Friday, August 23, 2013

Blogging Event: Dumex Interactive Website for Malaysian Mums

Sebagai pembuka bicara: Event ini telah berlangsung pada 27 July 2013 di Aloft KL Sentral.

Saya bersama beberapa rakan blogger yang lain telah diundang untuk menghadiri perasmian Dumex Interactive Website for Malaysian Mums. Danone Dumex memperkenalkan laman web interaktif masa sebenar untuk kaum ibu dan ia adalah platform digital baru yang memberi kaum ibu akses kepada komuniti ibu dan pakar di mana pengalaman sebenar dan pengetahun dikongsi supaya para ibu mendapat sokongan, panduan, dan keyakinan di sepanjang alam keibuan. 

Sebelum itu, semua jemputan dikehendaki untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu.

source: www.eznakhalili.com

Bila saya masuk ke dalam hall, ada 3 panel yang sedang berkongsi rasa dan info kepada sekalian hadiri. 3 panel tersebut adalah Selebriti/Jurucakap Dumex, Puan Azizah Ariffin, Konsultan Diet Indra Balaratnam dan Penasihat Dumex Careline, Preeta Letchuman.


source: www.ayuarjuna.blogspot.com

Untuk pengetahuan semua Dumex telah memperkenalkan laman web interaktif yang membolehkan para ibu-bapa untuk berkomunikasi melalui "chatting",  berhubung dengan komuniti para ibu di alam maya - mendapatkan petua dan pengalaman. Selain daripada itu Penasihat Careline Dumex turut menyertai perbincangan di dalam komuniti ini.

Terdapat juga aplikasi interaktif yang praktikal seperti Laporan Berat Badan ketika Hamil, Kalendar Kehamilan. "LIVE CHAT" dan juga detik-detik keemasan (akan diperkenalkan pada masa hadapan).

source: www.ayuarjuna.blogspot.com

Aplikasi interaktif yang praktikal seperti Laporan Berat Badan ketika Hamil, Kalendar Kehamilan. "LIVE CHAT" dan juga detik-detik keemasan (akan diperkenalkan pada masa hadapan).

Event ini juga bertujuan mengumpulkan seberapa ramai ibu mengandung sampaikan ada setengah tu saya sendiri takut tengok sebab rasa ibu tu macam dah nak beranak je hehehe.. :) Saya juga jumpe seorang peserta yang datang dari Melaka bersama keluarga semata-mata untuk program ini. 

Kami kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki untuk menyiapkan kolaj yang kemudian akan digabungkan bersama kolaj-kolaj yang dihasilkan oleh kumpulan lain untuk membentuk satu simbol :)

source: www.eznakhalili.com

Masa tu datang asing-asing tapi tak sangka pula saya satu meja dengan Ezna. dah duduk baru perasan Ezna selang satu kerusi je. Seronoks!! Kumpulan kami kene menyiapkan dua kolaj. (huhu, masa ini adalah juga kejadian yang tak diingini berlaku :)) nasib ada Ezna, boleh cool-mengcool kan diri..dan ini adalah hasil dari kumpulan kami .. hehe

Soure: www.eznakhalili.com

dan bila digabungkan ini adalah hasilnya...

Source: www.ayuarjuna.blogspot.com

selepas itu, Dumex telah menjamu kami dengan hidangan buka puasa dari Aloft. Seriously, walaupun jemputan sangat ramai (sebab tak de limit untuk mereka yang hadir), tapi makanan adalah cukup dan tak de pun kene beratur panjang.. Kudos for the hotel's team


gambar makanan yang ada tak sempat nak ambik. Terus makan.. ye lah kan, masa buka puasa adalah pendek, dengan nak makan, nak solat.. berkejaran sungguh

Sambil-sambil makan, Chef Andri telah mengajar bagaimana untuk menyediakan smoothies yang sihat dan Emir amat berkenan lah dengan mango smoothies. Sebab masa makan tak dengar Chef Andri punye presentation, terus jumpa dia personally untuk dapatkan resepi.. senang saja..


2 cawan air
4 cawan ais batu
mangga 2 biji
dan letak lah Dumex Dugro, Chef cadangkan letak Dumex Fruits & Vegetable dalam dua sudu. 

sangat sihat sebab tak de gula langsung.. saya pun dah try buat dah kat rumah, ini lah hasilnya yang sempat disnapkan gambar


Kemudian ada juga private session dengan Azizah Ariffin. Seriously Azizah Ariffin ni memang tak dimakan usia langsung. Masih bertenaga dan sangat peramah..

source: www.ayuarjuna.blogspot.com

Source: www.ayuarjuna.blogspot.com

Definitely, semua orang bergembira menghadiri event ini yang dianjurkan dengan baik sekali, cuma mungkin masa bulan puasa buatkan kami-kami ni agak kelam kabut sikit..

dan yang penting, gambar-gambar i tak sah kalau tak de gambar dengan kawan-kawan kesayangan hamba..

source: www.eznakhalili.com

Suzi je tak de huhu.. kite mesti jumpa Ahad ni okeh!!

I biasalah tak bawak kamera,  harapkan handphone yang kualiti gambar adalah kureng saje.. sejak husband i bersara ambik gambar sekejap ni, dah tak de dah gambar i yang cun-cun hehe.. 

Terima kasih Dumex


4 comments:

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez