Friday, February 10, 2017

Hong Kong Day 3 || Disneyland visit || Tips || Apa ada

Amaran: Entry kali ni sangat panjang sebab Ibu nak up-kan hanya satu entry saja mengenai Disneyland, senang untuk rujukan semua orang. Lagipun tengah ada semangat ni dan sebelum terlupa. 

1. Bertolak dari Tsim Sha Tsui

Hari tu sepatutnya dah plan nak bangun seawal pagi dan siap dan kalau boleh bila pintu Disneyland bukak saja, kite orang paling pertama sekali masuk. Tapi apa nak buat, terbangun agak lewat sikit, dan ibu kene masak dulu.




Pagi tu ibu masak nasik, semua nya kene carbo loading sebab konon nak plan tak nak beli apa-apa sangat dekat dalam Disneyland.


Dari Tsim Sha Tsui kami naik MTR saja. Caranya

Tsim Sha Tsui (red line), kene tukar di Central. Stesyen di Central ni sangat besar dan memang connected with Hong Kong station (which has that yellow line). Naik Yellow Line untuk menuju ke Sunny Bay, dari Sunny Bay, tukar station lagi untuk naik ke Disneyland Resort. Perjalanan dari Tsim Sha Tsui ke Disneyland ni adalah dalam 30-40 minit.


2. Tiket untuk masuk ke Disneyland

Ok, untuk tiket ni ibu memang serah bulat-bulat kepada Cikyah untuk survey tiket harga tiket. Tipsnya, sebelum kite nak beli tiket, elok dan moleklah kite tengok Disney website sebab kekadang Disney selalu je ada promotion. Masa tengok tu rasa nak nangis sebab promotion tiket untuk 2 hari entrance telah ditiadakan masa minggu kami datang, mungkin sebab masa tu akan ramai visitors disebabkan cuti Chinese New Year di Hong Kong.

Jadi, memang banyak jugalah Cik yah Survey. In fact, dekat 11street pun banyak juga tiket-tiket dengan harga lebih murah dijual, tapi of cos lah kite risau jugak, dari nak cari yang  murah-murah takut kene tipukan..

Di website harga satu tiket untuk 1 day entry tanpa ada promosi lebih kurang RM308 untuk dewasa dan RM220 untuk kanak-kanak.

Sampai saat-saat akhir kami belum decide, tapi kami tahu elok beli sebelum tiba sebab line akan panjang, takut bazir masa di situ.

Pikir-pikir akhirnya Cik Yah proceed untuk beli di satu website Facebook, kiterang pun tak ingat website ape haha.. Ini yang selalu dekat Facebook yang selalu keluar newsfeed "tiket murah" bagai tu, memang orang kata tawakal saja..

Alhamdulillah rezeki kami, memang dipercayai, kebetulan pulak orang yang kami beli ni dia ada di Hong Kong, siap datang ke entrance Disneyland untuk pastikan kami masuk dengan selamat.

Tiket yang kami beli, seorang RM250. Jimat banyak kan.. yang Emir punya tiket RM220.


Gambar kenangan bersama si penjual tiket --- lupe pulak namanya :D

3. Train Disneyland

Train Disneyland, mana-mana pun sama saja. Dekat Anaheim i naik bas, pun Disney bus, train Disneyland pun akan ada corak-corak Mickey Mouse ni..


Memang bila kita sampai je station Disneyland ni, kemeriahan terasa sebab di sini memang dah dipasang lagu-lagu Disneyland. Station Hong Kong ni pulak, u naik je escalator memang terus sampai entrance Disneyland..


Kalau ikutkan i malas nak ambik gambar sebelum masuk Disneyland, sampai pun pukul 11 lebih, tinggal nak masuk je, tapi sebab ni first experience untuk Cikyah ke Disneyland, i pun ikut je lah hahaha.. nak nak pulak dia suka ambik gambar kami, memang sesuai sangat bawak dia mai sini..



4. Entrance masuk - boleh bawa makanan tak

First rule, of cos makanan luar tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk. Untuk masuk ke Disneyland ada dua pintu masuk. Pintu pertama untuk check bag, dan pintu kedua untuk check tiket. 


Masa ke sana, i ada baca blog kawan I zety yang selamat bawak makanan masuk ke dalam Disneyland. Masa i ke Disneyland Jepun pun i terselamat bawak makanan masuk dalam, siap masa tu bawak nasi goreng lagi..

Tapi biasalah, i orang Malaysia, kalau selamat rezeki, kalau tak selamat, terpaksalah redha.. husband i cuma nak bawak beberapa peket biskut masuk dalam beg, sebab biskut tu peket2 kecik, so masa check bag, staff tak perasan kot -- so lepas *selamat..


Tiba giliran i, memang husband i tak setuju langsung i bawak makanan masuk, ye lah dah la makanan limited kan, kalau kene buang tak ke membazir, tapi biasalah i degil. I know it makes a lot of different ok. So semua orang tak nak bawak bag, i ambik risiko bawak bag. I letak roti, satu tin tuna. Sikit je lah.. 

Masa i masuk tu, semua dah lepas, i je lah yang tinggal. Muka Emir memang dia risau, dia ingat kalau ibu tak dapat masuk, maknanya ibu kene halau terus dari Disneyland. I pun cuak jugak sebenarnya hahaa.. Tapi rasanya rezeki saya sekali lagi. Masa beratur untuk security check tu, orang yang betul-betul depan ibu pergi barang satu beg penuh makanan. Of coslah staff tak bagi masuk, lepas tu dia bising.. Lepas dia bising dia dah slowkan line kite, dan sebab staff tu nak cepat uruskan dia yang bising tu, dia bagi je ibu lepas.. 

So, lets have fun. hahaah


4. Disney Info

Dalam Internet, derang kata kalau nak solat boleh ke City Hall, jadi i pun pergi dapatkan maklumat dulu di City Hall ni yang terletak berdekatan dengan entrance Disney resort. Tapi rupanya tempat solat dah disediakan di Disneyland, tak perlu lagi untuk solat di sini.. alhamdulillah

Scroll ke bawah nanti i cerita..

5. Mascot disney di bahagian depan

Mascot Disney di sini semuanya berkeliaran di bahagian hadapan, i ingat dulu masa di Japan dan US, mascot ada tempat khas maksudnya, ada dekat dengan ride, ada dekat dengan kedai, tapi di HK ni mascot dia dekat bahagian City area tu (sebelum masuk ke area ride-ride), kalau sibuk nak kejar ride, memang tak perasan pun ketibaan mascot mascot ni..


Sebab Chinese New Year, semua mascot pakai bau cheongsam, kami cuma ambik line yang paling pendek. Line Donald Duck ni sikit (beratur dalam 15 minit), bolehlah..


6. Section-section Disneyland

Plan your visit, u check ride-ride apa yang you nak naik so bila sampai tak bazir masa.

Section Tomorrowaland - tempat paling lama kami spent masa di sini 


Toy Story Land


Grizzly Gulch


Mystic Point


Fantasyland 


7. Gambar wajib bila ke Disneyland

Sebenarnya semua wajib sebab kita bukan datang selalu kan.. Tapi untuk kami yang wajib adalah castle tu sebab yang tulah budak-budak kecik pun familiar as compared to the signage.. Castle tu dekat mana-mana cerita Disney pasti ada kan..


8. Check ride apa yang nak naik

Selalunya visitors akan check apakah attraction yang paling baru di Disneyland. dan selalunya attraction yang terbaru di Disneyland akan paling orang beratur panjang. Awal-awal lagi kami dah check yang attraction paling baru di Disneyland Hong Kong ni adalah Iron Man yang terletak di Tomorrow land. Jadi, bila sampai je memang terus kami ke sini sebab tahu akan beratur panjang..


Tak salah kami attraction Iron Man dibuka pada 17 January dan our visit was on 26 January, memang kire baru sangatlah dibuka. Untuk penggemar Iron Man macam husband dan anak saya ni memang terujalah..


Walaupun tunggu lama kami tak boring sebab sepanjang panjang perjalanan dalam ni adalah disediakan patung-patung Iron Man, cerita-cerita Iron Man yang boleh buat kite leka sambil menunggu.


Tapi yelah, satu section bahasa adalah English, satu lagi section takde translation pun, jadi kami pun dengar je lah.. Adalah jugak dalam 20 minit beratur.. still ok walaupun masa tu pack untuk Chinese New Year holiday..


Sebenarnya di Iron Man ni, ride nya adalah 4D, 5D movie, dalam 5-10 minit movie. Memang best, rasa antara 4D/5D movie paling best i tengok sebab memang terasa betul macam kita ikut sama Iron Man uruskan missionnyer. Cuma takde gambar yang dapat diambil sebab masuk-masuk je dalam cinema room tu terus staff suruh kita letak handphone dalam bag.. bukan tu saja, kene letak bag bahagian bawah..


9. Tempat solat / prayer's room

Alhamdulillah, syukur sebab pihak Disneyland ada sediakan surau yang sangat besar dan selesa di sini yang betul-betul mudahkan untuk orang Muslim bersolat. Surau / prayer's room ni terletak di Mystic Point bersebelahan dengan Explorer's Club Restaurant.

Cuma surau ini campur laki dan perempuan, jadi pandai-pandailah kita. Masa kami solat, tak de orang lain yang masuk, memang kami lepak sekejap sambil makan bekalan yang dibawa hehehe.. (yang makan pun i dengan Cikyah je)


Tempat ambik wudhu' pun lain kan :)

10. Makanan halal

Tak jadi masalah pun, husband i kate dekat semua cafe, dia akan ada letak section kata daging ni halal ke tak, tapi i macam tak confident hahaha.. Cuma yang kami tahu, cafe di Mystic Point ni memang halal, memang ramai pun Muslim makan dekat sini, terus kami nampak ramai jugaklah rupa-rupa orang Malaysia. Emir sibuk nak makan nasik. Di restoren ni ada macam-macam section makan, tapi sebab Emir nak nasik, kami kembali kepada asal usul, ke section Asian flavour haha


Harga tok sah cakap lah kan hehe.. bayangkan air mineral pun i beli dengan harga RM14 duit kite hahaha. Ini nasik.. lagiiiii lah

11. Ride di Tomorrowland

Mula-mula hero-hero saya dok lah berposing ke sana kemari.. memang depa ni enjoy ambik gambar dari nak naik ride.. especially bapaknya tu..




Buzz Lightyear Astro Blasters

Lepas keluar dari Iron Man experience, kami terus lari haha (giler kiasu) sebab tak nak beratur punya pasal. Keluar tengok-tengok dekat Buzz Lightyear tak dak orang beratur, (ada tapi tak ramai), jadi terus decide masuk sini.. Tak decide pun, terus jerit lol. 


Elok je kami beratur, tengok-tengok orang berpusu-pusu orang masuk jugak, kire phewww... tak sia-sia lari untuk ke sini .. Lari-lari ni kami belajar masa dekat Jepun, orang Jepun masa tu, lepas habis satu ride, asyik lari je.. sebab derang tak nak rugi masa. Jadi kat sini pun kami apply bende yang sama .. 


Emir pernah naik ride ni masa di Japan dulu, kira masih lagi tak berubah dan Emir masih ingat lagi walaupun dia ke Jepun dulu masa umur dia baru 3 tahun setengah...


Buzz lightyear ni main tembak-tembak, seriously husband i memang competitive habis, gile-gile punya dia main mengalahkan anaknya hahah.. I relax je, sempat capture gambar hero-hero i ni..


Hyperspace Mountain

Tengah dok beratur untuk naik bende alah ni, Emir nampak Star Wars character tengah beronda-ronda, memang dia tak senang duduklah nak kejar Star Wars characters kegemaran dia. Nasib ada Cik yah dok melayan Emir while ibu n papa beratur dalam line.. 


Pendek kata i menyesal naik bende alah ni ok.. I ni gayat dan penakut, patutlah masa nak naik tu ada lagi satu sign kata "you still have time to exit the line".. Ini kira high speed train...


Husband i pun jenis yang gayat jugak, tapi dia control macho masa naik bende alah tu, i jerit gile-gile punya, tengok lah muka i kat bawah ni, tunduk sepanjang-panjang naik train tu sambil memekak-mekak jerit. Cikyah yang duduk sebelah i dok gile je. Husband i jadi batu, husband i kalau jadi batu maknanya dia takut sangat la tu :p

Gambar bawaj ni ambik untuk pilih pilih print gambar, obviously kami tak beli pun, curi-curi ambik slide show ni..dia pandai, buat bentuk-bentuk puzzle gitu..


Patutnya Emir ada daftar untuk Training jadi Jedi, tapi sebab masa tu kami ada dekat section lain, malas nak patah balik untuk ke Tomorrow land ni.. 



12. Ride di Grizzly Gulch

Lepas dah naik ride yang menakutkan untuk i tu memang i takmau dah naik bende-bende train yang laju ni. Lain pulak dengan Cikyah n Emir, lepas naik tu lagi rasa teruja dan sibuk nak cari another equivalent to speed train. Jadi kami ke Grizzly Gulch..


Cikyah ni nasib bawak dia memang sesuai untuk teman Emir, kalau tak kesian Emir sengsorang.. Perangai pun lebih kurang sama dengan Emir, more like Kakak to Emir rather than auntie.. gaduh pun boleh tahan jugak dengan Emir..  


Lama juga nak tunggu derang naik bende ni dan kite tak boleh nak agak bila turn derang. So banyak jugak lah kami snap snap gambar yang tak berkenaan. dan ini je satu gambar depa yang kami sempat capture di sini.. 


13. Ride di Adventureland

Rafts to Tarzan's Treehouse

Kami memang target untuk ke Mystic Point dari Tomorowland lagi sebab nak solat tapi banyak betul gangguan lol.. So bile tengok beratur di Adventureland ni macam ok je, kami lompat sini dulu..


Dekat sini ada dua tempat beratur disediakan, beratur untuk English Lane dan satu lagi Hong Kong lane.. Walaupun English lane line pendek je, tapi cuma ada satu raft, jadi lambat sikit nak tunggu giliran..

Dekat bahagian ni kira berceritalah dengan kehidupan liar dekat sini.. Menarik juga..


 I seronok duduk je sebab asyik jalan je kan 


14. Ride di Toyland

Tadi tersilap, sebenarnya tempat yang paling lama gile kami spent adalah di sini, naik ride nyer kejap je tapi line nyer ya rabbi lama betul..

RC Racer

I confirm la takkan naik. Bising Emir sebab beratur sikit punya lama, sekali naik tak sampai 2 minit, even tho Emir enjoy dan sanggup beratur lagi tapi i tak bagi sebab lama gile beratur, ada kot 30 minit..


Toy Soldier Parachute Drop

Tapi tak boleh lawan tunggu bende alah ni.. lama sesangat, 40 minit ada kot rasa macam rugi.. dah la tersilap. sebenarnya di sini kalau naik sengsorang lagi cepat, sebab dia ada lane untuk single rider.. Cikyah punya phone sebab dah takde line, tak dapat lah contact derang. By the way, Internet kat sini ada wifi.. so memang anytime boleh upload gambar untuk social network..


Naiknyer pun sekejap, tunggu nyer alahai, Emir kata tak yah naik pun tak pe sebab tak mencabar langsung.. I melepak dengan husband i kat bawah je, borak-borak kosong while waiting for them..


Masa derang habis main tu, memang dah nak malam dah..


Art of Animation

Tak sure betul ke tak, tapi we were first in line.. kene tunggu 15 minit, kire kejap je lah tunggu. Masa ni memang dah nak dekat gelap..


4D animation again, jadi dah kene siap-siap pakai spec..


Sementara tunggu show, best jugak show nye, siap ada bau-bau lagi. so it supposed to be 6D la kan hehe..


Gambar i dengan spec heheeh


15. Ride di Fantasyland

The Many Adventures of Winnie the Pooh

Bila kami ke sini memang dah tahu inilah yang terakhir punya ride. Lagipun Disneyland dah letak merata signage kate last ride pukul 7 malam. Kami ke sini dalam pukul 7.10 malam cuti, kira antara orang yang terakhir sebelum dia tutup.. Masa ni pun banyak juga kawasan yang dah tutup..


Pun tembak-tembak jugak tak silap.. Papa tak naik sebab masa kami beratur Emir nak ke toilet, jadi papa bawak Emir ke toilet, by the time Emir dah habis toilet line dah ke depan and papa tak suke konsep celah-celah orang untuk masuk dalam line. Jadi papa duduk tepilah melayan phone.. 


Kami naik bertiga saja dan ini jelah gambar yang ada.. Phone pun dah semput sebab nak habis bateri..


16. Fireworks

Acara yang ditunggu-tunggu oleh semua, boleh duduk di mana saja sebab semua tempat akan nampak fireworks. Kami awal-awal lagi dah book tempat cantik.


Kami pun ada juga tengok parade, gambar tak jumpe haha, so halal je lah..



17. Disneystore

Sebenarnya setiap satu section akan ada kedai untuk beli souvenir, tapi kami beli masa Fireworks dah habis. Masa tu dah pukul 8 dah pun. Memang ramai gilelah yang serbu Disneystore lepas tamat fireoworks. I suke masuk ramai-ramai ni rasa meriah..


Best jugaklah beli barang kat sini. Ada banyak promotion sebab campur dengan Chinese New Year promotion kan.. Tapi sebenarnya lagi murah kalau beli dekat Disneyland store di Airport, ada discount sampai 70% lagi, dekat sini tak de discount sebanyak tu..


Sementara tunggu i shopping bebudak ni melepak dulu.. Bile i sampai, i dengar derang punya conversation so serious, rupanya tengah borak pasal ekonomi negara Malaysia -- haih...


Kami antara visitor yang balik agak lewat, masa ni dah 9 lebih, still tak keluar-keluar lagi Disneyland hahaa


Mula-mula Cikyah ambik gambar ni


Tapi agaknya staff tengok kami macam relax je, jadi cepat-cepat dia nak tolong kami amik gambar, sebab kalau Cikyah ambik gambar memang lamaaa sangat hahaha.. Jadi, inilah satu-satunya gambar kami berempat.. 


Paling kelakar masa ni, Cikyah dah sejuk sangat, Emir relaks je, Emir volunteer untuk bukak sweater dia bagi dekat Cikyah. Cikyah pulak boleh je muat baju Emir..


Alang-alang kosong, memang amik gambar dekat sinilah. Papa masa ni dah bising-bising sebab kami relaks je. Ye lah dia takut train terlepas walaupun i cakap train tutup lambat..


Bestkan gambar dekat sini tanpa ada orang. Nampak sangat memang kami antara visitor yang terakhir meninggalkan Disneyland untuk hari tu.. 26 Jan 2017.


Lepas ibu dengan Cikyah posing-posing, kelam kabut kami turun escalator nak naik train sebab papa dan Emir dah ada dalam train.. hampeh betul tak nak tunggu.. ni depa gelak sebab tengok kiterang berlari-lari masuk dalam train..


Emir muka happy untuk hari tu. Alhamdulillah cuaca pun baik.. tak hujan tak sejuk.. 


Cikyah muka happy sebab pengalaman pertama ke Disneyland..


I pun happy.. Ini gambar masa tunggu salah satu ride, bukan gambar dalam train.. 


Wajah kesayangan hamba..



 Dan ini adalah gambar yang paling i suke sepanjang di sini... 


InsyaAllah, kalau ada rezeki nak jugak merasa Disneyland Paris (berangan itu perlu)..


5 comments:

  1. Tisya dh byk kali ajak p Disneyland, Bila la nk smp hehe... Bab nk q tu yg xtahan kn, naik kejap je, apa2 pn enjoy uols

    ReplyDelete
  2. bestnya..hope dapat pegi satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Bestnya... Kami naik ride yg budak2 je, bukan sbb anak2 kecik lg sbnanrya, sbb mak dia penakut sgt haha. Baca entry ni rasa teringin nk jalan2 disneyland lain plk huhu

    ReplyDelete
  4. @mamatisya ... ok next school holiday hehe

    @ayuarjuna ... insyaAllah ayu, one day, i teringin jugak nak ke Gold Coast

    @aimi ... kite geng.. mira pun penakut, nasib bawak adik teman, kalau harap mira n husband, memang emir kena naik sengsorang la sebab kami dua gayat

    ReplyDelete
  5. Babe, just saw ur entry! Seriously nk sgt g disney HK. Soon!!

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez