segala kesakitan yang dialami ketika melahirkan hilang tatkala melihat wajah si kecil buat kali pertama. Terbentang satu episod riang yang ada di depan mata. Terbentang juga satu tanggungjawab yang besar untuk membesarkan si anak..
Walaupun niat di hati untuk membesarkan anak dalam asuhan tangan sendiri, namun kita tak dapat nak menyangkal mahu memberi segala yang terbaik untuk anak kita di dunia. Lalu si ibu dan si ayah bekerja kuat untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.
Dan sekali lagi, kesenangan memerlukan pengorbanan. Kepercayaan untuk menjaga anak tersayang disandarkan kepada orang lain, mungkin bukan dari keluarga sendiri. Tetapi itulah yang terbaik kita sebagai ibu dan bapa lakukan.
Besar harapan yang kita harapkan kepada mereka. Kita harapkan sekurang-kurangnya ada kasih dan sayang terhadap anak kita. Memang mustahil mereka sayangkan anak kita sebagaimana kita sayangkan anak kita, cuma kita hanya mampu panjatkan doa supaya terbit rasa selamat untuk anak kita bersama mereka sepanjang ketiadaan mereka..
Dan pertama kali melihat gambar di blog @e_da, hanya gambar yang dapat bayangkan betapa punahnya harapan seorang ibu, pedihnya kesakitan yang ditanggung oleh seorang ayah. Memang ajal dan maut ditangan Tuhan, memang kita kene percaya pada qada' dan qadar, tapi kalau berita yang disampaikan tak masuk akal.. hati mana tak tercalar...
kita yang bukan berada di tempat mereka pun terasa mahu saja ditamparnya penjaga tersebut, mahunya diseret mereka ke muka pengadilan, entahlah, kalau tanya saya sendiri, susah nak maafkan mereka. 2 bayi dalam satu masa? adakah mengejar wang ringgit hingga mereka lupa si kecil itu juga adalah satu nyawa?
kalong telah menjatuhkan buah
pada rumput
semut-semut berkerumun menikmatinya
begitu juga kau
kujatuhkan pada daratan
yang bukan milikku
mataku berlinang
di antara hari lalu
kala hujan
terik mentari
aku tak lagi atapmu
kesunyian bersamaku
di sela gelap
bukan malam
yang merenggutmu
Source: http://sigodangpos.blogspot.com/2011/10/puisi-kehilangan.html
Al fatihah kepada adik Muzaffar dan Harris, damaikan dikau di taman taman syurga..
:( tumpang sedey yg tak terucap dgn kata2 :( moga2 kita tidak diuji dgn ujian yg maha berat sebegitu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYa Allah....sayunye tgk gambar tue...semoga mereka tabah!:(
ReplyDeletetak boleh bayangkan perasaan ibu itu....
ReplyDeletevery very sad :( i visited my friend's baby at picu sebab jatuh at nursery pun dah mmg nak nangis. moga the parents kuat, tabah dan sabar.
ReplyDeletemeleleh airmata baca dan tengok gambo.
ReplyDeletetah ye.mgkn sbb faham dgn rasa kehilangan itu..betapa peritnya apatah lg kerana kecuaian org lain.
wpun takdir tetap takdir,tapi pkara sbegini,tetap menjadi satu kesalahan.tak amanah tuk jaga ank org kalu jaga tak sepenuh hatikan.
bukan kita suh jaga free pun.
Al-fatihah.. sedih sgt tgk gambar tu.. xterbayang kepedihan hati parents tu.. lg takut bile dpt tau taska tu area tmn permata, dkt je dgn rumah kite..
ReplyDeleteSemoga family arwah tabah dgn ujian yg Allah berikan..