Cadangan pertama adalah untuk duduk di Legoland hanya sampai pukul 1pm..
Bila dah sampai 1pm, Emir pun baru separuh jalan main segala rides...
Jadinya dari pukul 1pm kami decide nak keluar Legoland pukul 3 pm..
Last - last, keluar Legoland pukul 7pm :D sampai KL pukul 1am, imagine lah macam mana penatnye kami keesokan harinya dan aktiviti berjalan seperti biasa.
Ini adalah kali kedua ke sini. Semasa kali pertama saya ada coretkan Tips untuk ke Legoland..
tips ke Legoland - http://www.emmira.com/2012/11/tips-ke-legoland-malaysia-tips-to.html
dan inilah cerita Legoland Park kami yang kedua
***************************************************************
Kami terjumpe mascot ni masa mula-mula sampai..
i dalam hati, kalau lah ada anak kecik, birthday party nye sure i akan buat Lego theme party sebab sangat colorful. Tapi sebab Emir dah besar, theme party Lego ni dia rasa macam untuk budak kecik je..
Mind you this is the only family photo the three of us..
Jom explore apa yang ada dalam Legoland ni..
1. Aquazone Wave Racer.
Note: kalau main ni confirm baju ada basah sebab di keliling ride ada button yang budak-budak akan rajin tekan dan button tu adalah water bomb.. orang tekan pun basah orang yang main Aquazone pun akan basah..
2. Observation Tower
Walaupun tower ni bergerak kura kura pun boleh menang, tapi ada height limit, kiranya kalau ada baby pun tak boleh naik..Ini adalah observation tower yang kita dapat tengok keliling Legoland dan menikmati pemandangan sekitar Legoland. Jangan risau, duduk lah keliling mana pun kita akan dapat tengok kesemuanya sebab Observation Tower ni akan berpusing secara perlahan
3. Royal Joust
Not sure of the name.. inilah ride yang Emir tunjuk muka boring, sangat sesuai untuk anak-anak alam tadika.. Emir cukup tua untuk ini.. Cuma naik kuda dan kuda akan keliling kawasan yang kecil. Emir naik ni sebab nak complete kan stamp di Legoland. Kalau ada anak yang takut-takut, sure menangis sebab anak akan sorang-sorang saja. Sebabnya ada budak depan Emir dalam umur 4 tahun menangis sekuat hati..
Kind of fun.. :)
4. Duplo Express
Sesuai untuk baby-baby tersayang. Kalau ada anak umur 6 tahun ke bawah, parents kene teman.. Emir dah terlebih umur, jadi naik sorang la yer.. -- tak de orang pun masa ni..
5. Merlin's Challenge
Kami berdua aja lagi.. Masa ni Papa takde jumpe kawan dia.. so i main lah dengan Emir... Kira high speed carousel lah,
6. Driving's School
Sebenarnya ini adalah ride pertama yang kami terjah dan untuk hari itu, ini lah yang paling lama kami tunggu. Kira dalam 3 kali round baru lah turn Emir.. adalan dalam 35 minit.. Dekat sini setiap budak diberikan code dan lepas habis Driving School ni anak-anak boleh dapatkan lesen --- tapi kene bayar.. RM20 kalau tak silap.. but we are not interested haha..
7. Boating School
8. Legoland Express
A must!! bila naik ni boleh tengok and target nak naik apa di Legoland.. Sebab express ni akan lalu keliling Legoland.. :)
9. Lego City Stage
Masa kami datang, staff Legoland kata tak de performance untuk hari tu, instead dia bagi kanak-kanak suruh buat Lego Sheep dan Orange yang akan digunakan sebagai props untuk Chinese New Year preparation.. Emir suke lah di sini, i pun suke sebab dalam theater ni sejuk haha.. masa tu panas kot..
10. Rescue Academy
Family berebut-rebut untuk padamkan api. Gambar tak banyak sebab bapaknya pun bersungguh-sungguh nak jadi fireman ..Papa nya lagi lah keje kuat kan.. tapi kalah jugak haha.. dapat lah no 3 kot dari 4 kete :p
11. Legoland City Airport
Papa suruh Ibu untuk teman Emir.. i ok lah sebab tak tinggi pun.. kalau ni pun i takut memang melampau la kan..
12. Lost Kingdom
Tempat inilah yang palingggggg Emir suka sekali..
Bapaknya pun boleh tahan jugak..
Kami ulang 5 kali kot :p
Mula-mula Emir dapat main satu pistol je..
So dia mintak nak main pakai dua pistol pulak.
Lepas tu bapak dia pulak dah naik sheh..
Tengoklah markah bapaknya berapa.. i 4000 je
Lepas tu bapaknya dapat 64000.. highest score dekat Legoland 96000... ikutkan hati bapaknya tu nak main lagi, i cakap udah-udah la tu.. balik ke pangkal jalan sikit
Emir pun boleh tahan 12000
13. Beetle Bounce
Emir ada post video dalam instagram dia naik ini.. Suke dia.. ada jugak kot dia naik 3 kali.. :)
Ye ye, masa kami datang tak de orang.. so main suke hati lah kan..
Ok... akan disambung lagi.. cukup lah 12 aktiviti ni kan..
harap ada rezki zakwan n nayli plak dtg sini huhu
ReplyDeletebestnya dah sampai legoland!!
ReplyDeletememang besh..my boys naik rides -- hampir semua pic yg u post kat sini hehhe so worth it gak pegi legoland last year..
ReplyDeletenext round nak gi lagi tp bila dpt free stay kat legoland hotel hahahah berangan terlebih i ni :)