Makan makan ni terjdi secara tak sengaja. Adik i Cik yah beria suruh i balik kemensah sebab dia ade beli kek untuk birthday I. Macam-macamla dia punya alasan suruh i balik Kemensah. I ok je nak balik tapi memandangkan tengah sibuk tahap gaban (maklumlah filing) i cuma minta tunda weekends, tapi dipaksanya i balik hari khamis. Lepas dah negotiate, akhirnya jumaat la jadinya.
Cik yah ajak semua orang balik. Dah alang-alang semua ada, i pun mulalah pikir nak makan ape. Sebab hari keje, i tau mama memang kelam kabut untuk masak (mama i masih keje lagi), lagi pun penat kan, i memang tak lah kot, kalau i masak confirm pukul 10 malam baru orang boleh makan.. Balik pun dah pukul berapa. Untuk menyenangkan semua orang dan tak nak bagi orang penat, i order delivery Al Rawsha. FYI - Al Rawsha accepts order if the cost is more than RM100.
Adik i Ainaa prepare ayam tandoori the night before. Serious sedap. Dalam adik beradik dia la paling pandai masak..
I ordered nasi maghdut 4 sets. Risau betui takut adik-adik lain tak turn up sebab tau lah maghdut ni kire setalam, kalau depa ni cancel tak balik sapelah nak tolong habiskan..
Ini anak adik i Asmaa. Mak ayah tak dalat datang sebab kebetulan ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadinya depa hantar 2 anak depa sebagai wakil.
Asmaa ni memang orang kate gam ayah i. Dia boleh duduk melekat macam tu dengan lamanya tak complain hanya dekat ayah i. In fact Asmaa ni ok je tido rumah kemensah dengan atok n nenek..
Pukul 10 lebih adik i pun sampai. Ini anak sedara paling bongsu (setakat ni). Kiterang suke usik si kecik ni sebab dia tengah fasa nak mak ayah dia je. Orang lain ambik nangis. Geram tengok Sara dengan pokok kelapa nye
Husband i, dok sibuk pasal chess untuk sekolah anak i. Muka husband i muka familiar dekat sekolah, semua cikgu kenal dia, kawan kawan Emir confirm lah kenal dia.. I ? Ape nak buat, hakikat keje 9-5, tapi Alhamdulillah at least i know Emir is in a good care.
W
Sementara yang di belakang tabir, adik i yang bongsu Ika tengah buat fruit juice..
Susah adik i ni nak ambik gambar, ini pun curi sebab tu muka dia cam tak puas hati hehe
Baru perasan ada gambar side tepi je adik ipar baru saya ni..
Adik laki i yang bongsu tak dapat balik malam tu, dia balik keesokan harinya tapi still sempat merasa nasi arab tu lah.. Gambar tak ambik sebab excitement tu malam tu je.
Inilah kek yang adik i beli. Ok serious serious serious kek ni sedap gilee. Adik i order dari instagram Daybabs.delectable.treats ade juga fb dia. Based in Wangsa maju. Yang adik i order ni katanya best seller. Tapi memang best laa. Selalunya kek cheese semata ni sangat cepat muak kan, tapi ni mcm puas hati sungguh. Nama kek ni Pecan Butterscotch Cake. Sebab dah sedap, lju je oii kiterang makan (nasib sempat simpan untuk adik bujang yang balik esok tu)
Konon konon sambut birthday i la kan..
Dengan adik perempuan i. Ainaa yang baru kawin dengan cik yah (tudung merah). Mak i takde dalam gambar sebab dia malas pakai tudung 😁
Anak teruna saya yang dah super letih. Hari Jumaat dia ade class piano n chess.. (Tapi makan kek balun dua slices jugak)
Paling best malam tu mau borak dengn adik adik sampai tengah malam. Rase macam raya pun iye
menarik nmpk kek tu..wah menu dr ar rawsha...lama tk mkn
ReplyDeletekalau dekat wangsa maju nx time blh terai order dkt diala..nampak kek tu tempting giler...hahahaha
ReplyDeleteBestnya setiap kali dpt berkumpul kan :) bagus la, sbb suami dpt fokus masa dan tenaga 100% utk emir.
ReplyDelete