Friday, December 23, 2011

Strange call...

I cakap dalam Bahasa melayu, kalau derang nak translate tak ape.

Macam ni, dalam seminggu ni, i selalu terima panggilan dari luar negara, tapi selalunyer tidak sempat lah saya nak mengangkat telefon nya. sebab kadang tu dah tengah malam, kadang tu telefon jauh dari i.. huhu. biaselah, zaman dah kawin, dulu zaman bercinta, telefon lekap je dalam tangan.. :p

berbalik kepada cerita.. dua hari lepas saya sempat mengangkat satu panggilan.. dia kata saya ada isi satu survey.. ok.. memandangkan saya ni seorang yang kuat main contest, saya sendiri pun tak ingat betul ke tak saya masuk survey.. dan dia cakap saya berjaya memenangi percutian ke Fl*or*ida dan ke Ba*ha*mas.. Sebab suara terputus-putus, saya minta dia emailkan kepada saya.

Esoknya masih tiada orang email kepada saya. Ok, dah rasa dah ni mesti tipu, I pun tak de lah berharap pun. Dah rasa lain macam.

Semalam mat saleh ni telefon lagi. Kali ni line clear. Beria mereka (ada dua orang) bercerita. Suruh loudspeaker lagi, supaya husband pun dapat dengar juga. Cukup detailed mereka bercerita. Pergi Disne*lan*d Flo*ri*da lah, itulah, inilah last sekali naik Cr*ui*se pergi Ba*ha*ma*s. Boleh bawak 4 orang lagi. konon-konon ade director yang cakap dengan kita.. Tak taulah director betul ke tak..

Then I cakap, tak boleh email ke. derang kate tak boleh. Bila derang tanya, credit card ape yang I gune, I know this is not serious, ade agenda sendiri. tapi tak pe, i dengar je. Laki i cepat-cepat cari nombor dekat Internet. memang banyak kejadian yang sama juga. Bawa mesej yang sama. Trip ke sana juga. Konon-konon kami semua menang hadiah..

Last-last, bile i cakap i tak berminat. and ajak je lah orang lain. Depa terus letak telefon tanpa ada bye ke ape. Nampak sangat penipunya..

Ok ni number dia.

+.satu.lapan.satu.tiga.sembilan.satu.lima.empat.kosong.empat.kosong

carilah dalam google. banyak orang terkena

sila berjaga-jaga. macam macam cara orang sekarang nak tipu kita.


6 comments:

  1. huhu.kena hati2 gaks kan.sian kalu orang yang teruja menang hadiah bentuk gini..

    ReplyDelete
  2. i jenis susah nak percaya so i akan letak phone cepat2 and ckp i tak interested heehhe memang lain cara kalau kita menang contest yg genuine sbb dia akan ckp contest apa, and hadiah apa, and me memang ada details all contests yg me join :) me tak suka join survey or FB contest yg suruh share link to win..sbb me tak percaya, tu jer heheh

    ReplyDelete
  3. ishk bahaya betul lah kes cam nie.. jahatlah diorg nie

    ReplyDelete
  4. adoi first time i dgr kes mcm mi lps ni kena be careful :)

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez