Sambung balik...
April
I understand dekat dalam Malaysia ni, banyak je biz bertaburan nak jadi kaya.. Do you think that is the business? I dunno.. but personally, I do not agree those "biz" "selling dream and luxury". Ntah, i against that. So mase I tak keje tu, ade lah sorang kakak ni, my ex- colleague, called me and told me that she could try to find me a job at her workplace, and asked me to meet her up at KL Sentral. Great. I said, it was a great opportunity even though I was puzzled, office dekat tempat lain tapi nak jumpe kat tempat lain.
It was quite sometime I didnt meet her after she left the Company. We talked, and talked, changed stories and what not. I dah pelik, nak dekat sejam, cerite pasal keje belum masuk lagi.. but later.. only she told me actually she wanted to introduce me to this MLM!! bengang giler mase tu ok. wasting my time and effort!!
Balik tu, she kept SMS me, telepon sebab nak invite i dengar talk about the business, when I stressed to her that I was not interested.. typical ayat yang i dapat
"awak tak nak ke orang lain boleh buat berjuta-juta, kenapa kite tak nak ambik peluang ni"
"sampai bile kite nak ditakuk ni je"
Gosh..
tolonglah...
Walaupun i tak de duit sangat mase tu, to jump into business cepat kaya, it was really against me.
But in April, I was lucky, pretty lucky.. My mum's friend offered me to be her research assistant at U*TM, Jalan Semarak. I took up the offer even though you know-lah berape sangat gaji for RA. But it was better than nothing kan.
Here.. First time I realized, inilah yang patut ada dalam boss-staff relationship yang I tak pernah rasa pun sebelum ni. You tak de rase stress langsung nak jumpe boss you. Boleh gelak-gelak, boleh bercerite.. of cos u know the limit, tak payah tanye lah dulu i maca mane.
Seronok dekat sane, mingled around with the students, but honestly, being a RA or later jadi lecturer it just not me.. I think we are matured enough to know what we can do best and definitely to educate others, bukan i...
I continuously applying for a job.
May
I looked at my Jobstreet, you tau berape i banyak I applied.. dah 300 jobs for the past 6 months, belum lagi masuk i pergi job fair, apply terus at the Company's website, hantar borang.. semua i buat.. and berape sangat yang panggil i interview.
Oh, i attended few interviews but all were unsuccessful.
Tak tau nak cakap ape. Imagine, my portfolio is wonderful. Bukan berlagak, but you know, my background, the clients that I handled, it does look good at my resume, but it was not in the eye of the Company. Rase nak jerit je mase tu.
June
Financial was getting worst and worst. I mule terfikir, nak bagi Emir pakai ape laa raye nanti. But whatever happened, I takkan berhentikan Emir dari tadika dia even though we paid hefty x,xxx per month!! Biarlah yang lain tu sangkut sikit sane sini, but to stop Emir, it was not in the option at all.
But, Alhamdulillah despite all that, I bersyukur ade keluarga dan kawan-kawan yang memahami. Hanya berape orang je tau keadaan I masa tu. Terima kasih. I tak pernah lupe mereka-mereka ni..
July
I takkan lupe bulan ni. Macam-macam perkara terjadi dalam bulan ni. dimulakan dengan kata-kata nista yang I terima. Tolong, jangan marahkan orang itu, orang itu dah pun minta maaf pada saya, dan saya pun dah maafkan dia. Orang tengah marah, ape pun boleh cakap. Saya juga ada bersalah pada dia.
Tapi mungkin sebab dia juga. Mungkin. Lepas kejadian dia melemparkan kata-kata tersebut, saya menangis semahu hati. Terasa macam sampai hati orang cakap saya macam tu. Mentang-mentang saya tiada apa-apa nak dibuktikan pada waktu tersebut, senang-senang saya dibuli dan dikutuk macam tu.
Saya bangun malam beberapa hari, dan sangat dekatkan diri ini kepada Yang Esa. Tenang sangat masa itu. Dah lame saya tak merasakan keadaan itu. Sungguh, tak tipu. Di saat diri ini macam tiada sesiapa yang boleh tolong, saya sandarkan pada Dia. Dia tahu ape yang dah saya lalui. Dia tahu berapa banyak air mata menangisi nasib yang saya sendiri tak jangka. Semahu hati agar pintu rezeki dibukakan kepada saya. Waktu itu, saya memang tak sabar menanti malam. Malam adalah ketenangan. Hanya saya dan Dia. Mungkin ini balasan saya akibat kealpaan saya sendiri. Dan sebenarnya apa yang saya lalui ini adalah hadiah dariNya untuk saya supaya saya sedar yang Dia tidak pernah melupai saya.
Hanya selepas beberapa hari kejadian tersebut, saya terima panggilan untuk ditemuduga di Gre*at Eas*tern. Dan dalam tempoh waktu yang singkat, saya berjaya melepasi beberape halangan dan terus diterima bekerja. Perkara yang tak pernah saya jangkakan, gaji yang ditawarkan adalah lebih dari apa yang saya terima di tempat lama. Alhamdulillah. Syukur.
Berakhirlah episod saya sebagai orang yang tak bekerja
August dan bulan seterusnya
Alhamdulillah, di tempat keje baru, lain benar rasanya. dapat boss yang baik, environment yang menarik. memang rezeki saya untuk bekerja di situ. Syukur. Tak tau lah macam mane nak describe.
Setelah saya masuk di situ, makin banyak pulak orang panggil saya interview. Bak kata mak saya, "aih, mase nak sangat hari tu tak de sape pulak nak".. Betul, bile dah diterima bekerja, bertalu interview tiba, tapi semua saya tolak sebab saya sangat sesuai di GE.. cume sudah tentulah, satu temuduga yang saya terima juga.. - di PE*TT*ronas.. Tapi, masa tu memang saya tak mengharap langsung..
Dalam saya kalut-kalut nak kembalikan financial saya, siapa sangka, memang Allah dah tentukan rezeki saya.. saya menang RM20,000 dalam contest Royal Gold.. menjerit saya masa tu bila panggilan diterima. Tak terucap rasanya. Dan tak sampai dua minggu kemenangan tersebut, saya menerima satu lagi berita yang agak mengejutkan, saya menang Grand Prize RM3,000 dari Maspati.. Ya Allah, mase ni sekali lagi saya menangis semahunya. Dalam masa singkat RM23,000 milik saya..
Dan dalam September, PET*t*ronas offer datang menyinggah. Sedih juga kerana terpaksa meninggalkan GE yang baik hati, tapi dalam masa yang sama hati pun mau mencuba juga. Bukan senang nak diterima di sana. Siapa sangka, gaji yang saya terima jauh lagi tinggi dari GE. Alhamdulillah.
Bermulalah episod saya bekerja di sana. Setakat ni Alhamdullillah. Stress sudah ade, tapi honestly tidaklah seteruk dulu.
Jadi cukup lah cerite saya setakat ini, percayalah Allah takkan bagi sesusatu kalau tiada sebab. Kite semua ada bahagian masing-masing. Sekali sekala ujian akan datang dalam pelbagai cara. Mungkin saya dengan cara macam ni, awak dengan cara lain.. Sebab tu saya rasa 2011 sangat berwarna warni dalam diari saya. Suka duka saya membawa nama saya.
Belajar melalui kesilapan. Macam saya sendiri, saya selalu ingatkan orang lain, jangan lah ambil sesuatu pekerjaan tu tanpa sebarang hitam putih. kelak kite sendiri yang merana. Jangan senang mempercayai orang. Orang pun berwarna warni. dan jika kite senang, ingatkan juga kesusahan orang lain, mane tahu kite pun akan berada di tempat yang sama.
Tak tau lah menarik ke tak cerite saya ni.. tapi itulah cerite yang saya nak share..
The beautiful 2011..
The End..
Thursday, December 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hidup selagi mana ade cabaran..
ReplyDeleteselagi itulah Allah selalu sayang kita.
kita ni jenis kalau susah..itu tandanya Allah ank uji.
bukanlah begitu
kiat senang atau kita susah..
semau ujian
cumanya..jgn time susah baru ingat dia.
*peringatan buat diri sendiri juga tak selalu melaluinya...
*diberi kelonggaran dalam hidup kerana punay suami yg berusaha mengubah persepsi bini dia ni yg asyik memeikir bila meraikan sesuatu itu seolah2 lupa pada DIA.
*masalah bila anak laki bongsu kwin dgn pmpuan anak sulong yg too independent.
:)
hmmm...mira it's true..kadang2 kita tak boleh terlalu gembira dan yakin dengan kesenangan yang kita ada..sbb hari esok, lusa tulat macam dugaan pasti menjelma... peringatan untuk diri juga ni...
ReplyDeleteanywaY I sangat kagum ngan u.... :) dan sangat bangga menjadi kawan u...whatever happen just let me know ya beb!...
hidup yang penuh warna warni, sedih dan duka..
ReplyDeletedan diluar orang nampak kita happy menang sana sini..
tapi disebaliknya, hanya kita & orang terdekat jer paham..
oh,finally i know the story :)
ReplyDeletewpon xdetail,i blh mampu imagine je..
dan part u tunggu waktu malam tu buat airmate i nk menitis..
yg i blh ckp, Dia maha besar & mengetahui segalanya kan..Dia bagi dugaan,tp sbg balasan kite sabar & redha, rewardNya x terpikir dek kite ;)..
dear
ReplyDeleteberatnya dugaan yang u terima
tp alhamdulillah berkat sabar dan redha u
Allah beri rezeki yang berlipat ganda
:)
ujian ALLAH + usaha + doa + tawakkal + sabar = hikmahnya sgt indah... sebab sabar tu mmg sgt indah. ALLAH dah janjikan sesuatu yang indah kalau kita bersabar dgn dugaanNYA. mmg berwarna warni 2011 awak... teruja!
ReplyDeletequite interesting ur story.
ReplyDeletebtul mira.
kita sama,tapi beza dugaan dan rezki.saya juga bmula tahun ni dgn yg tak best,but towards the end of the year,rezki yg ilang dtg kembali.
btul kan.sehebat dugaan allah,semanis nikmat yg akan kita peroleh juga.
btw,hehe.ok,sy pun cukup tak suka m.l.m ok...lagi2 kalu org yg approached tu member gak.
tah ye..tau ada org yg bjaya dgn m.l.m but not into me this kind of cari duit.not saying that kita blagak,cume memang tak sesuai dgn jiwa sndiri kan.
so,saya pun sama.stress kalu tkena dgn mbr2 ajak m.l.m ni
thanks for sharing babe!! very inspiring..and the power of doa...Allah bagi miracles utk hambaNya yg terpilih..alhamdulillah :)
ReplyDeletebila kita nak dating2 bersama2 dgn ezz + ayu heheh
2011 was a very challenging year for us too. byk yang baik, byk jugak yg tak baik dan sgt mencabar.. indeed life doesnt get easier with age, but insyaallah and alhamdulillah, with age comes wisdom and stronger faith in the Almighty, kan. alhamdulillah everything turned out well for u! :)
ReplyDeletenice story of life..semua dugaan ada jalannya..berdoa adalah jalan yg terbaik
ReplyDeleteterharu saya baca part 2 ni kak mira. saya sendiri tak mampu nak share cerita sendiri... what i can say, saya sendiri pernah mengalaminya lebih kurg cerita akak.. cuma mgkin akak lebih bernasib baik.. sekarang, alhamdulillah, back to normal tapi yelah, nak start balik semua perlukan masa.. sekrg tgh merangkak2 balik dan cuba yang terbaik..
ReplyDeletebetul kak.. kadang2 ada hikmahnya juga.. paling penting, benda2 ni semua mendekatkan kita dengan DIA.. mungkin selama ni kita selalu lupa, lalai... dan semua ni berlaku sebab Allah sayangkan kita kan kak...
mira you are a very strong lady. tabik spring 10 juta kali.
ReplyDelete