By the way, masa beratur untuk naik tram turun dari The Peak, memang ada satu tv besar untuk tontonan pengunjung sementara menunggu. Antara iklan dekat TV tu, ditunjukkan Chinese New Year celebration yang diadakan secara besar-besaran bertempat dekat dengan rumah kami di Tsim Sha Tsui. Ia merupakan acara tahunan dan untuk tahun 2017 merupakan kali yang ke 22.
Jadi Papa pun memang dok lah cakap "ruginya tak dapat tengok", nak nak percuma kan.. Memang kalau ikut jadual tak sempat sebab masa kami nak turun dari The Peak pun dah pukul 8.30 malam, belum lagi nak naik train bagai..
Sekali bila kami sampai saja di MTR Tsim Sha Tsui terbelalak bijik mata tengok ramai betul orang. Yang keduanya terkejut sebab malam tu bukan ke hari Chinese New Year, macam tak beraya pulak. Ye lah, budaya kita kalau hari raya pertama masih lagi semua masih bersama family, bukan dekat luar rumah, apatah lagi public area untuk bersuka ria kan ..
Setibanya keluar dari exit Tsim Sha Tsui, terdengar suara bising, polis pun ramai. Papa happy sungguh, sebab ingatkan dah tak sempat nak tengok parade.. Rupanya tak terlambat langsung, cuma masa parade ni ada kami pun tak berapa pasti berapa lama telah bermula..
Update: Cukuplah 3 gambar yer, lama benor ibu nak upload , grrr
Memang penuh dan ramai orang berasak-asak tengok, tapi semua terkawal. Perarakan di adakan di jalan utama di Tsim Sha Tsui iaitu di Kowloon area.Jadi kami dapat spot ini dan adik i sebab nak dapat clear picture sangguplah panjat sampai macam ni..
Tengoklah video nyer ye, lama sungguh nak upload video ni. Sampai ibu menulis ni, video masih belum habis diupload, nak nak internet sembap.. Jadi ibu pun tak tau video ni nanti akan berkeadaan terbalik ke macam mana..
Ibu cuma ada dekat sini 10 minit je, lepas tu Ibu dah ajak Cik Yah balik.. sebabnya, first ibu dah tak sabar dah nak ke bilik air.. kedua.. ibu kene cepat masak dinner. Masa balik rumah tu pun ibu ingat lagi pukul 10 lebih dah..
Papa dengan Emir pulak tinggal sampai parade tamat.. sempatlah sejam mereka dekat sana.. Jadi sempatlah jugak ibu balik makanan pun tunggu tak lama. Ibu ingat lagi malam tu ibu masak dinner sup daging.. Bayangkan dalam keadaan sejuk macam tu, makan sup panas-panas.. Heavennnn.. hehehe
Kesimpulannya tak rugi untuk datang masa Chinese New Year. Mula tu risau juga sebab takut Hong Kong akan sesak atau kedai tutup.. Tapi jangkaan tu meleset sekali. Kedai tutup pun still tak de impact sangat.. Business as usual je dekat Hong Kong ni, bertuah juga sebab dapat melihat sambutan Chinese New Year di sana..
Waaaa bestnyaaaa... Baca plk tgh lapar2, terbayang pula sup daging panas2 :)
ReplyDelete