Saturday, March 26, 2016

Keliling seri iskandar tronoh perak

Tempat jauh lagikan dikenang. I belajar di utp dari tahun 2000 ke 2004. Inside utp itself memang takde apa sangat pun, lagi pun masa tu kampus utp combine dengan kampus usm. Cuma bila tahun akhir barulah bangunan baru siap. Itupun ade antara kawan-kawan kami yang tak sempat nak nikmati kecantikan utp. 

Ok tak nak cerita lebih pasal utp sebab dah pernah cerita sebelum ni. Baru baru ni masa datang ke utp, oklah dekat utp tu memang saya dah sedia maklum tentang development dalam utp. Ini mate saya terbeliak tengok pembangunan ekonomi di sekeliling bandar seri iskandar.

Paling best masa papa nak book hotel, i tengok agoda dan terkejut (i ni terkejut manjang) tengok ada hotel di tronoh ni yang ada swimming pool.

Teringat masa zaman dulu. Saya mula bawa kerete ke utp pada tahun ketiga pengajian. Masa tu kene pandai calculate minyak sebab kalau minyak habis, paling dekat nak top up minyak adalah di Pusing. Lebih kurang 20 minit dari utp. Nak beli barang keperluan harian, adalah satu deretan kedai yang kami selalu pergi di taman maju. Tapi bila ingat balik best juga, sebab nak "hiburan" kami memang rajin meneroka kawasan kampung di situ.

Ini adalah hotel. Nama hotel ini adalah D Hotel Seri Iskandar. Saya ambil dari jarak jauh. Hotel ini attach together dengan Billion. Kira kalau pikir pasal makan memang tak susah langsung sebab keliling hotel ni pun penuh dengan deretan kedai.


Dalam bilik hotel. Ok not bad. Tempat tinggal kami selama 5 hari. Kami sampai hari Jumaat malam, tournament Emir dari Sabtu sehingga Isnin tapi kami extend lagi sehari.

Nasib book awal sebab masa kami sampai ade sign besar besar kata no more available room.


Dari luar bilik hotel. Best jugak duduk sini nak tau sbb ape.. Kene scroll down sampai bawah 


Masa kami tinggal di hotel ni, hotel ni penuh dengan peserta yang masuk chess. Jadi petang tu ramai lah anak anak yang terjun pool termasuk lah anak saya...


Cantik juga deko deko nya..


Buffet breakfast. datang lambat,  makanan habis hehe


Kawasan kecik ni pun ada tesco, ada billion dan kate orang local sekarang ni yang dalam pembinaan adalah econsave. Terfikir juga bandar kecik ni pun hypermarket dah masuk, ya bagus untuk pembeli tapi kesian juga dengan peniaga kecil.


Did i tell you segala mala fast food di sini. Kfc, mcD, pizza hut, dominos


Sebenarnya pembangunan macam ni bagus untuk masyarakat setempat sebab dapat banyak bagi peluang pekerjaan.. 


Husband saya cakap cukup cukup la bangga dengan tronoh ni.. Dia tak belajar sini masa zaman tak de ape lain lerrrrrr perasaannyaaaa


Nak tahu ape yang best dekat hotel ni. Tadikan i cakp sebelah hotel ni billion. Dalam billion ada movie.. So adalah satu hari tu kami tengok Kungfu Panda. Lepas je habis movie, ade turun satu lif, tak sampai dua minit terus dapat masuk bilik hotel... Bestt tak yah nak kalut2. 


Thursday, March 24, 2016

Emir pertama kali jadi Juara

Balik kepada cerita bulan February baru ni, Papa enrolled Emir untuk masuk tournament chess di Seremban. Disebabkan ibu ni seperti biase malas nak berkejar kejar dari KL ke Seremban di pagi hari, jadi ibu cadang dekat Papa untuk tidor hotel dekat Seremban.

Pertandingan diadakan di Seremban Prima, kalau ikut hati nak cari hotel depan shopping complex tu je, tapi bile gune Google Street view memang takde hotel yang boleh jalan kaki ke situ. Paling dekat ini, Hotel Carlton Star Seremban. Its a budget 3 star hotel i guess. 


Dari Carlton Star hotel ke Seremban Prima tu adalah dalam 5 minit naik kereta. Oklah, janji pagi Sabtu tak payah dari KL.

Hotel ok, spacious, staff friendly. Cuma takde astro kesukaan i 😁😁


Sebab tu malam tu tengok cerita Harry Potter. Oh Emir baru-baru ni musim dia habiskan buku Harry Potter. Habis dah dia 8 series tu. 


Keesokannya lawan lah Emir. Emir lawan dari pagi tapi ditakdirkan malam Jumaat tu ibu dah start menggigil. Aircon tak kuat pun menggigil. Risau sangat takut jangkit Emir. Kejap ibu bukak aircon kejap  ibu tutup aircon, pendek kata malam tu ibu tido tak lena. Malam tu i memang dah demam.

Pagi tu ibu minta tak ikut tengok Emir, ibu nak relax tido situ sebelum check out time. Masa tu memang tak bermaya lah. Lembik je rase.

Ramai juga yang datang bertanding di sini. Bawah ni masa Emir tengah lawan kawan dari sekolah yang sama. Budak ini muda setahun dari Emir tapi terror.


Lepas checkout nak tak nak papa ambik ibu di hotel dan pergila Seremban Prima ni. Ibu duduk di coffee house ni dari mula ibu datang sampailah habis pertandingan. Aiyooo memang duduk diam, berkelubung.. Sebab lemah sangat. Borak dengan mak- mak yang lain pun tak banyak. Buat hal sendiri je. Paling tak boleh lupe, dengan lembik tu masa nak tunaikan solat, jauh pulak surau dari tempat coffee house yang ibu duduk, masa tu nak nangis nangis dah. Mase tu memang doa lah haraplah sebab ikhlas nak tunaikan solat untuk yang Esa akan dapat ganjarannya.


Kali ni ibu rase permintaan ibu Allah tunaikan masa tu jugak. Rupanya pertama kali Emir dapat title Juara. To be honest Ibu cuma tengok Emir main game masa last game tu je. Berdebar betul ibu tengok anak ibu main. 

As a note for you son, when you played on your final round, towards the end, the crowd was around you because whoever win the game, that person would be the champion. 

You managed to promote your pawn, on the board you still have your queen one pawn and a king while your opponent if im not mistaken was having a rook, a bishop, a pawn and a king. Generally speaking, once you are able to promote your pawn, usually a normal player like me would definitely replace it with another queen, but you took a rook. I overheard two person were talking about your move "ish kenapa dia ambik rook" n same goes to me....

And wahh... Rupenya anak ibu ni ade strategy. And alhamdulillah, to that, you won.

Papa said, it is not easy to change a mindset of a chess player that queen is the saviour of fhe game but rook is actually one of the powerful piece in chess.. Ibu yang tak berapa terror ni was like "oooooooo"


Gambar beramai-ramai bersama seluruh pemenang.


Alhamdulillah dapat lah Emir sijil dan wang tunai RM90. 


Kemudian Emir minta untuk makan pizza untuk raikan kejayaan dia. What i remembered was to participate in pizzahut's contest tapi ambik gambar setakat ambik je..

The best part lepas tu tak hantar pun sebab rasa gambar biase biase sure nak menang susah (ok ok paham belum cuba belum tau) Lagi satu mase tu dah nak dekat due date, balik je dari KL , ahad i memang bed rest satu hari demam teruk gile, bile jumpe doktor, doktor terus suruh MC hari isnin sebab mata merah and badan panas. Hari Selasa sebab badan i tak kebah, datang balik jumpa doktor untuk blood test. Alhamdulillah bebas denggi.

Memang dasyat betul virus demam sekarang ni. Lepas i demam, rabu tu i pergi keje dengan lembik tapi dah gagah sikit lah, papa pulak demam yang tak boleh bangun. Papa demam dua hari jugak Rabu dan Khamis. Minggu tu pulak minggu Emir exam , nasiblah ujian Formatif je. Jujur i cakap kami berdua tak pay attention sangat pun untuk teman Emir study sebab takut dia jangkit. Emir habis exam hari Jumaat, ditakdirkan lepas seminggu virus demam menari-nari dekat rumah, baru Emir berjangkit tapi Alhamdulillah Emir tak berapa teruk dari kami berdua.


Tak masuk contest jadi post gambar sini je lah. Muka tu nampak mcm tak demam kan hehe



Tuesday, March 22, 2016

Makan sakan

Makan makan ni terjdi secara tak sengaja. Adik i Cik yah beria suruh i balik kemensah sebab dia ade beli kek untuk birthday I. Macam-macamla dia punya alasan suruh i balik Kemensah. I ok je nak balik tapi memandangkan tengah sibuk tahap gaban (maklumlah filing) i cuma minta tunda weekends, tapi dipaksanya i balik hari khamis. Lepas dah negotiate, akhirnya jumaat la jadinya. 

Cik yah ajak semua orang balik. Dah alang-alang semua ada, i pun mulalah pikir nak makan ape. Sebab hari keje, i tau mama memang kelam kabut untuk masak (mama i masih keje lagi), lagi pun penat kan, i memang tak lah kot, kalau i masak confirm pukul 10 malam baru orang boleh makan.. Balik pun dah pukul berapa. Untuk menyenangkan semua orang dan tak nak bagi orang penat, i order delivery Al Rawsha. FYI - Al Rawsha accepts order if  the cost is more than RM100.


Adik i Ainaa prepare ayam tandoori the night before. Serious sedap. Dalam adik beradik dia la paling pandai masak.. 

I ordered nasi maghdut 4 sets. Risau betui takut adik-adik lain tak turn up sebab tau lah maghdut ni kire setalam, kalau depa ni cancel tak balik sapelah nak tolong habiskan..


Ini anak adik i Asmaa. Mak ayah tak dalat datang sebab kebetulan ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadinya depa hantar 2 anak depa sebagai wakil.

Asmaa ni memang orang kate gam ayah i. Dia boleh duduk melekat macam tu dengan lamanya tak complain hanya dekat ayah i. In fact Asmaa ni ok je tido rumah kemensah dengan atok n nenek..


Pukul 10 lebih adik i pun sampai. Ini anak sedara paling bongsu (setakat ni). Kiterang suke usik si kecik ni sebab dia tengah fasa nak mak ayah dia je. Orang lain ambik nangis. Geram tengok Sara dengan pokok kelapa nye


Husband i, dok sibuk pasal chess untuk sekolah anak i. Muka husband i muka familiar dekat sekolah, semua cikgu kenal dia, kawan kawan Emir confirm lah kenal dia.. I ? Ape nak buat, hakikat keje 9-5, tapi Alhamdulillah at least i know Emir is in a good care.
W

Sementara yang di belakang tabir, adik i yang bongsu Ika tengah buat fruit juice..
Susah adik i ni nak ambik gambar, ini pun curi sebab tu muka dia cam tak puas hati hehe


Baru perasan ada gambar side tepi je adik ipar baru saya ni..



Adik laki i yang bongsu tak dapat balik malam tu, dia balik keesokan harinya tapi still sempat merasa nasi arab tu lah.. Gambar tak ambik sebab excitement tu malam tu je.

Inilah kek yang adik i beli. Ok serious serious serious kek ni sedap gilee. Adik i order dari instagram Daybabs.delectable.treats ade juga fb dia. Based in Wangsa maju. Yang adik i order ni katanya best seller. Tapi memang best laa. Selalunya kek cheese semata ni sangat cepat muak kan, tapi ni mcm puas hati sungguh. Nama kek ni Pecan Butterscotch Cake. Sebab dah sedap, lju je oii kiterang makan (nasib sempat simpan untuk adik bujang yang balik esok tu)


Konon konon sambut birthday i la kan..


Dengan adik perempuan i. Ainaa yang baru kawin dengan cik yah (tudung merah). Mak i takde dalam gambar sebab dia malas pakai tudung 😁



Bapak Sara, konon konon nak rase kalah dapat twin macam mana rasenya.


Abang Asmaa


Anak teruna saya yang dah super letih. Hari Jumaat dia ade class piano n chess.. (Tapi makan kek balun dua slices jugak)


Paling best malam tu mau borak dengn adik adik sampai tengah malam. Rase macam raya pun iye



Monday, March 14, 2016

14 March 2016 - Birthday saya dan chess

Alhamdulillah 

Diberi kesempatan olehNya untuk menginjak ke angka 34. Betullah kata orang, bile kite makin dewasa, bila umur kita makin banyak, tiada yang mahu kita harapkan melainkan dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah limpah kurniaNya. 

Tahun ini sebenarnya i hampir terlupa hari jadi sendiri. Tapi bile berjaga tengah malam, banyak pula message masuk.. dan baru perasan! 

ish ish ish.. 

Sebenarnya sekarang ni saya berada di Perak sebab Emir masuk  Chess Competition 2016 di UTP, Perak. Ini adalah penyertaan Emir untuk kali kedua dan i sangat teruja sebab buat dekat universiti sendiri kan.. 

Masa sampai saje UTP, memang terkejut tengok pemandangan UTP yang memang 360 darjah lain pada zaman saya. Zaman saya dulu nak isi minyak paling dekat pun 30 minit dari Universiti, tok sah cakap lah fast food restaurant semua.. Dulu cuma ada satu baris kedai Taman Maju.. 

sekarang .. sebut saje.. McD, KFC, Pizza Hut, Dominos, shopping mall pun ada, Tesco pun ada... 

Masa saya tengah final year, bangunan baru cun melecun tu baru siap, jadi memang tak hairan lah ramai di kalangan kawan-kawan i sendiri yang tak sempat pergi ke library atau kawasan Chancellor's  complex.. 

Kalau jadi warga UTP, memang agak bangga dengan senibina dalam UTP ni.. sebab tu bila Emir ada competition di sini i teruja.. 



Gambar ni ambik dalam library dan Emir lah yang tukang tolong ambikkan gambar melayan mak nye .. Dia tak boleh nak cakap banyak lah sebab hari ni 14 March birthday mak sendiri.. dia kene kasik can layan birthday girl..

I tanya Emir, what will you gonna get me for my birthday, and he answered - a medal!

FYI - National Age Group chess competition is held once a year to select Malaysia representative for international tournament. so most of the chess players will look forward for this competition. oklah not only for a chance to represent Malaysia but also to measure themselves against all players around Malaysia. 


This year was Emir's 2nd participation. Tahun lepas Emir masuk mase dia baru saje 3-4 bulan berjinak dalam chess. Tahun ni lepas dah di-drill dengan bapak sendiri dah tentulah mengharapkan performance lagi baik kan dari last year.

Pertandingan berlangsung selama 3 hari dari hari Sabtu sehingga hari Isnin. Setiap hari ada 3 game di mana setiap satu game setiap peserta di beri 45 minit (kira kalau dalam satu game tu lebih kurang 90 minit lah)..  nak tak nak memang mak pak kene bergabung.

Ini masa perlawanan pertama, i sendiri tak ingat Emir lawan dengan sape, kene check balik rekodnya..


Kagum dengan semangat mak ayah yang datang untuk beri moral support kepada anak-anak. I personally think that nowadays we are more family oriented.. which is a good thing.. ini saya ada upload rupa mak ayah yang menunggu, sebenarnya pelbagai ragam lagi.. ada yang bawa teropong, ada yang bawa siap tilam bagai.. ye lah pertandingan dari pagi hingga ke petang.. ada yang datang dari jauh, takkan nak patah2 balik kan..


Untuk rekod keluarga, pencapaian Emir ibu sendiri kagum. Alhamdulillah. Syukur pada yang Esa. Hari pertama ada 3 game, Emir menang ketiga-tiga game dengan melakukan satu upset kepada ranking pertama dalam pertandingan pada kali ini.. Terkejut ibu.. 

Pada hari pertama Emir di tangga teratas.. 

Kalau ikutkan Emir bukan lah favorite untuk pertandingan, ye lah -- kire muka baru.. sebab itu jugalah lawan-lawan Emir semuanya kuat-kuat belaka.. Dalam chess, kalau markah kite kat bawah selalunya kite kene mengadap orang-orang yang terror mengikut sistem markah (ok too technical to explain), tapi macam tu lah.. Cuma kali ini, kalau ikut pairing (lawan Emir), memang superb superb terror belaka..

Contoh macam di bawah ni, Emir lawan this boy pada hari kedua. This boy was a champion last year. Tapi dalam berpuluh-puluh peserta yang ada, Emir dipilih untuk melawan this smart boy. anyway, its a good exposure for Emir, he learnt a lot from the game. Emir gave a good fight till the end, tapi Emir kalah. His first lost in this tournament. Anyway, this boy once again became a champion in this tournament.

Hari kedua untuk rekod, ada 3 game, Emir kalah satu dengan budak bawah ni, seri satu dan menang satu.. Untuk itu pada hari kedua Emir jatuh ke tempat yang ketujuh.


Pagi tadi, perlawanan pertama, Emir kene lawan this boy berbaju merah ni.. Sorry tak nak tulis nama mereka-mereka :D..  This boy im telling you is one smart boy. Really smart.. umur 9 tahun tapi dia adalah the youngest candidate untuk dapatkan title master dalam chess. (kire pangkat tertinggi lah).. dan budak ni dia bukan sahaja terror dalam chess, malah sukan-sukan yang lain juga, kire all rounded.. Emir kalah dengan budak ini ..


Ibu tak perasan pula ibu tak ambik gambar yang lain especially masa Emir lawan dengan seorang budak yang mengambil masa selama 75 minit.. last-last game tu draw.. :D

Dan bawah ini adalah beberapa gambar Emir dan lawan-lawannya sepanjang pertandingan..



Dan hari ketiga iaitu hari ni, ada 2 game, Emir kalah sekali dan menang sekali.. sangat lah tie break untuk dapatkan tempat sebagai seorang pemenang hadiah, kerana cuma 10 hadiah yang disediakan.. dan Emir dengan 5.5 adalah betul2 border line sama ada untuk dapat hadiah atau tidak.. Berdebar juga sebab katelah Emir dapat no 11, surelah mak bapaknya frust juga kan, sebab sangat sipi untuk menang.. kalau dah jauh nombornya tak pe lah..

Tunggu punya tunggu,  result pun keluar.. Result pula terus keluar online di laman web chess yang satu dunia boleh access. Alhamdulillah Emir dapat no 9 sebab tie break Emir tinggi.. (the more u lawan dengan orang kuat, the higher your tie break is).. Rezeki.. terus senyum lebar bapak Emir ..




Group photo dengan top 10 untuk umur 9 dan 10 tahun.. FYI - ada beberapa kategori untuk national age, U6G, U6B (bawah 6 tahun lelaki dan perempuan), U8B, U8G (7 dan 8 tahun laki dan perempuan), U10B, U10G (9 dan 10 tahun laki dan perempuan) U12B, U12G, U14B, U14G, U18B, U18G..

i tell you budak-budak ni main chess is to me beyond their age.. so many techniques they have learnt. rupenya i baru tahu, technique dalam chess ni banyak gile.. its not about attacking the queen and getting the king.. its all about strategy and planning..

Untuk Emir, ibu tahu Emir suka chess.. In fact Emir pun ada cita-cita juga nak jadi coach chess satu hari nanti. Ibu doakan Emir berjaya dalam bidang yang Emir ceburi dan sentiasa jangan lupa solat..



Dan seperti yang dijanjikan oleh Emir, Emir berjaya beri hadiah medal untuk ibu di harijadi ibu. Terima kasih Emir..

Saturday, March 12, 2016

Kemenangan paling besar dalam tahun 2015

bila dah lama tak menang, sekali menang fuiyooo perasaan tu lain macam sikit. tetiba terasa teruja nak masuk segala contest. tapi sehari je lah, lepas pada satu hari malas sebenarnya.

ini contest yang saya masuk masa raya, dah lamaa betul, sebenarnya dah tak ingat pun.. cuma hantar satu penyertaan dan penyertaan adalah based on lucky draw.. 

tarikh tutup peraduan dalam bulan July 2015.. 

sekali dapat telefon dalam awal December katanya saya menang hadiah kedua. first memang tak ingat lah contest ape, tapi bila PIC call anggukkan aje :p

Belek punya belek rupanya contest yang ini ..


Sebenarnya banyak nak dijadikan cerita.. Cerita pertama..

(1) PIC call kata saya menang, katanya surat kemenangan akan dihantar ke alamat rumah
(2) bila surat sampai, saya buat relax je dulu sebab katanya boleh redeem sampai 18 jan 2016
(3) surat atas meja, masa tu saya buka isi surat letak sebelah sampul surat
(4) hari sabtu, memang ada akak cleaner datang rumah, sebab takut kakak ni letak rate-rate.. i pun simpan lah
(5) problem terjadi lepas ni, i tak ingat langsung mana i letak surat tu, cari punya cari tak jumpe
(6) PIC call tanya bila nak ambik, saya kata OK Sabtu 16 Jan 2016
(7) dalam perjalanan saya call kate saya datang tak de surat, mati-mati PIC ni tak bagi katanya kene bawak surat jugak. Walaupun i dah sampai ke office mereka, dia still kate tak boleh 
(8) first time pengalaman PIC macam gini, tapi redha je lah
(9) balik rumah dua hari tu macam nak gile cari, sampai lah hari 18 jan tu..
(10) pagi 18 jan tu saya dah pasrah, mungkin RM2,000 bukan rezeki saye.. nak nangis pun ada, ye lah dah lah jarang menang kan. Saya call lagi PIC, tapi dia still insist tak boleh. Geram juga, macam lah tak de a copy of the letter kan.. tak habis habis dengan ayat "ini prosedur"
(11) malas nak bising-bising, i gigih cari Marketing Manager of Kimberly-Clark ni. Email dah draft dah..
(12) Dalam sibuk mencari, sekali husband kata "tadaaaa"
(13) rupenya saye letak dalam beg dia :p
(14) terus zassss pergi office ni di Kelana Jaya
(15) Memang Allah kata kalau itu rezeki kita rezeki kita lah


(1) Happy dapat voucher Parkson RM2,000
(2) Dalam hati terbayang nak beli alat - alat elektrik
(3) Mulalah usha-usha dekat Parkson KLCC nak beli air fryer
(4) sekali terkejut, KLCC Parkson takde bahagian Home Appliances langsung
(5) Dah gelabah dah, takkan lah RM2,000 nak beli baju je.. tak menariknya 
(6) Lepas tu try pergi Parkson Nu Sentral
(7) Alhamdulillah ada Home Appliances section
(8) Rupanya kata promoter, kalau Parkson Home Appliances cuma ada di Maju Junction Mall dan Nu Sentral saja


(1) Yeay, hati gembira dapat beli Air Fryer Tefal RM1,299 Tapi ada discount jadi RM1,099 tak silap 
(2) Lepas tu memang dekat rumah memerlukan bread toaster sebab emir suka roti toast
(3) Mula-mula nak juga toaster Kenwood color-color tu, tapi.... i cukup tak berkenan Toaster yang tak de penutup.. untuk i Toaster kene ada penutup untuk tutup roti, i tak suka dia terbukak gitu
(4) Cari-cari cuma brand Tefal je ada penutup.. Walaupun color dia cuma hitam dan silver, i ambik jer sebab sangat prektikal. Harga Toaster Tefal ni pun dalam RM135 kalau tak silap
(5) Masa saya beli tu hari terakhir untuk bulan tu ada Parkson Card, kalau beli certain amount, boleh dapat voucher.. dah la beli guna voucher, dapat voucher lagi.. yang saya ingat sebab beli dua barang di atas tu i dapat additional RM70 voucher :D


(1) The next time (bukan hari yang sama) jalan di Parkson Nu Sentral lagi. Husband kata kalau boleh habiskan voucher cepat-cepat lagi bagus. Sebab banyak kali kisahnya saya dok simpan voucher tu last-last tak digunakan (sama ada expired atapun hilang dalam simpanan)
(2) saya bagi tahu Emir, ibu bagi RM200 ambiklah beli apa-apa pun
(3) Emir belek-beleklah bahagian toys, bahagian stationery, satu pun dia tak berkenan di hati
(4) Emir cakap dia nak juicer
(5) Belek-belek juicer, harga semua RM1,000 (im not going to buy RM1,000) just for a juicer.. nak cari yang murah pulak macam kene perah2 tu 
(6) ada juga RM500++ saya still rasa mahal, yelah voucher di tangan tinggal berapa ratus jer 
(7) Last-last kami jumpa juicer dari Tefal. (Kebetulan semua barang Tefal).. Emir yang jumpa
(8) Harga pun berpatutan.. Dalam Rm290, discount jadi RM226
(9) Beli ni dapat lah RM10 voucher lagi


(1) Memang bagus gile fruit juicer ni.
(2) sejak ada juicer, selalu sangat Emir menapak buat jus hari-hari
(3) Sekarang kalau pergi Juicework ke ape rasa mahal sebab dekat rumah Emir selalu buat.. 
(4) Pembelian voucher paling berbaloi memang lah fruit juicer ni 



(1) Masalah sekarang adalah dapur kecik gajet banyak :D
(2) Macam-macam juice dah Emir experiment.. semua sedap..


Alhamdulillah di atas pemberian ini. selebih duit beli gajet di atas saya beli baju untuk sekeluarga..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez