tinggi. Pergi kedai rambut semua suggest nak botak je memandangkan Emir dah tobek kan kepala dia, so there is no way to trim his hair. Untuk bagi botak, honestly i tak sanggup :p
Finally, last Monday during Malaysia day, i buat makan-makan, just panggil keluarga i dan adik beradik i di rumah i. Baba i memang pandai potong rambut, kecik dulu jarang jugak kami adik beradik potong rambut dekat kedai, Baba je tolong potong rambut. So i minta Atok potong rambut Emir.
Tapi, tak sempat habis potong rambut (i think dapatlah kot dalam 80%), Emir dah mengada-ngada lari, tak mau potong rambut dah. Dengan Atok boleh la kan buat mengada-ngada..
Jadi inilah hasil 80%. :) oklah, terubat jugak lah hati i ni. Itu anak lelaki, kalau anak perempuan, i yang menangis tak berlagu.
By the way, Papa setiap hari akan hantar gambar Emir dekat i especially dekat mana makan lunch. dan inilah rambut Emir lepas kene potong dengan Atok.
i know - budak laki tumbuh rambut sekejap je, budak-budak akan lalu phase ini ..tapi nak menunggu keadaan kembali normal sedia kala.. *mari telah air liur dulu .. :)
anak ooo anak :)
Huhuhu. Nasib baik xkena kulit kepala. Baca entri ni tr8ngat masa liza darjah 3. Liza potong rambut dpn sendiri jugak. Mengamok mak liza. Masa gunting rasa mcm straight. Rupanya senget habiss.
ReplyDeletebahaya gk kn gunting rambu sdiri...nasibaik atok tlg trim...kalo gegurl kena pki tudung la..hehe
ReplyDeleteLiza. rambut perempuan kalau senget benget memang pengsan hehe
ReplyDeleteamy: trim pun gitu2 jugak, tobek tu lagi kuat aura dia
LOL :) tak per, cepat jer tumbuh tu heheheh
ReplyDeleteaduhai macam2 anak sekarang ni.. tapi time umur macam ni la suka dok main gunting. husna pun aritu gunting rambut depan die. nasib gak depan je..
ReplyDeletetapi nak marah pun takleh gak sebab teringat gak masa aku darjah 2 aku gi gunting baju sekolah aku, abis kena marah ngan mak aku hehe...
hahahahhahahahahahahhahahaha
ReplyDeleteomg hahahahahhahahahahaha