Balik kepada cerita bulan February baru ni, Papa enrolled Emir untuk masuk tournament chess di Seremban. Disebabkan ibu ni seperti biase malas nak berkejar kejar dari KL ke Seremban di pagi hari, jadi ibu cadang dekat Papa untuk tidor hotel dekat Seremban.
Pertandingan diadakan di Seremban Prima, kalau ikut hati nak cari hotel depan shopping complex tu je, tapi bile gune Google Street view memang takde hotel yang boleh jalan kaki ke situ. Paling dekat ini, Hotel Carlton Star Seremban. Its a budget 3 star hotel i guess.
Dari Carlton Star hotel ke Seremban Prima tu adalah dalam 5 minit naik kereta. Oklah, janji pagi Sabtu tak payah dari KL.
Hotel ok, spacious, staff friendly. Cuma takde astro kesukaan i 😁😁
Sebab tu malam tu tengok cerita Harry Potter. Oh Emir baru-baru ni musim dia habiskan buku Harry Potter. Habis dah dia 8 series tu.
Keesokannya lawan lah Emir. Emir lawan dari pagi tapi ditakdirkan malam Jumaat tu ibu dah start menggigil. Aircon tak kuat pun menggigil. Risau sangat takut jangkit Emir. Kejap ibu bukak aircon kejap ibu tutup aircon, pendek kata malam tu ibu tido tak lena. Malam tu i memang dah demam.
Pagi tu ibu minta tak ikut tengok Emir, ibu nak relax tido situ sebelum check out time. Masa tu memang tak bermaya lah. Lembik je rase.
Ramai juga yang datang bertanding di sini. Bawah ni masa Emir tengah lawan kawan dari sekolah yang sama. Budak ini muda setahun dari Emir tapi terror.
Lepas checkout nak tak nak papa ambik ibu di hotel dan pergila Seremban Prima ni. Ibu duduk di coffee house ni dari mula ibu datang sampailah habis pertandingan. Aiyooo memang duduk diam, berkelubung.. Sebab lemah sangat. Borak dengan mak- mak yang lain pun tak banyak. Buat hal sendiri je. Paling tak boleh lupe, dengan lembik tu masa nak tunaikan solat, jauh pulak surau dari tempat coffee house yang ibu duduk, masa tu nak nangis nangis dah. Mase tu memang doa lah haraplah sebab ikhlas nak tunaikan solat untuk yang Esa akan dapat ganjarannya.
Kali ni ibu rase permintaan ibu Allah tunaikan masa tu jugak. Rupanya pertama kali Emir dapat title Juara. To be honest Ibu cuma tengok Emir main game masa last game tu je. Berdebar betul ibu tengok anak ibu main.
As a note for you son, when you played on your final round, towards the end, the crowd was around you because whoever win the game, that person would be the champion.
You managed to promote your pawn, on the board you still have your queen one pawn and a king while your opponent if im not mistaken was having a rook, a bishop, a pawn and a king. Generally speaking, once you are able to promote your pawn, usually a normal player like me would definitely replace it with another queen, but you took a rook. I overheard two person were talking about your move "ish kenapa dia ambik rook" n same goes to me....
And wahh... Rupenya anak ibu ni ade strategy. And alhamdulillah, to that, you won.
Papa said, it is not easy to change a mindset of a chess player that queen is the saviour of fhe game but rook is actually one of the powerful piece in chess.. Ibu yang tak berapa terror ni was like "oooooooo"
Gambar beramai-ramai bersama seluruh pemenang.
Kemudian Emir minta untuk makan pizza untuk raikan kejayaan dia. What i remembered was to participate in pizzahut's contest tapi ambik gambar setakat ambik je..
The best part lepas tu tak hantar pun sebab rasa gambar biase biase sure nak menang susah (ok ok paham belum cuba belum tau) Lagi satu mase tu dah nak dekat due date, balik je dari KL , ahad i memang bed rest satu hari demam teruk gile, bile jumpe doktor, doktor terus suruh MC hari isnin sebab mata merah and badan panas. Hari Selasa sebab badan i tak kebah, datang balik jumpa doktor untuk blood test. Alhamdulillah bebas denggi.
Memang dasyat betul virus demam sekarang ni. Lepas i demam, rabu tu i pergi keje dengan lembik tapi dah gagah sikit lah, papa pulak demam yang tak boleh bangun. Papa demam dua hari jugak Rabu dan Khamis. Minggu tu pulak minggu Emir exam , nasiblah ujian Formatif je. Jujur i cakap kami berdua tak pay attention sangat pun untuk teman Emir study sebab takut dia jangkit. Emir habis exam hari Jumaat, ditakdirkan lepas seminggu virus demam menari-nari dekat rumah, baru Emir berjangkit tapi Alhamdulillah Emir tak berapa teruk dari kami berdua.
Tak masuk contest jadi post gambar sini je lah. Muka tu nampak mcm tak demam kan hehe
tahniah emir....nmpk muka tk sihat tu..tgh musim demam skarang kn...
ReplyDeletebig congrats buat emir!!!
ReplyDeletegws mira..
Tahniah emir... Clap clap clap...
ReplyDelete