Tuesday, February 03, 2015

Kidzania Mutiara Damansara || The fourth visit..

Alhamdulillah rezeki Emir. Tahun ini di awal tahun Emir berkesempatan untuk ke Kidzania sekali lagi, tapi pada kali ini bersama trip sekolah. Padahal minggu yang sama hari Isnin (hari pertama sekolah saya dah bawa Emir ke sini).

Sebenarnya trip ini adalah free trip sebab kelas Emir masa darjah dua berjaya memenangi kutipan tiket yang terbanyak sempena Hari Kantin. Disebabkan hari Kantin diadakan masa hampir sekolah nak cuti, dan dari plan pertama dan seterusnya terpaksa dipostpone atas sebab-sebab tertentu, jadinya dari tahun 2014 untuk excursion dibawa sehingga ke tahun 2015.

Bila tarikh dah ditentukan, masa tu terbeliak mata i, sebab tarikh yang sama saya dah tempah hotel di Lost World. Kesian juga Emir, im sure he wanna be with his friends. Mulanya trip nak diadakan pada hari sabtu dan saya masa tu dah cakap dekat Cikgu yang Emir tak dapat hadir, sekali rezeki Emir juga, trip tersebut ditunda pula hari Ahad. 

Dah cakap Cikgu Emir akan sampai pada pukul 2 petang, jadinya dari Ipoh dari pukul 10 kira ok lah kan. Sekali dalam pukul 1040, ada seorang parent call us kata Kidzania cuma benarkan untuk masuk sehingga pukul 1 saja.. Mak aii, laki i bawak pecut habis and managed to arrive exactly at 1pm.. Tapi disebabkan masuk lambat dengan bermacam alasan yang diberikan oleh staff Kidzania, pukul 1.40pm baru dapat masuk..

Tak berapa ramai crowd.. (advantage for Emir) Masuk saja Kidzania terus nampak kelibat kawan Emir. Oh ya tiket free untuk satu dewasa dan satu kanak-kanak.

Emir seperti biasa akan cuba bende yang dia tak pernah cuba.

Jadi tempat pertama yang dituju adalah untuk menyiapkan resume ini..


Resume ini sebenarnya adalah recommendation pekerjaan mana yang sesuai untuk anak-anak.. Tapi bila tengok macam tak sesuai je.. Cadangan pertama adalah 

(1) Hoya Eyecare
(2) Fireman
(3) Ibu lupe :)

Ini kawan Emir, Qais


sebelum ni kalau ada excursion semuanya dilakukan ketika waktu kerja, jadi saya tak berkesempatan unuk meninjau perkembangan Emir dengan kawan-kawannya. Selalunya husband yang ikut, tapi rasanya pandangan bapa tak sama dengan pandangan ibu kot :p

Masa di sini, I realize, kawan yang i sangka Emir rapat adalah bukan orangnya.. Bukannya dia tak berkawan, dia berkawan cuma tak boleh nak get along.. alaa macam saya lah, saya rasa saya boleh masuk dengan Irma Hasmie daripada Nabila Huda.. (ok ape daa punye perumpaan).. but macam gitulah.. 

So masa Emir try pekerjaan pertama ni, dia tak dapat cari kawan dia.. Emir mula main dengan BHP.. Jadi pump atendant..



Akhirnya inilah kawan yang Emir rapat.. .apalah ibu ini.. sebab bila Emir bagi saya report kawan-kawannya setiap hari, dia lebih banyak bercerite kawan-kawan di AlHidayah . Untuk kawan-kawan di sekolah rasanya dia sebut semua nama.. jadi ibu sendiri tak dapat nak cam mana kawan yang dia baik .. 

Now i know, this is your good friend at school, Taha...


Bila dah jumpe Taha, ambik ko, ibu dah dilupakan huhuhu, biasalah ibu kiasu, cuma tengok pada jauh saja..


Ini Emir main di sini - Strike House gile lama--lama giler.Mau dekat 45 minit kot.. dahla dalam ni tak dapat Kizos pun.. takpe yang penting the happiness.. Dalam ni ada carrom, foosball dan ada juga permainan lain. Ibu setia tunggu di luar tengok pada jauh.. Sekali bila ibu baru nak masuk toilet.. tetibe ada suara "ibu nak pergi manaa" lorr..



Saya pernah cerita, di Worldwide Tours ni ada seorang staf Kidzania yang bagi saya sangat dan paling dedicated. Walaupun tak ramai yang nak masuk ke sini, tapi staff ni setia di luar, dengan senyuman tak jemu-jemu.. jadi lepas Emir keluar dari Strike Room i ingatkan Emir jangan lupe pergi ke tempat abang ni sebab masa the earlier visit Emir pernah janji nak datang balik ke sini..


dan akhirnya Emir menunaikan janjinya.. lege hati i.. i ajar Emir kalau kite pegang pada janji kite mesti tunaikan, kalau boleh dipercepatkan.. jangan lengahkan, walaupun abang ni tak kisah pun dan mesti diapun dah lupe Emir.. tapi Emir masa the previous visit i ingat Emir cakap "ok after this i will come back" which he didn't...



Masa the previous visit juga Emir amat dan sangat berminat dengan Pharmaniaga.. nak jadi scientist katanya.. jadi, dia suruh Taha join dia masuk ke sini.. saya rasa ada sedikit pertukaran dari the earlier visit.. Dulu kejap je, dalam 15 minit, tapi kali ni sampai 30 minit.. lenguh i berdiri dekat luar tu (actually Parents lounge dekat sebelah je, tapi i seronok berdiri)



Kali ini tak banyak sangat yang Emir join sebab dia banyak berborak dengan Taha ni.. so lepas tu both tried wall climbing.. Masa ni dah drama dah.. Emir biasalah, when he failed dia akan jadi sangat disappointed especially when he thinks that he can do it. Bila dia panjat di sini, dia tak dapat.. so mata dah berair dah..  Lepas Emir tak dapat, kiterang duduk sekejap dan tengok lah budak-budak yang lain juga.. rupenyer wall yang Emir naik tu memang ramaiii budak tak dapat nak  naik sebab agak susah berbanding yang satu lagi. Tapi bila Emir nak cuba sekali lagi, "q" dah jadi panjang dan masa tu dah running out of time sebab gathering time dah dekat..So i pujuk Emir just forget it lah kan,.


Masa untuk gathering bersama satu kelas adalah pukul 430.. masa Emir habis wall climbing dah pukul 415, berlari kami cari mana yang tak ramai orang yang Emir masih boleh menyelit untuk buat lagi satu aktiviti dan kami jumpe ini.. Supermarket z-Mart dan Emir pilih untuk jadi cashier..


Alhamdulillah, Emir kata untuk hari itu, pekerjaan ni lah yang paling dia suka, yang paling dia teruja .. kiranya sebabkan pekerjaan inilah dia terlupa yang dia gagal buat wall climbing..


Macam professional kan.. 


Betul-betul macam dekat kedai, ada kanak-kanak boleh pilih nak jadi shoppers atau nak jadi cashier. Emir buat pilihan yang baik sebab nak jadi cashier.. I tau kenapa, sebab kalau jadi shopper kene bayar Kizos jadi cashier dapat Kizos.. Emir ni memang eager nak kumpul duit sebanyak boleh...


dan ini masa gathering time.. MasyaAllah, boleh pengsan tengok cikgu kumpul budak-budak, sebab tak semua yang mak bapaknya ikut, hanya dalam 6-7 orang saje yang mak pak nyer ikut.. Budak-budak ni pulak tau lah kan, dah ada kengkawan.. Cikgu siap cari untuk kumpulkan dari pukul 350.. tapi pukul 430 pun tak semua budak yang ada.,.Masa ni memang dengarlah cikgu menjerit haha..


dan inilah group photo. sayang Emir tak de dalam gambar ni sebab gambar ni diambil pada waktu pagi... saya minta copy untuk kenangan Emir di kemudian hari.. selepas berkumpul Emir sempat ada lucky draw dan dan dapat games Angry Bird.. :)


2 comments:

  1. Macam nampak my friend Suraya dan anak dia Zara kat dalam gambar ni
    :-) Betul x? Still classmate Emir ya?

    ReplyDelete
  2. Betul ezna.. suraya orang kuat dalam kelas ni. Very dedicated mother n class rep.

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez