ruginya saya.. i rasa, semua orang rasa, hari ni cuaca agak mendung, dan ramai juga yang membuat andaian malam semalam adalah Malam Lailatulqadar (rabu malam khamis). Suasana agak sayup-sayup. Bukan sorang, malah beberapa orang. Tapi andai kata malam tadi adalam Malam Lailatulqadar, masyaAllah saya antara orang-orang yang rugi.. Mengantuk semalam lain macam, maklumlah balik rumah pun nak dekat pukul 10 malam sebab ada majlis berbuka puasa. Dah lah tak buat terawikh (thats the disadvantage bukak puasa dekat luar). Balik duduk sekejap terus tidur. Bangun sahur pun mata bukan main mengantuk.. Ya, malam Lailatulqadar adalah rahsia Allah.. moga saya masih lagi mendapat keberkatan Ramadhan ini..
adik2 me pun kata begitu--cuaca kat penang and kelantan pun mendung selain KL lah....and nampak byk status fb kwn2 yg berpendapat mcm tu...me 'red falg' so tak leh solat sunat and baca quran..tapi sempat baca doa and zikir sikit jer lah sbb memang terdetik kat hati kata memang sgt lain malam tu...sejuk nyaman sgt pdhal biasanya umah/bilik me memang panas sbb me tak suka tido dlm aircond..
ReplyDelete