Saturday, March 26, 2016

Keliling seri iskandar tronoh perak

Tempat jauh lagikan dikenang. I belajar di utp dari tahun 2000 ke 2004. Inside utp itself memang takde apa sangat pun, lagi pun masa tu kampus utp combine dengan kampus usm. Cuma bila tahun akhir barulah bangunan baru siap. Itupun ade antara kawan-kawan kami yang tak sempat nak nikmati kecantikan utp. 

Ok tak nak cerita lebih pasal utp sebab dah pernah cerita sebelum ni. Baru baru ni masa datang ke utp, oklah dekat utp tu memang saya dah sedia maklum tentang development dalam utp. Ini mate saya terbeliak tengok pembangunan ekonomi di sekeliling bandar seri iskandar.

Paling best masa papa nak book hotel, i tengok agoda dan terkejut (i ni terkejut manjang) tengok ada hotel di tronoh ni yang ada swimming pool.

Teringat masa zaman dulu. Saya mula bawa kerete ke utp pada tahun ketiga pengajian. Masa tu kene pandai calculate minyak sebab kalau minyak habis, paling dekat nak top up minyak adalah di Pusing. Lebih kurang 20 minit dari utp. Nak beli barang keperluan harian, adalah satu deretan kedai yang kami selalu pergi di taman maju. Tapi bila ingat balik best juga, sebab nak "hiburan" kami memang rajin meneroka kawasan kampung di situ.

Ini adalah hotel. Nama hotel ini adalah D Hotel Seri Iskandar. Saya ambil dari jarak jauh. Hotel ini attach together dengan Billion. Kira kalau pikir pasal makan memang tak susah langsung sebab keliling hotel ni pun penuh dengan deretan kedai.


Dalam bilik hotel. Ok not bad. Tempat tinggal kami selama 5 hari. Kami sampai hari Jumaat malam, tournament Emir dari Sabtu sehingga Isnin tapi kami extend lagi sehari.

Nasib book awal sebab masa kami sampai ade sign besar besar kata no more available room.


Dari luar bilik hotel. Best jugak duduk sini nak tau sbb ape.. Kene scroll down sampai bawah 


Masa kami tinggal di hotel ni, hotel ni penuh dengan peserta yang masuk chess. Jadi petang tu ramai lah anak anak yang terjun pool termasuk lah anak saya...


Cantik juga deko deko nya..


Buffet breakfast. datang lambat,  makanan habis hehe


Kawasan kecik ni pun ada tesco, ada billion dan kate orang local sekarang ni yang dalam pembinaan adalah econsave. Terfikir juga bandar kecik ni pun hypermarket dah masuk, ya bagus untuk pembeli tapi kesian juga dengan peniaga kecil.


Did i tell you segala mala fast food di sini. Kfc, mcD, pizza hut, dominos


Sebenarnya pembangunan macam ni bagus untuk masyarakat setempat sebab dapat banyak bagi peluang pekerjaan.. 


Husband saya cakap cukup cukup la bangga dengan tronoh ni.. Dia tak belajar sini masa zaman tak de ape lain lerrrrrr perasaannyaaaa


Nak tahu ape yang best dekat hotel ni. Tadikan i cakp sebelah hotel ni billion. Dalam billion ada movie.. So adalah satu hari tu kami tengok Kungfu Panda. Lepas je habis movie, ade turun satu lif, tak sampai dua minit terus dapat masuk bilik hotel... Bestt tak yah nak kalut2. 


3 comments:

  1. Hahaa.. Betul, tiba2 tronoh maju. Sll ke sana visit adik. Dan hotel tu la sll kami bermalam. Selesa. Adik siap ckp setahun dua lepas, suh bukak "subway" kat tronoh sbb semua fastfood lain dh bukak. Dia yakin sgt akan maju, sebab utama kemajuan, subway tu tpt fav dia dan kwn2 haha

    ReplyDelete
  2. i tak pernah sampai sini ;)
    waaa u study thn 2000---i thn 2000 tu thn i graduate my 1st degree hehhehe sbb u same age dgn my adik kan ;)

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez