Wednesday, February 04, 2015

Obsesi Lego

Tak tahu bila obsesi Emir pada Lego ni bermula.. I rasa lebih kepada hobi bapak pass dekat anak, ataupun bapak teringin tapi gune anak sebagai alasan :) Apa pun, hero-hero saya sekarang ni asyik target Legoooo je.. Macam Emir, dia sekarang sangat obses tengok Star Wars jadi Legonya pun haruslah Star Wars


Selagi namanya ada Lego Shop sekitar KL ni i rasa i dah jejak tanah dah kot. Kalau tak Lego shop, kedai Toys R Us or Hamleys pun dah berapa kali jejak daa..


Emir pula di mana sahaja mesti bawa Lego set. Kalau tunggu makanan ke, apa ke, dia akan habiskan masa main lego dulu.. which i think bagus lah jugak.. kalau tak asyik nak mengadap phone aja kan.


Aksi bersama dengan lego.. 


Dekat sekolah Emir sekarang ada Lego class. tengah pikir nak masukkan Emir ke tak sebab tahun ni macam dah banyak sangat dia join kelas-kelas.. 



Kami tidaklah beli sentiasa.. Mahal kot.. sekecik Lego tu pun dah RM45, mak bapak Emir bukannya cop duit.. so singgah 10 kali tu setakat tengok je.. Emir pun ok je.. Tapi itulah bile combination of bapak and anak, mak dia memang tak tau nak buat ape sebab tak minat lego



Obses tak obses.. Tengoklah mereka mereka ini punya territory.. I rasa ini tak bersusun.. hari-hari depa dua ni dok belek-belek.. tak tau la apa yang derang belek :D setiap kali susunan tu bertukar.. 

Apa pun, yang penting, ibu kene fikir manalah nak letak Lego-Lego ni.



4 comments:

  1. Wahh. Bagus Emir. Adam pun passionate dgn lego set ni sbb Liza advisor for robotic. Mmg kalau ada training on weekend, dia pasti nak ikit sbb nak.men lego set yg dh berkecai berai sana sini. Huhu.. sambil2 tunggu kot3 abang2 sudi ajak men set robot dorang. Haha

    ReplyDelete
  2. Adam marilah datang rumah abang emir. Dia mesti suke kalau orang suke tengok collection dia

    ReplyDelete
  3. Irham dan adam pernah sgt obses lego jgk. Skrang ni dh ok sket, minat hotwheels plk. Tp masa obses lego tu mmg byk set dibeli. Masa tu papa dia kat canada, so murah la. Yg rm300++ kat sini cuma separuh harga papa beli kt sana. Yg xbest, pas siap diorg buat, dia xsimpan cm emir ni. Diorg bkk blk n masuk dlm box campur2 suma set then buat lego ikut idea masing2 plk pastu. N mudah la hilang ckit2 bila dh pecah2kan. Huhu

    ReplyDelete
  4. Dania suka lego friends :) ada byk koleksi lego friends nama stephanie, olivia, emma etc....haaa ummi dia dah hafal lego friends dania....hehehe

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez